18.5.11

....Dalam Botol | Barisan Pelakon Hebat

Hello u olls.  Dah lama akak tidak membuat review filem-filem yang akak tengok dan akak suka kan?  Tapi tak semestinya filem yang I olls review ini adalah yang akak suka okay.  Hanya satu pendapat akak dan terpulang pada u olls nak pi tengok atau tidak.  Hanya satu saja filem yang akak memang terang-terang tak suka dan akak HARAMKAN u olls semua daripada mentengoknya iaitu filem DUA ALAM.  Movie paling taik akak pernah tengok.



Sekarang ini,  of coz sebagai menjimat kos menjelang hari kebahagian,  me and En.  Khafi dah macam berenti pi tengok wayang sat.  So sumber utama filem terkini ialah HBO,  CINEMAX and terbaru Astro First.  Ada macam-macam pandangan mengenai Astro First.  Tapi pada pendapat akak,  baguslah Astro buat macam ni sebab kita boleh la support sikit-sikit industri filem Melesia.  Daripada u olls beli VCD haram kat pasar malam tu.  U boleh beli Astro First,  satu filem / cerita RM15 dia tayang for 48 jam.  So ulanglah berapa kali tu u olls boleh tengok dengan family dan kawan-kawan.  Jimattttttttttttttttttt gila kot daripada nak pi tengok wayang dua orang malam minggu.  Dua tiket dah RM20,  pastu nak beli fopkon lagi.  Tak masuk duit bayar parking.

So,  dah banyak juga filem yang akak beli kat Astro First rupanya.  Dan terbaru ialah ...Dalam Botol. Memang akak ternanti-nanti cerita ini sebab ada banyak khabar angin yang dikontroversikan sebelum filem ini ditayangkan.  Artikel akak tulis sebelum filem ini siap.  Rakyat Melesia Bersediakah Nak Tengok Film Gay Tempatan? So,  u olls.  Akak dah tengok cerita ini.  And marilah baca akak buat ulasan sikit.

Sinopsis Cerita
Cerita ini mengisahkan kisah hidup sebenar seorang insan yang hidup sebagai seorang yang transgender.  Nama dia Rubidin.  Tapi nama gugurl dia ialah Ruby.  So dia ada boifren nama Ghaus.  Depa start bercinta and kapel sebagai pasangan gay la u olls.  Kira si Ghaus ni toplah sangat.  And si Rubidin is the bottom.


Then,  Ghaus ni selalu cakap kat Rubidin.  "Kan best kalau u perempuan,"  Kata-kata itu membuatkan Rubidin duk rasa macam down sebab dia merupakan seorang lelaki.  Bukan perempuan seperti yang Ghaus idamkan.


Sebab terlalu sayangggggggggggggggggg sangat kat Ghaus.  Si Rubidin ni sanggup pi pinjam duit kat Ah Long semua untuk pi buat SRS.  Okay,  kalau u olls tak tau apa itu SRS.  Mai sini akak nak share dengan u olls.  SRS dalam bahasa British bermaksud Sex Reassignment Surgery.  So kalau u olls bacanya pun u olls faham kan bahasa British ni?  So kalau dalam bahasa Melesia yang mudah ialah pembedahan mengubah jantina.  So,  Rubidin pun pergilah membuat SRS demi Ghaus.  Dan bila dia pulang dia pun menjadi Ruby.

Kesahnya,  apabila Ruby dah susah bergelut dengan maut (Hang ingat tak sakit ke buat SRS ni.  Akak dulu pun buat kat Russia okay.  Dahlah kat sana sejuk yang amat u olls. #matilah).  Ghaus rupa-rupa tak suka Ruby bila dia dah operate buang.  Dia cakap pulak "AKU TAK MINTAK KA BUAT MACAM NI,"  Memang sangat cibai part ni.  Akak memang rasa macam nak pi baling esid kat muka Ghaus (watak dilakonkan oleh Wan Raja,  budak Taman Nusantara Penang ya). 


So,  akhirnya Ghaus meninggalkan Ruby dalam keadaan yang sangat menyedihkan.  Dahlah tengah sakit pas SRS pastu dia pulak kena tanggung kena bayar hutang dengan Ah Long.  Lebih menyedihkan,  Ghaus amik semua harta benda yang Ruby beli kat dia termasuk kereta baru dorang.  Bodohnya kau Ruby,  beli kereta letak nama laki hang kan?  Matilah!

