Haizi Khalid

Tunetalk

Glowbro Marine Collagen

UK Clark Sales

19.8.11

Panduan Memberi Hadiah kepada Kawan yang Kahwin (BESTNYA NAK TULIH ARTIKEL NI)

Assalamualaikum akak,


Dalam 25 artikel yang akak nak buat tu saya rasa akak patut letak citer pasal hadiah kawen la.."MY TOP 25 WEDDING GIFTS I WANTED THE MOST ARE..."


Selalu kita tengok orang bagi hadiah kawen cam lebih kurang sama je.  Iron,  water heater,  set gelas,  jam.


Zaman skool dulu ada la teacher yang citer,  omputih ni time dorang kasi kad jemputan dorang akan bagi sekali list hadiah pe yang dorang nak..so takkan terjadi la pengantin daapt hadiah benda yang dorang dah ada.  Betul ke camtu?


hehe..kalau betul ada org buat akak tak nak ke buat camtu???


Yang benar,
Azwani Alias

Hello u olls!

Hang seperti dapat membaca hati dan perasaan aku.  Ada sepupu kami pun ada suruh buat artikel ni.  Tapi takpa,  GREAT MIND thinks alike.  WEHSSS bestnyaaaaaaaa buat artikel mintak hadiahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :)

Betui kata Cikgu ampa tu,  mat saleh kalau kawen depa akan buat list dan depa akan pass around kat kawan-kawan rapat dan saudara mara.  Pastu bila sorang tu nak pilih and tick apa barang dia nak bagi dari list tu,  dia pass pulak list tu kat orang lain.  :)

Ada juga yang buat camni,  depa bagitau kat kawan-kawan semua,  depa dah register barang  depa nak beli kat kedai sekian-sekian.  Depa siap ada syarikat yang manage benda benda ni.  And boleh register secara online.  Benda yang pengantin nak pilih tu macam-macam daripada benda besar seperti PETI AIS sampailah ke pakej honeymoon :)  So semua kawan-kawan akan pi kedai tu and registerlah bagi duit untuk nama pengantin sekian-sekian.  Sampailah duit tu cukup.  Then pengantin boleh bok balik price dia nanti :)  Ampa boleh tengok scene ini dalam Sex and the City II. 

Actually bukan senang nak memilih dan membeli hadiah untuk kawan-kawan kita yang nak kawen ni.  Siriesly,  akak sendiri pun hanya akan bagi duit saja kat kawan-kawan akak yang nak kawen tu.  Sebab akak rasa,  dengan duit they olls boleh buat macam-macam.

Adalah penting juga bagi kita untuk mengetahui dan mengenali apakah minat dan hobi kedua pasangan pengantin itu.  Kalau kita tau senanglah.  Kalau kita tak tau?

So takpa.  Hari ini akak nak bagi list barang yang kita boleh beli untuk kawan-kawan kita sebagai hadiah kawen depa.  Dan of coz semua barang barang ini  akak teringin nak sebagai hadiah perkahwinan akak nanti.  Tapi akak nak bagitau kat sini ya sebelum akak meneruskan penulisan :

BUKAN NIAT AKAK NAK MINTAK HADIAH NI SEMUA DARI U OLLS.  INI HANYA SUKA-SUKA AND MAYBE BOLEH JADI PANDUAN KEPADA U OLLS BILA NAK BELI HADIAH KAT KAWAN-KAWAN YANG KAWEN.  SEBAGAI ORANG ISLAM,  BILA NAK KENDURI KITA KENA IKHLAS DAN TIDAK MENGHARAPKAN APA-APA BALASAN DARIPADA PARA TETAMU.


Okay,  let's start with the list. 
  1. KitchenAid Mixer - Yang ni memang idaman kalbu.  Kalau boleh nak jenama ni jugak.  Sebab duk tengok Nigela Lawson buat kek semua pakai benda ni :) Feeling kan akak ni?

  2. Frame Gambar - Lepas kahwin mesti kami nanti ada banyak gambar.  Wainot ampa bagi frame banyak-banyak.  Kami boleh gantung gambar kami penuh semua jadi muzium teruih.

  3. Cadar katil - Haaaaaaaaaaa ni penting ni.  Baguih ni sebab boleh salin seminggu satu.
  4. Set Pisau - Haaaaaaaaa ...akak kan suka masak.  Pisau yang tajam adalah sumber inspirasi untuk masak cepat dan bergaya ala Julia Child.
    Iron Chef"s 5pc Japanese Knife Set


  5. Blender -  Kalau nak beli pengisar belilah pengisar yang boleh buat juice sekali.  Kelas u olls.  Boleh menggalakkan we olls meminum lebih banyak juice lepas kawen.  Bagus untuk kesihatan.

