Salam Aidilfitri Kepada Semua Pembaca Jumie Samsudin.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan salam Aidilfitri kepada semua pembaca blog saya yang tak jemu-jemu hari-hari duk mai bukak blog saya ini.  Satu hari satu artikel saya always cuba the best untuk bagi ampa terhibur.  Walaupun kandungan dan isi penulisan saya adalah tahi tapi bukan pujian yang saya harapkan.  Niat saya untuk berkongsi senyuman untuk anda dan rakan-rakan office anda dan jugak adik beradik.


Di hari raya yang indah ini saya ingin menyusun sepuluh jari kepada semua anda di luar sana kalau ada penulisan saya yang membuatkan u olls terasa benci sangat kat saya.  (ADA BANYAK!!).  Saya mintak maaf dan ampun.  Yang elok tu semua dari Allah yang tak elok ni semua dari saya.

Seperti yang kalian semua tahu,  saya akan mengahwinkan diri tidak lama lagi iaitu pada 3 September 2011.  Banyak kad telah diberikan kepada rakan-rakan dan sanak saudara.  Tapi saya tau memang ramai yang tak dapat lagi.  Sekiranya masih ada yang tidak menerima,  mohon sembah ratu 44 step zapin kepada kalian dan saya serta keluarga amat mengalu-alukan kehadiran u olls ke majlis perkahwinan saya pada Sabtu,  3 September 2011 di Puspahome,  Penang.



Siriesly nak bagitau mai kat ampa,  AKU DAH BORING DAN BOSAN GILA pasai nak kawen ni.  Macam takdak mood dah.  Sebab banyak sangat masalah dan musibah yang melanda dekat-dekat nak kawen ni.  Tapi tu semua normal la.  Kita nak bercakap lebih-lebih pun kita takdak kuasa nak buat apa.  Hanya masa yang akan ubati segala-galanya.  Sebab itu setiap hari aku berdoa agar cepatlah setel semua benda-benda ni semua.

Ada orang pernah cakap kat aku,  "Dont worry Jumie,  walau apa pun family u cakap.  U adalah the decision maker," 

Ada pulak orang yang pernah cakap kat aku, "U sabar jer la Jumie.  Nak buat macam mana?  They olls semua yang buat keputusan.  U ni puppet sajer,"  entahlah u olls. 

Aku mendoakan agar semua majlis berjalan dengan lancar,  makanan semua cukup,  semua dapat bunga telur /  doorgift dan semua orang pun happy dan suka dengan kenduri kami ini.  Baik di Penang ataupun Johor.

Sekian sahaja bebelan.  Kita jumpa semua selepas ini sebagai PUAN JUMIZAH SAMSUDIN.

Bersama-sama ini disertakan hebahan waktu semabahyang raya di Masjid Negeri Pulau Pinang  :


Y.B./Y.Bhg. Dato' Seri/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan,

SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 1432H/2011 PADA 1 SYAWAL 1432 DI MASJID NEGERI PULAU PINANG

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian Y.B./Y.Bhg. Dato' Seri/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan mengenai perkara di atas.

2.          Sukacita dimaklumkan bahawa, T.Y.T. Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Y.A.Bhg Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff akan menunaikan Solat Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal 1432 di Masjid Negeri Pulau Pinang.

3.          Untuk makluman, T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Y.A.Bhg. Toh Puan Dato' Seri Utama dijangka tiba di Masjid Negeri pada jam 8.50 pagi, manakala Solat Aidilfitri akan bermula jam 9.00 pagi.  T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Y.A.Bhg. Toh Puan Dato' Seri Utama lazimnya akan bersalaman dan beramah mesra dengan para jemaah selepas dari Solat Aidilfitri.

4.          Sehubungan dengan itu, jabatan ini berbesar hati menjemput Y.B./Y.Bhg. Dato' Seri/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan untuk hadir menunaikan Solat Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Y.A.Bhg. Toh Puan Dato' Seri Utama pada masa dan tempat seperti yang tersebut di atas.

5.          Di atas perhatian dan kehadiran Y.B./Y.Bhg. Dato' Seri/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan ke majlis ini didahului ribuan terima kasih.

Sekian, wassalam.

'CEKAP, AKAUNTABILITI, TELUS"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,
 
[HAJI SAZALI BIN HAJI HUSSEIN]
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Pulau Pinang


Kate Moss Kawen!

