5.5.11

Fiesta Belia Berbasikal 2011 - Hari Belia Negara 2011

   
Himpunan Sejuta Belia - Hari Belia Negara 2011
Tarikh  :  27,  28 dan 29 Mei 2011
Lokasi  :  PUTRAJAYA
  
Terlebih dahulu kami pihak Two One Books dan Giga Life Enterprise ingin merakamkan rasa bangga dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk mengendalikan suatu program dimana gaya hidup belia yang proaktif,produktiv dan komited di tonjolkan. Misi kami ialah untuk melahirkan generasi muda yang berpotensi tinggi, berfikiran positif serta cekal. Oleh kerana pihak kami diamanah untuk melangsungkan acara-acara berbasikal, kami yakin dapat mengetengahkan ciri-ciri diatas dalam acara-acara termasuk :

  1. “Eco Night Ride” – Seramai 1000-3000 perserta berbasikal akan mengayuh dari Bukit Jalil ke Putrajaya pada waktu malam sejauh 25km untuk meningkatkan kesedaran tentang efek “green house” yang merunsingkan pada masa kini.

  2. Kayuhan Amal Putrajaya – 3000 perserta akan mengayuh keliling Putrajaya untuk amal.

  3. Berbasikal Bersama Bintang – Artis-artis popular akan turun ke Putrajaya untuk membantu mengutip dana untuk rumah-rumah kebajikan.

Dengan wujudnya peluang keemasan di mana terkumpulnya sebegitu ramai belia di putrajaya pada suatu masa, pihak kami terpanggil untuk melakukan sesuatu yang lebih cermerlang dan spektakular.  Dari situ tercetuslah idea untuk memecahkan rekod Malaysia di dalam acara berbasikal.  Setelah berunding dengan pihak Malaysia’s Book Of Records, kami telah dimaklumkan bahawa rekod berbasikal yang boleh dipecahkan adalah 'Kayuhan Amal Paling Ramai".  Rekod ini tidak penah dipecah sejak December 1998 dengan perserta seramai 2000 orang. Kami yakin dapat atasi rekod ini dengan dengan bilangan perserta seramai 3000-5000 orang.

Kami yakin dengan acara-acara berikut di atas, objektif kami untuk memberi peluang kepada golongan belia,  remaja dan masyarakat umum untuk turut sama terlibat dalam memikul tanggungjawab terhadap komuniti sosial setempat terutama sekali pemeliharaan alam sekitar,  tanpa mengira fahaman politik,  agama dan bangsa sesuai dengan saranan 1Malaysia,  akan menjadi nyata.



Disamping menderma,  golongan belia,  remaja dan masyarakat umum dapat berhibur dalam suasana yang terkawal.  Selain daripada itu usahawan-usahawan,  syarikat-syarikat korporat dijemput bersama untuk membantu dan memeriahkan acara kami ini.  Para-para artis juga diberi peluang melibatkan diri untuk menjadi ikon kepada peminat-peminat mereka supaya turut sama perihatin kepada golongan kurang bernasib baik yang saban hari semakin dilupakan oleh segelintir masyarakat di negara kita ini.

Konsep kami ini juga dapat membuktikan bahawa belia, remaja, pihak penganjur, penaja dan juga pengunjung dapat bersatu dalam sebuah acara amal, sekaligus menyahut saranan kerajaan untuk melahirkan generasi masyarakat yang berintelektual selaras dengan konsep bersama 1Malaysia.

Datuk Seri Shabery menjadi perserta pertama untuk Kayuhan Amal Paling Ramai.
Dengan itu kami amat-amat berharap Y.B. Dato’ Ahmad Shabery Cheek supaya dapat menjadi saksi untuk pengikhtirafan rekod yang bakal dipecahkan nanti.


Akhir sekali kami ingin memanjangkan jutaan terima kasih kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan keatas segala sokongan dan bantuan kepada pihak kami dalam penganjuran program Hari Belia Malaysia 2011 ini.

Sekian terima kasih,

Yang Benar,

Tuan Mochtar bin Dato’ Tuan Abdul Malek
(Rakan Pengelola Acara - Fiesta Belia Berbasikal 2011)

Emel  :fiestabeliaberbasikal@gmail.com
Hotline Admin FBB2011+6011-15004191(Daily from 9am -11pm)


For more info and updates please LIKE this Facebook Page :  Fiesta Belia Berbasikal 2011 | Hari Belia Negara 2011

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...