Haizi Khalid

Tunetalk

Glowbro Marine Collagen

UK Clark Sales

24.5.11

Trend Tudung dari Pandangan Akak

Hello u olls semua.  Baru-baru ini,  idola ku Ratu Kak Senduk telah membuat satu artikel bertajuk "Tudung....".  Dalam artikel ini Kak Senduk megomen sedikit sebanyak mengenai beberapa fesyen tudung yang menjadi ikutan wanita-wanita Melesia sekarang ini seperti pakai cekak di atas tudung,  tudung colour pelangi dan juga tudung-tudung yang diletak pelbagai eksesori seperti riben kecik.  Kak Senduk juga meletakkan satu hadith yang memberikan dalil-dalil tentang orang-orang berpakaian seperti telanjang akan mendapat balasan di hari akhirat kelak.  Termeninggal sebentar apabila orang seperti akak yang tidak memakai tudung membaca hadith-hadith macam tu.

Actually u olls.  Masa akak form 1 hingga form 4 akak telah terhasut oleh kawan-kawan asrama untuk memakai tudung.  Alasan masa tu akak pakai tudung sebab akak minat sangat dengan trend tudung Wardina.  So masa tu,  badan dah macam pengantin gemok Somalia,  muka pun cam hitam-hitam sikit,  pastu hegeh nak pakai tudung pulak kan?  Tetap nak feeling Wardina.  So akak tersepit dalam pencarian akak mencari identiti sendiri.  Sebab tulah masa tu sekejab akak pakai tudung,  pastu masa hari sukan akak tak pakai.  Last-last masa akak umur 17 akak terus bukak tudung,  sampai now akak tak tau lagi bila akak nak pakai tudung balik. 

Orang perempuan adalah umat Rasulullah SAW yang paling banyak masuk neraka. Tapi sebenarnya, orang perempuanlah yang paling senang masuk syurga.

Rasulullah SAW pernah bersabda “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan (menutup aurat) dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

Kelessssssss u olls.  Kak Senduk berhadith bagai,  akak pun ikut juga.  Maksud dalam hadith di atas,  orang perempuan (isteri) buat empat benda ni saja terus boleh masuk syurga.  Sembahyang lima waktu,  berpuasa di bulan Ramadhan,  menutup aurat dan taat kepada suami.  Maka dia boleh pilih nak masuk syurga ikut pintu manaaaaaaaaaa pun. 

Akak memang nak pakai tudung u olls.  Akak pernah tanya En.  Khafi,  pas kawen akak kena pakai tudung ke?  Boleh tak akak pakai tudung bila akak dah ada anak?  Then En.  Khafi pun jawab
"Hang pakailah tudung bila hang nak pakai. Satgi hang duk tunggu bila dapat anak baru nak pakai tudung....satgi sampai bila bila Tuhan tak mau bagi hang anak macam mana? Takkan sampai tua ang tak mau pakai tudung?"

Akak tersentap dengan ayat pondan En.  Khafi. 

So,  sekali lagi.  Akak memang nak pakai tudung.  Sekarang ni,  akak memang tengah carik apakah cara pakaian tudung yang paling sesuai dengan akak dan akak tengah kumpul baju-baju yang sesuai dengan fesyen bertudung yang dituntut oleh agama.  No more skirt nampak faraj u olls. Akak nak jadi pompuan yang simple tapi nampak sofistikated.  And tak mau nampak kampung dan makcik-makcik bila bertudung.  Bak kata Kak Senduk,  cara pemakaian tudung mengikut ajaran Islam ialah :
  1. Warna tidak menyerlah
  2. Tidak menarik perhatian
  3. Mesti menutup dada
  4. Menampakkan bahagian muka....no jambul2 plz..Dato siti awas..
Tapi niat akak bertudung bukanlah untuk nampak sofistikated dan meletops semata-mata.  Akak takmau jadi mangsa fesyen u olls.  Ada orang kat Melesia ni pakai tudung sebab trend.  Pakai tudung,  tapi pakai legging corak Kim Kardashian,  baju pendek nampak bentuk faraj,  jarang pulak tu sampai nampak bentuk span baju dalam warna pink.  Akak nak pakai tudung kerana ibadah kepada Allah Taala.

Sekarang ni ada banyak fesyen tudung ya.  Akak tak pandai sangat.  Kalau akak salah u olls tolonglah betulkan okay.  Mai sini akak nak bagi ulasan.

