18.8.11

Macam Mana Kita Nak Percaya Pasangan Kita yang Tak Habis-Habis duk Cakap Pasai Ex Dia?


Salam Kak Jumie,

Saya seorang pembaca yg sentiasa setia membaca blog kak. Saya ada satu soalan yg buatkan saya terfikir dan tak pernah dapat jawapan.  Bagaimanakah kita nak mempercayai balik pasangan kita?  Kenapa pasangan kita perlu cakap tentang EX semua?
p/s : maaf ganggu ngan soalan soalan macam nih saya tau kak sibuk ngan perkahwinan kak tapi saya ingin sangat jawapan dari seorang permpuan.

Thanks yaaa~!
KC

Hello KC,

Fuiyoo. Rasanya ini first time akak dapat soalan daripada JANTAN. Siriesly, selama ni ramai yang tanya soalan ialah pondan dan pompuan saja. So sebab ang jantan, maka mak akan jawab secara steady punya cakap Penang. No bahasa Nyah Nyah. Kelesss!

Okay, meh sini aku nak cita kat ang pasai pengalaman aku dengan Khafi. Ang pun tau kan dulu aku frust cinta teruk gila. Bila aku kena dumb teruk dengan En. Duda siriesly aku susah nak terima kenyataan. Aku sampai pi jumpa bomoh apa semua, dalam ati aku duk kata Kak Tina mandrem En. Duda sampai tinggalkan aku. And bila aku kapel dengan En. Khafi takdak perasaan cinta dan sayang. Aku just nak escape dari dunia aku yang aku rasa sangat menyedihkan.

Saja boh gambar ni.  Make up by Jumie Samsudin dan busana by The House of Red Gincu.

Beberapa bulan pertama kami berkapel adalah sangat sukar. Everything En. Khafi buat aku akan compare dengan En. Duda, in a good way la. Contohnya, En. Khafi baik dan selalu layan aku macam puteri. So aku akan mention,  "Abang ni baiklah tak macam -----. Dia tak pernah buat Ya macam ni".

Walaupun aku mention nama ex dalam cara positive tapi tetap MENTION jugak. Kalau sapa sapa laki pun kalau GF dia tak habis habis duk sebut dia punya ex mesti akan panas hati.

Kami bincang pasal hal ini. En Khafi mengaku kat aku dia kata dia pun tired dengar aku duk compare-compare. Aku mintak maaf kat En. Khafi dan aku mintak dia bagi aku peluang dan masa untuk berubah. Alhamdulillah, lama kelamaan memang aku sendiri hilang tabiat tu. And alhamdulillah, sejak kami kapel ni kami takdak masalah besak yang melibatkan jeles ataupun rasa buruk sangka antara kami dorang. Kami kalau nak gadoh pun pasai duit dan masalah nak kawen ni (MACAM MACAM WOOOOOOOOOOOOOOOO!)

So pada pendapat aku apa yang penting ialah komunikasi. Dalam perhubungan ni kena ada komunikasi yang baik.  Tak mau ada tipu-tipu-tipu ni semua.  Selalu kena ada mesyuarat ataupun macam post mortem.  Haaaaaaaaaaa......jangan kat depan duk senyum duk kata takpa.  Belakang duk kutuk marka sendiri kat orang lain.

Belajar untuk saling menerima kelemahan dan kelebihan diri masing-masing dan pada masa yang sama, kita BERUSAHA untuk berubah dan menjadi insan yang lebih baik bukan untuk pasangan kita sahaja tapi yang penting untuk diri kita sendiri.

Bab percaya atau tidak, itu semua terletak kat ati dan akal. Kalau ati kata percaya, akal kata tak percaya, tangan kata percaya, pungkok kata tak percaya, mulut kata percaya. HAAAAAAAAAAAAAAA! Mana satu? Itu sendiri kena tau. Sapa-sapa pun tak boleh nak tolong habak kat ampa. Ampa actually dah tau jawapannya - CUMA DUK INDENIAL!!

SAMPAI BILA NAK HIDUP DI SEBALIK SHEDOW EX BOIFREN AMPA WEHS! CAM TAKDAK LIFE!

So berbalik kepada soalan asal u olls itu,  terpulang kepada u olls.  Bagi dia masa dan kepercayaan untuk adapt dengan dunia baru dia dengan u olls.  Kalau pelbagai usaha masih menemui jalan buntu,  so perlu kah u olls usaha lagi?

Sekian saja. Aku cam suka dengan jawpaan aku ni. Maka aku akan letak dalam blog aku nanti.

Saja boh gambar ni.  Make up by Jumie Samsudin dan busana by The House of Red Gincu.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...