Makan ati dua pupu kita kawen okay.  Tak mau cakap banyak.  Please tengok gambak-gambak wedding dia.  Sangat makan ati okay!  Actually wedding ni dah lama ya puan-puan semua.  Dua bulan sudah.  Tapi takpalah...banyak sangat benda nak cerita.  So lama-lama baru kita cerita nah.  So pipels,  lets layan and get inspired.  :)

Meletops depa dua amik gambak cium-cium bawah pokok.  Nak buat cam ni la.  RAHMAN!  Sila take note.
Makan ati tengok fotoshoot pre wedding depa.  Ni bukan masa wedding.  Tapi photographer buat hari lain.  Pre wedding la katanya.  But depa panggil WEDDING PORTFOLIO.  Matilah.........

Kate dan anak serta anak-anak menakan dan anak kawan-kawan. 
Feeling sangat depa semua jalan ramai-ramai nak masuk gereja. 

Mak Terjatuh Hati Pada Chef Sherson Lian 5 Rencah 5 Rasa

Hello u olls.  Sapa pernah tengok 5 Rencah 5 Rasa?  Setiap Ahad pukul 5.30 di TV9 / TV3.  Aiiiiiyooooooooooooo elok kan tukang masak / chef tu?  Nama dia Chef Sherson Lian. Dia elokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat.  Ala-ala mix Cina dan British gitu.


First time tengok dia masak dulu kari ketam apa ka.  Suka tengok cara dia masak.  Okay,  macam jantan-jantan duk masak.  Taklah kotor sangat.  Dia tau bahan-bahan ni semua pakai untuk apa siap bagi tips sekali.  Dialah ajar i olls nak blend rempah-rempah semua pakai blender kering tu ja.  Takpayah tumbuk-tumbuk u olls.  Blender kering kat rumah akak ni,  hanya pakai setahun sekali bila raya untuk blend gula bagi haluih.  HAHAHA.  So kalau kita blend halia,  bawang,  atau serai ka?  Kalau guna blender hat kering ni jadi pekat la lagi.  Thanks Chef Sher Sen yang elok.
Selain muka dia yang elok dan very the fish son itu,  akak suka dengar dia cakap.  Very the slang British ya.  Akak suka.  Akak jarang taste Chinese look ni,  tapi tak tau pasai pa akak taste kat deni.



Pastu last weekend,  feeling cinta-cinta ni sambil duk ikat reben doorgift untuk kenduri kawen kita,  kawan i yang bottom sorang ni pun mai la rumah kita.  Berbuka puasa sekali katanya.  Memang lani over the weekend kita memang busy duk buat kerja-kerja ni la.  Ikat reben semua untuk doorgift. 


"Nyah...cepat bukak tivi nyah.  Mak nak tengok cinta hati mak terbaru.  Cina + British....elok nyah...elok....." kata akak eksaited ni suruh kawan akak bukak TV nak tengok 5 rempah 5 rasa. 

Pastu anak ayam akak tengok muka I balik dengan kekwatnya dan berkata "Kakak.....aiiyooo! Dia geboi la.  Dia kapel dengan kawan i.  Sejak bila scanner akak rosak ni?"

Duk pose pakai spek mata pulak.

AKAK SENTAPPPPPPPPPPPPPPPPP!  Betui ka dia ni geboi?  Tapi geboi pun dia tetap nampak jantan.  Mesti deni top okay.  Akak macam tak percaya dua tiga kali duk tanya kawan akak tu betui ka dia ni dah ada kapel semua? 

Tiba-tiba En.  Khafi duk gelak kat tepi sambil duk gunting reben "Tulah gatai tak sedar diri.  Dah nak kawen dengan aku pun duk sebuk tengok jantan lain.  Scanner pun dah rosak," 

Shadapz u En.  Khafi!  Tak kisahla.  Janji akak tetap suka dia sebab dia very the elok. 

Jom kita like Fan Page Chef Sherson Lian

OKAYTHANKSBYE!

Alasan Artist Apabila Botoks Depa Pecah Lobangs

Hello u olls.  Sapa tengok rancangan DIVA baru baru ini?  DIVA ni kira macam Melodi untuk TV1 gitu.  Yang meletopnya pengacara rancangan ini dua orang DIVA BESAR ya.  Mak ayam sembah ratu kat ampa dua na.

