5.7.11

Ecco Cafe, Chulia Street Penang

Jom Gumuk bersama Cik Jumie kembali.  YEHAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!  Takdak maknanya nak menguruskan diri sebelum berkahwin.  Mulai sekarang,  akak akan mengaktifkan semula segmen Jom Gumuk Bersama Cik Jumie. 


Macam mana akak tau tempat ni?
Hari ini,  akak nak perkenalkan satu kedai makan yang menawarkan Italian food yang sangat meletops bertajuk Ecco Cafe.  Pertama kali akak pergi makan kat sini ialah bersama Prof.  Latif dan Kak Baby.  Kesahnya masa tu akak baru-baru nak mentunang,  so Prof.  Latif bawak akak makan kat situ dengan harapan dia nak tanya betui betui kat cucunda kesayangan dia ni "Hang betui ka nak kawen?"  Kelesssss.  I still remember Prof.  Latif kata "U are a smart girl u know?  So dont waste u time,"  HAHAHAHA.  For him,  im always a baby.  Tak buleh kawen lagi. 


Masa akak datang dengan Prof Latif,  because he is a good friend to Chef Law atau Ah Hock,  so kami diberi peluang untuk duduk di satu tempat khas iaitu di belakang dapur Ecco Cafe.  Kat belakang ni,  ada meja khas yang actually berdepan dengan satu rumah lama yang sudah usang.  Rumah itu merupakan rumah pelacuran pertama di Penang suatu masa dulu.  Prof Latif kata,  selama dia duk lepak situ,  dia pernah ternampak kelibat perempuan rambut panjang muka macam Italiano kat dalam rumah tu.  HORRRRRRRRRROR. 

Lukisan mama Regina Ibrahim pun ada kat sini.  Bangga u olls. 
Macam mana nak pi sana?
Baiklah,  marilah akak cerita sedikit pasai Ecco Cafe.  Terletak di Chulia Street.  Kalau ampa masuk Chulia Street,  betui-betui opposite dengan simpang tiga Lebuh Cintra,  ampa tengok kat kiri ada satu kedai dengan tajuk Ecco Cafe.  Ada pokok kemboja dalam pasu besak depan dia.  Memang kalau sapa bawak kereta lajiuuuuuu mesti akan terlepas punya.

Google map  :  Ecco Cafe,  Penang

Apa yang kita boleh makan kat sana?
Sebagai sebuah restoran italian cuisine,  of coz ada macam-macam jenis pasta dan juga pizza kat situ.  Ada pot pie dan jugak pelbagai jenis sandwich.   Semua pasta kat situ dibuat sendiri oleh Ah Hock ya.  Meletops u olls. 

Sapa perempuan ni?  Besar sungguh lengan dia.
Harga ?
Satu dish yang dipersembahkan adalah antara RM14-RM17.  Tapi rasa dia amatlah fresh dan sedap.  So untuk two person makan,  bajet dalam RM50 dah okay u olls. 

Apa yang akak suka makan kat sana?
Of coz akak suka Pasta Truz bersama kuah cream dan juga pisang.  Yesss!  Memang sangat meletops okay.  Mesti ampa kata macam pelik.  Tapi ampa mau try la.  Pastu akak jugak telah mentry pizza pisang.  Akak ingatkan macam pedas-pedas ka lagu mana.  Tapi rupa-rupanya manis dan rasa dia tak ubah macam roti canai keras sikit buh pisang dan susu kot atas.  Di sebabkan oleh itu,  akak kensel daripada mengorder brownie dia.  En.  Khafi pulak mentry senwic bertajuk senwic ayam.  Tapi En.  Khafi tak suka sikit sebab ada banyak tomato.  Deni jawa kuat!! Tak boleh tomato banyak sikit.  Macam akak dah biasa dah sebab akak kan ada darah Latino gitu.

Pasta Truz bersama kuah cream dan juga pisang.

Pastu akak jugak telah mentry pizza pisang.  Akak ingatkan macam pedas-pedas ka lagu mana.  Tapi rupa-rupanya manis dan rasa dia tak ubah macam roti canai keras sikit buh pisang dan susu kot atas.  Di sebabkan oleh itu,  akak kensel daripada mengorder brownie dia.  En.  Khafi pulak mentry senwic bertajuk senwic ayam.

Senwic ayam.  Tapi En.  Khafi tak suka sikit sebab ada banyak tomato.  Deni jawa kuat!! Tak boleh tomato banyak sikit.  Macam akak dah biasa dah sebab akak kan ada darah Latino gitu.
Kepda anda yang teringin nak mai sini,  make sure ampa buat tempahan dahulu ya.  Sebab walaupun restoran ini nampak macam usang dan tak glamer.  Tapi ampa tunggu la 7pm mat saleh nanti mai penuh kat sini.

Address:
Ecco Cafe
402 Chulia Street,
George Town, Penang, Malaysia

Tel:
+60-4-2623178

Business Hours:
Open daily except Sunday from 11:30am to 2:30pm and 6:00pm to 10:30pm

1 comment:

  1. setuju makan kat sini best...patut ler prof latiff punya buku koleksi puisi banyak kat situ...regular rupanya hehe...anyway, this place is highly recommended.

    azmil

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...