20.6.11

Direktori Perkahwinan Penang by Jumie Samsudin

Assalamualaikumwarahmatullah dan salam sejahtera,

Dengan segala hormatnya saya ingin menjemput semua ahli perniagaan berteraskan 'online service' di Pulau Pinang yang berkaitan dengan bidang perkahwinan untuk mengiklankan perkhidmatan anda secara percuma di laman weblog ini.  Objektif mudah iaitu untuk menggalakkan peniaga dan pengguna Pulau Pinang untuk menggunakan medium 'internet' dalam urusan perniagaan disamping memberi sokongan kepada orang-orang Penang khasnya dalam bidang perniagaan perkahwinan yang semakin menggalakkan.

Pengiklanan ini terbuka untuk semua peniaga sama ada mempunyai syarikat ataupun freelance business.  Peniaga wanita adalah amat dialu-alukan. Namun keutamaan diberikan kepada peniaga yang menjalankan perniagaan di Pulau Pinang dan sekitar utara Malaysia.

Sekiranya anda berminat untuk mengiklan perkhidmatan anda,  sila emelkan butiran berikut :



  1. Nama syarikat  / Nama Pemilik :

  2. Jenis perkhidmatan : (Sila rujuk lampiran)
        Andaman dan Solekan
        Audio dan Visual
        Bunga Telur / Hantaran
        Butik dan Busana
        Catering
        Dewan dan Kanopi
        Fashion Designer / Tempahan Jahitan Pakaian
        Fotografi dan Videografi
        Hantaran dan Cenderamata
        Kad dan Cetakan
        Kek dan Manisan
        Kursus Kahwin
        Pakej Perkahwinan
        Persembahan / Pengacara Majlis / DJ
        Spa dan Rawatan Kecantikan
        Wedding Planner / Perancang Majlis

  3. No telefon :
  4. Emel :
  5. Facebook :
  6. Website / weblog :
  7. Nota ringkas :
Sila emelkan perkara di atas bersama-sama dengan gambar / logo / banner syarikat dan perkhidmatan anda kepada jumiess@gmail.com.

Semua maklumat anda akan diterbitkan dalam laman weblog baru bertajuk " Direktori Perkahwinan Penang by Jumie Samsudin".

Dengan cara ini para pengguna boleh memilih perkhidmatan yang diiklan serta memberikan komen dan testimoni kepada perkhidmatan kita.

Untuk sebarang maklumat lanjut,  sila hubungi saya seperti di alamat berikut  :

Emel  :  jumiess@gmail.com
YM  :  jumie_samsudin


KOMEN ADALAH AMAT DIALU-ALUKAN.  SILA SEBARKAN PERKARA INI KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN LAIN.

Yang benar,
Jumie Samsudin

2 comments:

  1. En. Mizi...cepatlah emel kat kita details. So far dah makin ramai bagi data.

    http://direktorikahwinpenang.blogspot.com/

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...