24.6.11

Bakal Isteri Yang Cantik

Sapa dah tengok gambar tunang Ashraf Muslim?  First impression u olls apa dia?  Cantek tak tunang dia? 

Apa pendapat akak?  Akak terpana okay.  Akak rasa akak lagi cantek dari beliau.  Caruutt...caruuutt! Ampa tak payahla nak kutuk-kutuk aku mulut puaka.  Berpijaklah di bumi yang nyata u olls,  katakanlah yang u olls semua pun berperasaan sama macam akak iaitu bersetuju tunang Ashraf Muslim itu tidak berapa cantek orangnya nak dibandingkan dengan Ashraf Muslim yang hot.

Ashraff Muslim dan tunangnya sedang menayang cincin :)

Walaubagaimana pun,  akak hari ini yang feeling-feeling Ustazah Fatma Azzahara sikit "Jangan jadi fundannnnnnnnnnnn,"  bak kata Ustazah Fatma Azzahara masa bagi ceramah kat USM dulu.  Makan ati adik-adik gayah yang jadi AJK untuk majlis itu okay.  

So akak hari ini ingin mengupas tentang isu bertajuk Bakal Isteri Yang Cantek.

U olls,  menurut ajaran Islam ada empat ciri penting dalam memilih seorang isteri yang baik.  Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud :
"Perempuan itu dinikai kerana empat perkara.  Kerana hartanya,  keturunannya,  kecantikkannya dan kerana agamanya.  Lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia,:"

Ampa semua jangan duk gelak-gelak akak duk tiba-tiba ver-ver bagi hadis ni semua.  Akak semangat ni nak share dengan ampa sedikit ilmu akak belajar masa kursus kahwin hari itu.

Menurut hadis tadi,  ternyata ada empat perkara yang perlu kita dititikberatkan dalam memilih calon isteri.
  1. Hartanya :  Rasulullah bukan semata-mata nak suruh u olls carik perempuan yang kaya raya saja untuk kawen okay.  U olls kena tau makna tersembunyi di sebalik maksud 'harta' yang dinyatakan oleh Nabi kita.  Maksud Rasulullah,  at least cariklah wanita yang berharta bermaksud dia ada kerja dan boleh mambantu ekonomi keluarga dan juga mempunyai pendidikan dan ilmu yang tinggi.  Itu harta yang lebih bermakna u olls. 

    Tahukah u olls tunang Ashraf Muslim ialah seorang bakal doktor okay! 
  2. Keturunannya  :  Kita nak kawen sebab nak menyambung zuriat kita.  So that dah tua-tua nanti adalah anak-anak yang baik untuk jaga kita balik.  So adalah penting untuk mencarik golongan isteri dari keturunan yang baik-baik dan paling penting keturunan yang ramai anak. 

  3. Kecantikkannya :  Satu lagi faktor yang dinyatakan secara subjektif.  Rasulullah SAW bukan suruh u olls carik Miss Venezuela 2003 sahaja untuk dijadikan bakal isteri,  tapi u olls maksud cantik yang dinyatakan oleh Rasulullah ialah cantik di mata u olls.  Cukuplah kalau u olls tengok muka dia dan hati u olls rasa macam gembira dan tenang.  Cantik la tu u olls. 

    So tak payahlah nak pertikaikan kenapa Ashraf Muslim pilih tunang tak lawa!  Dia kawen bukan untuk tayang bini dia secara riak sampai boleh letak kat Balai Seni Lukis Pulau Pinang,  cukuplah sekadar Ashraf rasa tenang dan happy bila tengok muka isterinya itu nanti :)

    Ada bini cantek sangat pun susah u olls.  Mesti ada macam-macam cabarannya.  Hari hari bini nak keluar rumah mencari rezeki u olls pun paranoid hari-hari tanya dia pi mana,  buat apa,  boss mengurat ke tak?  KAN?

    Ana happy laaa anna happy la..... (sila baca dalam sleng Ali Baba Bujang Lapok)
  4. Agamanya : Of coz Rasulullah SAW suruh u olls carik isteri yang beragama Islam dan mengamalkannya.  Rasulullah siap pesan dua kali dalam hadis itu.  Sebab itu,  Nabi Muhammad SAW juga pernah menyebut dalam satu hadis, 
    "Jangan kamu kahwini sesaorang wanita itu kerana kecantikannya. Kerana mungkin kerana kecantikannya akan membawa kerosakan kepada mereka sendiri. Dan jangan kamu kahwini mereka kerana mengharapkan harta kekayaannya. Kerana mungkin harta kekayaan itu menyebabkan mereka sombong. Tetapi kahwinilah mereka kerana dasar agama. Sesungguhnya hamba sahaya yang hitam kulitnya adalah lebih baik jika dia beragama.” (Riwayat Baihaqi)
So tak payahlah dek non nak feeling-feeling frust kenapa Ashraf Muslim pilih tunang yang tak setanding diri dia.  Kita tengok lah diri kita ni semua dan kaji balik kita ni pun cukup ke baik luar dan dalaman.  Kalau luaran sahaja yang indah tapi tak persiapkan di bahagian dalam,  susah juga deknon.  Biarlah macam jahat dan buruknya perangai kita dulu pun,  yang penting kita teringat juga untuk perbaiki diri kita dan berazam untuk jadi yang lebih bagus di masa hadapan.  TAK PAYAHLAH NAK TENGOK KEKURANGAN ORANG LAIN SAHAJA :)

Sekian,  wallahualam

Feeling-feeling ustazah sat :)

9 comments:

  1. salam jumie....he he...double like utk entri ni....bila kenduri nanti jgn lupa kak eni tau...he he(tak malu sungguh mai offer diri)...duk di ptg pauh....jumie dulu budak st george's ka...?

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Eni. Terima kasih for reading my blog. YES saya St George SPM tahun 2003. Kak Eni...nanti bulan Ogos saya akan announce details pasai wedding saya. Kalau nak kad....bagi details tau. Tapi tunggu start 3 Ogos 2011 :)

    ReplyDelete
  3. THANKS JUMIE FOR THE ENTRY. KAMI SUKA SANGAT :)

    ALAMAK SORY CAPS LOCK TAK PASAN DAH TAIP BR THK SKRIN DAA!
    KINTAN

    ReplyDelete
  4. suka...suka...suka..... so jg lah ada mulut2 celupaq kata cm pinag dibelah kapak kan :P

    ReplyDelete
  5. Jumie, entry kamu seniasa berinfo even kekadang kamu sengal..Haha..kidding..
    Yang pasti kamu menulis secara telus tak ada nak cover2 bagai..=)

    ReplyDelete
  6. Thanks kakak. Dulu di poli walaupun kita jiran setingkap...tapi tak pernah terkenal rapat. Hope akak happy baca belog saya hari hari :)

    ReplyDelete
  7. kak jumie memang terbaekk..1time baca bahan ilmuan gaya sempoi..Best2!saya suka sesangat!

    ReplyDelete
  8. slm kak jumie kami suka entry ni...hampa 1 poli dengan kami la....kami msk lmbt...hampa budak DSK kan?

    ReplyDelete
  9. Cik TTK...welcome to Jumiejumie.blogspot.com ya...

    Yes...kami DSK... :) AMpa kenai kami ka?

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...