30.6.11

Hobi Mahal | Mengumpul Patung / Dolls

U olls ada hobi tak?  Apa hobi u olls?  Ada macam-macam hobi kat dunia ini.  Hobi yang paling popular masa kita sekolah rendah ialah mengumpul setem.  Akak suka kumpul setem dulu sebab akak ada ramai penpals dari Sweden,  Ireland,  Africa,  America dan banyak lagi.  We olls akan tukar-tukar setem.  Pastu akak juga akan tukar-tukar setem dengan Fadzle Abu Hassan.  Dia lani belajar kat Jepun dan dah jadi engineer.  Tak taulah sama ada dia masih simpan buku-buku setem itu?


Anyway,  actually hari ini akak nak memperkenalkan seorang kawan akak yang bernama Kak Sha.  Kawan i ni dia seorang model dan dia duduk kat UK.  Last year masa dia balik Penang,  so we olls catch up la cerita pasai kisah-kisah catwalk kami dan zaman kegemilangan Miss Universe kami dulu.  And dia perkenalkan kat i anak-anak dia.

So I very the terkejut la bila tau yang tiba-tiba dia dah ada anak.  I tau dia dah kawen.  TAPI....i tak tau pun dia ada anak dah.  Dalam Facebook takdak apa pun.  So,  bila dia tunjuk kat i satu 'anak' patung yang merupakan salah satu koleksi hobinya baru lah akak faham.

Sebahagian daripada patung-patung koleksi Kak Sha yang tersusun indah kat rumah dia di UK.  Kata Kak Sha  "This one is my favourite its take me 3 hours to dress em up and display:-)but its worth it coz.  Hot topic at our dolls board community."
Kak Sha mempunyai satu hobi yang unik dan very expensive u olls.  Hobi yang murah seperti mengumpul setem.  Manakala contoh yang mahal adalah seperti seperti modified kereta,  kumpul barang antic dan hobi Kak Sha yang akak nak cerita kat u olls hari ini ialah hobi mengumpul anak patung.

Its very interesting to hear her passion about her dolls dan akak sangat amazed dengan all the information yang Kak Sha share dengan akak.  So akak pun bercadang untuk interview dia untuk article khas dalam blog akak today!

So,  let's read interview antara akak dan Kak Sha.
Jumie  :  Bolehkah Kak Sha cerita sikit tentang hobi Kak Sha. Apakah nama panggilan kepada patung-patung ini?

Shasha : Hobi Sha banyak tapi yang paling Sha suka ia itu mengumpul anak-anak patung seperti Barbie,  Tonner dollAnnette HimstedtSybarite (fashion doll)Enchanted dollDeva doll dan Fashion Royalty.


Jumie  :  WOW!  Ada maciam-maciam jenis patung!  Saya tau Barbie Dolls saja.  Sejak bila Kak Sha minat dengan hobi-hobi ini?

Shasha  :  Dari kecik lagi seingat Sha rasa-rasa dalam umur 8 tahun.


Jumie :  Kenapa Kak Sha rasa terpanggil untuk minat dengan koleksi-koleksi ini?  Sebab fashion?


Shasha  :  Kali pertama Sha ingat masa tu shopping dengan mak Sha kat Tong Aik Supermarket kat Penang road :-).  Then Sha ternampak patung Barbie!  Ingat lagi harga dia RM59.90 basic Barbie.  Masa kecik dulu suka pasal cantik.  Sekarang dah besar suka sebab "quality".  Not only that some dolls are very rare in this world example macam OOAK mean "One Of A Kind".  Yang ni boleh mencecah berpuluh-puluh ribu ringgit.  Good for investment kalu jual balik to others dolls collector yg berminat.


Jumie  :  Darimana Kak Sha beli semua patung-patung ini? Ada pencipta khas? Atau ada butik khas yang menjual patung-patung ini?


