Sumbangan untuk Anak Anak Rohingya






Assalamualaikum u olls semua,

Semuanya bermula apabila Prof Zam menjemput aku menjadi pengacara majlis merangkap penyanyi selingan untuk Konsert Perdamaian USM pada September 2013 yang lalu. Datuk Ramli Sarip, bapa ROCK MALAYSIA dijemput sebagai penyanyi utama. Konsert yang diadakan di Dewan Budaya USM ini terbuka kepada orang ramai dan tiket adalah percuma. Terdapat pelbagai pengisian sepanjang konsert itu yang merupakan sebahagian daripada Peace Week USM. Aku sangat bertuah kerana pada malam itu juga, aku berpeluang untuk berduet dengan Datuk Ramli Sarip secara akustik. YEHA! Read here : THE USM Peace Week 2013 dengan tema "Peace is Our Culture" : Pengalaman Menyanyi Dengan Ramli Sarip

Okay, dah tersasar sikit daripada cerita utama. Pada malam konsert itu juga, pihak penganjur turut menjemput beberapa anak pelarian Rohingya untuk membuat persembahan nasyid. So, Kak Ina (pembantu Prof. Zam) menyerahkan budak-budak ni kat aku masa di back stage.

”Jumie, hang tolongla depa suruh prektis nyanyi dulu sebelum naik pentas. And bagitau and ajak depa satgi nak buat macam mana”

5 orang anak Rohingya join aku di bilik persalinan. Depa berpakaian biasa, sedikit lusuh. Yang lelaki pakai seluar dengan T shirt atau baju kemeja dan bersongkok, manakala yang perempuan berbaju kurung dan bertudung. Kalau anak-anak kita, pakat nak naik pentas, mesti dah berbling-bling baju kan?

Depa mudah mesra dengan aku. Selepas depa dah faham apa nak kena buat bila aku jemput depa naik pentas nanti, aku pun melayan kerenah depa. Si Jamaluddin yang paling heboh sekali. Dia sibuk suruh aku amik gambar dia menggunakan camera telefon. Posing mengalahkan guru silat, silang panggung atas kerusi. Dia seronok tengok gambar dia sendiri dalam camera phone aku. Yang perempuan, bernama Sabikanur turut ambil kesempatan. Dia posing 1 Malaysia, sambil jari telunjuk di tuju ke atas. Aku duk terbayang kenangan dengan depa lagi.

Itu setahun yang lalu, tahun ini sekitar Julai 2014, Kak Ina jemput aku untuk menghadiri majlis perasmian Sekolah Damai. Sekolah yang ditubuhkan atas inisiatif kemanusiaan oleh Unit Penyelidikan dan Pendidikan untuk Perdamaian (REPUSM a.k.a Peace Unit USM) dengan kerjasama dari Kelab Perdamaian Universiti Sains Malaysia (KeDAMAI-USM) dan Rohingya Society Malaysia (RSM) bagi membantu anak-anak pelarian terutamanya Rohingya bagi mendapatkan asas pendidikan.

“Kak Ina....sorry. I busy tak boleh nak singgah pi kat program U,” majlis perasmian diadakan pada waktu kerja. So I tak sempat la nak pi.

“Takpa Kak Ina, nanti Jumie cari masa, Jumie pi sendiri sekolah tu. Bawak makanan ka apa apa la. Nanti Jumie buat review bubuh dalam blog. Kita boleh warwarkan kepada orang awam,” kata aku lagi.

Ting tong tiang. Cepat masa berlalu, nenjia pada 10 Disember 2014 yang lalu barulah aku berkesempatan untuk melawat Sekolah Damai. Pada hari istimewa itu, aku bawak Kak Eder (my mother) untuk bersama melawat Sekolah Damai.

Sekolah ini telah didaftarkan dibawah UNHCR (United Nation High Commissioner for Refugees), bahagian pendidikan. Pelajar-pelajar ini juga telah didaftarkan di bawah UNHCR di Kuala Lumpur. Bermula dengan sekolah hujung minggu dengan dibantu oleh pelajar-pelajar kelab Perdamaian USM (KeDAMAI-USM), kini sekolah tersebut telah dibuka sebagai sekolah harian dari Isnin hingga Jumaat dengan menempatkan seramai 60 orang pelajar dengan dibantu oleh 3 orang guru sepenuh masa. Atas permintaan, jumlah pelajar akan ditambah sehingga 120 orang pada tahun hadapan. Buat masa ini, operasi sekolah ini dibiayai sepenuhnya oleh rakan-rakan dan orang luar yang bermurah hati membantu dalam aktiviti kemasyarakatan ini.