  6. Lesung - Walaupun dah ada blender.  Jangan lupa lesung okay.  Lesung ada macam-macam.  Lesung batu kita dah biasa.  Ada satu lagi lesung kayu,  yang ini untuk buat somtam :)  Akak ada satu cerita pasai hadiah lesung ni.  Akak tak ingat sapa ceritakan.  Tapi kisahnya macamni.  Ada satu orang kaya.  Dato' Tan Sri gitu.  Masa anak dia kawen,  dia hadiahkan they olls lesung batu yang berat subhanallah.  The anak very the confuse pasai pa bapak dia yang kaya itu tidak membeli Porsye ke apa ke untuk depa,  tapi membeli lesung sahaja?  Apabila ditanya the Dato Tan Sri menjawab "Papa nak kamu berdua mengerti makna tersirat disebalik hadiah ini.  Sama seperti kamu berdua yang sudah berkahwin.  Kedua-duanya saling memerlukan.  Perlu bersama dalam segala perkara untuk selesaikan apa juga rintangan yang mendatang.  Sama macam lesung dan batunya,"  KAU TAK SENTAP DAPAT FATHER MACAM NI!
    Nenjia lesung bawah rumah Mahsuri teruih!!
     
  7. Tuala - Bila dah duduk rumah baru ni.  Tuala baru memanglah berguna.  Bila adik beradik mai pun senang boleh bagi pakai sorang satu tuala baru.  So tuala ialah hadiah yang ideal.

  8. Periuk dan Kuali - Terpulang kepada kita untuk beli periuk atau kuali.  Kuali and periuk yang berkualiti adalah mahai jugak ya puan-puan semua.  So,  kalau u olls dapat bagi hadiah kuali or periuk baguih punya sebijik,  pahala pun bertambah kat kita setiap kali kawan kita pakai periuk tu tahan lama u olls.

  9. Home Theater Set dengan Flat Screen TV - Perlukah aku nak explain over kat sini?
    Kalau sapa sapa boleh bagi hadiah ni kat akak.  Confirm akak tak pi tengok wayang dah.  Kat rumah akak ada dah bilik extra.  Tunggu sapa nak sponsor renovate jadi macam ni ja.

  10. Pakej percutian / Hotel Voucher - Haa yang ini adalah sangat bagus.  Sekarang ni kita boleh tolong belikan pelbagai pakej percutian atau hotel voucher sebagai hadiah kepada kawan kita yang nak kawen.  Sama ada terus dariapada syarikat traveling ataupun sekarang ni very the trendy kita boleh beli daripada GROUPONS atau Milkadeal di mana banyak syarikat perhotelan dan agensi pelancongan akan menawarkan pelbagai pakej dengan harga yang meletops okay untuk kita beli for ourself ataupun kepada kawan sebagai hadiah.  Meletops okay!!  So wainot?  Tak semestinya kena honeymoon kat BALI sajia,  kalau dapat hadiah free ke CAMERON HIGHLANDS pun dah besar rahmat okay.
    Kelesss u ollls. 

  11. Peti Ais - Ada satu kawan akak ni nak bagi akak peti ais.  Dia cakap macam ni "Aku memang nak bagi ang peti ais Jumie.  Nanti lepas kahwin aku nanti antar mai rumah ang.  Peti ais ni besak.  Hang pun boleh tidok dalam tu kalau duk panas-panas sangat.  Peti ais ni ada belambak kat office aku,"  kata kawan akak yang actually kerja kat RUMAH MAYAT PULAU PINANG.  Memang celaks kawan akak tu. 

  12. Washing Machines - Washing machines adalah satu benda penting dalam satu isi rumah.  Tak boleh bayang zaman dulu-dulu mak kita cuci baju guna tangan.  Mak I olls iaitu Kak Edeh siap amik upah pi cuci baju kat rumah orang okay.  Masa I olls darjah 3 first time tengok bapak beli washing machines kat mak.  And now ada macam-macam jenama dan jenis washing machines yang u olls boleh beli kat Tesco.  So i think its a meaningful gift juga :)

  13. Microwave Oven - Senang nak perangat kuah ya tuan-tuan dan puan - puan.
    Bak kata Obefiend,  kita kena tukar nama Microwave Oven kepada Preheat Oven.  Memang 90% orang Melesia guna oven untuk perangat kuah saja.

  14. Camera - Camera adalah sangat penting untuk pasangan suami isteri ya.  Sebab bila dah kawen ni ada banyak memori indah yang perlu dirakam sebagai kenangan bersama.  Tak kisahlah camera jenis apa pun,  janji camera elok yang boleh buat amik video juga.  Sekarang ni digital camera yang biasa pun dah sampai 14 megapixel.  Harga pun berpatutan.  Wainot u olls kita beli untuk kawan-kawan kita yang ver-ver pakai fon jer?
    Saja la buboh gambar DSLR kan?