Ruby balik ke kampung untuk mintak tolong family dia.  Tapi they olls semua of coz malu dengan perubahan diri dia sekarang and dia diherdik.  So of coz they olls tak mau tolong dia.  And Ruby pun kembali ke Kuala Lumpur dengan hati yang remok.

Tiba-tiba,  Ruby dapat satu telegram daripada kampung yang menyatakan bapak dia dah meninggal dunia.  And sebagai salah satu permintaan terakhir bapak dia,  bapak dia nak dia balik dan mandikan jenazah bapak dia.

Maka pulanglah Ruby sebagai Rubidin kembali ke kampung.  Dia terus hilang drag merag tu semua.

Alangkah sayunya,  apabila Rubidin mendapati yang arwah bapaknya telah meninggal banyak duit dalam ASB atas nama dia.  Duk ada ribu riban.  So Rubidin pun amik duit itu untuk bayar kat semua hutang-hutang Ah Long. 

Rubidin tidak mau kembali ke bandar dengan tergesa-gesa,  dia duduk di kampung menemani maknya yang keseorangan.  So,  masa ini dia berkenalan dengan Dina.  Seorang anak gadis kampung yang merupakan kawan Rubidin masa kecik-kecik dulu.


Kesahnya,  lama kelamaan mak they olls dua macam suka tengok depa dua and of coz duk kenen-kenen la depa dorang.  And they olls decide nak kawen.  Meriahlah sekampung okay bila dua dua depa ni nak kawen.  Mak depa dua pulak meriah buat kenduri ala-ala Kate Middleton bagai.

Tapi sebelum kenduri bermula,  Ghaus tiba-tiba celakanakaram tak malu boleh pulak balik kampung dan nak mai kenduri kawen ni!!!!  Dan before rombongan pengantin lelaki nak sibuk-sibuk ke rumah pengantin perempuan,  si Ghaus memanggil mak Rubidin dan kata dia ada benda nak cakap dengan mak Rubidin.  Kesahnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............ampa tau apa yang Ghaus bagitau dan tunjuk kat mak Rubidin?

Dia tunjuk kat mak Rubidin .....dalam botol!



Apa Yang Akak Suka Tentang Filem Ini
Akak suka pelakon-pelakon dalam filem ini.  Semuanya hebat-hebat belaka walaupun ada antaranya merupakan pelakon-pelakon baru iaitu seperti Arja Lee (Rubidin atau Ruby),  Diana Danielle  (Dina),  Rosnan Rahman (kawan baik Rubidin),  Wan Raja (Ghaus JAHAT!) dan watak kecik Pekin Ibrahim (dulu dialah anak Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah).  Nama-nama orang lama yang memegang watak yang signifikan dalam filem ini adalah seperti Normah Damanhuri (mak Rubidin), Fauziah Ahmad Daud (Mak Dina), dan Jalil Hamid (bapak Rubidin). 


Walaupun jalan cerita ini simple tapi sarat emosi okay.  So,  daripada they olls menghabis duit mengambil pelakon Singapore yang tak tau berlakon baik amik local artist kita yang sangat hebat-hebat.  (CARUT DR.  CENDAWAN YANG HIRE PELAKON SINGAPORE UNTUK DUA ALAM 40 JUTA). 


And of syabas to pelakon-pelakon muda dalam filem ini terutamanya pelakon utama Arja Lee sebab u olls memang sangat membanggakan.  Check-check dalam Youtube ada they olls letak screen test yang dibuat oleh Kifli AF dan juga Adi Putra.  Sememangnya,  bakat u olls lebih terserlah dalam screen test yang u olls buat.  Bukan senang nak berlakon dan membawa watak maknyah.  And mengambil pompuan untuk berlakon watak maknyah adalah tindakan yang paling SHALLOW!  Hey!! Kelembutan maknyah dan kelembutan seorang wanita adalah sangat berbeza okay.  Tak tau macam mana nak explain,  tapi u olls setuju kan dengan kata-kata akak?  Okay u olls tengok sendiri screen test ni and banding sendiri.  Click kat nama  they olls :