Kami tiba lebih kurang 10 pagi, ditemani oleh Faiz and Naim, rakan pelajar USM yang rapat dengan aku. Depa yang tunjuk jalan. Setibanya kami di Sekolah Damai, kami disambut oleh beberapa pelajar dari KeDAMAI-USM.


Sibuk kami mengangkat makanan dan hadiah masuk ke dalam sekolah yang merupakan sebuah rumah 2 tingkat, si anak-anak pelajar yang tadi belajar tiba-tiba jadi eksaited. Mereka berlari-lari, menjerit-jerit dan melompat-lompat. Cikgu-cikgu terpaksa mengawal pergerakan anak-anak ini semua. Kak Ina pula dah macam cikgu besaq, dia yang paling garang sekali.


”Jumie...sorryla depa bising sikit. Selalu depa behave. Maybe hari ni sebab ampa mai kot. Depa eksaited lebih,”


Semua pelajar diminta berkumpul dan membuat bulatan, aku memang tak ada apa-apa perancangan pun. Ikut jer apa yang Kak Ina nak buat.


”Murid-murid, hari ini kita ada tetamu iaitu Aunty Jumie and Nenek Eder, depa bawak makanan untuk kita semua dan juga hadiah. Cikgu tengok cupcakes pun ada. Baiklah, sebelum kita semua makan, cikgu nak jemput Nenek Eder untuk bagi sepatah dua kata,” tiba-tiba Kak Ina suruh mak I bagi ucapan.


Cupcake yang sedap dari Rina's Bake With Love





Mak I terkedu, pastu dia kalih kat aku “Jumie....Mak tak boleh cakap...satgi mak nak nangeh,” bahagian atas mulut mak aku mula nak jadi panjang sebab tahan menangis. Apala punya turr. So I pun bercakaplah.


”Assalamualaikum murid-murid semua. Terima kasih semua kerana sudi menjemput kami ke sekolah kamu semua hari ini. Bersempena dengan itu, Aunty ada berita gembira untuk semua, Aunty bawak nasik dengan ayam masak kurma. Kawan Aunty masak...sedappp....” aku nampak muka budak budak tu duk eksaited. Ada yang duk goncang badan kawan depa kat sebelah sebab seronok.


”Aunty juga bawak hadiah untuk semua, ada alatulis, pencil box dan buku. Bila kamu semua dah dapat hadiah, Aunty nak kamu semua belajar rajin-rajin dan dengar cakap cikgu. Tadi Aunty tengok semua orang tak tau duduk diam. Tak dengar cakap cikgu. Lepas ni, kalau kamu nakal, cikgu-cikgu kamu akan report kat Aunty...lepas ni Aunty tak mau datang sini dah,” gituuu akak membuat ucapan ala-ala Cikgu Sekolah Rendah di hadapan perhimpunan. Suasana riuh dalam kalangan pelajar-pelajar semua. Ada yang buat muka-muka macam takut reaksi kepada peringatan garang I. Comels sungguh depa ni.


Sesi memberi ucapan ala-ala cikgu sekolah.







Selepas beratur, kami pun mengagihkan hadiah-hadiah kepada para pelajar. Setiap pelajar yang nak ambil hadiah, aku tanya “Nak pencil box colour apa?” sajalah bagi depa seronok boleh pilih. Hati aku tersentuh bila seorang tu kata kat aku “Cikgu...cikgu...terima kasih!! Saya punya pensel memang sudah pendek,” dia tunjuk ukuran penselnya menggunakan jari. Aku macam nak menangis. Tapi aku sambung buat lawak kat dia “Haa...kamu dapat pensel baru jangan duk gerumit (sharpen) banyak-banyak. Nanti pendek lagi cikgu tak bagi dah,” budak itu tersengeh dan berlalu.

Berpeluh-peluh I olls dan Faiz duk membagi hadiah. Habis dah semua rambut blow kepok-kepok semua. LOL



Masa makan menjadi riuh. Depa seronok makan nasi putih, ayam masak kurma dan sayur ubi yang kawan I olls masak khas untuk depa. Depa duk pi kat mak I, “Nenek...nenek....sedap......” Mak aku duk mai nak sebak dah. Tapi syukur mak tak menangis. Ish tak maula nangis depan depa kan. Kita kena happy happy.


