26.8.11

Salam Aidilfitri Kepada Semua Pembaca Jumie Samsudin.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan salam Aidilfitri kepada semua pembaca blog saya yang tak jemu-jemu hari-hari duk mai bukak blog saya ini.  Satu hari satu artikel saya always cuba the best untuk bagi ampa terhibur.  Walaupun kandungan dan isi penulisan saya adalah tahi tapi bukan pujian yang saya harapkan.  Niat saya untuk berkongsi senyuman untuk anda dan rakan-rakan office anda dan jugak adik beradik.


Di hari raya yang indah ini saya ingin menyusun sepuluh jari kepada semua anda di luar sana kalau ada penulisan saya yang membuatkan u olls terasa benci sangat kat saya.  (ADA BANYAK!!).  Saya mintak maaf dan ampun.  Yang elok tu semua dari Allah yang tak elok ni semua dari saya.

Seperti yang kalian semua tahu,  saya akan mengahwinkan diri tidak lama lagi iaitu pada 3 September 2011.  Banyak kad telah diberikan kepada rakan-rakan dan sanak saudara.  Tapi saya tau memang ramai yang tak dapat lagi.  Sekiranya masih ada yang tidak menerima,  mohon sembah ratu 44 step zapin kepada kalian dan saya serta keluarga amat mengalu-alukan kehadiran u olls ke majlis perkahwinan saya pada Sabtu,  3 September 2011 di Puspahome,  Penang.



Siriesly nak bagitau mai kat ampa,  AKU DAH BORING DAN BOSAN GILA pasai nak kawen ni.  Macam takdak mood dah.  Sebab banyak sangat masalah dan musibah yang melanda dekat-dekat nak kawen ni.  Tapi tu semua normal la.  Kita nak bercakap lebih-lebih pun kita takdak kuasa nak buat apa.  Hanya masa yang akan ubati segala-galanya.  Sebab itu setiap hari aku berdoa agar cepatlah setel semua benda-benda ni semua.

Ada orang pernah cakap kat aku,  "Dont worry Jumie,  walau apa pun family u cakap.  U adalah the decision maker," 

Ada pulak orang yang pernah cakap kat aku, "U sabar jer la Jumie.  Nak buat macam mana?  They olls semua yang buat keputusan.  U ni puppet sajer,"  entahlah u olls. 

Aku mendoakan agar semua majlis berjalan dengan lancar,  makanan semua cukup,  semua dapat bunga telur /  doorgift dan semua orang pun happy dan suka dengan kenduri kami ini.  Baik di Penang ataupun Johor.

Sekian sahaja bebelan.  Kita jumpa semua selepas ini sebagai PUAN JUMIZAH SAMSUDIN.

Bersama-sama ini disertakan hebahan waktu semabahyang raya di Masjid Negeri Pulau Pinang  :


Y.B./Y.Bhg. Dato' Seri/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan,

SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 1432H/2011 PADA 1 SYAWAL 1432 DI MASJID NEGERI PULAU PINANG

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian Y.B./Y.Bhg. Dato' Seri/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan mengenai perkara di atas.

2.          Sukacita dimaklumkan bahawa, T.Y.T. Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Y.A.Bhg Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff akan menunaikan Solat Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal 1432 di Masjid Negeri Pulau Pinang.

3.          Untuk makluman, T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Y.A.Bhg. Toh Puan Dato' Seri Utama dijangka tiba di Masjid Negeri pada jam 8.50 pagi, manakala Solat Aidilfitri akan bermula jam 9.00 pagi.  T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Y.A.Bhg. Toh Puan Dato' Seri Utama lazimnya akan bersalaman dan beramah mesra dengan para jemaah selepas dari Solat Aidilfitri.

4.          Sehubungan dengan itu, jabatan ini berbesar hati menjemput Y.B./Y.Bhg. Dato' Seri/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan untuk hadir menunaikan Solat Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Y.A.Bhg. Toh Puan Dato' Seri Utama pada masa dan tempat seperti yang tersebut di atas.

5.          Di atas perhatian dan kehadiran Y.B./Y.Bhg. Dato' Seri/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan ke majlis ini didahului ribuan terima kasih.

Sekian, wassalam.