Okay,  potong cerita.  Siriesly I olls tak berapa minat tengok rancangan gossip-gossip artist ni sebab bulan posa macam ni kita kalau boleh kena lah elakkan tengok benda-benda tak elok pasai orang lain.  Tambahan pulak kalau cerita macam Melodi tu.  Sah-sah suka fire artist dengan soalan provokasi yang macam naharam sungguh.  Benda biasa teruih jadi teruk dengan soalan wartawan bangang depa.

Tapi sebab akak duk ada kat rumah sepupu akak time tu,  so terpaksa la tengok.  Akak ni kalau boleh nak tengok rancangan masak-masak AFC saja doplohpatjam.  So masa tengok-tengok sekali keluarlah segmen they olls menemuramah Nanu Baharuddin nak tanya betui ke dia tu pakai botoks.  Gitu!

Mak pun gemok jugak.  Tapi tetap ada line-line kedutan.  Ni sampai satu line kerdot pun takdak. 

Ampa tau dia jawab apa ?

Dia tak mengaku kata dia pakai botoks malah dia kata masa awal-awal penggambaran cerita itu.  Dia macam gemok sikit.  Tambah berat badan dan pipi dia pun jadi tembam.  Sekarang ni pipi dia dah okay.

Aiyooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo!  Apa ni wehs? Hang ingat kami pondan-pondan ni semua tak tau ka muka hang tu pelasu ka apa?  Sah-sah dah muka hang pecah lobang masih tak mau mengaku kata hang pakai botoks. 

Teruih mak bok keluar stetmen dalam Twitter mak.  Ha kepada adik-adik di luar sana yang masih belum mengfollow akak di Twitter maka haruslah berbuat sedemikian dengan kadar segera ya :)


Siriesly,  u olls setuju tak dengan statement akak?

Untuk pengetahuan u olls,  ada banyak lagi stetmen penipuan yang digunakan artist-artist kita untuk mengkaver lobs depa.  Antara alasan yang depa gunakan ialah seperti berikut  :
  • "Akak pakai air wuduk je u olls" 
  • "Memang sejak lahir mulut kita macam ni..."
  • "Kita memang mengamalkan makan ulam sejak di zaman anak dara lagi,"
Tiba-tiba akak macam respek Mak Ayam Ifa Raziah.  Dia siries mengaku kata dia pakai botoks.  Baguih nyah.  Mak suka orang cam ni.  So what if dia pakai botoks?  Itu duit dia,  muka dia hak dia.  Sebagai artist depa lagi la kena jaga muka dan penambilan.  Sebab itu cara depa carik duit.  Dosa ka apa ka,  tu mampuih pi kat dia la.  Itu pilihan dia. 


So kepada u olls semua pembaca belog akak.  Tak payahlah ampa feeling-feeling nak amik artist sebagai idola kecantikan hidup ampa.  Bukanlah akak nak kata tak boleh,  tapi buatlah pilihan dengan baik.  Ada ja artist-artist yang jenis jaga kecantikan depa dan mempunyai personaliti dan taste fashion yang meletops.

Tapi,  hakikat sebenarnya most of the artist hidup memang feeling Hollywood.  Takdak maknanya depa nak makan ulam sejak zaman anak dara.  Rokok dan arak tu adalah seperti ayak sarbat dan muruku saja.  Kot mana mai ayak semayang ni semua?  Aku rasa kalau percik ayak Yassin kat depa pun kulit depa nanti melecor macam kena simbah esid.  Tambah-tambah ampa orang Kolumpo?  Tengok perempuan isap rokok di khalayak ramai tu perkara biasa u olls.  Apatah lagi retis?

So takpayahlah nak buat baut terkejut bodo bila ada pendedahan aritst sekian-sekian isap rokok,  pakai seksi,  bla bla bla.  Semua tu memang diri depa yang sebenarnya........ampa yang bodo nak jadikan artist sebagai idola.  SEDIHLAH AMPA NI! 

So akhir kata dari akak,  terimalah gambar-gambar artist berikut.  Muka depa ni semua sama ja kan kat pipi and dagu kan?  Pikir sendiri la nyah.

Hakikatnya, sekeping gambar tidak akan menipu sesiapa yang melihatnya kerana di situlah tersimpannya pelbagai cerita yang boleh ditafsir. Dipetik dari kata-kata Macam Macam Hiburan

Terpulang kepada u olls untuk terus memilih untuk ditipu atau TAK PAYAHLAH nak layan propaganda artist-artist ni. 




Tahajjud Cinta memang meletops.  Tapi bila tengok scene muka Kak Erma dan Datin Ziela Jalil,  mak terganggu sat. 