Thanks Nizal sebab sponsor kami makan meletops. U olls semua boleh tempah catering for mesyuarat, kenduri dan lain-lain dengan Nizal di Barak's Best. Specialty MURTABAK and NASIK TOMATO!! Sila layari : Barak's Best





Usai makan, tanpa kami suruh dan bagi arahan, semua pelajar cuci pinggan mereka sendiri dan pulangkan kepada meja kami. Masa rehat yang terluang ini, depa juga ambil kesempatan untuk bersembang dengan aku.

Jamaluddin, yang dulu menyanyi nasyid dengan aku adalah yang paling eksaited.

”Cikgu dulu menyanyi USM kan....haa...saya ingat,”

Aku gelak sambil menggosok-gosok kepala dia. Gigi arnab dia tersembul keluar sebab senyuman dia tak berenti.

”Cikgu...nanti saya mau pi US,”

”Hang nak pi US? US apa?” tanya I lagi.

”Saya sudah dapat card. Saya satu family semua dapat pi USA. Nanti saya duduk sana la cikgu...” WOHHHOO! USA bak hiang.

Untuk pengetahuan kalian, RePUSM bekerja rapat dengan United Nation dan mereka membantu untuk mengenalpasti pelajar-pelajar yang berpotensi untuk dihantar ke Amerika Syarikat sekaligus mendapat kerakyatan.

Satu usaha yang sangat bagus, sekurang-kurangnya kita tau masa depan depa ni terjamin. UN dah target ada 2-3 family untuk dihantar ke Amerika Syarikat pada awal tahun hadapan. Malaysia tidak mempunyai kuata untuk menerima kerakyatan daripada pelarian perang. Tapi, negara kita melalui NGO dan juga badan kerajaan tertentu bekerja untuk memastikan kebajikan pelarian perang di Malaysia terjaga.

“Haa.......bestlah hang pi Amerika. Nanti mesti hang akan kawen Negro...HAHAHA,” usik aku pada Jamaluddin.

”Takdak la cikgu....hahahaha....” kami gelak seronok.

Sesi membeli hadiah dengan kawan-kawan. Suhaila, Yana, Kak Shuk and Faridza. Kami nak bawak Nurul tapi kereta I besak sangat so tak cukup untuk dia.





Lebih kurang 1130 pagi, sesi kelas bermula. Buat masa ini, mereka mempunyai dua kelas utama iaitu kelas asas yang mengajar membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, asas matematik seperti tambah dan tolak, kiraan masa dan wang dan pada setiap Jumaat, kumpulan pelajar PRO M USM datang ke Sekolah Damai untuk memberikan pelajaran agama Islam.

Sekolah mereka dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari. Mereka tidak ada sukatan pelajaran khas. Tapi pihak Sekolah Damai ingin wujudkan silibus pembelajaran oleh itu mereka mengalu-alukan pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini untuk berkongsi pengalaman dan memberi maklumbalas agar sistem pembelajaran yang anak-anak ini lebih teratur. Target jangka panjang, depa nak pastikan agar pelajar ini dapat menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM sebagai calon persendirian. Insya Allah.

Namun, buat masa ini tenaga pengajar tidak lupa untuk menfokuskan kepada pembelajaran agama dan akhlak selain pendidikan asas iaitu kebolehan tulis, baca, kira dan faham Bahasa Melayu dan Inggeris. Pihak Sekolah Damai juga membuat lawatan ke rumah keluarga pelajar selain untuk mendapatkan maklumbalas depa juga nak tau kebajikan para pelajar. Yalah, takut satgi kat rumah ada masalah apa ka. Satu mesyuarat PIBG antara ibubapa dan pengurusan sekolah juga akan diadakan pada 28 Disember 2014 ini. Kak Ina kata, satu dia puji dengan sikap ibu bapa pelajar ini, depa memberikan kerjasama yang sangat baik kepada pihak sekolah. Depa tau, sekolah ini atas ehsan kemanusiaan. Depa ikut sahaja apa yang terbaik.

