20.5.11

Sindrom 'Baru-baru Nak Naik" : Bacaan Khas untuk Adik-adik yang Baru Nak menjadi PLU

Hello u olls. Sapa kat sini ada kawan yang merupakan lelaki-lelaki lembut? Gay? Nyah? Mesti ada kan? Ada antara they olls yang declare dengan u olls tentang pilihan orientasi seks mereka. Ada antaranya membiarkan kita dengan penuh tanda tanya. Tapi kita janganlah cepat buruk sangka dengan mereka okay. Walaupun mereka lembut, tapi maybe they olls feeling nak berumahtangga kelak. U never know. Hal peribadi orang jangan masuk campur ya.

So, kalau u olls mempunyai kawan yang memang sah-sah u olls tau dia tu gay, i hope u olls tetap respect dia dengan seikhlas hati. Sebab itu pilihan dia dan harapnya dia bertanggungjawab dan alert dengan semua risiko yang akan dia tanggung tak lama lagi.


Tapi dalam kita duk merespek hidup mereka, actually gang adik-adik PLU terutamanya yang baru belajar untuk meng'declare'kan diri sebagai seorang gay, depa mempunyai satu sindrom yang dinamakan sindrom 'baru - baru nak naik'.

Ada antara mereka melalui sindrom ini selama setahun, ada antaranya berlanjutan sampai 8 tahun dan ada yang sampai dah umur 40 tahun tapi tetap duk meriah dengan sindrom 'aru-baru nak naik' ni. Kepada adik-adik PLU yang membaca belog akak hari ini, akak nak membuat teguran sedikit hari ini. Akak dah lama mengumpul semua point-point ini daripada kawan-kawan akak yang straight. They olls respect u olls semua dan tak kisah pun kalau pun u olls ni seorang gay atau apa, cuma janganlah meriah sangat sampai mengganggu emosi they olls.

Manusia memang dilahirkan sensitif. Tak semestinya apa yang okay untuk u olls, okay untuk Jumie Samsudin tapi actually tak okay untuk gang-gang straight ini. So, akak nak tulis ni semua akak harap u olls amiklah iktibar daripada apa yang akak tulis ni. And u olls ingat ya, akak cakap ni sebab akak sayang u olls. Kalau tak sayang, tak tegur u olls.

The reason akak menulis artikel ini ialah, kawan-kawan u olls tak berani nak mencakap kepada u olls. Nanti kalau tegur, they olls takut u olls rasa dibenci oleh mereka. Depa tak benci. Cuma u olls kena belajar untuk control sindrom-sindrom ini dari menular dalam personaliti u olls.

Baiklah, marilah kita ulas apakah sindrom-sindrom 'Baru-baru Nak Naik".
  1. Bercerita secara details tentang love life u olls.
    Actually kalau u olls nak cerita light-light jer takpa.  Macam "Semalam i gadoh dengan BF i," and that's it.  Jangan lah over-over cerita why u olls bergadoh secara details.  Kalaulah sebabnya simple seperti BF u olls tak SMS dan sebagainya takpa lagi u olls.  Jangan pulak u cerita kata,  sebab dia laki u ada pompuan lain.  KESAH!  Bukan semua perempuan kat Melesia ni mempunyai sifat empathy terhadap dunia PLU ni.  Ada yang buleh terima.  Dan ramai antaranya tidak boleh memahami.  Elakkan cerita sangat tentang love life u olls kat semua orang.   Just cerita kat one person yang u olls betui betui percaya. 

