14.7.11

Phuket Getaway 2011 (Hen's Party U Olls)

Hello u olls. Seperti u olls tau, hari itu akak telah mengepi Phuket bersama 3 orang rakan perempuan akak iaitu Asmak, Aishah and Nonifer Lopez. Trip ini adalah sangat simple tapi amat bermakna untuk kami bertiga.

Kami tak pi tempat-tempat merepek seperti tengok tarian harimau dan pertunjukan bola pingpong keluar dari petpet apatah lagi tengok tarian kakak-kakak mak nyah, tapi kami banyak habiskan diri dengan makan, pillow talk dan gelak sampai tak boleh bernapas. Selain daripada tinggal jauh-jauh (Penang - KL) kami semua pun selalu sibuk dengan macam-macam tugas. Sebab itu kami jarang berjumpa.

Senyum lebar. Masa ni nak sampai Phi Phi Island dah.

So percutian ini adalah amat bermakna untuk kami, dan seperti kata Asmak di akhir holiday ini "Lepas ni kita jumpa balik masa wedding Jumie la?" tapi lepas tu Nonifer membalas. "Sorry Jumie, aku tak dapat pi kenduri ang sebab aku nak pi haji. Tabung haji dah panggil aku," dengan muka siries tak buleh blah. Sesungguhnya Nonifer mempunyai bakat lawak semulajadi yang sangat dahsyat dan mempunyai bakat menghafal lirik lagu lawak bodo-bodo yang orang biasa lain susah nak hafal. Antara lagu lawak terbaru yang dia hafal ialah "Sola kowi pasa" yang dinyanyikan oleh Jozan masa Maharaja Lawak di Penang.

Not much yang akak nak ceritakan kat u olls sebab most of the story yang berlaku masa trip itu adalah terlalu personal dan kalau cerita pun hanya kami yang paham. So akak akan share gambar tempat-tempat yang akak dah pergi dan akak akan cerita tentang gambar itu okay.

Selamat membaca.

Day 1 - Checking In dan Bercabana

This is where we stay. Millenium Resort, Patong. Dekat dengan Bang La Street and Big C (depa punya hypermarket), pasar malam and beach :)

Ini alamat dia kalau ampa nak check it out.

Our cabana room ada private jakuzi.
Dari reflection cermin itu, ampa nampak tak sapa yang duk duduk tayang bodi depan bilek kami?
Sampai bilek saja apa lagi. Berendam la.....


DAY 2 - Phi Phi Island

Thank u Nonie sebab ambik gamak ni dengan canteknya. Sangat kurus.
Masa ni kami semua dah naik boat nak pi Phi Phi Island. Gila panas atas boat ni.  Sebenarnya macam nila kami masa mula mula atas boat. Semua selubong dengan tuala sebab tak tahan panas.

Perjalanan dari Phuket ke Phi Phi Island ialah almost 3 jam. sigh...................


Ni tempat kami snorkeling. Sorry tak amik gambar masa duk snorkeling. Tak sempat. Mabuk laut. HAHAHA.  Actually akak tak berapa pandai sangat snorkeling. Masih rasa gayat.  Maybe sebab ini adalah first time.  Tapi walaupun snorkeling dekat-dekat dengan kapal,  tapi ada banyak terumbu karang kat situ.  Ikan pun banyak.  Especially when depa baling roti dekat-dekat ampa.  Ikan tu nanti lari cepat cepat kerumun kat ampa.  Pada pendapat akak,  snorkeling ni macam tengok aquarium tapi 3D!
Meletops tak perempuan ni?  Lagi 1 bulan 3 minggu nak kawen tapi mampu menghitamkan kulit lagi. 

DAY 3 - Hari Mengurut dan Mengfacialkan Diri

Okay esoknya semua pi jalan jalan dalam supermarket. Ampa tau dak ada berlambak kedai buat facial macam ni. Murah gila iaitu Rm40 untuk session 1 jam. Dia siap urut badan hang sekali.
359 Thai Baht lebih kurang RM40. Sapa sini staff USM yang nak khidmat money changer baik punya rate,  siap boleh mai antar kat office lagi duit tu,  sila lah contact anak ayam akak Faezz De Boss no tel +6012-4968938
Ni bukan Fiona Shrek. Ni akak.  Ingatkan depa buh apa la sejuk. Dah tengok gambar baru aku tau. Depa buh timun hiris. Sejuk gila. Sangat bagus untuk muka yang hampir masak lepas pi Phi Phi Island.  Lepas facial, depa sapu kat kami bedak Holiday On Ice. Wangi dan muka jadi putih.
I stayed here before :) Dulu tepi tepi ni depa duk baru bina. Lani dah meletops.