Sekolah tamat jam 1 tengahari. Sebelum semua balik, kami memberikan cupcakes seorang satu. Ya Allah bukan main eksaited depa semua dapat cupcakes yang comels berperisa cokelat. Masa tu, aku rasa sangat KECIK DI DUNIA YANG FANA INI. Hari hari kita komplen dengan kehidupan kita, tidak tahu bersyukur. Depa ni dapat cupcake sebijik pun rasa macam dapat jongkong emas.


Sopi yang tengah, Jamaluddin yang kanan sekali. Yang pak gemok comei ni tak ingat pulak nama dia.


Semua pun berjalan berpimpin tangan untuk menuju ke stesyen bas. Pelajar-pelajar ini semuanya datang dari rumah keluarga mereka yang terdapat di sekitar Pulau Pinang. Ada yang duduk di Jelutong, Bayan Baru, Bukit Gedong dan Bayan Lepas. Depa naik Bus Rapid setiap hari untuk datang ke sekolah. Duit bas adalah atas belanja pelajar sendiri. Ada juga yang tinggal berdekatan Taman Tun Sardon. Depa ni mai la jalan kaki sahaja.

Sopi dan Jamaluddin tidak terus bergegas balik. Depa macam syiok melayan aku dan Nenek. Depa tolong kami kemas barang makanan.

”Nenek sorrylah sudah cuci tapi sabun takdak...takdak bersih,” jelas Sopi kepada mak aku. Kami tak suruh pun depa cuci. Tapi depa sendiri yang cuci. Depa pun tolong kami angkat pinggan and tray masuk dalam kereta. Depa tau, orang dah memberi, depa tau nak layan balik dengan elok. Tahniah pihak pengurusan Sekolah Damai, ampa didik depa jadi manusia.

Ish baguihlah depa ni. Aku macam nak hantar depa balik tapi masalahnya aku kan pakai POLO SPORT (EHKK HEMMMM....) soo seat belakang and bonet dah penuh barang. Depa takdak tempat nak duduk.

”Okay bye bye Jamaluddin, minggu depan-depan kita jumpa lagi. Cikgu bawak kawan Cikgu. Kita belajar tarian Hindustan,” Pada Januari 2015 nanti, Jamaluddin dan 5 orang rakan pelajar Sekolah Damai akan menyertai pertandingan tarian anjuran UNHCR untuk wakil sekolah-sekolah pelarian di Malaysia. Pertandingan ini melibatkan 120 buah sekolah.


Kak Ina kata kat aku masa bincang tentang pertandingan tarian, “Kami bukan nak menang pun Jumie....tapi kami nak bagi exposure kepada pelajar ni and at least biar orang nampak, kami buat aktiviti macam-macam untuk pelajar,”

“Cikgu....tak mau la itu lagu Boley Chudiya....saya mau itu lagu Chamiya Chamiya....” celah Sopi. Dia pun duk menari step patah pinggang ala-ala Salman Khan depan aku. Memang dari tadi, dia tak puas hati bila aku kata aku cadang nak menari lagu Boley Chudiya.

“Hang nak pi KL dak? Kalau mau...kena ikut cakap cikgu,” hahah aku saja buat garang. Depa ni memang macam nakal sikit. Budak-budak biasalah.

Dari dalam kereta, aku nampak Sopi dan Jamaluddin berjalan bersaing. Depa galas beg sekolah dan beg plastik berisi makanan kami yang ada belen tadi. Balik rumah satgi, si Sopi akan tolong mengemas surau dirumahnya. Nanti ada la sikit upah dari kariah masjid. Duit upah tu untuk bantu keluarganya. Jamaluddin pulak, bila balik rumah nanti dia akan tolong bapak dia yang bekerja di kedai menjual nasi di Bukit Gedong.

Sama macam anak-anak Rohingya yang lain dalam Sekolah Damai. Ada juga yang bekerja menjual sirih.

Aku teringat kata-kata Kak Ina tadi, “Jumie...harap sangat lepas orang baca blog Jumie...orang ramai bagi derma kat kami. Sebab terus terang Kak Ina cakap. Lani duit dana belanja sekolah ni tinggal untuk cover sampai Februari 2015 sahaja. Kalau lepas ni kami takdak dana dah. Kami terpaksa katop sekolah ni Jumie. Dan budak-budak ni nanti takdakla aktiviti depa kat rumah kenalah tolong bapak depa bekerja. Jaga surau, kerja kedai, jual sirih....tapi Kak Ina paling tak mau....depa buat balik aktiviti lama depa sebelum mai sekolah dulu....MINTAK SEDEKAH,”

Aku tutup cerita aku hari ini. Dibawah, aku share beberapa maklumat lagi tentang Sekolah Damai. Aku menggesa orang ramai untuk membuat sumbangan kepada pihak Sekolah Damai. Kalau nak bagi sumbangan selain kewangan, ampa boleh contact pihak pengurusan sekolah. No problem. Depa ni kira macam kecik tapak tangan, talam masjid depa tadahkan.