  2. Berkongsi kisah ranjang u olls dan pasangan bersama kawan-kawan yang straight.
    Akak taulah u olls hidup sebagai PLU ni memang meriah dengan jantan.  Tapi u olls tengah muda,  tengah maneh (manis),  of coz ramai jantan yang merebutkan u olls.  So?  Perlukah nak cerita kat semua orang?  Apa yang u olls nak buktikan?  U olls nak kata yang u olls adalah paling laku sekali antara semua PLU-PLU yang seangkatan dengan u olls?  Satu saja perbandingan ringkas yang diberikan oleh seorang sahabat yang mengadu dengan akak bahawa dia tak tahan sangat pasai kawan PLU dia ni
    "Jumie,  aku tak kisah dia PLU.  Tapi dia style duk cerita dia main dengan laki mana-mana semua.  Awat semua gay memang kuat seks ka weh?  Aku tak kisah pun dia gay ka apa ka?  Tapi kalau dia straight pun,  adalah sangat serrr untuk cerita pasai hal-hal seks kita dengan pasangan kan?" 
    KO PAHAM DEK NON?  Itulah kata-kata seorang pompuan straight kepada akak.  So,  bawak-bawak bersabar ya.  Cerita Sex and The City hanya fiction.  Tapi tak buleh masok pun dengan dunia kita kat Melesia ni. 

    Sebab-sebab macam inilah menjadi punca mengapa gay didiskriminasikan!  Gay hidup dalam dunia heteroseksual (straight) di sekeliling mereka,  so memang kena jaga jugak la prasaan diorg.  Depa lebih dominan.  Tak salah kalau nak berkongsi pengalaman atau cerita pasal kehidupan gay u olls tu, tapi kita kena ingat kalau lama lama orang naik jemu. Bila dah sampai tahap jemu, si straight ni mula la jarang nak lepak atau diorang buat kesimpulan sendiri yang gay kalau dilayan makin menjadi. Secara tak langsung diorang akan meluat dengan gay ni. Disitu gay mula diejek, mula di caci.


  3. Doplohpatjam main Menjem and Plenetromiyo secara terang-tang-tang depan kawan-kawan u olls yang stret.
    Tak semua orang tau apa itu Menjem and Plenetromiyo.  Akak sembunyikan ejaan sebenar laman web ini atas sebab-sebab tertentu.  Actually ada banyak lagi laman sosial lain (sama macam Facebook) tapi khas untuk gay dan TS sahaja.  Dalam laman web ni,  sapa-sapa pun gay atau TS boleh buat profile sendiri dan u olls bolehlah bersosial di situ.  So u olls semua,  kalau nak main Menjem atau Plenetromiyo guna laptop atau PC janganlah main terang tang-tang depan they olls yang straight ni.  What is okay to you,  tak semestinya okay untuk semua orang. 

    Tak kisahlah u olls online kat Menjem semata-mata nak carik kawan yang faham tentang u olls atau nak cekcur semata-mata,  tapi akak tau most of the pictures posted by the members in Menjem and Plenetromiyo ni adalah gambar-gambar yang sangat the Brokeback Mountain.  Kalau u olls straight pun,  takkan u olls nak bukak laman web Shasha Grey.Com besar-besar bagi semua kawan-kawan tengok.  Deni gila sek ka apa?

    Adik-adik baru naik perlu sedar yang kehidupan gay bukan hanya mengenai seks semata-mata.  Gay adalah gaya hidup yang merangkumi semua aspek.  Bila dok jaja kat orang pasal kehidupan seks je, orang naik meluat.  Secara tak langsung orang akan fikir gay adalah pasal seks songsang semata-mata.  No it is not!

    Pasal u olls duk bangga-bangga pasal seks ni jugak la buat gay dipandang serong. Banyak lagi isu yang adik-adik baru belajar ni patut tau. Antaranya macam mana nak fit in ngn masyarakat, macam mana nak menempuh kehidupan selepas belajar (untuk yang sedang belajar), dan untuk yang bekerja, cara nak survive dalam dunia hetereoseksual yang sangat mencabar tu.


    Adik-adik jugak perlu cerita kan kat kawan-kawan hetero (straight) kesusahan menjadi seorang gay, cabaran masa kat sekolah dulu (kene buli, kene rogol ngn kawan,  sedara atau cikgu), cabaran nak menerima kenyataan yang u olls ni lain dari yang lain.

