19.7.11

9 Perkara Kecil Yang Penting Semasa Majlis Bersanding

Hello u olls semua.  Bila akak buat artikel pasai kawen-kawen ni,  ampa mesti suka dan komen "Akak buatlah lebih banyak artikel macam ini!"

Maksalahnya ampa pun bagi la idea sama.  Emel ka,  FB ka apa ka apa ka...bagi idea dalam bentuk soalan.  So akak ada la idea nak menulis dan kita semua boleh lah manfaatkannya untuk majlis perkahwinan u olls nanti. 

Hari ini,  akak nak mengupas 10 Kesilapan Semasa Majlis Bersanding yang u olls mesti baca dan ambil tahu.  Mesti u olls tak terpikiak tapi benda-benda ini amat penting untuk memastikan u olls mendapat majlis sanding yang super letops dan happy.  Sebab benda ini simple sahaja.  Tapi benda simple ini kalau diperbetulkan dan diambilkira,  insya allah u olls akan rasa "Lega aku buat cam tu!" 

9 Kesilapan Semasa Majlis Bersanding adalah seperti berikut  :
  1. Masa walkway,  pengapit dan flower di depan.
    Kita orang Melayu sekarang pun sekarang kalau masuk dewan ala-ala pengantin mat saleh masuk gereja gitu.  Masa berarak masuk mesti ada flower girl dan page boy apa bagai,  pastu para pengapit bagai.  Tapi sedarkan u olls?  Ketika berarak masuk ke dalam dewan / majlis sanding itu,  janganlah letak flower girl BETUL-BETUL kat depan pengantin berjalan kerana jika flower girl itu berjalan lambat maka pengantin pun akan jalan tersentot-sentot di walkway dan para jurufoto dan juruvideo suka mengambil shot yang cantek untuk u ollls!  Cuba tanya para fotografer,  depa mesti bersetuju dengan akak.

    Saranan  :  Kalau nak bagi page boy / flower girl jalan,  bagi depa jalan depan dulu dan sampai depa dah habis jalan sampai ke depan dewan,  barulah pengantin jalan masuk dan diikuti oleh para pengapit.

    Ini contoh plan yang akak buat.  U olls nampak tak kegigihan akak melukis penggunakan Painter.  Flower girl jalan dulu.  Dia tabur-tabur bunga.  Kira time dia jalan halfway depan pun,  pengantin tak patut masuk dewan lagi.  Dah dia pun dah selesai jalan habis,  barulah pengantin masuk okay.  Kalau flower girl u olls gayat atau nebes,  ampa boleh bagi seorang flower girl atau adik perempuan yang lebih senior untuk jalan dengan dia :)  Tapi make sure JARAK YANG JAUH YA.....

  2. Jangan hegeh nak sebok buat semua benda persiapan majlis kawin.
    Fokus diri di hari sanding.   This happens when pengantin adalah satu-satunya orang yang buat semua benda untuk majlis persandingan dia.  Dari deko sampailah ke arrangement katering semua dia buat sendiri.  Kalau macam ni susah la u olls.  Gotong royong kan bagus. 

    Saranan :  Awak bagila kawan-kawan atau sedara mara awak jadi event manager sekejab sampai awak setel bersanding ya. 

  3. Jangan bongkok/slouch.
    Akak selalu pesan kat pengantin.  Bila duduk atas kerusi di meja pengantin atau pelamin,  make sure hanya landingkan pungkur anda 3/4 daripada seluruh permukaan kerusi.  Cara ini akan memastikan anda duduk postur elok secara automatic.  Kalau anda berbadan agam,  please make sure okay ur postur is correct all the time.  Kerana postur berdiri dan duduk yang betul akan membuatkan u olls nampak 5kg lebih ringan di dalam gambar.

    Saranan : Belajar duduk dengan postur yang baik.

  4. Tak reti senyum.
    Yang ni perlukah akak bagitau banyak-banyak.  Tapi nak buat macam mana nyah....memang sesetengah pompuan kat dunia ini dilahirkan sebagai semulajadi kekwat.  Dia tak reti nak menyenyum langsung.  So bila mai hari perkahwinan depa,  maka nampak pelastik sangat senyuman itu.  Ada jugak yang dari kecik dah terbiasa kenyih atau pun senyum kemut.  Please u olls.  I hate senyum kemut.  So mulalah practice senyuman setiap pagi bila tengok cermin.  Senyuman yang nampak ikhlas adalah yang terbaik.  Muka tak cantek terus nampak manis dipandang.