Salam terima kasih buat keluarga dan sahabat handai ku yang bersama memberikan sumbangan kewangan, tenaga dan juga masa untuk kita menjayakan lawatan mesra ini :

Encik Nizal Ashrif, Barak’ Best atas sumbangan jamuan tengahari
Puan Noreena Rosdi, sumbangan manisan
Kak Julie
Kak Ita
Abang Budie
Surianie
Mak Edeh and Pak Manap
Kak Ara a.k.a Kak Nab
Lenny Zaini
Ezal
Kak Shuk
Faridza
Suhaila and Yana
Faiz and Naim
Dewi Karina and friends

Trivia Sekolah Damai

  • Sekolah ini merupakan sekolah pertama yang diwujudkan di bahagian Pulau dalam membantu anak-anak pelarian. Terdapat 3 buah sekolah seumpama ini di bahagian Seberang, Penang.

  • Sekolah Damai dalam proses mendapatkan status sekolah NGO berdaftar. Masih dalam perbincangan dengan pihak peguam dan mungkin mengambil sedikit masa.

  • Terdapat NGO yang datang untuk memberikan perkhidmatan seperti klinik bergerak percuma pada setiap Ahad minggu pertama untuk keluarga pelajar sekolah ini.

  • Mengalu-alukan pihak media, orang persendirian, persatuan, kelab, NGO untuk datang ke Sekolah Damai untuk melihat sendiri pengurusan sekolah, mengadakan sebarang aktiviti yang membawa faedah kepada para pelajar disamping membangkitkan kesedaran masyarakat umum supaya lebih peka akan permasalahan dialami masyarakat pelarian supaya turut sama membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka.

  • Sekolah Damai telah dapat kelulusan bagi pemberian fidyah dari Pusat Urus Zakat Selangor.



Jumlah Murid dan Agihan Kelas

Jumlah keseluruhan murid adalah seramai 60 orang

Linkungan usia murid: 5 tahun sehingga 16 tahun

Kelas Tahap Satu: 20 orang.

Kelas Tahap Dua : 25 orang.

Kelas Tahap Tiga : 15 orang


Perbelanjaan Bulanan

Sewa premis (sekolah) RM1,850.00 sebulan

Gaji tenaga pengajar RM3,000.00 (untuk tiga orang guru)

Bil air dan elektrik RM300.00

Perbelanjaan lain (alatan dan perkakas persekolahan) RM300.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 5,450.00 sebulan


Sekolah Damai turut memerlukan kos-kos lain seperti perjalanan sara hidup dimana guru-guru dan wakil dari pihak sekolah perlu menghadiri latihan yang disediakan oleh pihak UNHCR bertempat di Kuala Lumpur. Selain itu, kos pengangkutan barang-barang, komunikasi, bahan-bahan mentah seperti pembaikan, buku-buku bagi aktiviti pembelajaran dan lain-lain peralatan mengajar.


Contact Info

Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah terus menghubungi wakil SEKOLAH DAMAI seperti berikut :

Puan Norazrina Md Jabrullah / Ina : 012-551 6891/ 04-6532123

Prof. Kamarulzaman Askandar : 012-423 5327

Cikgu Ratna : 017-827 3643

Alamat Sekolah

Sekolah Damai-School of Peace
No 56, Cangkat Minden Jalan 12
11700 Gelugor
Pulau Pinang

Google Maps : Sekolah Damai Minden

Gambar Sekolah Damai. Yang biru tu la POLO SPORT I. HAHA


Facebook Sekolah Damai
Sekolah Damai Minden

Maklumat Akaun

Nama Bank : Bank Islam Cawangan Butterworth
Nama pemegang akaun : NORAZRINA MD JABARULLAH
No akaun : 07016020737991


Nama Bank : CIMB
Nama pemegang akaun : NORAZRINA MD JABARULLAH
No akaun : 7604388289

Catatan : Buat masa ini Sekolah Damai terpaksa menggunakan akaun peribadi untuk urusan pengumpulan dana. Akaun menggunakan daftar NGO masih dalam proses. Resit akan dikeluarkan kepada penderma.


