Jom Try Diameida Fabulous Mascara

16.8.11

Petua Berseri Di Hari Kahwin

Ha......hari ini akak nak share dengan ampa semua petua berseri di hari kahwin. Petua-petua ini diberikan oleh kawan-kawan dan saudara mara dan akak kumpulkan untuk kita praktikkan. Semua ini akak duk buat. Tak tau la nak berseri ka tak. HAHAHAHAH. Takpalah nyah. Janji mak cuba okay.

Petua ni akak rasa tak semestinya untuk we olls yang nak kawen ni, u olls yang tak kawen pun dan yang dah kawen pun boleh buat jugak. Marilah kita sama-sama mencubanya dan mendoakan agar usaha kita berhasil.

  1. Lagi sebulan nak kawen kalau boleh stop berjumpa dengan tunang secara kerap.  Bagi rindu sikit.  (Halaaa halaaa.....PERAMBAT EN.  KHAFI BALIK JOHOR AWAI KIT!)

    Jangan pisahkan aku dan diyaa....feelinggg....feeelinggggg

  2. Sebulan sebulan kawen, seminggu sekali minum air ni. Amik manjakani 3-4 bijik tumbuk dan amik halia kering ketuk-ketuk. Rendam dalam ayak dan minum hari-hari.  Depa kata elok untuk organ intimasi wanita.  Kelesss u ollls!  Kat mana nak beli manjakani?  Akak suruh sepupu akak beli.  Kat market /pasar ada dijual.
    Ini buah manjakani. 

  3. Stop minum ayak coke dan ayak sejuk. Kalau tidak semua petua ni tak jadi.

    Hakak dan Coke tidak dapat dipisahkan.  Tapi takpa.  Demi kecantikan.  Dah lama akak tak rasa kesedapan air ini menusuk paru-paru akak.

  4. Makan vitamin C 1000mg sebijik sehari untuk mengelakkan jerawat kecik naik tak tentu hala.

    Petua ini adik angkat akak yang bagi.  Thanks Mell.  Love u.
  5. Tiga hari before kawen, amik teluk putih dan lumur kat muka, tengkuk, belakang tengkuk dan dada sikit setiap malam before tidur. TAK PAYAH TUNGGU TIGA HARI,  LANI LANI PUN AKAK DUK BUAT DAH.


  6. Seminggu before kawen, lumur minyak zaitun kat rambut sampai basah. Dan esok pagi tu gosok rambut dan satu badan dengan limau nipis dan limau purut. Terutama kat celah-celah bedah semuanya. Dia kata petua ni bagus sekali sebab nanti masa kita first time bersama dengan suami, dia akan rasa lain sangat-sangat. Bau badan kita terutamanya. :)



  7. Kurangkan make up,  kalau boleh tak payah make up langsung.  Pakai pelembab,  sun screen and bedak saja.  Jangan over over mekap bercelak semua.  Yes,  akak memang duk buat tu.  Detoks make up katanya.

    Akak tampa mekap pun tetap feeling Kim Kardashian ya :)

  8. Pakailah set pencerah Rania Gold.  Akak pakai tu.  Memang rasa kelainannya.  Tak mampu SK II u olls.

    Siriesly ampa pakai Krim Kecantikan dia malam-malam :)

  9. Makan kelopak bunga ros,  kalau boleh bunga rose yang mamak jual tu.  Jangan makan bunga rose ala-ala Cameron Highlands tu. Kalau boleh makan tiga kuntum sehari.  Aiyoooooo...buat salad katanya.

    Inilah bunga rose kampung.  Kalau ampa pokok bunga rose ni kat rumah dan bunga dia tumbuh meriah,  why nots ampa rendam dalam air panas and buat minum macam air masak.  Sedap u olls :)

  10. Minum Inner Shine.  Depa kata memang pati Inner Shine yang kaya dengan pelbagai vitamin ni adalah sangat bagus untuk membuatkan mata bersinar-sinar ala Maya Karin dalam iklan kat TV tu.  Petua ini dicadangkan oleh kakak saya iaitu Julie Samsudin yang paling eksaited nak dapat adik menantu.