    Saranan :  Try amik hujung lidah dan letak bawah lelangit.  Teruih otomatik tulang pipi u olls akan naik.  Tapi try control agar tak nampak awak duk angkat lidah.

  5. Jangan terlalu banyak menyanyi.
    Hari tu masa meeting kenduri di Johor,  Wak Jamingan yaitu pakcik kepada En.  Khafi telah mengesound akak tampa usul periksa.  Dia kata cam ni "Nanti kenduri di kampung ini akan bermula dari hari Jumaat masa merewang.  Jadi,  wak nak pesan ni.  Kalu mau menjadi menantu rumah ini,  kena tau karaoke.  Kalau tidak tau,  tidak boleh jadi menantu,"  kata Wak Jamingan. 

    Nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dia tak tauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu akak dulu Melesyen Idol Top 70! HAHAHAHAHAHA.  Akak bercadang nak nyanyi lagu "KOCOK-KOCOK" masa kenduri di Johor nanti.  Amacam?  Wak Jamingan terpana tak ampa rasa?

    Ini adalah penting kepada pengantin yang boleh menyanyi seperti akak dan Pojiepooh.  Dah sah-sah kita boleh nyanyi kan?  So takkan hari kahwin kita pun verver nak buat kongset?  Adalah lebih mulia kalau kita bagi kawan-kawan dan saudara mara tersayang untuk membuat persembahan kepada kita kalau depa sudi okay?  Kita sebagai raja sehari duk diam-diam saja kat tepi dan dengar depa nyanyi.

    Saranan :  Kalau pengantin nak nyanyi sangat banyak-banyak,  kata kawan saya Asmaa Altunka,  ampa buatlah bunga tangan tengah-tengah buh microphone.  Meletops.


  6. Pakai kasut yang tak menyelesakan.
    Kalau u olls sewa baju daripada pihak wedding planner / butik,  make sure u olls pi terai dulu kasut mana yang sesuai dengan u olls.  Sebab kat kedai selalunya depa buat kasut yang standard size iaitu 6 atau 7 sahaja.  So sapa-sapa yang feeling kaki macam model seperti akak iaitu 8 1/2 inci atau 41 atau terlebih kecil seperti size 3 atau 4,  haruslah pikirkan alternatif lain ya?  Selalunya kalau u olls nak mintak butik sediakan kasut customized untuk kaki u olls,  depa akan mintak extra charge. 

    Saranan :  Akak sarankan u olls pergi beli kasut yang sesuai dengan baju u olls di kedai kasut.  Pastu sebulan before wedding,  pakai-pakailah kasut itu dalam rumah atau pejabat.  Saja nak bagi kasut itu lebih selesa dengan kaki u olls.  Untuk pengantin yang membuat wedding out door (kat padang macam akak),  make sure u olls membeli kasut yang jenis platform atau wedges untuk memastikan tumit u olls tidak tenggelam di mamah bumi.

    Comelkan kasut ni?  Kalau bukan sebab En.  Khafi yang tinggi seperti Hagrid,  akak terpaksa akur dengan tumit 4 inchi jugak.  Kalau tak akak pakai macam ni saja.  :)

  7. Bila dah siap make up dan pakai baju and eksesori baru u olls akan tanya "Okay ke?  Tak rasa over ke?"
    Sebulan sebelum wedding,  bila baju u olls semua dah siap.  Try schedule an appointment bersama pembuat baju kawen,  make up artist dan wedding planner u olls.  U olls buat make up trial dan pakai semua baju-baju berserta eksesori semua.  Lepas tu amik gambar.  Tengok if semua okay atau tidak. 
    Anda akan menjimatkan banyak masa ketika persiapan before bersanding nanti.

  8. Makan dengan lahapnya masa di meja pengantin :)
    Ohhhh yang ini adalah sangat penting.  Pagi sebelum siap make up apa semua bagai,  saya amat menggalakkan pengantin mengambil sedikit makanan seperti roti whole meal dan juga air RedBull untuk bekalan tenaga kepada u olls.  Nanti masa kat meja makan,  jangan makan terlalu lahap ya.  Saya faham u olls lapar,  tapi ingat ada ramai yang sedang perhati u olls.

