1.8.11

Lokasi Majlis Persandingan Jumie di Penang - Rumah Puspahome, Pulau Pinang

Assalamualaikum semua.  Hari ini akak nak cerita pasai lokasi kenduri akak.  Sejak dahulu kala lagi,  akak amat teringin membuat wedding di banglo lama maybe sebab akak ni kan ada keturunan British.  Dulu kat Penang ada satu Rumah Tetamu milik MPPP yang disewakan untuk buat event wedding ni semua.  Tapi katanya,  they olls now dah tak sewakan rumah itu untuk orang ramai lagi.

Gambar ni tahun lepas,  now gazebo ni dah meriah dengan pokok pokok yang dah tumboh melata.  Sangat Botanical Garden u olls. 
Then,  Allah masih nak jawab akak punya doa bila bekas rumah guru besar Sekolah Penang Free School now telah diconvert dan dijadikan rumah Puspahome milik penuh Puspanita,  Pulau Pinang.  Betapa seronoknya hati akak hanya Allah yang tau.  Pertama kali akak menjejakkan kaki kat Puspahome,  akak dah tau inilah tempat aku nak kawen nanti.  Masa tu akak pi sana sebab teman Kak Baby yang bertanggungjawab membuat dekorasi untuk satu majlis amal anjuran Puspanita.

Ini ruang tamu dia.  Kat sini nanti akak buat ruang untuk menikah.  Ish...dan dan rasa nervous.

Lepas we olls bertunang dan mengconfirmkan tarikh perkahwinan,  akak terus membuat temujanji dengan Datin Noraini,  Pengurus Puspahome.  We olls bertemu di lokasi itu dan terus membincangkan tentang program majlis dan keperluan yang berkenaan.  A few days later,  Datin pun emel kat akak proper quotation untuk sewa tiga hari,  khemah,  kerusi,  meja,  hiasan bilik pengantin dan sebagainya.  And akak pun membuat bayaran deposit sikit.  Nanti upon checking in,  akak akan bayar bagi habis.

Berapa Kadar Sewaan di Puspahome?
Kalau u olls nak stay sahaja,  macam hotel.  Harganya RM500 satu malam untuk sebijik banglo itu.  Bayangkan rumah pegawai-pegawai kerajaan (PEGAWAI DAERAH) punya rumah agam. Haaa...lengkap beraircond dan berperabot.  Kalau u olls nak buat event pulak,  RM2500 untuk satu hari satu event.  Kalau buat event malam,  ada extra chargers untuk bill elektrik. 

Terkejut ada kawan-kawan akak mai tanya "Amboi hang anak orang kaya.  Buat kat banglo.  Berapa belas ribu hang sewa kat sana?"

WAT? Mana ada belas-belas ribu nyah.  Kalau betui akak anak orang kaya confirm akak buat kat Kompleks Tabung Haji,  Lone Pine Hotel ataupun Setia Pearl Island.  Sana confirm sewa dewan dengan kerosi semua dah nak masuk RM15 000.00. 

Akak sewa kat sini campur tolak untuk 3 hari kami stay kat sini satu family dalam RM6000.00  Sangat berbaloi untuk keluarga besar macam kami dan dah lama gila tak berkumpul.  Terima kasih jugak kepada kakak saya iaitu Julie Samsudin sebab dia sponsor sebanyak lebih kurang 33%.  Cayalah!

Yang penting u ollls,  akak nak cerita ni.  Ada sorang beradik-beradik akak yang dengki ni mai carut kat kakak ipar akak dan kata "Ala...kami tau sewa Puspahome tu murah saja.  RM250 saja sehari,"  Keles.....................sangat feeling dengki okay.  Lantaklah noks hang nak kata apa.  Janji kenduri mak meriah.

Ini dua bilik tidor yang lengkap dengan aircond dan katil semua.  So kat sini nanti adik beradik akak dari Ipoh satu bilik and dari KL satu bilik.  Ereeeeeeeeeeeeee!




Kat mana Puspahome tu?Puspahome ni betui betui dalam compound sekolah Penang Free School.  Ampa masuk Penang Free School menggunakan pagar utama yang besar tu,  then belok kiri.  Straight saja ampa akan nampak dah banyak sign board Rumah Puspahome.  Sebenarnya rumah ini rumah zaman British Colonial dibina sekitar tahun 1926.  Pastu compound rumah dia saja duk ada dalam 20 000 kaki persegi.  Nenjia punya luaih budak-budak nanti seronok boleh lari guling-guling atas padang. 
Peta Lokasi Puspahome :  Puspahome Homestay and Event House


Siapa Boleh Sewa di Puspahome?
Sesiapa pun boleh.  Tak kira bangsa atau agama.  Yang penting u olls bayar!  Tapi sapa ahli Puspanita dapat 10% discount okay.

Ini contoh pelamin yang dibuat oleh Baby Zarina one of my wedding planner.  Pelamin akak nanti nak buat kat dalam rumah Puspahome.  Tapi design tak macam ni.  Lebih simple.  :)

Event Apa Lagi Boleh Buat kat Puspahome?
Selain wedding u olls boleh just sewa untuk stay.  Alang-alang kalau ada beradik-beradik mai jauh dari luar Penang,  nak amik hotel dah berapa ringgo u olls.  So haruslah amik Puspahome.  Very the berpatutan.  Ataupun kalau saja-saja hujung minggu nak stay ramai-ramai buat family day ka,  buat BBQ ka why not u olls? 

Pakej event RM2500 tu termasuk dengan bilik pengantin tau.  They olls akan hias bilik pengantin macam ni.  Ikutlah u olls nak colour apa,  biru,  pink,  hitam putih atau apa pun.  :)

So itulah akak nak promo pasai Puspahome.  Sapa-sapa feeling nak buat birthday party ka apa ka apa ka apa ka? Sila hubungi Datin Noraini seperti berikut  :

Datin Noraini
Pengurus Puspahome
Puspahome Homestay and Event House
135 Jalan Masjid Negeri, 

11600 George Town, Penang
Phone: 012 488 9116
Email: puspahome@yahoo.com



Gambar ehsan dari :  http://www.penang-traveltips.com/

10 comments:

  1. entry yg best n sgt membantu. tima ksh jumie ^_^

    ReplyDelete
  2. JUmiee! FMIL kami cakap dia nak buat kenduri belah laki kat sini gak. Kami tak tau lagi nak buat kat mana. Kami ckp kat bf kami kami kalau nk buat kat sini jugak dia cakap kami tiru dia. Haha.

    ReplyDelete
  3. happy ampa semua gunakan information ini sebagai panduan.

    Kami amat menyokong ampa buat kat sini. Sebab tempat ni adalah best.

    Dan kami harap lepas ni ada banyak lagi bunglo cantek-cantek kat Penang ni yang diubahsuai dan diusahakan untuk sewaan majlis macam ni :)

    ReplyDelete
  4. katering sume under diorg jgk ke katering kne carik sendiri?

    ReplyDelete
  5. seronok buat wedding kat sini. tempat pun luas. we are the first couple yg buat wedding kat sini. mmg puas hati.

    ReplyDelete
  6. pelamin amik skali pakej dekat pantas catering..

    ReplyDelete
  7. Tu diahhhh!!
    Wedding of the Year lagu nih!
    Letop hang Jumie,
    Stage untuk i nak menyanyi mana??
    Haaahah!

    ReplyDelete
  8. aku pun ada plan cam hang gak sewa bangalow.. tp aku baru berangan la. nak kawen tu lambat g. ahahahaha. cantik tmpt ni. mak suka. eh

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...