DAY 4 - Food Hunting

Durian depa semua gemok dan berlekok.  Durian depa semua gemok dan berlekok. Macam orang yang duk posing kat situ dengan baju harimau.
Como le encanta la gasolina
(Da me mas gasolina!)

Ini bukan kedai ayak tapi kedai minyak.  Untuk isi dalam motor ka apa ka apa ka.

Jeruk apa yang bulat bulat macam bunga tu aku tak tau.
Starbak bergerak. Depa punya kopi ais adalah sangat meletops.
Patutlah orang Siam kulit depa cantek cantek. Pasar malam depa semua penuh dengan kedai juai macam macam kerabu yang sarat dengan ulam ulam dan sayuran tempatan. And i tell u very the fresh okay. Kalau kita kat Melesiam semua nasik ayam nasik briyani, keropok goreng dan macam macam goreng lagi.
This is macam soft shell crab. Tapi kecik nya version.
Depa takdak bebola sotong la bebola ikan la macam kita. Depa juai sotong betui betui on stick. Haaa nenjiaaaa
Ini depa jugak Padthai atau pun kalau kita Char Kotiau. Tak sempat beli sebab lambattttttttttttttttttttt​tttt
Ni ialah gerai jual mandarin orange juice dan macam macam jus buah lain. Dua ringgit tapi banyak and sedap dan betul betul rasa buahan sebenar. Kalah Peel Fresh.
Ni bukan kerabu siam. Pompuan ni juai salad betui betui macam mat saleh punya. Meletops. Suka cara dia susun. Bersih dan sangat colourful.
Sushi King pun ada!
Makcik ni juai seafood salad.
Teringat En. Khafi masa ni. Dia kalau jumpa jagung rebus mesti dia beli 2 batang teruih kat akak. Dia tau akak suka jagung. Tapi time ni tak beli pun. Sebab rasa sayu semacam. Rindu kat jia.
Berdegil daging babi. Sapa mau?
Kewajipan Aishah Aljuned iaitu Mango Salad. Last sekali dia dapat jugak makan ni. Dua bungkuih. Kira nanti naik pelamin ayak liok dia tak meleleh la.
Ni sedap. Macam tepung pelita.
Ikan bakak depa ikan semua besakkkkkkkkkkk dan gemok dan murah. Kami beli ikan merah salut garam dan dibakak RM10 sajaaaaaaaaaaaaaaaa
Aku menengok makcik ni masak dengan tekun.
Ni kedai makcik kat ujung sekali. Dia juai nasik goreng apa semua macam kedai tomyam kat Melesia. Antara bahan badan masak dia nenjia dia pakai lada mentah teruih...yang dalam pelastik tu hijau kecik kecik tu lada betui okay.
Nasik goreng seafood. RM7 tapi banyak gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa​aaa. First time aku makan tak habis.
Salad seafood.
Ikan dan udang bakak.
Som tum
Haaaaaaaaaaaaaaaaaaa inilah tomyam goong (udang) paling pedaihhhhhhhhhhhhhh kat dunia ni aku pernah rasa. Masa nak order ni, aku kata kat makcik tu "I want tomyam goong pet pet pet pet (pedas pedas)." Sekali nenjia punya pedaih, aku hirup lima kali ja pastu teruih tak buleh makan dah. Malam tu teruih kena tonsillitis. Gila horror!
Soft shell crab. Tapi aku tak suka. Sebab takdak isi. Dia manis isap isap saja.
Makanan yang dibeli dengan napsu.
Keputusannya? Kami tak habis makan pun. Napsu ja lebih.

Itu saja cerita yang nak diceritakan.  Tak rasa sayu pun meninggalkan Phuket,  sebab dalam hati rasa macam "MESTI AKU NANTI MAI LAGI KAT SINI".  First time i was here single,  second time engaged,  third time......dah kawen!!!!!!!!!!! :)  Nak suruh En.  Khafi belanja mai sini nanti.

4 comments:

  1. Waaa..bestnye uols pi sane...! i loike!

    ReplyDelete
  2. Most of them can speak English very well. But if u can quote something in Thai they would really appreciate it. And sangat happy untuk bagi kita diskaun dan sebagainya.

    ReplyDelete
  3. Wahh meriahhnyaa espcially tang makan aku sukaaa!!!
    Jimat kan pi sana.. Tapi kalau pi sana calling guna Flexiroam lagi jimat, hang tak caya mai sini http://www.flexiroam.com/my/

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...