Haizi Khalid

Tunetalk

Glowbro Marine Collagen

UK Clark Sales

14.6.11

Contoh Aturcara Majlis Perkahwinan Orang Melayu

Dear Jumie,

Sebaik2nya kan la,  bila pengantin sampai kat dewan.  Depa nak kena naik pelamin terus or duduk makan dulu dengan family mentua?  Please advise.

Yang benar,

Muizz Daud

Akak over di hari-hari wedding.  I love wedding day.  Dapat berkumpul dengan adik beradik dan kawan-kawan tersayang. 
Hello Muizz,


Thanks for the question. Sangat inspirasi idea untuk posting dalam artikel blog aku.

Sebagai menjawab soalan hang ini, sebenarnya kita orang Melayu Melesia dah mulai fleksibel tentang aturcara/ program majlis persandingan sebab kita dah masukkan pelbagai nilai-nilai yang berkisar kepada cara hidup kita yang lebih moden tapi tetap menerapkan nilai-nilai agama.

I think now orang Melayu yang lebih peka terhadap nilai agama kita iaitu Islam. Contohnya, kita dah tak bersanding dan merenjis lagi. Pelamin yang disediakan hanya untuk tempat bergambar bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

So kalau hang nak buat aturcara majlis persandingan, tak kisah if hang nak mulakan dengan upacara apa pun dulu.

Ini gambar akak dan kawan akak.  Just nak share dengan u olls,  adalah amat penting untuk u olls melantik seorang pengapit yang baik! Tugas pengapit adalah amat besar sekali.  Tugas mereka bukan sekadar peneman di atas pelamin,  tapi tolong pegang barang-barang penting seperti IC dan sebagainya,  dia juga kena buat apa saja untuk tolong pengantin walaupun kena tolong bagi pakai kasut.  And just nak bagi tips,  kalau boleh.....ada orang PENGAPIT SIMPANAN.  Supaya senang kalau-kalau pengapit u olls tak boleh turn up pada hari berbahagia itu.  Nanti i olls akan buat article pasai pengapit.  OKAY!


Macam family aku, kami dah biasa dengan pengantin tiba terus ke meja makan beradab.  BUKAN NAK KATA PENGANTIN GELOJOH DAN PELAPAK.  Tapi sebab sebagai menghormati keluarga pihak lelaki adalah lebih nyaman kalau depa sampai jer terus bagi depa makan dan relaks sebentar. Kemudian baru pengantin naik ke pelamin, dan kita jemput keluarga pihak laki (peringkat demi peringkat) untuk naik ke pelamin untuk upacara ambil gambar.

Berikut ada beberapa contoh aturcara tentatif yang u olls boleh gunakan sebagai panduan mengadakan majlis persandingan u olls  :
Contoh 1
10 pagi  :  Adik beradik dan saudara mara get ready untuk menyambut ketibaan   tetamu

12 tengahari  :  Tetamu mulai datang

2 petang  :  Pengantin tiba
                  Makan Beradab
                  Bersanding
                  Majlis Merenjis
                  •    Nenek pengantin perempuan
                  •    Dato/ Nenek pengantin lelaki
                  •    Ibu dan bapa pengantin lelaki
                  •    Ibu dan bapa pengantin perempuan
                  •    Saudara sebelah pengantin lelaki
                  •    Saudara sebelah pengantin perempuan

                  Sessi fotografi
                  Karaoke
                  Cabutan Bertuah
                  Game for kanak-kanak

5 petang  :   Bersalam-salam dengan family
Amalan gotong royong di kampung adalah amat best sekali.  Kita yang dah duduk kat tengah-tengah town ni dah takder u olls.  Tapi walaupun kita tidak memasak gotong royong,  kita boleh terapkan nilai-nilai bergotong royong tu dalam perkara lain.
Gambar ini masa akak bersama-sama dengan keluarga angkat akak di Felda Jengka 23 for kenduri Wan dan Fiza.  :)
Contoh 2
10  pagi  :  Adik beradik dan saudara mara get ready untuk menyambut ketibaan tetamu
12 tengahari  :  Tetamu mulai datang
2 petang  :        Pengantin tiba
                       Pertunjukan Silat
                       Bersanding
                       Makan Beradab
                       Sessi fotografi
                       Potong Kek           
5 petang :         Bersalam-salam dengan family

Antara tips-tips lain yang boleh u olls ambil kira sebagai memastikan aturcara majlis berjalan dengan lancar adalah seperti berikut  :
  1. Buatlah meeting sebulan sebelum majlis u olls.  Dalam meeting ini,  jemputlah saudara mara dan kawan rapat yang akan menjadi tunggak-tunggak utama dalam majlis perkahwinan anda nanti.
     
