20.7.11

Steamboat 'BATH', Jelutong Penang

Hello ampa semua?  Sapa kat sini suka makan steamboat?  Sapa kat sini suka pi perabih duit kat Johny's ataupun Soul Garden?  Ha....semua tu steamboatlah tapi style mahai munyia.  Kira orang style-style kaya suka la pi makan sana.  Tapi orang Melesia lani semua kaya dan mampu pun nak pi makan kat Johny's,  tapi kalau sapa-sapa duk Penang.....mai sini akak nak perkenalkan satu steamboat orang Melayu yang meletops dan murah dan sedap gilaaaaaaaaaaaaaaaaaa.  Nama dia ialah Steamboat 'Bath'. 


Pasaipa nama dia Steamboat 'Bath'?

Akak pun tak tau pasaipa. Ampa tengokla kat papan tanda kat kedai dia. Ada BATH kat ataih. Bath tu mandi.....so kesimpulannya sapa mai makan steamboat nanti panas lencun berpeluh macam mandi. Sekianlah inference akak. :)

Macam mana akak tau tempat ni?

Actually,  dulu kakak I olls duduk kat Mutiara Height sebelah Highway Jelutong tu.  So dia la tau tempat makan ni.  Kami sebulan sekali suka mai makan kat sini.  Akak rasa itu pun dah 3 tahun lepas.  Memang kami suka makan kat sini sebab senang nak mai,  sedap dan sangat family style.  :)

Steamboat Jelutong :)

Macam mana nak pi sana?
Okay.  Untuk sapa-sapa yang mai dari Seberang/Bayan Lepas area.  Ampa turun saja highway Jelutong lepas bridge,  lepas Tesco tu ampa pi straigt,  then bila nampak ada fly over kat depan,  jangan naik fly over tu.  Ampa amik kiri,  then ampa belok kanan.  Tempat makan ni macam astaka tepi laut.

Ini ialah kucing yang tidok kat kaki En. Khafi. Dia tidok punya nyenyak.

Sapa -sapa mai dari Georgetown,  ampa masuk highway Jelutong daripada Sungai Pinang.  Just lepas tapak pelupusan sampah,  ampa nanti nampak fly over.  Ampa jangan naik atas flyover tu.  Tapi ampa slow ke kiri.  Pastu ampa nampak dah macam tempat makan meriah tepi laut.

Dah kalau susah sangat.  Nah...tengok sini teruih.  Google maps  :  Steamboat 'Bath',  Jelutong.

Waktu meniaga?
Siang-siang kalau ampa mai sini,  ada satu lagi meniaga makan yang meletops iaitu Gulai Semilang (dalam bahasa Venezuela).  Haa...ataupun Kari Ikan Sembilang.  Memang meletops.  Sampai pernah masuk paper.  Mailah time time lunch.  Orang kerja kilang dan kerajaan semua penuh kat sini.  Akak pernah mai makan sekali.  Tapi akak ni jarang keluar lunch u olls.  Tapi ni ada gambar akak buh.

Okay sapa pernah mai makan lunch kat tepi laut kat Highway Jelutong? Kat sini famous dengan kari ikan semilang yang sangat meletops. Ikan semilang fresh yang ditangkap oleh local fisherman dimasak kari dan dimakan dengan nasik panaih-panaih. Memang lunch time penuh dengan umat manusia yang kerja pejabat dan kilang di area situ. Tapi tahukah u olls, kalau mai malam ada steam boat yang sangat meletop ? :)
Apa nak makan kat sini?
Kalau ampa mai makan makan kat sini.  Ada macam-macam iaitu,  satay,  kedai tomyam dan kedai steamboat 'bath' ni la.  Tapi please please please kalau mai sini,  mai teraiii tengok dia punya steamboat.  Meletopssssssssssss sampai basah ketiak ampa semua mai makan.

Sepinggan RM30 sahaja. Daripada ampa pi makan kat Jonis...............:)




Ampa buleh makan saja-saja ataupun mintak kat depa mee atau kotiau atau bihun atau pun nasik. Akak suka makan saja-saja.


Dua tangan duk berebut iaitu Jin Khafi dan Jin Azren.

Untuk sapa-sapa yang on diet, mai la makan kat sini. Fresh, murah dan yang paling penting very the sedap. Rasa sup dia simple dan tak over. Pilihan sup ada satu ya. Takdak tomyam tomyam.