  15. Luggage - Untuk pasangan yang berasal dari kampung yang berbeza jauh seperti I olls dan En.  Khafi,  adalah sangat bagus if u olls bagi luggage okay.  Boleh buat isi baju bila balik kampung.  Tak perlulah berjenama high end seperti LV,  janji yang elok dan berkualiti.  Meletops okay.
    Feeling sangat akak dan En.  Khafi balik kampung lepak tengah tengah kebun sawit and tabok (tabur) kami punya LV macam ni.  Kelesss kan? 

  16. Buku-buku Kerohanian - Kita boleh hadiahkan buku atau apa-apa peralatan yang keperluan kerohanian kita.  Contohnya untuk rakan-rakan yang seagama dengan kita,  kita boleh hadiahkan buku-buku atau DVD panduan solat.  Sangat bermakna u olls.  Hidup depa berkat,  kita pun dapat pahala.
  17. Duit Sumbangan - Adalah menjadi budaya kita orang Asia kalau ke kenduri kawen kita mesti akan bagi duit sumbangan apabila mengepi ke kenduri kawen.  Actually duit adalah sangat penting ya dalam menguruskan sesuatu majlis perkahwinan.  Banyak duit yang nak kena pakai tak kisahlah hang buat wedding besar atau kecil.  Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban pasangan pengantin dan keluarga.  
Sekian saja coretan akak untuk u olls.  Sorrylah kalau ada salah dan silap.  (EWAH FEELING SUCI PLAKS)  Sah sah nak bodek mintak adiah ni.  Anyway,  sebelum akak mengakhiri coretan ini mesej penting dari akak,  tak kisahlah apa pun u olls nak bagi yang penting ikhlas dan bertepatan dengan bajet kita.  Jangan terlalu memaksa sampai menyiksa diri kita.  Iringan doa agar sejahtera segala hal yang diuruskan pengantin dan keluarga adalah lebih bermakna.  Kalau ada apa-apa idea dari u olls.  Jangan lupa share dengan we olls kat sini.  Komen ya :)

12 comments:

  1. keless la jumie...hadiah tersenarai mmg terbaekkk...yg penting kengkawan ikhlas nk bagi tu lagi berkat ..xkisah mahai ka murah ka kan...ihihihihi

    ReplyDelete
  2. Betui babe. Kalau kita bagi hadiah tu semata-mata nak menunjuk kata kita ni kaya dan banyak duit sebab mampu beli hadiah mahal tak guna juga.

    Tapi kita yang terima tu.....amik sajaaaa kih kih kih

    ReplyDelete
  3. jumie! yg lesung batu tu betui! br2 nie kawan ada post kt fb habaq pasaipa masa dia kawen dlu xde org bg lesung batu hahahaha...

    ReplyDelete
  4. Tula actually ada macam-macam hadiah yang kita boleh bagi kat kawan-kawan yang nak kawen :)

    ReplyDelete
  5. hadiah2 yg tersenarai 2 kecuali home theater 2 mmg bgs...n bnyak dah org yg bg kat kwn2 diorg...kak dulu khwn kwn2 bg mesin basuh automatik n microwave n diorg bg brg mmg yg kita nak guna alhamdulilah...org2 skrg pun dah kreatif dlm pembelian hadiah..ada yg diorg akn tnya kita nak hdiah ape

    farah

    ReplyDelete
  6. bagos gak hg buat artikel camni...

    pasaiii... ada sekali tu membe aku... pukui 3-4 pagi sibuk call aku banyak2 kali semata2 nak tanya aku hadiah apa patut dia beli untuk orang kawen...

    menggelabah pasal satu opis dah collect duit, pastu boleh buta2 serah kat dia yg tatau apape pasal gift belikan sebab umah dia ngan jusco tu dekat.

    dalam mamai-mamai tu aku rasa aku jawap kat dia pi amik voucher kat jusco tu je... ahahaha...

    takleh blah dia ikut pastu thanks aku banyak2... senang dia takyah pikir lebih2... voucher RM200 plak tu... haha...

    ReplyDelete
  7. Wah, bestnya boleh pilih hadiah ye.

    Yang pastinya mesti la barangan keperluan utk diguna utk rumah baru =)

    ReplyDelete
  8. saya hari tu kasi hadian tabung syiling kat kwn yang berbentuk durian..aci ke x...sebelum tu tanye adik laki...dia gelak aje...

    ReplyDelete
  9. wah best2nya hadiah tuh....hantag kat kami seketul

    ReplyDelete
  10. hehe.. hadiah free xder ke sis?? fz-team malaysia..

    fzteam.sport@gmail.com

    ReplyDelete
  11. Hihi..sy suka bagi hadiah kahwin berbanding duit terutamanya buat kawan-kawan..

    kalo kawan yang betul2 rapat.. beli yg mahei sikit..hehee..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com