Gambar ni bukan merujuk kat kakak depan saja na.  Yang belakang pun sama jugak.  Cuma yang belakang tu punya tak pec lobs lagi.

Kalau aku jumpa dia ni time-time balik semayang terawikh sah-sah aku lari teruih tak tengok belakang dah.

Kak Pah meletops.

Datin Ziela Jalil meletops :)
Model ulam-ulaman Melesia.
Okay,  toksah duk tengok Melodi dah.  Kita tengok rancangan masak lagi baguih :)

Rambut Yang Sesuai untuk Muka Chubby

Dear Akak,


Nak mintak sikit boleh tak?  Baru-baru ni ade bace blog akak,  best.  Very the classy.  Tu yg tergerak hati nak tanya,  kalau orang muka chubby and bulat bila senyum (ade ke orang macam tu?) rambut stret ke kerinting yang sesuai?  Sbb bila google, peshen rambut suma ala2 org nk mati je. Dahi saya plak ala2 KLIA. Nak buat fringe memang macam muka mintak penampar. Lagi 1 kalau muka berminyak,  make up ape yang sesuai ek kak? And kaler ape yang sesuai untuk muka yang  tak berape nak putih cam saye nie ek? Thx kak!


Nor Katrina Anis

Hello u olls,

Amboi nama macam Katrina Aziz.  Meletops tip tops.  Thanks sebab sudi bagi soalan ni.  Katanya dah bagi sebulan tapi akak tak jawab.  Sembah ratu 48 step ya.  Akak lambat membuat tindakan.

Soalan hang ni banyak.  Tapi yang bab-bab rambut tu memang soalan yang bagus,  akak sendiri pun tak pernah mengupas soalan seperti ini dalam belog akak.  So why not u olls? 

Okay,  akak nak tegaskan kat sini ya.  U olls semua especially pompuan Melayu very the feeling bahawa muka depa bulat.  Tak cantek.  Asal badan gempal sikit,  terus kata "Muka I ni bulat,  tak cantek,"  Aiyooooooooooooo feeeling la ampa ni semua.  Padahal,  most of muka Melayu (tak kisah la Melayu Proto,  Melayu Deli,  Melayu Banjar dan Melayu Jawa) ialah berbentuk BUJUR SIREH!! Yang banyak muka bulat-bulat ni semua ialah African u olls!  Ada ke sapa kat sini feeling Fantasia Borino?

So tengok betul-betul muka u olls?  Macam-macam bentuk muka duk ada.  Bulat,  oval,  bentuk hati,  bujur sireh,  persegi,  lonjong dan macam -macam bentuk lagi.  Kat sini ada satu carta bentuk muka yang paling terperinci.  Cuba ampa pi depan cermin,  ampa cekak rambut ampa semua pi belakang dan tengok bentuk muka ampa paling similar dengan bentuk mana kat bawah ni?


Its very important untuk u olls mempunyai satu hubungan yang baik dengan HAIR STYLIST KAMU.  Jangan suka tukar-tukar hair stylist.  Bila dah jumpa kedai yang awak suka tu tak kisahlah kedai aunty-aunty ataupun kedai high end make sure u olls tau apa u olls nak dan bincang dengan hair stylist awak tu apa yang terbaik untuk u olls.  TAPI APA PUN!  U olls kena always berani dan tau apa yang u olls nak.  Sebab hairstylist ni selalunya depa nak buat business jugak.  Contohnya like rambut akak dulu dah ting tong rosak kering macam kena air karat tapi hairstylist akak tak mau potong! Dia duk suruh akak buat treatment sampai beratus ratus ringgo sekali visit.  Akhirnya akak pun menukar ke kedai lain.

Masa ini rambut sangat tak elok.
Macam mana nak tau fesyen rambut apa yang sesuai dengan u olls?
  1. Of coz bentuk muka.  Ada banyak website yang ampa boleh baca dan pilih.  Yang tu ampa sendiri boleh pi carik baca atau paling senang ampa boleh bertanya kat hari stylist ampa itu. 

  2. Apakah rambut sebenar kamu?  Adakah rambut u olls itu wavy macam akak? Kerinting macam AsmakAishah? Atau straight ketegak.  Semua itu adalah penting untuk determine apakah jenis potongan yang sesuai.   Tak semua potongan akan menjadi sebab rambut asal u olls itu tidak sesuai dengan potongan itu. 