Selain makan steamboat, depa juga menawarkan ikan bakar daripada ikan fresh yang ditangkap oleh pakcik pakcik nelayan kat situ. Sambal dia sangat sedapppppppppppppppppppppppp, manissssssssssssss tapi pedas. Wehs gila aku tengok balik gambar ni teruih ayak liyok aku duk cayak semacam.

Harga dia macam mana?
Satu set steamboat tu ialah RM30.  Sesuai dimakan untuk 3-4 orang makan.  Tapi kalau ampa ramai order la banyak set sikit. Murah kan?

Kalau makan kat sini antara adventurenya ialah elektrik akan terputus secara tiba-tiba. Tapi sebab suuuuuuuuuuuuuurrrrrrrr munyiaaaaaaa duk hiruppppppppp sup steamboat. Ribot taufan mai pun tarak apa munyia.

Okay,  itulah saja yang akak nak cerita kat ampa.  Sorry no pictures sebab muka akak berpeluh teruk time makan ni.  Dah la mai makan pakai baju kurung.  Serrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!  Susuk semua terkeluar.  Okay thanks bye!


Kalau mai makan kat sini, make sure pakai baju yang diperbuat daripada material semulajadi seperti cotton kerana bila kita makan steamboat kita akan berpeluh. So perpeluhan itu akan melekat-lekat kat baju kita.

17 comments:

  1. ini adalah pebret food kami!!!!!ngehh..kami x penah lg p mkn kat seoul garden or jhonnys sebab kami save bajet.ngehhh..so,kami buat sendiri ja kat umah.melepsss mak yam makam ramai2.nnt kami buat,kami jemput ampa...

    ReplyDelete
  2. wow bestt3!!!i likee....nanti nak g melawat USM pastu p try situ...saya ni mmg penggemar Steamboat...hehehehe

    ReplyDelete
  3. Harus! U olls harus melawat tempat ini. Sangat senang nak pi dia :)

    ReplyDelete
  4. aiyo, gambar aku bepeluh pon ade, sib bek tak nampak muke, tapi serious memang sedap giler, nak2 die nyer ikan bakaq. Sup yg sangat simple tu pon sangat sedap. Seswai utk org yg ala2 berdiet, sayur and ikan2 je.

    ReplyDelete
  5. boleh la kami pi men'try' bila2 nanti...

    ReplyDelete
  6. uols,
    kami penah makan tghari kd sini tp ikan semilang dia dha habes...:(((.
    steambot dia pun look tempting..kalau tak dok pi makan celoq2 ja kd pdg broom.
    :)))

    ReplyDelete
  7. Zaren......memang aku tak akan letak muka kita. Sebab semuanya berpeluh macam kucing kena simbah okay!!

    Intan, Padang Brom nya celur celur pun dah tak suurrr dah lani.

    ReplyDelete
  8. suka...suka...kena pi ni mentry ni...malam ni kena mentelaah peta nak pi ke sana...kalau tidak co pilot kena marah dgn bos besaq...ajak pi tempat tak tau....he he..

    ReplyDelete
  9. okay cun...lepas ni kami nak intro tempat makan lunch yang best untuk sapa-sapa yang kerja kat USM. :)

    ReplyDelete
  10. argghhhh!! steamboat hat ni la aku ngidam nk mkn mase pregnant dlu! tp smpai ke la tak dpt lg. sob..

    ReplyDelete
  11. hahaha ang kena mai penang la intannnnnnnnnn

    ReplyDelete
  12. kak, kedai nie buka setiap hari ke?
    tapi ade g dgn famili hari sabtu 2 minggu lepas x buka pun kedai nie?
    kalau malam sampai kul brp.

    ReplyDelete
  13. jumie,die dkat foodcourt ke?kami x familiar belah pulau..kmi dok sebrang perai hehe

    btw,jumie dah wt ke entry sal bju pengantin?da lama cari cutting bju yg seswai utk diri sendiri yg katek tpi xtahu...hamboi...ckp mcm nk kawen da je =PP

    ReplyDelete
  14. Insya allah...ni nak lagi sebulan nak kawen...kami akan buat article pasai baju kawen kami sekali dengan tips tips mana yang kami tau la :)

    ReplyDelete
  15. Clara...akak tak tau la babe.....bila waktu waktu buka dan tutup. Next time akak buat review akak kena amik maklumat tu.

    ReplyDelete
  16. yuhu..melantak tak hengat..murahnya..kalau dah cam kene steam bath tu baik pakai baju kelawar..:)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...