4.7.11

Bapak Yang Funny

Hello ampa.  Hari ini akak nak cerita pasai satu bapak yang sangat funny di Emerika.  Nama dia Dale Price.  Dia sakit (kaki dia kudung dan dia pakai kaki pelasu),  so dia tak kerja duduk rumah saja.  Bila anak dia masuk umur 16 tahun,  anak dia naik bas.  So tak tau macam mana bapak dia ni dapat idea,  setiap pagi bila anak laki dia (Rain,  umur 16 tahun) naik bas,  bapak dia akan pakai costume macam-macam dan bye-bye kat anak dia. 

Mula-mula anak dia macam malu dan nanti pesan kat mak dia esok jangan bagi bapak dia bye-bye kat depan rumah dan pakai baju merepek dah,  tapi actually bapak dia terima sebagai cabaran dan jadi lebih creative dalam mencipta costume yang lebih pelbagai. 


Masa birthday anak dia ke 16,  dia bagi hadiah kek birthday bentuk dinasour.  HAHAHA.  Sabotaj sangat nak bagi anak dia malu.  Comels kan?

Ampa tau la kan,  anak laki kan style suka control cun depan awek.  Akak ingat lagi,  kakak I cerita,  anak dia baru darjah 5 sekolah Sungai Gelugor pesan kat dia "Ummi jangan duk peluk cium An masa kat depan sekolah okay.  An malu,"  biasa la kan noks? Anak laki.  Bukan sebab depa tak sayang.

Dulu masa mula-mula memang dia pakai macam simple-simple dan relaks saja.  Tapi lama kelamaan,  dia jadi makin creative dan dapat support jiran tetangga yang sanggup bagi pinjam kat dia costume.  Meletops u ollls!  Ada hari-hari tertentu dia akan dress up nok-nok.  HAHAHA...Very the!

Gambar dari belakang yang diambil oleh isterinya :)
Lebih menarik,  bapak dia akan amik gambar dan letak dalam blog peribadi dia yang bertajuk "Wave At The Bus".  Setiap gambar yang dimasukkan disisipkan dengan kata-kata berbentuk tema yang adakalanya lawak tapi selalunya membawa mesej yang mendalam.  Macam contoh,  bapak dia pose dengan tangga dan baju seorang kontrakter dan tajuk baju itu ialah "Building Memoris".  Taching kan u olls.

Lama kelamaan,  blog depa jadi popular sampai paper semua mai interview depa.  Ampa boleh baca macam-macam dalam blog bapak dia ni http://waveatthebus.blogspot.com/.
Akak share kat u olls beberapa gambar yang diambil dari blog depa.  So sweeet okay.  Bapak depa buat macam ni.  Dia buat ni bukan sebab nak popular ka apa ka,  tapi selepas beberapa tahun depa sedih dapabila bapak depa kudung kaki selepas insiden semasa bertugas sebagai seorang ahli bomba,  now depa macam happy balik dan ke-happy-an depa ini turut dikongsi oleh komuniti kat situ.

Day 163 - King Triton

ps/  Bapak saya tak pakai costume hari-hari macam ni,  tapi Abang Manap suka masuk pertandingan "Pakaian Beragam" masa kerja kat Nestle dulu.  Dan kami sangat bangga sebab bapak kami sangat funny dan feeling yakin!  :)





Day Eleven - May the Force be with you, Son


Day 157 - Werewolf


Day 156 - Toga

Day 152 - Princess Leia

Day 125 - Not Exactly Edward

Day 167 - MJ

Day 169 - White Wedding

Day Eighteen - Cleaning Up

9 comments:

  1. jumie - hang memey kreatip... i suka "article" ni...

    ReplyDelete
  2. Akkkaaakk! sangat taching ok entry ni. mungkin sbb orang dah takdak ayah. :( untungnya depa ni ada ayah lagi.

    dulu dedi kami suka crita2 funny ngan teka-teki. slalu kami gelak2 sampai penat sbb crita dia klakaq habis. tapi dah 5 tahun dia takdak. takdak sapa pon bleh wat kami gelak sampai kuaq ayaq mata lani. :(

    tengs akak, dengan pesanan, hargai bapak anda!

    <3

    ReplyDelete
  3. Tau takpa...cerita ini sangat touching kan? Kami mendoakan depa bahagia sampai bila bila :)

    Teringin macam nak hantara baju melayu kat bapak dia...suruh bapak dia pakai satu hari kan?

    ReplyDelete
  4. baju melayu tak best. kna antaq p baju songket pengantin pompuan. hihihihih

    ReplyDelete
  5. Siriesss idea yang briliant!!! Tapi mana kita nak carik baju kebaya yang gila gila besak untuk dia! hahahahaha

    Badan dia macam peti ais.

    ReplyDelete
  6. hahahhaa tuh kna spesial made tu..hahhaa amek 2 set songket, bukak jahitan pastu cantum pon okei kot. hihihi

    ReplyDelete
  7. hang semangat gila....sapa nak jahit ni????? Aku tak tau jahit.

    ReplyDelete
  8. hahhaha stapler pon takpa kuit. dia pakai sehari ja untuk byebye bas tuuu..

    hahahhahaha nak amek songket sapa ni jadik mangsa??

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...