Shasha  :  Sha beli patung dari website designer tersebut di USA,  Japan,  Korean,  Thailand dan UK.  Salah seorang tu kawan Sha dia belajar di universiti yang sama dengan Mendiang Alexandra Mcqueen.  Nama dia Charles.  Example dalam dunia collectable patung ni dia mcm designer LV,  Chanel and etc sbb tu harga mahal.  Doll ni bukan untuk main2 its also consider as an "art" ia cuma untuk display aje.


Jumie  :  Berapa kos untuk beli sebuah patung termasuk kos baju dan eksesorisnya?


Shasha  :  Mostly patung yang Sha beli datang complete as a set (gown  ,heels,  wig(rambut pelasu),  accessories,  and doll stand).  But then again kalu kat secondary market depending if the seller nak jual secara asing.  Harga dia orang jual pulak boleh jadi double dari harga yg original.

Example website price USD900 including shipping to UK.  Secondary market boleh mencecah sampai USD1800 + shipping.  Harga yang Sha beli selalu USD900 for Limited Edition doll for (OOAK USD2,500 to USD3000).  Kadang-kadang Sha buat trading dengan kawan-kawan collector lain so save banyak.

Jumie  :  Berapakah harga patung paling mahal yang Kak Sha pernah beli?

Shasha  :  Yang paling mahal patung yang kulit gelap (dark Skin tone) OOAK Malaika dlm USD 3000. 


Jumie  :  Dulu masa kita kecik-kecik mak kita tak bagi kita beli Barbie Doll sebab depa kata nanti malam-malam Barbie Doll akan bangun dan bercakap sebab dirasuk syaitan. Tapi sebenarnya, mak kita takdak duit nak beli Barbie Doll kat kita kan? So Kak Sha, ampa rasa takut tak kalau patung ampa bercakap dengan ampa?


Shasha  :  Hehehehe ya setahu Sha mak Sha tau Sha ni memang gila anak patung even sampai sekarang ni.  Masa kecik-kecik dulu mak ada cakap tak elok ada patung dalam rumah sebab nanti malaikat tak masuk rumah.  Bagi Sha,  Sha cuma mengumpul bukan menyembah seperti behala.  Niat Sha bersih hanya mengumpul bukan membuat sesuatu yang khurafat.  Ia sebagai hobi sahaja tak lebih dari tu.  Patung Sha size 16 inches (40.5 cm) tinggi bukan human size ye.  Kalu human size sapa tak takut malam-malam tgk.  Hehehe.

Jumie  :  Sekarang Kak Sha sudah ada berapa koleksi patung semuanya? Boleh ceritakan satu persatu?


Shasha  :  Since Sha dok England 2004 till 2008 Sha kumpul dalam 200 dolls.  But then Sha jual banyak mostly size mcm Fashion Royalty dan Barbie ia itu 12 inches.  Minat Sha berubah ke patung size 16 inches seperti BJD (Ball Joint Dolls),  Sybarite and Deva Doll sbb fashion dia more too Haute Couture dan its feel good to hold in hand. Quality lebih bagus dan resin dia berat tak mcm most of Plastic dolls.
Duit yang Sha dapat balik dari hasil jualan barbie dan Fashion Royalty tu Sha tambah beli yg patung berjenama quality yg terbaik.  Its also good for my investment in future.  So far from 2009 till now Sha ada dlm 22 dolls yg size 16 inches tall.


Jumie  :  Koleksi mana yang paling Kak Sha sayang?


Shasha  :  Hmmm susah nak cakap sebab semua cantik:-).  I treat all my dolls equally and dress them up nicely every now and then.  So bila Sha rajin Sha tukar style dia orang dan ambil gambar post on our Dolly Board Forum in USA.  Nanti ada yg mengomen nye.


Jumie  :  Pernahkah Kak Sha masuk apa-apa competition patung?


