28.9.11

Busana Majlis Pernikahan Jumie dan Khafi by THO Red Gincu


Wanita agam seperti akak tidak boleh berangan besar dalam memilih busana-busana yang sesuai untuk tuboh badan akak yang sasa.  Tambahan pulak pasangan akak pun bukan calang-calang besarnya.  Oleh itu,  akak membuat dizisyen untuk memakai baju kurung modern di hari pernikahan akak.  Warnanya sudah tentu off white sebab akak tak berani nak pakai putih Kolget.  U olls jangan anggap semua putih adalah sama ya.  Walaupun putih,  tapi putih pun ada macam-macam putih.

Sedia tergantung menunggu bunda ratu untuk menyarungkannya.


Selepas memberikan contoh gambar baju kurung modern yang akak minat,  akak,  Cakcing serta keluarga telahpun pergi ke Jakel untuk membuat pilihan kain.  Pilih punya pilih,  akak tetap memilih chiffon polos untuk akak.  Selepas mengambil ukuran yang sewajarnya,  Cakcing pun menghantar baju ini untuk dijahit oleh tailornya.  Apabila dah siap,  we olls semua amat berpuas hati dengan the whole look.  Yang penting akak selesa dengan baju ini.  Akak dah pesan kat Cakcing,  jangan letak manik labuci banyak - banyak.  Tak sesuai!

Baju ini akceli sangat simple.  Tapi sebab akak pakai terus nampak macam VAAASS!!


Selain itu,  akak jugak telah membuat rikues kat Surianie Samsudin a.k.a Cakcing.  Akak kata "Walaupun kita bernikah dalam rumah.  Tapi aku tak mau pakai selendang feeling-feeling nampak remos.  Aku nak pakai tudung betui-betui dengan mahkota besak.  MACAM DATOK SITI NURHALIZA!"  Kerlas kan permintaan akak?  So memang Cakcing provaid betui - betui macam akak impikan.

Akak dan mahkota kemenangan akak masa menjadi Miss Venezuela 2003 tidak lama dulu. 


Cakcing sedang memberikan tacap terakhir kepada akak. 
Sesi memakai segala maknena gelang daripada ibu akak iaitu Kak Edeh.  Selagi ada apa saja gelang tangan and cincin lebih dia nak sarung kat akak. 

Sementara bunga tangan yang akak pegang ialah sisipan bunga-bunga orkid,  mawar dan bunga-bunga warna cream segar yang ditaja oleh Mentari Timor Florist. 
Mentari Timor Florist & Wedding Creation (PG0278496-M) is operating a florist business and creation of hantaran for engagement, nikah & wedding. We also do flower arrangement for any occassions such as Mother's day, Father's day, convocations, birthday, congratulations, get well soon and etc.Accepting orders for bridal fresh flowers hand bouquet. Also involes in drawing hanna for bridal as well as decorating 'pelamin' for engagement, nikah & wedding ceremony....Accepting orders for Penang area. We also provide flower delivery service..FOC for Butterworth area...reasonable prices and within your budget....For orders please call Hos at 019-4090918.  Read here  :  Mentari Timor Florist on DPP

Untuk En.  Khafi pulak,  memandangkan beliau ialah jejaka kelahiran Johor Darul Takzim.  So we olls sediakan sepasang baju Melayu berkancing di depan ala-ala Raihan gitu.  Diperbuat daripada kain duchess agar tampak gagah dan mewah.  Akak suka sangat bila laki akak pakai sampin kot bawah baju Melayu memang feeling Johor punya.

Akak dan suami di atas pelamin nikah kami. 

Untuk membuat tempahan / sewaan baju nikah seperti ini,  sila hubungi :  http://thehouseofredgincu.blogspot.com/

4 comments:

  1. jumie berseri2...baju pun memang cantik...ihihihii

    ReplyDelete
  2. mak hayamm tetapppp dengan mahkota besaq2 taknak kalah! hahah!

    ReplyDelete
  3. makyam!! baru kami nampak betapa tinggi nya laki ampa..ayoooo...tapi ampa dua nampak gojes dgn baju off white itu

    ReplyDelete
  4. baju sangat comellll :) jumie pun cantik!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...