Tudung Dato Siti

Tudung ala Dato Siti ini adalah sangat trend ya.  Kaedahnya,  bukan Dato' Siti beria sangat bertudung u olls.  Just feeling-feeling pakai eksesori kain di atas rambut.  Auratnya still nampak ya.  Kak Baby suka sangat Dato' Siti pakai tudung macam ni.  Akak tak taulah.  Akak mungkin setuju sebab she olls kan gigih menyanyi sana sini lagi u ollls.  Satgi dia gigih bertudung ala kakak iparnya Rozzie,  nanti dah segan silu pulak nak menyanyi dan menari Nobody But You kan? 
Dato's Siti
Tudung Ariani
Tudung Ariani menjadi fofular sejak Iken bini si Mawi menjadi duta / model for this brand.  Akak suka tudung ni sebab praktikal sangat untuk wanita bekerjaya.  U olls tak perlu nak seterika,  tak perlu nak over-over lilit bagai dan tak perlu susah-susah nak pakai kerongsang cucuk sana sini.  Cuma akak tak paham,  AWAT NENJIAAAAAAAAAAAAA MAHAI SANGAT SAMPAI RM400 SELAI TUDUNG!!!!!!!!!!!! Amboi kain lycra mahai pun,  bukan pakai 7 ela nak lilit saree.  Tapi kawan akak kata,  jenama Ariani yang betui ori ni dia tahan lasak.  Basuk pakai washer meshin pun dia punya owning depan tu duk elok lagi.  Oh...patutlah mahai.
Ekin dan tudung Ariani yang hanya hot masa time dia nak kawen dengan Mawi.  Lani rasanya Wardina dah jadi Duta Ariani.


Tudung Wardina
Wardina adalah artis Melesia yang telah memperkenalkan fesyen lilit kain pashmina jenis lembut menjadi tudung ala-ala perempuan arab gitu.  Tak payah pakai anak tudung pun,  anak rambut u olls semua akan secure sebab cara lilitannya.  Tapi actually fesyen ini agak bahaya untuk wanita berwajah bulat dan berpipi jatuh ya.  Kalau u olls pakai memang nampak macam Patrick,  kawan Sponge Bob Square Pants.

Kalau pipi cumel cam Wardina takpa.  Wanita agam seperti akak harus lebih sesuai memakai tudung yang ada awning dan memberikan bentuk yang lebih panjang kepada muka yang bulat ini.


Tudung Yuna
Fesyen tudung Yuna actually mempunyai kesinambungan daripada trend tudung Wardina.  Kain tudung jenis selendang panjang,  dililit kemas tapi ada sentuhan kontemperari sikit.  So nampak lebih presentable untuk budak-budak zaman sekarang.  Akak suka sebab memberi inspirasi kepada remaja yang bertudung tapi at the same time suka nak berfesyen.  Tapi,  yang akak tak suka ialah,  semakin lama fesyen Yuna bertudung ni semakin menyamakan Death Vader.  Tak taulah,  u olls sendiri yang judge ya.  Akak rasa tudung jenis ini juga tidak sesuai untuk akak sebab lilitan yang terlalu complicated tidak sesuai untuk gaya hidup akak yang nak cepat dan lasak.  Lagipun,  wanita agam tak sesuai la serabot sana sini.

Fesyen tudung Yuna memberi satu impak yang sungguh signifikan kepada gaya fesyen remaja sekarang yang nak stay funky dan ada sentuhan rock star at the same time menutup aurat.


Tudung Hana Tajima
Satu lagi trend yang sedang menular dalam kalangan anak-anak muda zaman sekarang.  Kat Penang ni akak tak berapa nak nampak sangat.  Tapi kat KL (bak kata Nonie Suliaman)................nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaa bersepahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh Hana Tajina and Yuna wanna-be. 

Inilah Hana Tajima Simpson.  Jepun campok British.  So of coz muka dia cantek,  panjang and editorial.  Pakai kain guni lilit macam mana pun jadi elok.

Tapi fesyen Hana Tajima adalah lebih feminin dan ada kelembutan di situ.  Trade mark Hana Tajima ialah dia pakai tudung tu and then dia biak macam bagi kain tu jatuh flowing atas muka dia.  So nampak macam ropol-ropol jer kat tepi.  Macam effortless nya fesyen.  Tapi u ollssssssssssssssssssss!! Hana Tajima tu bekas model.  Jepun campok British.  So of coz muka dia cantek,  panjang and editorial.  Badan dia pun slim,  lean and very the America's Next Top Model persis akak zaman Kak Janz dulu. 

Hana Tajima Simpson pemilik rumah fesyen http://www.my.maysaa.com/
So,  pompuan macam Hana Tajima Simpson ni,  hang amik bek pelastik sampah and ikat macam topi Zorro pun nampak high fashion okay.  Kepada kita-kita yang muka Boyan + Keling tiba-tiba berangan nak pakai cam Hana Tajima.  Apakah u olls? 