Shasha  :  Pernah dapat nombor satu!  Hadiah dia patung gak:-)  In one year they have like 5 or 6 Fashion Dolls convention in USA. Yang paling Sha minat kat Paris every year mesti pi Paris Fashion Doll Convention tu mcm2 Sha dapat beli dan tengok designer baru yang nak naik menunjukan bakat masing-masing.  Best sangat!  Mcm Fashion Week but its only in dolly world.  Masa tu juga Sha belajar usia untuk mengumpul patung ni bukan pelik ye,  sebab banyak orang gelak bila Sha kata Sha collect anak patung.  Tapi depa tak tau pulak berapa yang Sha buat duit!!!:-) 
Bagi dia orang cuma budak-budak kecik aje yang suka patung ni.  From there I can see age there is no limit!  From 20s to 90s masih active lagi mengumpul patung dan depa sanggup travel around the world just for this special event:-)

This do is my Lucky Doll I menang masa kat paris convention 2011 in March.She is Limited 10 for those who taking part.  Her face like Devon Aoki kan?
Her name is "Sen" design by Paul Pham.
Jumie  :  Berapakah harga jualan patung yang paling tinggi Kak Sha pernah jual?

Shasha  :  Yang paling tinggi dalam USD $2500 including shipping worldwide.

Jumie  :  USD2500 x 3 = RM7500!  Fuiiiiiiiiiiiiyooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo.  Buleh bayar hantaran kawen.



Jumie  :  Kak Sha teringin tak nak buat patung muka cam Jumie Samsudin? Plus size u olls! hehehe


Shasha  :  Jumie you jangan terkejut tau!!  Kawan I dia buat khas untuk artist ni.  Nama dia Beth Ditto she is a plus model size dan lead singer also buat catwalk tau dgn JPG!!! Patung tu memang nampak real mcm Beth Ditto but in mini size aje:-)  You mesti nak kan?lol

The real Beth Ditto Singer/Model with her dolls.
Beth Ditto dolls.
Jumie :  Kak Sha kenal tak sapa-sapa selebriti yang kongsi hobi yang sama macam Kak Sha?

Shasha :  That one Sha  tak sure sebab sometimes they like to keep it private!! But Top designer ramai.



Jumie  :  Apakah saranan Kak Sha kepada they olls yang ingin memulakan hobi unik macam Kak Sha ini?


Shasha  :  Bagi Sha hobi ni tak bermakna kumpul patung aje.  Bole buat benda lain juga:-) Yang penting kita suka hobi tu.  Kalu sesiapa yang mampu why not! 

In my honest opinion kat Malaysia memang susah sikit sebab harga dolls ni mahal dalam USD and GBP dan mostly banyak tanggungjawab yang perlu di dahulukan.  Bila kawan Sha tanya semua terkejut sebab mahal.  Yela patung ni untuk hiasan aje dik dan bukan untuk main-main.  Macam juga barang-barang yang antique di luar sana.  Mcm Sha I'm very lucky because my hubby support my hobbies.  Kalu tidak Petik Bunga Melur Cium(paham Maksud tu?) 
Apa-apa yg kita buat mesti ikhlas dari hati itu yg penting.  Tak perlu kita meniru orang apa yang depa buat kita pun nak buat sama.  Janji apa yg kita buat tu mampu dan tak menyusahkan diri di masa akan datang.

WOWWW!  Thank you so much Kak Sha.  Im sure lepas ni semua pompuan-pompuan dan 'adik-adik' kat luar sana akan menghenjut laki-laki depa semua dan paksa laki depa untuk support beli patung-patung macam ni nak buat koleksi katanya.  Tapi u olls semua.....ingat pesan Kak Sha,  apa pun u olls buat kena ikhlas dan tak perlulah sampai nak meniru nanti menyusahkan diri sendiri di masa depan.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kak Sha (Nama sebenar,  lokasi dan maklumat diri beliau telah dirahsiakan atas permintaan Kak Sha sendiri) di atas masa dan kesungguhan Kak Sha untuk berkongsi hobi Kak Sha yang unik ini. 