  3. Always consider fesyen rambut yang senang diurus dan tidak perlu diblow dry setiap hari!!  Itu adalah sangat penting sekali.  Ini kalau fesyen rambut yang u olls nak kena stylekan dia susah -susah everyday raplah jugak u olls.  Kalau u olls jenis suka dan sanggup nak berdandan lama-lama,  that another story.  Kalau u olls jenis akak...haaaaaaaaaaa...sila pikir benda lain ya.

  4. Apakah pekerjaan dan cara kehidupan kamu? Kalau u olls kerja kerajaan sah-sah tak boleh warnakan rambut pelik-pelik u olls.  Usia?  Adakah u olls seorang yang aktif?  Seorang yang rajin?  Seorang yang pemalas?  Seorang yang sering tidak cukup masa?  Kalau kamu seorang pemalas dan nak cepat saja,  janganla pilih nak buat rambut kerinting.  Nanti nak kena jaga susah end up rambut berkelumumur macam serr!  Semua tu penting.  Kos shampoo,  conditioner,  and pelbagai product styling lagi adakah akan terus membebankan kamu?  Yang tu semua u olls kena consider.
Sekian saja tips ringkas daripada akak yang mampu untuk mengesharekannya :) Actually satu saja akak nak jawab untuk soalan utama u olls.

Kalau u olls muka chubby dan bulat - ELAKKAN LURUSKAN / STRAIGHTEN-KAN RAMBUT KAMU DAN MEMBUATKAN RAMBUT KAMU KELIHATAN FLAT.  Nanti nampak sangat kepala kamu kecik dan badan kamu besar!
Ni ampa mai baca artikel aku dulu aku tulis :  Fesyen Rambut Jumie Samsudin 2005-2008


Review Fashion Teens Choice Awards 2011

Hello u olls.  Hari ini boring tak tau nak buat apa.  Lunch time hari Jumaat.  So lepak kat dalam office buat artikel ini.  Dah lama rasanya tak buat Ulasan Fesyen ya.  Feeling nak mencarut orang sahaja hari ini.  Maka marilah membaca carutan baik dari akak. 

Suka sangat colour dress ini.  And i like it sebab sangat pendek tapi cute.  Holland Roden

Maggie Q pakai baju ni dengan kasut lagu ni nampak macam nak pi office office.  And sorry u olls,  pompuan dada leper kalau pakai baju holter cam ni nampak lagi super skinny.  I DONCH LIKE. 

Deni i tak tau dia sapa.  Baju dia pun biasa saja.  Tapi actually saja bubuh sebab dia elok.  Etensyen to my momma Zarina Abdul Rahman,  kalau mama nak carik laki.  I nak laki macam ni saja yang layak jadi bapak tiri i. 
Simple jahhh :) Tak boleh carut.
Rebecca Black ni adalah penyanyi bodo yang nyanyi lagu Friday.  Suara dia tak sedap gila sampai dapat balik banyak DISLIKES. kah kah kah.  Dan disebabkan itu dia jadi popular gila dan Katy Perry pun amik dia untuk berlakon dalam video clip terbaru dia "Last Friday Night" tu.  Baju ni cantek la.  Tapi Rebecca Black ni baru lagi.  Tak tau lagi apa imej feshion dia.  :)
Lani fesyen-fesyen kain jatuh kut tepi duk mai balik na.  Meletops Selena Gomez dresap macam ni.  Anak ayam ni makin lama makin seksi okay. 
Kaley Cuoco.  Baju ni elok dah cuma aku tak paham pasai pa perlu ada lapih yang bawah tu.  Macam selekeh sangat tengok lagu tu.
Zoe Saldana.  Meletops mak ayam ni.  Nampak macam ala-ala 70s.  Beliau tidak pernah mengecawakan akak dalam pemesyenan.
Akak selalu ingat Zooey Deschanel ni Katy Perry.  Muka depa macam nak sama.  Yang ni bukan dress ya puan-puan,  dia actually seluar pendek sambung dengan tops.  Macam tok-tok sikit baju ni.
Kawan baik Selena Gomez, Demi Lovato pakai baju colour macam kunin-kuning lemon.  Suka sangat tang kasut dia.
Elizabeth Banks - Bayangkan kalau dia berpeluh.  Mesti bau meletops punya kat celah tetek dia.
Kourtney Kardashian.  Another fesyen meleret kat belakang cam dress Selena and Demi.  Lani duk mai trend leret-leret ni kot?  Letops ya dress ini.  Sama cam colour dress kawen akak.
Cute sangat Taylor Swift pakai dress macam ni. 
Mark Wahlberg sangat relaks dengana nak dia. 
Tyler Posey.  Elok kan budak ni?  Akak suka tengok muka dia.  Dressap dia pun kemas.  Ampa tau tak budak ni sapa?  Dia ni masa kecik-kecik berlakon jadi anak Jennifer Lopez dalam cerita Maid in Manhattan.  Meletopssssss!
Ashley Greene.  Tops putih dan tali pinggang kecik itu membuatkan tetek dia nampak sangat besar.
Justin Bieber.  Biasa jaaah.
Blake Lively - I love the colour of this dress.  Nak kena tanya Kak Baby ni apa nama colour ni. Cam kunyit kan colour dia?
Taylor Lautner pakai kasut tak kilat style ada pasiak-pasiak semua.  (Style u olls)
Kak Fergie katanya hangin sebab laki dia kalah dalam anugerah pelakon lelaki pilihan.  Kih kih kih.  Relaks la mak ayam. 
Rachel Bilson - dress ni nampak dia besar sikit.  And kasut dia macam tak sesuai dengan dress ni.
Nina Dobrev pakai print belang-belang.  Dalam gambar dia jadi macam blur-blur sikit.  Ini dipanggil ilusi optik.  Sebab itu kuda belang duduk rapat-rapat so bila singa nak mai terkam depa tak boleh sebab mata depa akan berpinar dengan belang-belang itu..  Gitu....sains pulak. 
Apalah sepupu aku buat malu aku ni.  Dressap merapu.  Dahla anugerah ni remaja-remaja punya.  Dia dressap macam ni.  Pelach sangat.