Jom tengok gambar-gambar









Jamaluddin yang paling depan dalam gambar ni, memakai jersey QATAR.









Perhatian dan kerjasama kalian semua untuk share link ini saya dahului dengan ucapan terima kasih.

RM1 mungkin kecik di dunia, tapi besaq di akhirat.

Be kind to one another.

#SekolahDamai

15.8.11

5 Perkahwinan Paling Mahal di Dunia

Hello u olls semua.  Hari ini akak nak cerita tentang 5 perkahwinan paling mahal sekali kat dunia ini seperti yang akak baca dalam Yahoo!.  Wells u olls.  Tak kisahlah wedding kita ni menelan belanja besar atau belanja kecil,  yang pentingnya,  hari perkahwinan itu adalah hari yang paling bermakna dalam hidup kita.  Kot mana pun akan tetap menjadi yang paling bermakna sekali.  Tak kisahlah bajet besar atau kecil.  Kan?

Okay jom kita baca antara wedding termahal di dunia ini.

Amit Bhatia and Vanisha Mittal
Tarikh Perkahwinan: June 22, 2004
Kos :  RM 235 juta
Vanisha Mittal adalah anak perempuan pemilik syarikat keluli terbesar di dunia, manakala Amit Bhatia adalah pelabur yang berpangkalan di London.  Dua dua jutawan India yang meletops gila.  Ampa tau la Indian wedding memang gila extraveganza punya.  Sampai bermalam-malam.  Depa dua ni punya wedding saja dah 6 hari 6 malam ini menggunakan 12 pesawat jet untuk menerbangkan 1000 tetamu untuk ke lokasi yang meletops di Grand Versailles di Paris dan menampilkan 45 orang chef, 10,000 bunga, kek perkahwinan yang besar dan semua tetamu wanita mendapat goodie bag yang penuh dengan pelbagai barangan mewah.  Not only that, kelab malam di seluruh bandar telah disewa supaya pasangan itu boleh berparty sakan u olls! Kau mampu. 

Ampa tau sapa mai menyanyi dan membuat persembahan masa depa kahwin?  Aishwarya Rai, Akshay Kumar, Shah Rukh Khan, Saif Ali Khan, Rani Mukherjee and pop star Kylie Minogue.  Bercakap mengenai wedding invitation cars pulak,  they olls membuat kad yang mengandungi 20 muka surat yang diletakkan dalam kotak perak.  Gila babss okay!



Kate Middleton and Prince William
Tarikh: April 29, 2011
Kos: RM102 juta

Perlukah akak cerita lebih banyak lagi pasai wedding depa dua orang ni?  Akak pun dah tulis satu page penuh pasai wedding depa saja hari tu.  And kita semua pun tau,  Monarki Kerabat Diraja British memang terkenal dengan perkahwinan depa yang meletops tip tops ala-ala fairy tale gitu.  Untuk perkahwinan Kate and Prince William depa membelanjakan RM409 000 untuk cincin Kate saja,  RM241000 untuk kek kahwin,RM211000 untuk baju kawen dia yang meletops itu,  RM2.4 juta untuk bunga bungaan (termasuk pokok-pokok meletops dalam gereja tu kot!),  RM1.8 juta untuk wedding reception, bilik hotel mewah untuk setiap tetamu yang hadir berharga RM1600 semalam dan of coz kita tak boleh lupa segala butiran keselamatan yang wajib untuk majlis yang berprestij ini.  Paling meletops sekali depa buat live telecast untuk satu dunia tengok wedding cucu depa ni.  Yang tu paling akak tabik spring okay.

Al-Muhtadee Billah and Sarah Salleh
Tarikh: September 9, 2004
Kos :  RM17.1 juta
Haaa! Ampa mesti teringat masa anak Sultan Brunei ni kahwin dengan seorang gadis bernama Sarah. 
Perkahwinan diraja yang berlangsung selama satu minggu itu lengkap dengan banyak pertunjukan bunga api,  103 limozin dan yang paling penting sebuah mahkota emas untuk pengantin perempuan.   Baju pengantin perempuan juga diperbuat daripada benang emas bertatahkan berlian betui naaaa!  Tak main svaroski ni semua.  

