15.7.11

Gang Blogger Penang | Hilal Azmi

Hello u olls semua.  Hari ini akak ingin memperkenalkan kepada u olls semua Personaliti Bulan Ini yang dah beribu tahun rasanya tak terupdate sebab akak ter-carried- away dengan topik-topik lain.  Last PBI iaitu Kak Baby rasanya bulan Februari yang lalu.  Actually,  akak dah hantar banyak emel kat orang-orang lain untuk segmen ini tapi selalunya depa sangat lambat atau tidak memberi respon langsung berkenaan soalan ini.  Sedihla u olls. 

Tapi nak buat macam mana.  Akak bulan majalah meletops seperti WOMEN's Weekly apatah lagi TIMES.  Oleh itu akak tidak boleh putus asa dan terus menginterview sesiapa yang sudi memunculkan diri depa dalam blog akak yang hina ini. 

Hari ini akak nak perkenalkan dengan seorang budak blogger dari Penang yang akak kenal melalui blog,  Facebook dan Twitter.  Rupa-rupanya sungguh kecik Penang ini bila akak tau rupa-rupanya dia adalah sepupu kepada kawan baik akak.  What i like about this boy ialah dia honest,  dia tak memuji akak untuk bagi akak rasa BEST dan dia tak emosi bila memberi apa-apa pendapat.  That is very important as a blogger okay.  Akak perlu belajar dari beliau sebab akak sendiri adalah SANGAT EMOSI dan blog akak terkadang itu penuh dengan kebencian.  Tapi takpa u olls.  At least im being honest dan akak kena always stand out apa yang akak nak kata,  cuma kena belajar lagi macam mana cara terbaik untuk membuatkan mesej itu 'sampai' in a good way.


Oleh itu,  marilah kita berkenalan dengan Gang Blogger Penang - iaitu Hilal Azmi :)

Nama :  Hilal Azmi
Birthday :  Februari 18
Age : 25
Current Location : Kuala Lumpur
Facebook : http://www.facebook.com/hilal.azmi (Personal),  http://www.facebook.com/misterlAl (Page)
Twitter :  hilalazmi
Yahoo Messenger  :  hilal.azmi@ymail.com
Website : http://www.hilalazmi.com/

Macam mana u olls boleh terminat untuk blogging?
Minat jadi TER bila jadi MPP dulu. Baru knal dengan dunia blog.  Rasanya dengan kaedah blog saja saya dapat bagitau benda baru dan idea yg saya ada.  Di samping tu, saya nak orang fikir lain dari kebanyakan orang fikir. Biaq semua manusia tunjukkan uniknya diri dia baru la kreativiti muncul dan memajukan negara. :D

Siapakah idola u olls dalam blogging?
Redmummy.com -  pasal dia memberikan informasi, idea dan kaedah memahami manusia berstatus wanita, isteri, makcik2 dan sebagainya dengan cara yang sangat profesional & mendatangkan banyak income.
Ariffshah.com - dia blogger Malaysia,tapi ada blog english yang sangat memberi kesan pada technical skill untuk blogging. Jadi sebenarnya dia ni sangat mendatangkan inspirasi.



Apakah pandangan tentang dunia blogging kat Penang berbanding KL? Sebab kat KL blogger dah macam artist dan mengalahkan wartawan?
Blogger KL dah jadi mengalahkan artis pasal kebanyakan event hiburan (especially) rajin dibuat di KL.  Dan kebanyakan jemputan pulak mengambil masa tak sampai 3 hari untuk confirm.  Itu paling lama la. Kadang2, main call ja,on the spot sampai kat event.  Blogger kat Penang, semuanya ok dan bagus.  Cuma, pengetahuan dan kerjasama agak kurang.  Mungkin kurang pertemuan,  mungkin jugak tadak sponsor dan kemungkinan paling besar ialah kebanyakan event kat Penang,  event yang kurang menjemput Blogger. Mungkin lepas ni nak kena buat satu kumpulan Bloggers Penang untuk memudahkan integrasi berlaku.