Khloe Kardashian - Satu perkataan saja - CLASSSSSSSSS!

Cory Monteith.  Macam orang dulu-dulu la deni style dressing dia. 

Panduan Memberi Hadiah kepada Kawan yang Kahwin (BESTNYA NAK TULIH ARTIKEL NI)

Assalamualaikum akak,


Dalam 25 artikel yang akak nak buat tu saya rasa akak patut letak citer pasal hadiah kawen la.."MY TOP 25 WEDDING GIFTS I WANTED THE MOST ARE..."


Selalu kita tengok orang bagi hadiah kawen cam lebih kurang sama je.  Iron,  water heater,  set gelas,  jam.


Zaman skool dulu ada la teacher yang citer,  omputih ni time dorang kasi kad jemputan dorang akan bagi sekali list hadiah pe yang dorang nak..so takkan terjadi la pengantin daapt hadiah benda yang dorang dah ada.  Betul ke camtu?


hehe..kalau betul ada org buat akak tak nak ke buat camtu???


Yang benar,
Azwani Alias

Hello u olls!

Hang seperti dapat membaca hati dan perasaan aku.  Ada sepupu kami pun ada suruh buat artikel ni.  Tapi takpa,  GREAT MIND thinks alike.  WEHSSS bestnyaaaaaaaa buat artikel mintak hadiahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :)

Betui kata Cikgu ampa tu,  mat saleh kalau kawen depa akan buat list dan depa akan pass around kat kawan-kawan rapat dan saudara mara.  Pastu bila sorang tu nak pilih and tick apa barang dia nak bagi dari list tu,  dia pass pulak list tu kat orang lain.  :)

Ada juga yang buat camni,  depa bagitau kat kawan-kawan semua,  depa dah register barang  depa nak beli kat kedai sekian-sekian.  Depa siap ada syarikat yang manage benda benda ni.  And boleh register secara online.  Benda yang pengantin nak pilih tu macam-macam daripada benda besar seperti PETI AIS sampailah ke pakej honeymoon :)  So semua kawan-kawan akan pi kedai tu and registerlah bagi duit untuk nama pengantin sekian-sekian.  Sampailah duit tu cukup.  Then pengantin boleh bok balik price dia nanti :)  Ampa boleh tengok scene ini dalam Sex and the City II. 

Actually bukan senang nak memilih dan membeli hadiah untuk kawan-kawan kita yang nak kawen ni.  Siriesly,  akak sendiri pun hanya akan bagi duit saja kat kawan-kawan akak yang nak kawen tu.  Sebab akak rasa,  dengan duit they olls boleh buat macam-macam.

Adalah penting juga bagi kita untuk mengetahui dan mengenali apakah minat dan hobi kedua pasangan pengantin itu.  Kalau kita tau senanglah.  Kalau kita tak tau?