    Semua nie bukan untuk raih simpati untuk golongan gay, tapi sebagai pengetahuan kepada hetero (straight) yang being gay is not a funny thing. We didnt ask for this to happen. We need to struggle to be at this point right now. Being different is not an easy thing.


  4. Cakap pasai seks seks seks seks dan seks dua puluh empat jam.
    Fuhhhhhhhhhhhh! Yang ni akak sendiri nak tegur.  Akak,  seorang wanita yang  berjiwa pondan pun rimas okay dengan adik-adik yang tak henti-henti nak bercakap pasai seks.  Nak ikut-ikutkan,  akak boleh faham dengan dunia u olls.  Tapi sampai dua puluh empat jam duk cerita pasai seks encounter u olls dengan pelbagai jantan yang silih berganti setiap malam,  akak pun rasa risau u olls.  Yes,  akak tak jelek.  Tapi akak risau.  U olls malam ni dengan abang Askoke,  esok dengan budak kampung sebelah,  lusa dengan kawan dari KL,  esok dengan adik laki kawan u olls,  pastu hujung minggu ni orgy dengan kawan-kawan from Singapore!!!!!!!!!!!!! Hey u ollsssssssssssssssssss!  Akak takut nih!!  U olls buat ni semua secara protective sex kah?  Protected or not,  tapi sampai tiap-tiap malam main seks tak penat ka.

    Protected seks tu memang semua gay perlu tau.  Penting, tapi ramai adik-adik baru naik ni, tak mau dengar cakap orang tua, bila nasihat kena sound balik "Noks, hang nasihat aku sebab hang jeles tengok mak laris main ngan banyak jantan kan!".

    Haiyo! Takdak sapa pun nak jeles hang nak main dengan sape pun.  Waima pemenang 1st place ManHunt 2010 pun akak tak kesah, tapi inilah yang dikatakan sindrom ‘baru nak naik’.  Kisahnya nak tunjuk sangat pasal kehebatan diri dia.  Kunon dialah paling dan lagi hot dari mak hayam-mak hayam yang terdahulu.  Bila dah dapat AIDS baru la nak nangis tak berlagu, masa menyontot hang tak mau ingatkan nyah? Kata laku!

    Just because u olls lelaki,  tak semestinya u olls terlepas daripada title jalang sebab main dengan banyak lelaki.  Tak kisahlah u olls nak bermain dengan seribu jantan dalam tempoh 36 jam,  akak nak pesan dua benda ja  :

    Pertama  :  Learn about HIV,  Aids and STD.  Are u practicing safe sex?

    Kedua  :  Keep it to yourself honey,  i don't want to know how many fucking ugly men u've been with! 


  5. Membuat komentar-komentar tegar mengenai bentuk 'package' dan 'vontot' lelaki yang lalu-lalu lalang depan they olls.
    Kalau berlepak dengan kawan-kawan yang straight,  tak semua they olls betui betui sporting okay.  Most of them pelastik saja.  Depan u olls depa kata lah depa okay dengan u olls yang gay,  tapi belakang u olls depa cam still skeptikel.  Especially when u olls duk scan-scan jantan.  Kalau u olls duduk dengan Jumie Samsudin takpa.  Kita boleh scan sama-sama okay.  Tengok taste sapa lagi meleps!


  6. Cuba mengflirt dengan semua lelaki yang u olls kenal walaupun sah-sah u olls tau laki tu straight dan laki itu ada kaitannya dengan kawan u olls yang straight itu.
    Yes,  u olls cantek.  Dan ramai jantan duk SMS u olls setiap masa setiap saat ajak 'maen'.  Tapi ini tidak bermakna u olls super confident yang u olls adalah yang tercantek sekali.  Walaupun akak pernah dimahkotakan sebagai Miss Venezuela tahon 2003,  tapi akak selalu berpendapat bahawa 'Kalau kita rasa kita cantek,  ada 10 orang lagi cantek dari kita,'. 