  11. Elakkan mandi malam dan kalau boleh seminggu sebelum berkahwin,  pergi buat rawatan mengurut secara tradisional untuk memperbetulkan segala urat-urat yang berkenaan. Yelah nak kawen u ollls.  Takmau lah badan berangin dan lenguh-lenguh sendi di malam pertama nanti.  GITUUUUUUUUU! Nanti belum apa-apa,  En.  Khafi pegang akak dah berlahak macam naga siap keluar api.  CAMNAAA?

  12. Rendam beras dengan kunyit hidup semalaman.  Esoknya,  blend beras itu hingga halus.  Buat scrub badan.  Sesuai untuk bagi kulit jadi lembut dan lebih cerah u olls.


    Pupur beras + kunyit hidup adalah sangat berkesan untuk menghilangkan birat-birat hitam dan daki okay!!  Kakak i olls bila mengandung dia suka jadi hitam-hitam kat celah bedah dia semua,  akak buat ni kat dia terus jadi putih macam Kim Kardashian.

  13. Cuba untuk muhasabah diri dan mintak maaf dengan orang-orang yang u olls pernah buat depa sakit ati.  It could be your friends or your own family.  Errmmm....yang ini kawan akak nasihatkan.  Siriesly,  pompuan ati pondan macam akak ini mempunyai tahap EGO yang sangat KINGDOM TOWER.  Bukan senang nak mintak maaf dengan orang apatah lagi kalau tak mau ngaku itu salah kita.  Apa pun,  kita cuba jugak la sikit-sikit.  Jangan PAKSA DIRI.  Sebab kalau mintak maaf sebab terpaksa dan nak tunjuk baik kat orang,  BAIK TAK PAYAH. 

  14. Jangan tinggal solat.  Ayak semayang tu banyak faedahnya.  Banyakkan membaca Al-Quran bagi mengelakkan gangguan SAITAN yang direjam. 

I think itu saja la kot nak share.  Actually ada banyak petua petua kat luar sana yang diperturunkan oleh tok nenek kita.  Nak tulis semua boleh buat buku.  Tapi yang penting,  petua ni,  ada yang sesuai dengan kita ada yang tak sesuai.  Apa pun,  daripada buat tak tau saja at least buatlah something untuk bagi elok sikit muka kita yang sedia ada elok ni.

Sekian,  i love u olls.  Sapa-sapa nak share tips jugak adalah amat dialu-alukan.

15 comments:

  1. waw! scrub badan tu saya suka! mcm nk test!ahaha

    ReplyDelete
  2. If u dont want to rendam with kunyit, its okay. Rendam beras saja dan gosok badan. Sebab kalau buh kunyit nanti kuning sikit la.....

    Sometimes i olls sental with that beras campur dengan fresh lemon. Yang ni memang best gila. Rasa fresh gila!

    ReplyDelete
  3. wah.bagus ahkak kongsi2 ngan kami2.yang safi rania tu boleh caya kak.sy pakai pun boleh rasa perubahan.=)

    ReplyDelete
  4. wow jumie.. sgt menarik la.. nak ikut la.. thanks ekkk...

    ReplyDelete
  5. tu dia, segala amalan diperturunkan naa, nak try jugak la yg lulur badan tu, kelass

    ReplyDelete
  6. part kena makan bunga ros buat salad tu macam susah je nak buat. ehehe.

    ReplyDelete
  7. oshinz : Nasib baik bunga ros, kalau bunga Rafflesia, jenoh nak pepak! ;D

    ReplyDelete
  8. kelasss...promote Safi Rania...! Tp safi rania mmg bagus...! dalam masa sebulan mmg nampak kulit cepat berubah dr kusam ke cerah bercahaya...!

    ReplyDelete
  9. bagus tips uols! mekaseh sbb kongsi :)

    ReplyDelete
  10. thanks Jumie for sharing..\petua untuk kaum lelaki tadaka kaaa?

    ReplyDelete
  11. blender beras tu skali ngan kunyit hidup ke, atau beras je kak?

    ReplyDelete
  12. innershine memang ramai kata best. nak try lah

    ReplyDelete
  13. askum bila pula mamak jual bunga ros????????

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...