So takpa.  Hari ini akak nak bagi list barang yang kita boleh beli untuk kawan-kawan kita sebagai hadiah kawen depa.  Dan of coz semua barang barang ini  akak teringin nak sebagai hadiah perkahwinan akak nanti.  Tapi akak nak bagitau kat sini ya sebelum akak meneruskan penulisan :

BUKAN NIAT AKAK NAK MINTAK HADIAH NI SEMUA DARI U OLLS.  INI HANYA SUKA-SUKA AND MAYBE BOLEH JADI PANDUAN KEPADA U OLLS BILA NAK BELI HADIAH KAT KAWAN-KAWAN YANG KAWEN.  SEBAGAI ORANG ISLAM,  BILA NAK KENDURI KITA KENA IKHLAS DAN TIDAK MENGHARAPKAN APA-APA BALASAN DARIPADA PARA TETAMU.


Okay,  let's start with the list. 
  1. KitchenAid Mixer - Yang ni memang idaman kalbu.  Kalau boleh nak jenama ni jugak.  Sebab duk tengok Nigela Lawson buat kek semua pakai benda ni :) Feeling kan akak ni?

  2. Frame Gambar - Lepas kahwin mesti kami nanti ada banyak gambar.  Wainot ampa bagi frame banyak-banyak.  Kami boleh gantung gambar kami penuh semua jadi muzium teruih.

  3. Cadar katil - Haaaaaaaaaaa ni penting ni.  Baguih ni sebab boleh salin seminggu satu.
  4. Set Pisau - Haaaaaaaaa ...akak kan suka masak.  Pisau yang tajam adalah sumber inspirasi untuk masak cepat dan bergaya ala Julia Child.
    Iron Chef"s 5pc Japanese Knife Set


  5. Blender -  Kalau nak beli pengisar belilah pengisar yang boleh buat juice sekali.  Kelas u olls.  Boleh menggalakkan we olls meminum lebih banyak juice lepas kawen.  Bagus untuk kesihatan.

  6. Lesung - Walaupun dah ada blender.  Jangan lupa lesung okay.  Lesung ada macam-macam.  Lesung batu kita dah biasa.  Ada satu lagi lesung kayu,  yang ini untuk buat somtam :)  Akak ada satu cerita pasai hadiah lesung ni.  Akak tak ingat sapa ceritakan.  Tapi kisahnya macamni.  Ada satu orang kaya.  Dato' Tan Sri gitu.  Masa anak dia kawen,  dia hadiahkan they olls lesung batu yang berat subhanallah.  The anak very the confuse pasai pa bapak dia yang kaya itu tidak membeli Porsye ke apa ke untuk depa,  tapi membeli lesung sahaja?  Apabila ditanya the Dato Tan Sri menjawab "Papa nak kamu berdua mengerti makna tersirat disebalik hadiah ini.  Sama seperti kamu berdua yang sudah berkahwin.  Kedua-duanya saling memerlukan.  Perlu bersama dalam segala perkara untuk selesaikan apa juga rintangan yang mendatang.  Sama macam lesung dan batunya,"  KAU TAK SENTAP DAPAT FATHER MACAM NI!
    Nenjia lesung bawah rumah Mahsuri teruih!!
     
  7. Tuala - Bila dah duduk rumah baru ni.  Tuala baru memanglah berguna.  Bila adik beradik mai pun senang boleh bagi pakai sorang satu tuala baru.  So tuala ialah hadiah yang ideal.

  8. Periuk dan Kuali - Terpulang kepada kita untuk beli periuk atau kuali.  Kuali and periuk yang berkualiti adalah mahai jugak ya puan-puan semua.  So,  kalau u olls dapat bagi hadiah kuali or periuk baguih punya sebijik,  pahala pun bertambah kat kita setiap kali kawan kita pakai periuk tu tahan lama u olls.

  9. Home Theater Set dengan Flat Screen TV - Perlukah aku nak explain over kat sini?
    Kalau sapa sapa boleh bagi hadiah ni kat akak.  Confirm akak tak pi tengok wayang dah.  Kat rumah akak ada dah bilik extra.  Tunggu sapa nak sponsor renovate jadi macam ni ja.