'CEKAP, AKAUNTABILITI, TELUS"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,
 
[HAJI SAZALI BIN HAJI HUSSEIN]
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Pulau Pinang


11 comments:

  1. jumie, just sharing, hari2 terakhir ni hang masuk telinga kiri keluaq telinga kanan ja.. jangan dok amik hati makan dalam, buang masa... and time nni lah hang nak let go, especially bila ada org kata dia nak handle itu ini, hang biaq aja... sebab nanti senang untuk hang jugak... okay, take care!!! :) hg mesti cantek nantiiiii!!! :_

    ReplyDelete
  2. Thank you Diyana. :) I love u.

    HANG BANYAK BAGI NASIHAT BAGUIH BAGUIH KAT KAMI!

    ReplyDelete
  3. selamat mengawen jumie.. pasni tido dah ade "kawan" kat sebelah:)

    ReplyDelete
  4. Napa komen sy sblm ni xkuaq. Dh taip pjg2.. huhu
    Xpla taip skali lg khas utk jumie..
    Sabaq byk2 na jumie. Nk dkt2 kawin mmg byk dugaan sbb setan ni xsuka ank adam d satukan. Tu depa suka kacau. Kami dulu pun mcm2 dugaan sampai hari nak nikah pun ada dugaan. Dgn mak andam kami mai lmbt, dah tu lupa bawa brg, tok kadi bising sbb lambat.. adooii.. pastu kami xberpeluang nk pkai dress kawin yg kami nk sgt sbb family suruh amik baju ikut taste dan tema yg depa mau. Sedih tau hampa.. Tp lps kawin, kami laki bini p juga amik baju tu khas utk photoshoot. nk bg puas hati jg. Skrg dah dkt 2 tahun kami kawin & semdang tunggu baby sulung kami keluaq.

    Walaupun jumie xkenai kami sbb kami silent reader yg sgt setia dgn belog jumie, kami doakan segalanya d permudahkan utk jumie dan khafi dan bahagia sampai pintu syurga. Amin.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.

    Kak Jumie... I LOVE YOU!!!
    Terima kasih banyak2 sebab share banyak sangat tips dan segala2 nyalah yang ada dalam blog kak jumie. hehe seriously saya suka blog akak. =)

    untuk menceritakan kisah jatuh cinta kali pertama pada penulisan kak jumie ni mase klik link kat HOT LInda rahim kl. huhuu...

    hahaha
    Akak cerita panjang lebor impian perkahwinan akak. hahah

    NANTI KAHWIN, ADA NASI MINYAK LAUK UNTA MENYEMBAH TAK??? =P

    haha...
    seriusly time tu, apa dlm minda saya... OMG... SHE'S INTERESTING!!

    since then... I FOLLOW U!

    i lap u kak jumie...
    Semoga berbahagia tau.haha
    nanti pas kawin, rajin2 lah kongsi kebahagian sebagai istri dlm blog akak yang HAWT nih...

    muah3. Saya selalu doakan akan berbahagia bersame en.khafi. Insya- Allah. Bahagia dunia akhirat. Sebab ape tau.....

    Sebab Akak dah bahagiakan dan menceriakan hari2 saya. =P.

    (maaflah ayat macam poyo. nak cakap ayat2 ganaz macam akak, tak reti lah. tp serius. sy byk banyak dr blog akak.)

    BEST
    BEST
    BEST
    BEST
    BEST
    BEST SANGAT!!

    thanx kak jumie.huhu

    ReplyDelete
  6. selamat hari raye gak kak jue, walo da kawin, jgn lupe hupdate tau. jgn wat alasan xleh update pasal bz masak tuk en. khafi ^^

    ReplyDelete
  7. Cik cinta.....hang nak mai kenduri akak kat Johor ke?? Emel kat akak. Akak bagitau details kenduri di Tangkak. Hope u can come.

    ReplyDelete
  8. Secret, thank u nah. Orang2 cam u la membuatkan akak rasa semangat nak menulis selalu. Don't worry nyah, akak akan terus menulis. Penulisan akak taklah sebagus mana. But yang penting akak tulis dari hati ya. Love u :)

    ReplyDelete
  9. Ain, thank u nah.....hehehehe. Amboiiiii u ollls. Saja nak bagi I blashing kan!

    ReplyDelete
  10. Last but but least, anonymous who ever your are! Thank u nyahhhhhh! :)

    ReplyDelete
  11. Kpd kakak ku yg cumel ni...
    selamat hari raya naaa....!

    sorry xdpt join buka posa ari ni...
    n for sure aku akan mai wat hingaq kt kenduri hg nnti...dont worry...

    I'll be there time hg menitiskan ayaq mata afte akad nikah..so sweet!

    cant wait for that moment...akhirnya..ak dpt abg ipaq!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...