Liza Minnelli & David Gest
Tarikh : March 16, 2002
Kos :  RM12.6 juta
Liza Minneli ni seorang diva lama kat Hollywood dia kawen dengan David Gest ni seorang producer.  Mat saleh especially celebrities macam ni kalau depa kawen of coz perabih banyak kat arak la.  Wine saja mesti dah beratus-ratus ribu ringgo  Pastu baju semua and bunga.  Yang penting,  ampa tau sapa jadi depa punya pengapit?  It was Michael Jackson and  Elizabeth Taylor.  Dua dua tu pun dah jadi mendiang.  Tapi lagi menyedihkan ialah lepas setahun depa kawen,  depa dua bercerai sebab dua-dua depa mengadu pasai ketagihan dadah.  GILA MEMBAZIAK DUIT!

Paul McCartney & Heather Mills
Tarikh : June 11, 2002
Kos :RM12.6 juta
Bekas ahli kumpulan Beatle iaitu Sir Paul McCartney berkahwin dengan seorang model Heather Millsdi sebulah istana di Ireland.  Majlis perkahwinan privasi ini dihadiri oleh 300 tetamu yang terdiri daripada para VVIP dari UK dan US.  Yang pentingnya lepas wedding tu,  depa semua berhibur dalam satu ballroom yang meletops dan menaiki kapal mewah ya.  Tapi yang lagi bodoh ialah,  selepas beberapa tahun depa bercerai dan kos perceraian depa adalah lebih mahai daripada kos depa kahwin iaitu sebanyak RM146 juta.

Disclaimer : 

Ingin saya tegaskan, wedding Norman dan Memey tidak termasuk dalam kategori ini kerana depa dapat sponsor dan barang kasut rantai mahai depa pakai tu semua hanya TOLONG PAKAI TAYANG semata bukan depa beli sendiri. Sekian, terima kasih.

__________________________________________________________________________________


Sekian saja perkongsian cerita akak untuk hari ini.  Kalau ampa sedang merancang untuk berkahwin pada masa-masa terdekat ini atau pada masa akan datang,  mesti akan akan mencari jalan terbaik untuk memastikan kos perbelanjaan yang kecil tapi pada masa yang sama nak menjadikan wedding u olls itu sesuatu yang sangat bermakna.  Tetapkan niat yang baik,  jangan sekali-kali berniat untuk menunjuk-nunjuk.  Cariklah keberkatan dalam merancang hari perkahwinan anda.  Utamakan keluarga dan yang paling penting apa pun kos perkahwinan anda itu,  ianya pasti akan menjadi hari yang paling bermakna dalam hidup anda.  :)

Wabilahitaufikwalhidayah,  wasalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh!

10 comments:

  1. pasni bley tmbh memey and pakcik norman hakim nya wedding plak..
    haha

    ReplyDelete
  2. Tak boleh jugak u olls. Depa dua orang tu dapat sponsor. BUKAN DEPA SPEND DUIT SENDIRI.

    ReplyDelete
  3. Sepupu ampa Kim Kardashian kata dia nak buat lagi hebats dari Wlliam & Kate kekdahnya. Nanti sila review naaaa Bila ntah dia nak kawen? HAHA

    ReplyDelete
  4. Ha tula kami pun menantikan dia kawen. Tak tau bila dia kawen. Detu tingtong sikit. Tunggu je la kad dia bagi kat dkita :)

    ReplyDelete
  5. "kad yang mengandungi 20 muka surat"?? dia buat novel ker kad kawen?? melampaulah mebaziak tol! last2 cerai, choyyyy!!!!
    semoga perkahwinan kita diberkatilah ek..

    ReplyDelete
  6. Yang anak orang kaya india ni dua dua still married :)

    ReplyDelete
  7. Speechless.. Anyway Kak Jumie, i terpass by ur blog today, and u ni kelakaq lah!!! hehe keep up d good posting & keep on blogging =)sal

    ReplyDelete
  8. Amboiii kelakaq-kelakaq pulak...orang penang sebut LAWAK la...tak sebut kelakaq :)

    Welcome to my blog naa :)

    ReplyDelete
  9. kak merrr@jah yg diingati selalu..izinkan aku mengeshare maklumat ini untuk tatapan diblog aku..hehe...

    mb111@anak_liar

    ReplyDelete
  10. wah.....mewah sungguh depa ni na...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com