23.8.11

Rambut Yang Sesuai untuk Muka Chubby

Dear Akak,


Nak mintak sikit boleh tak?  Baru-baru ni ade bace blog akak,  best.  Very the classy.  Tu yg tergerak hati nak tanya,  kalau orang muka chubby and bulat bila senyum (ade ke orang macam tu?) rambut stret ke kerinting yang sesuai?  Sbb bila google, peshen rambut suma ala2 org nk mati je. Dahi saya plak ala2 KLIA. Nak buat fringe memang macam muka mintak penampar. Lagi 1 kalau muka berminyak,  make up ape yang sesuai ek kak? And kaler ape yang sesuai untuk muka yang  tak berape nak putih cam saye nie ek? Thx kak!


Nor Katrina Anis

Hello u olls,

Amboi nama macam Katrina Aziz.  Meletops tip tops.  Thanks sebab sudi bagi soalan ni.  Katanya dah bagi sebulan tapi akak tak jawab.  Sembah ratu 48 step ya.  Akak lambat membuat tindakan.

Soalan hang ni banyak.  Tapi yang bab-bab rambut tu memang soalan yang bagus,  akak sendiri pun tak pernah mengupas soalan seperti ini dalam belog akak.  So why not u olls? 

Okay,  akak nak tegaskan kat sini ya.  U olls semua especially pompuan Melayu very the feeling bahawa muka depa bulat.  Tak cantek.  Asal badan gempal sikit,  terus kata "Muka I ni bulat,  tak cantek,"  Aiyooooooooooooo feeeling la ampa ni semua.  Padahal,  most of muka Melayu (tak kisah la Melayu Proto,  Melayu Deli,  Melayu Banjar dan Melayu Jawa) ialah berbentuk BUJUR SIREH!! Yang banyak muka bulat-bulat ni semua ialah African u olls!  Ada ke sapa kat sini feeling Fantasia Borino?

So tengok betul-betul muka u olls?  Macam-macam bentuk muka duk ada.  Bulat,  oval,  bentuk hati,  bujur sireh,  persegi,  lonjong dan macam -macam bentuk lagi.  Kat sini ada satu carta bentuk muka yang paling terperinci.  Cuba ampa pi depan cermin,  ampa cekak rambut ampa semua pi belakang dan tengok bentuk muka ampa paling similar dengan bentuk mana kat bawah ni?


Its very important untuk u olls mempunyai satu hubungan yang baik dengan HAIR STYLIST KAMU.  Jangan suka tukar-tukar hair stylist.  Bila dah jumpa kedai yang awak suka tu tak kisahlah kedai aunty-aunty ataupun kedai high end make sure u olls tau apa u olls nak dan bincang dengan hair stylist awak tu apa yang terbaik untuk u olls.  TAPI APA PUN!  U olls kena always berani dan tau apa yang u olls nak.  Sebab hairstylist ni selalunya depa nak buat business jugak.  Contohnya like rambut akak dulu dah ting tong rosak kering macam kena air karat tapi hairstylist akak tak mau potong! Dia duk suruh akak buat treatment sampai beratus ratus ringgo sekali visit.  Akhirnya akak pun menukar ke kedai lain.

Masa ini rambut sangat tak elok.
Macam mana nak tau fesyen rambut apa yang sesuai dengan u olls?
  1. Of coz bentuk muka.  Ada banyak website yang ampa boleh baca dan pilih.  Yang tu ampa sendiri boleh pi carik baca atau paling senang ampa boleh bertanya kat hari stylist ampa itu. 

  2. Apakah rambut sebenar kamu?  Adakah rambut u olls itu wavy macam akak? Kerinting macam AsmakAishah? Atau straight ketegak.  Semua itu adalah penting untuk determine apakah jenis potongan yang sesuai.   Tak semua potongan akan menjadi sebab rambut asal u olls itu tidak sesuai dengan potongan itu. 

  3. Always consider fesyen rambut yang senang diurus dan tidak perlu diblow dry setiap hari!!  Itu adalah sangat penting sekali.  Ini kalau fesyen rambut yang u olls nak kena stylekan dia susah -susah everyday raplah jugak u olls.  Kalau u olls jenis suka dan sanggup nak berdandan lama-lama,  that another story.  Kalau u olls jenis akak...haaaaaaaaaaa...sila pikir benda lain ya.

  4. Apakah pekerjaan dan cara kehidupan kamu? Kalau u olls kerja kerajaan sah-sah tak boleh warnakan rambut pelik-pelik u olls.  Usia?  Adakah u olls seorang yang aktif?  Seorang yang rajin?  Seorang yang pemalas?  Seorang yang sering tidak cukup masa?  Kalau kamu seorang pemalas dan nak cepat saja,  janganla pilih nak buat rambut kerinting.  Nanti nak kena jaga susah end up rambut berkelumumur macam serr!  Semua tu penting.  Kos shampoo,  conditioner,  and pelbagai product styling lagi adakah akan terus membebankan kamu?  Yang tu semua u olls kena consider.
Sekian saja tips ringkas daripada akak yang mampu untuk mengesharekannya :) Actually satu saja akak nak jawab untuk soalan utama u olls.

Kalau u olls muka chubby dan bulat - ELAKKAN LURUSKAN / STRAIGHTEN-KAN RAMBUT KAMU DAN MEMBUATKAN RAMBUT KAMU KELIHATAN FLAT.  Nanti nampak sangat kepala kamu kecik dan badan kamu besar!
Ni ampa mai baca artikel aku dulu aku tulis :  Fesyen Rambut Jumie Samsudin 2005-2008


2 comments:

  1. haha..
    ingat dah lupa da nak jawab..
    xpe,dimaapkan sebab nk kawen kan..
    by the way,thanks..
    dalam banyak2 gambaq tu rasenye dekat pade bujur kot..
    tapi bujur yang lebar + dahi luas..
    xpe,nanti saya buat rambut baru n pos gambaq kat akak..
    =)

    ReplyDelete
  2. Sorry sangat ampa sebab kami membalas artikel ini dengan lambat sekali. And hope jawapan ini mengena.

    :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com