Kalau diberi peluang untuk pi bercuti mana-mana kat dunia ni dan di sponsor segala benda, u olls nak pergi ke mana dan mengapa?
Bercuti kalau dapat nak p Mekah ngan Madinah dulu kot. Dah alang-alang kena sponsor, bek p sana wat umrah/haji. Sebab mungkin bila p sana boleh la tengok sendiri lokasi sejarah Islam berkembang dan bertapak. Insyaallah, berkat dari p sana, orang yang sponsor, n kawan-kawan dapat tempias doa masa kat sana. :D


Apakah gambar yang ada dalam beg duit u olls sekarang? SNAP PICTURE TENGOK!
So far dalam wallet memang tadak gambaq sapa-sapa. Maleh kalo tetiba wallet TERbasah akibat kecuaian sendiri, rosak gambaq tu.

Apakah topik yang u olls tak suka dan u olls tak sentuh dalam blog u olls?
Setakat ni topik hiburan yang berkaitan GOSIP artis memang jarang diketengahkan. Kalau ada yang berkaitan industri hiburan pun, event ngan promo berkaitan artis ja. Xbest sangat cerita hal orang ni. Tak bagus utk orang dan diri kita.


Are u single?
Setakat ni memang berkawan dengan semua orang. Tak kisah lelaki ataupun perempuan. :D (keeping ur options open ya adik...clever boy.  - Jumie S)


Ciri-ciri pasangan hidup yang u olls carik?
Ciri-ciri pasangan hidup yang saya carik,  yang ada banyak topik untuk bersembang.  Sebab hari tua nanti, kalau pasangan kita jenis susah nak bersembang,  mo payah nak menghabiskan sisa hidup. :P.  Dan yang ada agama dan menghormati mak bapak dia dan mak bapak saya.

Ucapan untuk pembaca Blog Jumie Samsudin?
Ucapan untuk pembaca JumieJumie.blogspot.com, berbloglah dengan penuh ikhlas. Pastikan informasi tepat dan diketahui dengan JELAS. Majulah blogger untuk Penang. :D


Cayalahhh!  Thanks Hilal for your time to write back to me.  To all my reader,  jemput-jemputlah membaca blog Hilal iaitu http://www.hilalazmi.com/ dan ampa tanya la sendiri dia betul ka single ke tak ni?  Orang elok macam ni takkan la single kan???????????????????????  Hilal,  jangan mara na...akak gurau-gurau saja.    And hopefully,  blogger-blogger Penang whereever u are akan membuat satu pertemuan.  Tapi sapa nak tolong organize wehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh #larik.  Sekian.  Okay,  thanks bye.

14 comments:

  1. akhirnyaaaaaaaa...ninjiaaa PBI dah keluaq..hehehehe..lama dah dok tunggu ni...

    ReplyDelete
  2. Boleh......memang ingat lepas ni nak promote gang gang blogger Penang :)

    ReplyDelete
  3. Tudia.. Thanks kak Jumie atas keprihatinan ke atas blogger Penang di perantauan mcm sy..ahaha

    ReplyDelete
  4. kak jumie, link blog hilal tu bila klik situ keluar blog lain

    ReplyDelete
  5. bile turn nk jd PBI ni?

    Jumie..bila nak buat sesi beramah mesra dgn peminat blog jumie lg? nk join...

    ReplyDelete
  6. hill yg sgt best gile.....~~~ teerbeekkkk kot mamat sorg nie.....

    ReplyDelete
  7. @aq sempoii... xla best macam kak jumie..ahahahahaha

    ReplyDelete
  8. Deana Amane...wehs...ampa nak ka buat gathering? Macam meletops jugak. Cik Rangers! Sila jadi organizerssss!!!

    Gathering blogger perempuan Penang!

    ReplyDelete
  9. jumie...msti la nakkkk, buat satu gathering tema 'bachelor party utk jumie'

    utk pompuan je before ur wedding, bleh la sharing maring :) jom jom

    ReplyDelete
  10. kecil betui dunia jugak..budak ni adalah junior skolah ako dulu~:D
    ensem dah la ni..hahah

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...