Sebagai halwa mata u olls semua,  mai sini akak nak share dengan u olls koleksi anak-anak patung Kak Sha yang akak tak tau lah berharga berapa ratus ribu dah ni!  Thank u again to Kak Sha sebab sudi meluangkan masa berjam-jam untuk menggayakan dan amik shot-shot ini untuk semua pembaca Belog Jumie Samsudin.

Let's check it out!!


Semua caption pada gambar ini adalah ditulis sendiri oleh Kak Sha.

OOAK Malaika yg sha beli $3000 yg ni la kalu jumi nak tau shes wearing "DropGlass"by Superfrock.


OOAK Malaika in Raymond I namakan collection ni"Ghost"

Malaika in Bodin.
Atong in maxi dress by Mona.
Atong in Viva Soda Couture
Malaika in "After Midnight"gown ni Limited 20 menyambut ulang tahun Superfrock yg ke 5 tahun.
Elfas in Dior replica Couture Origami.
"Atong"is OOAK face painted by Talented "Hendra from Australia"she is wearing Jason wu Limewire dress,necklace,Earrings,shoes. and wig by Bodin.
This one is "Malaika" she is Limited 20 worldwide.Klu Jumie nak tau patung yg susah nak buat ialah patung yg berkulit gelap depa perlu kan cuaca yg sangat panas!!she wearing Bodin dress and hand bag from Superfrock.
Prada,Gucci.semua ada...
Ni Liu Wen shes wearing Blaze by superfrock.
Angie Limited Edition 5 in Superfrock."Blaze"
OOAK Angie in RDG Collections
Posing depa2 ni mmg penat tapi mmg memuaskan hasil.So they all wearing mix and match by others designer kalu nak tulis I rasa tak cukup kat sini.hehehhe.
Savoy from Superfrock"Lucky Bee"for Royal Frock wedding.
Her name is Elfas wearing superfrock (Testament jacket belt/Savoy dress)wig by Chewin.
OOAK WS Malaika/shoes Jason wu.
Yg ni Elfas Limited 5 shes wearing Kebaya moden made by Raymond .Fabric by zarina.
This model from Thailand her name is Apsara shes wearing her tradisional outfit.
Yg ni name dia Angie wearing on of my favourite designer(Bodin)his from Thaliland and making dolly costume only his spare time job:-)he work with Channel 3 in Bangkok as a costume Designer. (RM900 for the baju okay!)
Design by Bodin he can make replica of Philip Treacy hat:-)
Geometry in "Never Forever Bridal Gown"Limited Edition 5 worldwide di jual waktu Kate Middleton on the way to Abbey.
Angie yg sgt ketwat tu:-)
Doku by Superfrock in Japanese Doku mean Poison sbb tu lipstick dia biru.
Limited Edition 20 Malaika in D styling by me:-)
Doku close up.Tgk kasut dia mmg details!!!
This is Pharatee Indian Model.Wearing Superfrock outfit.
This is OOAK Angie she look fierce!!:-)dia ni mmg berangan sikit sbb tu suka Cermin.Dress,Pearl necklace,mirror by Superfrock and shoes from Jason wu (Avantguard).
Tian Shi limited 20 in Magia2000 dgn LV gold.
Apsara Limited 20 in Black Bird Society by Superfrock.
Yg ni name dia Geometry corset dia di buat dari Metal betul tau:-)This model made my good designer friend yg berkerja dgn mediang Alexandra Mcqueen(Charles)his the one who run Superfrock Salon for dolls.
Yg ni one hot model dia famous dlm collectors debut.her name is Tian Shi wearing Superfrock(Doku coat,belt)Toxica shoes,Duchess bangle,Mass hat and tulle net skirt from Viva Soda.
Kalu Melayu ckp rambut sebaq tepi:-)xx
Tian Shi in Bodin,The duchess Bangle from Superfrock.
Atong in her Lingerie by Superfrock
Atong in Superfrock"Toxica outfit:kalu Jumie tgk betul2 fabric tu dia skull mcm Alexandra Mcqueen style.
Yes.replica of Christian Dior Haute Couture 2007 finale yg Shalom pakai.Origami Lily made by VivaSoda.
Okay,  yang ni bukan patung ya.  Inilah Kak Sha.  Kak Sha bagi sekeping gambar dia untuk belog ini.  Thank u so much Kak Sha sebab sudi bantu saya bagi information yang banyak tentang minat Kak Sha yang unik ini. 