  10. Pakej percutian / Hotel Voucher - Haa yang ini adalah sangat bagus.  Sekarang ni kita boleh tolong belikan pelbagai pakej percutian atau hotel voucher sebagai hadiah kepada kawan kita yang nak kawen.  Sama ada terus dariapada syarikat traveling ataupun sekarang ni very the trendy kita boleh beli daripada GROUPONS atau Milkadeal di mana banyak syarikat perhotelan dan agensi pelancongan akan menawarkan pelbagai pakej dengan harga yang meletops okay untuk kita beli for ourself ataupun kepada kawan sebagai hadiah.  Meletops okay!!  So wainot?  Tak semestinya kena honeymoon kat BALI sajia,  kalau dapat hadiah free ke CAMERON HIGHLANDS pun dah besar rahmat okay.
    Kelesss u ollls. 

  11. Peti Ais - Ada satu kawan akak ni nak bagi akak peti ais.  Dia cakap macam ni "Aku memang nak bagi ang peti ais Jumie.  Nanti lepas kahwin aku nanti antar mai rumah ang.  Peti ais ni besak.  Hang pun boleh tidok dalam tu kalau duk panas-panas sangat.  Peti ais ni ada belambak kat office aku,"  kata kawan akak yang actually kerja kat RUMAH MAYAT PULAU PINANG.  Memang celaks kawan akak tu. 

  12. Washing Machines - Washing machines adalah satu benda penting dalam satu isi rumah.  Tak boleh bayang zaman dulu-dulu mak kita cuci baju guna tangan.  Mak I olls iaitu Kak Edeh siap amik upah pi cuci baju kat rumah orang okay.  Masa I olls darjah 3 first time tengok bapak beli washing machines kat mak.  And now ada macam-macam jenama dan jenis washing machines yang u olls boleh beli kat Tesco.  So i think its a meaningful gift juga :)

  13. Microwave Oven - Senang nak perangat kuah ya tuan-tuan dan puan - puan.
    Bak kata Obefiend,  kita kena tukar nama Microwave Oven kepada Preheat Oven.  Memang 90% orang Melesia guna oven untuk perangat kuah saja.

  14. Camera - Camera adalah sangat penting untuk pasangan suami isteri ya.  Sebab bila dah kawen ni ada banyak memori indah yang perlu dirakam sebagai kenangan bersama.  Tak kisahlah camera jenis apa pun,  janji camera elok yang boleh buat amik video juga.  Sekarang ni digital camera yang biasa pun dah sampai 14 megapixel.  Harga pun berpatutan.  Wainot u olls kita beli untuk kawan-kawan kita yang ver-ver pakai fon jer?
    Saja la buboh gambar DSLR kan?


  15. Luggage - Untuk pasangan yang berasal dari kampung yang berbeza jauh seperti I olls dan En.  Khafi,  adalah sangat bagus if u olls bagi luggage okay.  Boleh buat isi baju bila balik kampung.  Tak perlulah berjenama high end seperti LV,  janji yang elok dan berkualiti.  Meletops okay.
    Feeling sangat akak dan En.  Khafi balik kampung lepak tengah tengah kebun sawit and tabok (tabur) kami punya LV macam ni.  Kelesss kan? 

  16. Buku-buku Kerohanian - Kita boleh hadiahkan buku atau apa-apa peralatan yang keperluan kerohanian kita.  Contohnya untuk rakan-rakan yang seagama dengan kita,  kita boleh hadiahkan buku-buku atau DVD panduan solat.  Sangat bermakna u olls.  Hidup depa berkat,  kita pun dapat pahala.
  17. Duit Sumbangan - Adalah menjadi budaya kita orang Asia kalau ke kenduri kawen kita mesti akan bagi duit sumbangan apabila mengepi ke kenduri kawen.  Actually duit adalah sangat penting ya dalam menguruskan sesuatu majlis perkahwinan.  Banyak duit yang nak kena pakai tak kisahlah hang buat wedding besar atau kecil.  Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban pasangan pengantin dan keluarga.  
Sekian saja coretan akak untuk u olls.  Sorrylah kalau ada salah dan silap.  (EWAH FEELING SUCI PLAKS)  Sah sah nak bodek mintak adiah ni.  Anyway,  sebelum akak mengakhiri coretan ini mesej penting dari akak,  tak kisahlah apa pun u olls nak bagi yang penting ikhlas dan bertepatan dengan bajet kita.  Jangan terlalu memaksa sampai menyiksa diri kita.  Iringan doa agar sejahtera segala hal yang diuruskan pengantin dan keluarga adalah lebih bermakna.  Kalau ada apa-apa idea dari u olls.  Jangan lupa share dengan we olls kat sini.  Komen ya :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...