Haizi Khalid

Tunetalk

Glowbro Marine Collagen

UK Clark Sales

8.8.11

Tema Wedding Kami - Bermula Dengan Niat Yang Baik

Hari ini saya nak bercakap tentang tema wedding saya.  Macam nak menunjuk pulak aku rasa.  Tapi ala....satgi tak cerita ampa kata aku kekwat pulaks.  Oleh itu ampa baca saja la nah.  Penulisan pendek dan padat dan berpoint form ala-ala Che Det.

Tema Wedding Penang
  1. Orang semua duk tanya tema wedding apa?  Saya kata KALER BIRU TUA.  Gitu.

    Inilah dress inpirasi u olls.  Zac Posen buat untuk Miranda masa Sex and the City.  Tapi my dress takdak la letops and seksi macam ni.  Meletops tetap meletops tapi very the simple.  Thanks Chanelle and Baby Zarina ya for making it happens.


  2. Saya pegang pesan kawan saya Diyana Tajul Arus yang kahwin last March.  "Hang letak satu niat upon your wedding.  Buang sifat nak menunjuk.  Bila hang ada niat yang baik Insya Allah everything will fall in places".  

  3. Niat dan hajat saya untuk kenduri di Penang ialah "Meriah dan Meletops" dengan harapan hari kenduri saya menjadi hari pertemuan rakan-rakan dan saudara mara yang lama tak berjumpa.  Ambik gambar dan pose meletops-meletops,  sambil makan dan berkaraoke.  Itulah yang paling penting.

    Gambar ni diambil tahun 2008.  Sebab tu KECIK lagi.  Memang akak adalah penyanyi TETAP untuk kenduri kawen sepupu -sepupu dan anak-anak menakan akak. 
  4. Karaoke adalah acara penting ya! Nanti akak akan buat artikel tentang lagu-lagu pilihan yang nak nyanyi masa kenduri nanti.  GETUUUU!


  5. So haruslah tidak ada banyak baju untuk salin-salin.  Satu baju untuk nikah,  satu baju untuk malam berinai dan satu baju untuk majlis bersanding.  Semua itu akan diterangkan dalam artikel lain. 

    Acara pakai inai adalah paling penting sekali.  Aktiviti memakai inai adalah pada hari raya ketiga iaitu Sabtu,  1 September 2011.  Hopefully kali ini Aziah tidak menangis dan merajuk.
  6. Dekorasi semua serba putih dan off-white serta sentuhan warna-warna alam macam cokelat dan hijau.  Simple.  Dan paling penting pesan akak kepada Cakcing dan Kak Baby - I dont want too many flowers. 

Tema Wedding Johor
  1. Kesahnya masa mula-mula dulu Mak Juma pun nak buat tema biru.  Sesungguhnya akak dan makmen mempunyai chemistry yang kuat.  So lepas akak cakap,  akak dah pilih warna biru,  dia pun macam terus pasrah "Takpalah...korang pilih la kaler apa untuk kenduri Johor.  Mak ikut saja."

  2. Tak sampai ati okay nak buat pilihan.  Akak pun SMS-SMS dengan kakak En.  Khafi.  Dia pun bagi macam-macam idea seperti salmon pink dan sebagainya.

  3. Tapi bila we olls balik Johor,  bukak-bukak ja majalah Pengantin terus Mak Juma tunjuk satu baju pengantin ni warna purple muda dan dia kata "Kita buat tema purple muda macam ni la?"

    Kelesss mak mentua I :)
  4. Komen abah mentua saya "Awak ni asyik purple purple purple"  HAHAHAHAHAHAHAHA

  5. Tema di kampung adalah of coz mengikut kemeriahan di kampung.  Akak teringin nak buat kenduri betui-betui macam zaman dulu-dulu.  Pakai kain songket dengan selendang kat tepi semua.  Kelesssssss! 

  6. Masak kenduri of coz bukan catering-catering ya!!  Everything is the rewang u olls.  Haruslah akak kena amik cuti lebih lepas kenduri sebab nak membasuh periuk.

  7. Pelamin dan dekorasi semua in purple muda dan sidikit pink.  Hanya baju kami dorang akan songket bunga tabut purple gelap.
Itu saja coretan akak tentang tema wedding kami.  Takdak apa-apa yang VOGEDEVAS sangat.  Yang penting ada baju kawen,  ada pelamin,  makan semua cukup,  tempat duduk dan makan semua cukup dan semua orang dapat bawak balik bunga telur atau doorgift.  Doakanlah niat kami ini diberkati dan dirahmati Allah.   Semuga semua ampa yang berkesempatan mai makan kenduri kami nanti akan bercakap semua yang baik-baik sahaja lepas kenduri nanti. 

Amin.

    9 comments:

    1. heyy JUmie..
      sila jangan cedok idea i utk majlis kat Johor yer..
      hahaha..
      apa2 pun yang penting keberkatan dan doa semua d hari bahagia

      ReplyDelete
    2. Tak baiklah Pojie ni tiba tiba kata kat kami :) hehehe

      ReplyDelete
    3. Jumie,
      Akak doakan wedding Jumie karang berjalan dengan lancar...Aminnn
      (Hang dapat orang tempat akak..Hahaha
      akak nak cari org utara pulak la...Hahaha..)

      ReplyDelete
    4. wedding tu janji simple, happy, joyful, meletop, meriah .. etc .. biar ikut definisi dalam kamus jumie & khafi cukup. urm .. raja & permaisuri yang diraikan nanti akan karaoke jugak tak? tak besh la kalo yang diraikan tak sama-sama nyanyi .. apa kata nyanyi lagu .... MY ENDLESS LOVEEEEEEE ... fhuh ... feeling ... sigh .. how i wish i can be there so sama-sama GEGARkan wedding jumie tu.

      ReplyDelete
    5. Ampa semua suka bagi kami meriah meriah ting tong. Thanks tau. Siriesly, ADALAH SANGAT NEBES bila orang kata "jumie punya wedding of the year"

      Padahal takdak apa yang hebat kecuali pengantin itu yang vouge!

      HAHAHA

      Kak PJ...tiada makna kami nak nyanyi lagu itu sebab akak tak mai :(

      ReplyDelete
    6. hoho..ada kawen kat johor ek. katne? nak pegi..nak pegi..jempotla kite kak jue

      ReplyDelete
    7. CIK CINTA! ampa mesej la kat akak jumiess@gmail.com

      akak bagi card jemputan :)

      ReplyDelete
    8. Moga2 majlis u olls berjalan dgn lancar ! Amin..

      ReplyDelete
    9. semoga berjalan dgn jayanya.... saya dah kawin. sblm kawin nak je buat besar2an kalau mampu tp bila dah kawin barunsedar bahawa buat simple2 lagi best...

      ReplyDelete

    Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com