  9. JANGAN JEMPUT ARTIST! (ahahaha)
    Ini adalah sangat penting sekali.  Kalau ampa mempunyai koneksyen dengan artist,  tak kisahlah artist itu adalah artist yang popular gila macam Mawi ataupun artist baru nak naik seperti pemenang Mentor.  Akak pernah tengok satu kenduri orang Melayu kita,  bila artist ni mai semua orang lari pi kerumun artist itu.  Mampuihhhhhhhhh! Kesian kat pengantin,  takdak sapa pi kat depa.  Tapi kalau memang ampa sepupu dengan artist meletops,  mak tak buleh kata apa la.  Takkan tak mau jemput kan?
    Nenjia Dato Siti Liza mai kenduri...semua kerumun mai tengok dia saja. 

18 comments:

  1. JUmie, dan dannnnnn kami bubuh lidah kat lelangit ok! Haha.

    HUish bab jangan jemput artis tu kami setuju dan berbelah bagi at the same time. Setuju sebab memang guest akan buat dekkk je kat pengantin. Berbelah bagi sebab bf kami ada kawan retissssssssssssssssss. Habislah aku tak glam nanti (kalau depa mai). Huwaaaaa!

    ReplyDelete
  2. OKay la tu ampa.....kalau ampa jemput kami pi kenduri ampa pun. Kira mengancam pengantin jugak wehs.....


    ##LARIKKKKKKKKKKKKKK gagagagagaa

    ReplyDelete
  3. haaa..kalo kami kawen kan, maknanya kami kena pikiaq 1000x la nak jemput ampa.pasai ampa kan retiss di hati nak2 ayam..oh nooo!!!

    ##### larikkkk laju selak kain..hahahahahahaha..... :p

    ReplyDelete
  4. wooo kelmarin pi kenduri kawan, si husband die duduk sandar kt kerusi tu memang nampak bongkok..selesa macam nak tido je muka die..

    ReplyDelete
  5. CCR hang kawen tak jemput aku jagaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  6. Jumie: haaaahaahahahaa..tu dia...momantai..harussss di jemput punya.tunggu sat kami dok cari calon2 lagi nih.wakakakakaa

    ReplyDelete
  7. jumie!blog hampa mmg cuslazz sgt!bnyk giler tips yg kami kdg2 xtepikir..iollz bru jmpa n stat follow hampa..very like like like sgt!iolzz pon org pnang jgk n bru nk try test tgk jadi wedding organizer utk anty kami mac nxt year n insyaallah wedding sendiri plak nnt...c ya lalinkz!

    ReplyDelete
  8. thanks cik pendek...hehehe...kalau ada apa apa idea nak menulis please let me know ya :)

    ReplyDelete
  9. jumie! pkck kita nk jemput artis nyanyi kt kita pnye majlis! kita xmau tp xsmpai hati ckp dgn dia huhuhu...

    ReplyDelete
  10. Ye ke Nurul...hehehe. Takpala....siapa artist tu?

    ReplyDelete
  11. dia kata dia blh jemput haiza (xbest) and also erra kalau mau... tp obviously kalau dia nk kami pilih,kami pilih erra and kami tau kalau erra mai,mmg sume org nk tgk erra,bkn nk tgk kami... xsyok la... drpd hr tu jd hari bahagia kami,dia jd hari paling hampeh... so ingt nk wt taktik abaikan soklan dia,xperlu jawab hehehe...

    ReplyDelete
  12. Werhs.....haiza okaylah. Sebab dia artist lama. Janganlah panggil artist artist top yang baru nak naik. Especially yang baru baru menang AF ke apa ke apa ke................

    ReplyDelete
  13. hahahaha... baik! will dgr ur nasehat... tp kalau leh mmg xmo artis lgsg hehehe...

    ReplyDelete
  14. azreena , aku and jumie nak mai belah laki hang punya kenduri.nak jupak retisssssssssssssss!

    ReplyDelete
  15. Siap bagi pesanan "Kalu mau menjadi menantu rumah ini, kena tau karaoke. Kalau tidak tau, tidak boleh jadi menantu" sangat taley blah! Hahaha!

    Tapi kalau nak feeling2 Siti nyanyi untuk Dato' K, Tomok nyanyi untuk Ayu boleh kann??

    ReplyDelete
  16. hahahaha....tak tau laa wak jamingan kalau tau siapa akak sebenarnyaaa! hahaha

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...