4.5.11

Suara Itu Aurat

Akak nak kongsi cerita ringan otak tentang seorang lelaki yang berjiwa wanita.  Cerita ini disampaikan oleh seorang kawan akak yang akceli satu tempat kerja (kilang) dengan lelaki berjiwa wanita ini.

Cerita dia macam ni.

Lelaki berjiwa wanita ini bernama Harun.  Harun ni sangat 'bottom' u olls.  Very the kakak-kakak.  So of coz lah,  bila dalam kelompok tipikal Melayu ni Harun terus-menerus sentiasa menerima tohmahan dan pelbagai sindiran sinis daripada rakan-rakan sekerja yang menganggap dia tak cukup jantan.  Lebih hebat lagi,  dia pernah menerima satu buku tentang ajaran agama Islam dari seorang rakan sekerja yang menuntut beliau untuk mendalami ilmu agama dan tidak menjadi lelaki lembut yang bagi mereka 'merosakkan' imej orang Islam.

Kesahnyaaa u ollls~~~ sangat lagak manusia-manusia yang play GOD in this world.


Pastu dalam ramai-ramai ni,  ada lah satu hamba Allah yang kerja dengan Harun bernama Kak Zue.  Kak Zue ni gemok dan pendek.  Pakai tudung litup dan sangat makcik-makcik.  Dia selalu mencarot Harun dengan kata-kata pedasnya dan berlindung dengan hujah agama Islam sebagai menegakkan pendapat menidakkan siapa diri Harun yang sebenarnya.


"Harun,  kau ni bila nak kawen?  Sampai bila kau nak berlembut macam ni?  Nabi tak mengaku umat tau tak?"


Itulah antara soalan-soalan pedas dari Kak Zue kepada Harun.  Bukan sekali ya puan-puan...beribu kali Kak Zue akan cuba menikam Harun dengan kata-kata ini.


Tapi Harun tidak suka menjawab sebab bagi dia,  memang susah nak explain kat orang lain tentang isu yang dia sedang alami.  Apatah lagi nak explain kat perempuan macam Kak Zue ni yang hanya mencintai diri sendiri dan suaminya.  (Ayat Mama Regina).  Harun memilih untuk mendiamkan diri.  Biarlah soalan-soalan seperti itu dia deal dengan diri dia sendiri dan Allah.


Ampa ingat apa?  Senang ke bagi lelaki berjiwa lembut untuk berkahwin dengan wanita.  Kalau u olls tau u olls tak mampu untuk memberi nafkah zahir dan batin,  hukumnya HARAM kalau kita terusan nak mengahwin dengan perempuan lain.  Harun tidak mau jadi macam kawan-kawan dia yang sangat 'bottom' tapi sebab tuntutan keluarga dan mereka rasa adalah satu trend yang meletops untuk berkahwin,  so they olls sanggup membiarkan diri mereka berkahwin dengan seorang wanita lain walaupun hakikat they olls tak mampu.  Itu antara u olls dan Allah ya.  Akak tak mau judge.


Hinggalah satu hari,  Harun dan Kak Zue berada dalam lift yang sarat dengan semua orang office yang baru balik dalam lunch.   Harun hanya bersembunyi di belakang,  dia takut kalau-kalau Kak Zue nampak dia nanti Kak Zue akan mula bertanya soalan-soalan carot di dalam lift yang penuh dengan orang ramai ni.


Sejak melangkah masuk ke dalam lift,  Kak Zue tak henti-henti bercakap.  Satu lift tu boleh dengar apa dia cakap.  Dia cakap pasai makan,  pasai laki dia nak makan apa,  laki dia suka merungut kat rumah,  anak dia malas buat kerja.....bla bla bla...u olls tau la kan?  U olls mesti pernah berjumpa dengan perempuan kerja kerajaan yang macam ini kan?  Bisingg tak berhenti dalam lift macam depa sorang yang duduk dalam lift tu.


Then tiba-tiba......................Harun bersuara.

"Sudah-sudahlah bercerita tu Kak Zue.  Satu lift ni boleh tau cerita rumah tangga Kak Zue.  Suara wanita tu aurat di sisi agama kita Kak Zue.  Saya belajar ni pun daripada buku-buku agama yang akak bagi kat saya,"


Sekian,  itulah cerita akak.  Moralnya,  nombor satu jangan suka pandai-pandai menasihat orang kalau diri sendiri tak betul.  Keduanya,  jangan suka bercakap dalam lift dan bagi semua orang dengar.

14 comments:

  1. paku dulang, paku serpih..betol ke peribahasa saya tu?

    ReplyDelete
  2. Kelas gituh, kena btg hidung sendiri..i setuju dgn tindakan harun, senyap jer tp bila skali bg terasa seumr hidup, kelasss.

    ReplyDelete
  3. Kannnn hajarnya!!
    Depa tatau dia pi kutuk2 orang lagu tuh 1 day Allah bagi anak dia camtuh ha senyap nanti!

    PojiePooh; Hanya Satu...

    ReplyDelete
  4. haruzzz betul kak zue ni
    better cermin diri dlu
    sblm dok kata kat orang
    kita sbg manusia xleh judge org sesuka hati
    biar pi antara depa ngn Allah je
    kalau nk org tu berubah
    biar la dia berubah kerana Allah
    dan bukan kerana paksaan mana2 pihak
    kikikikkiki

    ReplyDelete
  5. Biar lelaki bottom tak mampu bagu nafkah zahir dan batin untuk bini dia (andai dipaksa kawen), tetapi dia SANGAT BIJAK menyusun perkataan untuk kesedaran kaum wanita.

    Orang pompuan patut hargai kewujudan lelaki camni. :D

    ReplyDelete
  6. Akak hope Harun gembira membaca artikel ini. :)

    ReplyDelete
  7. oppss...

    hehehe... nampaknye kak zue tu kalo nak bagi buku agama lagi kat harun tu terpaksa la tapis2 kot kena balik kat dia nanti... hahahaha...

    ReplyDelete
  8. huhuhuuiiii....best.. mmg betol pown.kadang2 yang nak nasihat LAKLEM (lelaki lembut) ni over,lebih sudu dari kuah.. penah ade cikgu yang pregnant ni dok maki2 adik2 suci yang lembut lembai ni dlm kelas,kene sumpah sekali ngan budak suci lg x berdosa itu, anak dia fonen sgt smpai la ni..habuan... mmg nasihat itu perlu..sekali lagi NASIHAT, bukan sindiran..

    Orang kita selalu over-react, kalau nampak LAKLEM jah..macam kompem2 dia tu GAY..seolah2 dah ade cop mohor di dahi yang kate LAKLEM tu semuanya songsang..

    ReplyDelete
  9. kami pun setuju ngan tindakkan harun...
    kesian harun selalu kene makian cerca..

    ReplyDelete
  10. gahahahaha. Naiss.
    Dalam Islam nak tegur biar beradab.
    Hadith : Be a Muslim in words and deeds.

    It's hard for people who realises they're different. They're human too.Try to understand them before mulut nak lancang habis.

    A true believer ( Muslim ) is always tolerant - Dr. Norbani Ismail, IIUM.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...