  2. U olls boleh membuat lantikan tugas seperti :

    • Ketua Kenduri - Ketua kenduri bukan mak atau bapak pengantin.  Kalau boleh carik orang yang senior dan mempunyai pengalaman dalam kenduri kendara ni.  Fungsi dia sebagai ketua kenduri adalah amat penting. 
      Nak order tambah nasik (kalau nasik tak cukup),  nak bagi duit beli apa-apa barang at last minute kalau tak cukup,  menjaga seluruh perjalanan kenduri berjalan lancar.  Kita tak mau bagi jawatan ini kat mak dan bapak pengantin sebab mak dan bapak pengantin tugas utama depa ialah menyambut tetamu yang mai di muka pintu dan menerima angpau :)
    • Ketua Bahagian Makan - Ketua bahagian makan ni of coz adalah amat penting bab-bab makan ni.  Dia kena make sure qualiti makan semua okay dan para tetamu semua dapat makan dengan cepat.  Kalau u olls dah lantik caterer untuk jaga ni semua lebih bagus. 

    • Tukang Jaga Bunga Telur - Ini jawatan yang selalu i bagi kat makcik-makcik yang lebih senior.  Dia kena jaga tempat simpan bunga telur ni.  Biasalah...satgi duk letak macam tu ja orang nanti amik tak pasai-pasai dan bagi kat semua orang last sekali tak cukup.  Lebih takut kalau budak-budak kecik duk curik bunga telur dan buat kenduri lain kat belakang pelamin.  Haa...tu lagi raplah.  Terutama sekali,  kalau ampa buat kenduri yang jenis protokol.  Bunga telur saja ada 6 jenis.  Oleh itu,  Tukang Jaga Bunga Telur adalah amat penting sebab dia yang akan determined sapa dapat bunga telur macam mana?  Terpulang kepada pengantin nak sediakan berapa jenis bunga telur.

    • Tukang Jaga Meja Makan Pengantin - Tugas ini adalah amat penting.  Mereka bertanggungjawab agar perhiasan di meja pengantin dengan segala makan semua disediakan dengan sempurna.  And Tukang Jaga Meja Makan Pengantin ni yang bertanggungjawab untuk cedok nasik semua bagi kat pengantin.

    • Penjaga Hadiah-hadiah - Akak selalu bagi tugas ni kat anak-anak dara sunti.  Darjah 4-5. Especially girls...depa sangat suka kalau suruh jaga-jaga hadiah ni.  Bagi depa rasa important juga di majlis kenduri u olls :)

    • Ketua Penyambut Keluarga Pengantin Lelaki / Perempuan - Mak dan bapak pengantin tak sempat nak sambut keluarga pengantin yang baru tiba.  Of coz masa mula-mula depa akan sambut,  tapi Ketua Penyambut Keluarga Pengantin ni tugas dia ialah menyambung sambutan itu.  Selain memastikan semua keluarga pihak lelaki/perempuan mendapat tempat yang sepatutnya,  tugas mereka juga adalah untuk make sure semua ahli keluarga dapat makan kenyang dan dapat hadiah / buah tangan. :)

    • MC / Pengacara Majlis / DJ  :  Kalau u olls dah ada DJ baguslah,  sebab depa dah berpengalaman dalam bab-bab ini.  Kalau u olls nak lantik MC atau pengacara,  memang bagus sekali.  Depa bertanggungjawab untuk menjadi Master of Ceremony.  Kalaupun u olls nak amik MC dalam kalangan ahli keluarga ataupun kawan-kawan,  pastikan u olls mencari MC yang berpengalaman,  mempunyai kemahiran menjadi MC dan paling penting intonasi dan lontaran yang baik.  U dont want you majlis to be like majlis tahlil kat surau kan?  Atau tak mau lah pulak orang ingat kenduri kawen u olls sebagai Pertandingan Ratu Cantek Universe Malaysia? Buat audition dan praktislah betui-betui.



Sekian saja dulu.  Akak tulis ni buat saja-saja buat pandai,  tapi inilah cara dan amalan keluarga akak.  So i olls share dengan u olls semua apa yang menjadi amalan keluarga kami.  Hope u olls semua will benefits from this information.  I love u olls!  Selamat merancang wedding u olls.

5 comments:

  1. Kami dah banyak kali jadi pengapit. Bilaa la orang *jeling kat Intan* nak jadi pengapit plak. Haha.

    Kami suka artikel ni Jumie. Boleh buat panduan. Tq!

    ReplyDelete
  2. tenkiu akak jumie..tips berguna sgt2 ni..pasni bg tips lagi eh.. ;)

    ReplyDelete
  3. tenkiu kak jumie...best entry ni...banyak tips berguna. bnyakkan la entry sejenis mcm ni...

    ReplyDelete
  4. Thanks ampa semua for the comment. Ampa tanya la soalan....i olls akan menjawabnya. Kalau nak tulis semata-mata i olls kurang idea :)

    ReplyDelete
  5. thanks kak jumie, very helpful! :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com