Tudung Yasmin Siddiq
Yang ini paling akak suka.  Yasmin Siddiq adalah seorang perunding fesyen,  penulis buku tentang fesyen wanita korporat dan wanita bertudung dan juga seorang penceramah terkemuka dalam bidang etiket sosial,  cara-cara pemakaian yang sesuai untuk wanita bekerjaya. 

So far beliau sudah ada 3 buku bertajuk Sopan & Anggun - Gaya Pengantin Bertudun,  Sopan & Anggun - Pelbagai Gaya Bertudung dan juga Sopan & Anggun.  Katanya ada satu lagi buku dari beliau.  I olls dah 3 kali berada dalam majlis ilmu beliau and of coz,  dari percakapan,  gaya make up,  gaya tudung dan pilihan baju-baju beliau semuanya akak suka.  Dia selalu bermake up nipis dan memilih baju dari kain polos dan warna-warna yang natural.  I think kalau i olls pakai tudung nanti.  Inilah cara yang i olls nak pakai.

Inilah Yasmin Siddik u olls.

So inilah pendapat akak tentang tudung mentudung ni.  Kepada u olls yang bertudung dan tak bertudung lagi,  kaji-kajilah apa yang terbaik untuk kita semua.  Apakah yang sesuai dengan cuaca negara kita,  kesesuaian bentuk muka dan badan dan yang paling penting menepati ciri-ciri pentudung muslimah.  Gituuuuuuuuuu! 

Jangan sampai jadi mangsa fesyen dan janganlah pula nak bertudung sebab fesyen.  Memakai tudung adalah sebab Allah Taala.  Akak buat artikel ini bukan semata-mata nak mencaras u olls yang dah bertudung.  Ada yang salah faham nanti ingat akak tak berhak nak mencaras pompuan bertudung sebab akak sendiri pun tak bertudung.  Kesahnya u olls boleh baca kat wall Facebook akak ini  :  Kak Merr Vs Dilla Ahmad.


 Ini gambar akak masa kat POLISAS dulu.  Suci tak u olls.


13 comments:

  1. Wah, i am for you Jumie. A very good change. Btw, tudung Ariani memang mahal giler (coz of the name jer) but i rasa tudung De'Zahra lagi better and much more cheaper. Try la!

    ReplyDelete
  2. jumie ni link blog akk k.hajadarlingsz: http://darlingszsite.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. salam Jumie....suka...suka dgn entri ni...yes...pakai tudung sbb nak tutup aurat...bukan kerana fesyen...bagi kak eni pakai tudung...biar ikut hukum....biar selesa....sejuk mata memanding dan sweet gitu....kan kan kan....
    jom baca entri kak eni ni...ada 2 gaya tudung yg kak eni suka...yukk...

    http://eniosman.blogspot.com/2011/05/tudung.html

    ReplyDelete
  4. Hana Tajima & Yuna wannabe memang banyak kat KL ni. Bf kami rimas tengok. Dia kata serabut. Hehe.

    ReplyDelete
  5. Emi : Ohhhh thanks u ollls!

    Kak Eni : OKay sat I olls terjah.

    Reena : Pakai macam u olls okay. Still fashionable dan tak terpaksa sangat.

    ReplyDelete
  6. kelas kak jumie.. suke sangat bace entry kali ni... saye pakai tudung, tapi saye kejar fesyen.. tapi, tak terkejar pun... takyah kejar dah la kot.. kann...

    nak tgk kak jumie dah pakai tudung nanti lah... hehehe...

    ps: gamba last memang suci~~ hehehe

    ReplyDelete
  7. love dis entry.. mmg terbaik la :)
    minx share :)

    ReplyDelete
  8. Heyyy u olls! Haruslahhhhhhhhhhhhhhh...orang elok buat apa pun elok~! hahaha (riak)

    ReplyDelete
  9. hakhakhak...mencaras katanyaaa.....

    aduhaiiiiii x mo komen apa2...sbb sy yg bertudung nipun terasa byk kekurangan lagi dlm mencari kesempurnaan..apa punn kalau jumpe jumie yg bertudung cm pic kat bawah tuh dan2 nak pinnag wat adik ipar :d haakhakhak

    ReplyDelete
  10. urm... entry kita hampir sama bentuk dan picnya... alamak! tapi bkn copy dari kak jumie hehe...

    ni link entry kita yang hampir serupa...

    http://blognanialing.blogspot.com/2011/07/tudung-harus-berfesyen.html

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com