13 comments:

  1. Wow never seen these dolls before..Looks really beautiful and impressive...Ingat lg dulu my sis ada byk barbie collection yg limited edition but after look at these dolls, my jaw drop coz ni bkn sembarangan limited edition, these are arts...Thanks jumie for sharing !

    p/s: i takut tgk patung2 mcm ni malam2, rasa mcm dia org hidup jer..hehehe

    ReplyDelete
  2. sgt interesting sebb patung nih ada 15 poin artikulasi... senang nak pose2 kan die... menarik...

    ReplyDelete
  3. Thanks u olls for reading and commenting. Kisahnya, inilah artikel terpanjang untuk 2011. Tapi sangat worth writing it. Sebab Kak Sha betul betul bagi saya commitment dan bahan untuk menulis.

    ReplyDelete
  4. cantik la jumie patung2 kak sha tu..kak sha pun cantik.. :)

    ReplyDelete
  5. WOOOWWW.. baca entri ni sambil ternganga mulut.. huhu..bestnye.. sume cntik2 espc malaika tu..sepadanla dgn hrganya.. nak 1 blh? hehe.. kak sha pun cntik mcm doll2 dia jg..

    ReplyDelete
  6. kalo hg tak mention gambak last tu kak sha... mati idup balik aku ingat dia bawak anak patung mana2 pi outing kat luar tangkap gambak.

    weh aku suka la tengok dress dolls tuuu... makan hati je rasaaa... sangat laa art...

    cantiikkk sangat2 baju2 depa... siyes baru tau ada macam2 jenis dolls rupanya... aku pun sama mcm hg kenai barbie je...

    dulu masa aku kecik2 arwah mak aku rajin la jahit baju untuk anak patung aku. satu je pun anak patung aku ada... yang saiz sama besak dengan anak patung yg baby alive tu. haha...

    ReplyDelete
  7. kak sha?/macam penah kenal n penah jumpe jer..btw,this is very interesting...

    ReplyDelete
  8. Gambar yg first tu ingatkan dia collect patung mcm shopping complex tu.hahaha..penuh rumah kalau gitu.

    menarik cara dia style doll2 tu.the make up everything semua lawa.mcm real life model.
    macam mana dia make up patung2 tu eh?

    ReplyDelete
  9. cantik2 dolls tu, teringin pulak nak buat collection..in my dreams je la..hehe.

    ReplyDelete
  10. As'kum Semua,

    Terima Kasih byk2 megomen ttg hobbie saya:-)very sweet of you.

    Saya kat sini risau gak ttg interview ni sbb hobby saya ni lain daripada yg lain.Kat USA and Europe depa tak kisah sbb ni adalah satu hobby yg berhasil.Good for Investment !!

    So far you guys have proof me wrong:-)!!!thank you once again for the positive comments.

    Thanks Jumie:-)

    Salam,
    Shasha.xx

    ReplyDelete
  11. Thanks Kak Sha for your time and effort on helping me to write this article. Walaupun agak lama menanti akhirnya semua orang sangat happy dan impress dengan benda baru ini. :)

    ReplyDelete
  12. BUTIK EXORA... The Palace of Fashion For Dolls..... COMING SOON !!

    Jenguk2 lah.... https://www.facebook.com/butik.exora.7?ref=tn_tnmn

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...