Apa Yang Akak Tak Suka Tentang Filem Ini
1.  Akak tak suka Raja Azmi!  HAHAHAH.  Enough said.  One of the reason orang tak ramai mai tengok cerita ni sebab orang malas dan berasa hampeh bila dengar nama Raja Azmi.  Ingat tak dulu dia buat filem bodoh bertajuk Cinta 200 Ela.  Lakonan Raja Azura,  Wardina dan adik ipar dia Rashid Sidik.  Feeling-feeling Tiger Wood sangat bila ada scene Rashid Sidik menari ala-ala video clip filem Hindustan pastu ada Wardina kat tepi tu.  Dah la Wardina pakai tudung.  Kesian kat Kak Wardina.  Katanya,  beliau pun actually tak selesa berlakon scene tu.  Little that we olls know actually Raja Azmi hanya jadi producer dan pengarang website Thebestfilms.net mengquotekan "Thanks to Raja Azmi, by letting Khir Rahman to direct the film in the first place." They olls puji sangat-sangat dengan kerja Khir Rahman. U olls boleh baca review itu kat sini : …DALAM BOTOL (2011) : MOVIE REVIEW

2.  Make up effect Rubidin setelah menjalani SRS.  Aiiiiyooo u olllsssssssssss! Dah operate buang kot-ay bagai,  takkanlah tetek tak operate letak silikon sekali nyah! Dah kata u olls feeling woman kan?  Sampai pinjam duit kat Ah Long bagai.   Pastu,  kalau betui u olls dah woman,  why u olls pakai rambut pelasu.  Kan lebih best kalau watak Rubidin betui-betui simpan rambut panjang for this movie.  And then masa dia nak balik kampung tu,  Ruby feeling-feeling shave kepala sambil nangis macam Britney Spears gitu! Kan lebih letops!


Patutkah Filem Ini Diberi Pujian
YES!  Filem ini patut dipuji sebab jalan cerita,  skrip dan olahan scene sangat best.  Walaupun ada banyak kekurangan,  tapi elemen nasihat yang digarap dalam cerita ini boleh membuatkan penonton rasa terpikir bahawa isu nak jadi maknyah atau tidak ini bukan soal 'they olls suka-suka nak jadi" ya.  Ada banyak faktor lain dan issue yang depa kena fikirkan selain agama dan pendirian hidup.

Khir Rahman,  pengarah filem ini.

Sebab itulah adalah amat penting kepada diri kita untuk selalu memikirkan apakah yang terbaik dalam hidup kita.  Pertimbangkan segala natijah dan kebaikan sebelum kita melakukan sesuatu perkara itu. Memang kita boleh mintak pendapat dan sokongan dari orang lain, tapi at the end of it,  u olls sendiri kena bertanggungjawab dengan semua tindakan yang u olls nak buat sendiri.  Semua orang buleh relate dengan message yang dibawakan oleh filem ini iaitu nak buat apa pun,  pikiak diri sendiri dulu dan juga faktor-faktor penting lain seperti kepercayaan hidup,  agama dan mak bapak kita.

I hope ...Dalam Botol masih ada kat Astro First.  SEBAB U OLLS PATUT MENTENGOKNYA.

Website  :  http://dalambotol.my
http://www.youtube.com/user/dalambotol?f...

4 comments:

  1. hahahah memang mennatikan review filem nih dari akak.. saya suka sebba akak suka filem ini... bagi saya filem nih wajar diberikan markah tinggi kerana ini merupakan khir rahman dan die berjaya memberikan shot2 yang menarik dan bagi saya seolah2 seperti menonton filem2 dari thailand yg terkenal dengan dark shot diorg... and saya tak tau kenapa begitu kontroversi sgt filem nih sebbb takde la byk mana pon aksi seks dlm boleh sya katakan takde ... sebb khir byk meletakkan perumpamaan yg menarik seperti ketika ruby bukak peti ais masa die baru balik dari siam khir dengan sengaja meletakkan 2 biji telur untuk penonton berfikir dan faham yang ruby dah pon peram di punya telur. hahahah!!

    ReplyDelete
  2. Thanks Arip for your comment. Memang akak masa mula mula tau pasai this movie pun akak agak skeptikel sebab for me filem ni saja saja nak publisiti murahan. Dah tu nama Raja Azmi pulaks. Aku tak suka pompuan tu.

    ReplyDelete
  3. ooo... so, bukan raja azmi laa director eh???

    kene tengok gak ni. haha... ingatkan dia director maka terus la tak minat nak tengok... pasal cerita cinta 200 ela tu la. *muntah*

    ReplyDelete
  4. Huhuhu..bkn mama regina pun xsuka crita ni ker Jumie?

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...