21.6.11

Pelamin Tunang, Muka Tak Berminyak dan Hint Majlis Perkahwinan Jumie Samsudin

Hai Kak Mer,

Lama dah teringin nak tulis kat kat Mer ni.  Minta email dan nama dirahsiakan  Ni ada beberapa perkara nak bagi pendapat and soalan:

  1. Kak Merr buat pelamin kan?  Selalu awat dok tengok pelamin tu untuk si perempuan yang nak bertunang ja?  Kan elok kalau buat 2 seat so mak lelaki boleh lah duk atas pelamin gitu.  Tak lah nampak macam kurang menghormati orang tua kan?  Selalu customer mintak ka atau memang pelamin Kak Mer buat gitu?  Jangan marah kak merr.  Tanya je...hihi

  2. Camna nak bagi muka tak berminyak kalau mekap?  Kak mer kan hawwt....hihi

  3. Bagi lah skit hint-hint wedding Kak Merr...tak dak cerita ka?
Thats all!!still nak mengkatam kan blog Kak Merr ni.  Gelak baca sorang-sorang.  Baca dua orang malu-malu sebab 18sx sgt!!hahaha
Love,
Si dia yang mohon identiti dirahsiakan.

Helo helo helo nyah!


Verver hang kan nak suruh rahsiakan identiti.  Very the!  Okay mai sini i olls nak jawab satu persatu.

  1. NYAH!  Mak tak buat pelamin la.  Yang duk terpampang di Facebook dan Blog ni selalunya akak tolong promot hasil kerja mak ayam akak iaitu Zarina Abdul Rahman dari Kerawang Klasik ataupun adik akak iaitu Surianie Samsudin dari The House of Red Gincu

    Interesting bila u cakap kita ni kalau buat pelamin tunang takder ruang duduk untuk mak mentua.  Rasa macam tak menghormati mak men pulak kan?

    Baiklah....i hope Kak Baby dan Cakcing take note tentang perkara ini.  Make sure kalau next time bakal pentunang mintak pelamin for tunang,  cadangkan depa amik love seat so that ada ruang for mak men nak duduk untuk sarung cincin.
    Tengok kat belakang ada kerusi dua!! Tapi kami tak pakai pun.  Juma dan Jumie duduk bawah ja ataih lantai sambil sarung cincin Kate Middleton.  Kelessss :)

    Akak senang nyah....terus duduk bawah kat lantai macam orang dulu-dulu.  Tapi kalau nak ikut zaman dulu-dulu sarung cincin dalam bilik pengantin je tepi katil gitu. 

  2. Macam mana nak bagi muka tak berminyak lepas make up?  Make sure u olls pakai pelembab muka sebelum make up.  Pakai pelembab yang oil free.  Pastu pakailah barang make up yang oil free jugak.  Terima kasih...akak memang HOT.  Sumpah!  Akak tak pernah buat-buat.  Dia jadi necerel.

    Ni akak dan kawan akak...nama dia Teacher Sirajun.  Antara kami dua sapa hot lagi??? CEPAT TEKA!  Sirajun i love u.  Tapi ang jangan mai masa aku nak menikah.  Nanti aku tergelak!!

  3. Hint tentang wedding akak?  Erm.....aiiyo.  Akak bukan saja kekwat tak mau bagitau,  tapi sebenarnya akak memang tak mau bagitau.  Nanti aku duk canang-canang semua preparation tapi masa actuall hari nanti NAN HADO?  Buat apa nyah?  Kenduri mak sama saja macam orang lain,  ada makan-makan,  ada pelamin dan sapa mai dapat bunga telur sorang satu.  Hint yang akak boleh bagitau ialah tema warna di Penang ialah warna biru tua,  kat Johor warna purple.  Sekian- SUDAH SUDAH!
Terima kasih kerana sudi membaca belog akak yang nan hado ni.  Walaupun baru baru ni akak dicerca oleh seorang pondan yang mengatakan akak SERR dan tak layak untuk bagi nasihat kat u olls semua sebab perangai akak sendiri pun macam hanjing.  Yes nok,  perangai mak memang hanjing.  Malah hanjing-hanjing kat Melesia ni kalau jumpa akak akan sembah ratu 44 step zapin.  Akak malas nak layan salakan-salakan pondan keji macam tu.  Cukuplah akak bagi peluang sekali dan tetap nak buat kekwat?  So akak tak boleh nak buat apa-apa lagi. 

Berpijaklah di bumi yang nyata.

Saja boh gambar masa kuruih.  PSAIKOOO! Hakikat aku dah gemok macam aunty-aunty.  Tensyen nyah lagi 2 bulan nak kawen. 

Sekian,  harap maklum.

Love,

Jumie Samsudin a.k.a Kak Merr

7 comments:

  1. Sama sama u olls. Apa lagi....tolong la promot dalam blog awak.

    ReplyDelete
  2. kelesss..kami sookaaaa part dia tanya awak krusi ada 1 ja.apa susah,toksah boh krusi.dua2 besila atas stage pelamin tu.hahahahaa

    ReplyDelete
  3. kak jumie ni..kelakar la..jangan pla lepas kawin kureng hupdate blog ek..tanak kawn nanti

    ReplyDelete
  4. yelaa yela...akak akan citer la. Akak pun kena la bagi support kat u olls u olls semua yang sponsor wedding akak ni....

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...