    So takpayahlah confident sangat dengan kecantikan u olls itu dengan mengurat semua jantan-jantan yang lalu depan batang hidung u olls.  Walaupunnnnnnnnnnnnnn...u olls sah-sah tau jantan itu adalah straight.  U olls boleh cuba,  tapi janganlah obviyes sangat sampai orang di sekeliling pun nampak betapa murahnya u olls meletakkan harga diri u olls.  Pesanan ini juga sesuai untuk pompuan-pompuan perasan cantek dan bajet boleh mengurat semua lelaki kat Melesia ni.
Sekian saja carutan akak untuk hari ini.  Ambiklah yang elok,  buanglah yang tak elok tu.  Sendiri mau pikir ya.

Love u olls!

Sembah Ratu 48 Step.
ps/  Artikel ini hasil nukilan bersama Rain Wealey.

9 comments:

  1. Jumie, aku nak sembah ratu hang 56 step. Up skit. Hehe.

    Senang cakap, apa yang kita buat, tak kira la straight ka PLU ka, PLUS ka, biarlah berpada... Wasatiah gitu. Macam bf kami selalu cakap, "Jangan over okkk". (dia selalu ckp ni kat kami la sbb kami suka dok buat over haha).

    Harap2 adik2 PLU yg baru nak up ni amik & selami nasihat Kak Merr ni ya.

    ReplyDelete
  2. "Pasal u olls duk bangga-bangga pasal seks ni jugak la buat gay dipandang serong" - that's so true! Buat biasa2 sudeyyy! Nampak sgt cam pelacur, mana tak orang pandang hina..

    Lagi 1, tak perlulah pukul canang 1 dunia, letak status "married" la, "in relationship" la dengan couple gay ko, tak molek. tak kisah la ko gay ker, lesbian ker, jijiks la orang pandang cam bangga sangat kan.. Lepas tuh rindu2 B la, sayang la kat wall. Serius geli dowh! Kawan2 PLU pun cepat2 doa ko cepat clash!

    PojiePooh; Hanya Satu...

    ReplyDelete
  3. nok sedey mak bc sal adik2 nak nek nie bukan tau nak coverina langsung....pandai makan pndai simpan la....dpt offer barulah mengepak....! ayola...dat y la gay di pandang senget...semua sbb mentaliti dorg yg ver2 tuh....blh menjatuhkan kredbliti mrk...(ayat aq da mcm prof chin) hahhhaha

    ReplyDelete
  4. nok mak sedey bile bc sal anak2 gay yg ver2 nak nek nie....dorg tuh bangga wat bende2 cmtuh.sptutnya dorg kne cool je dulu..mak x kisa tp pndai makan pndai la smpn...dpt "offer " br la mengepak sepuas2 alam...mcm diva divana kennnnnn!!!!

    nok dorg ni kdg2 annoying kan...!layan ala kad sudeyyy !

    ReplyDelete
  5. Terbaek...carotan ikhlas kepada adik2 yg tak bpa nak sedaq lg..... terimalah ngan hat iterbuka

    ReplyDelete
  6. Bagi saya point 4 - 6 adalah sama. itu isut seks.. mungkin boleh dimasukkan dalam point yang sama. Bagi bab yang buat post kat FB rindu2 tu seperi kata Pojiepooh, nak buat boleh asalkan taklah terang2nya yang org kita rindu tu adalah pasangan gay. Nak 'in relationship' tu pun boleh tapi tak perlu kut nak kena tag nama pasangan gay kita tu. hehehehe

    ReplyDelete
  7. Seyes geli tetek baca entry nih... Sangat meleps! :P

    ReplyDelete
  8. Klasss..nasihat yg berguna tuk hadik2 yg tnga nk up nih..ambek ko!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...