30.9.11

Busana Pengantin untuk Majlis Bertandang by The House of Red Gincu

Assalamualaikum u olls semua.  Nikah sudah,  berinai pun sudah.  Bersanding dan berjumpa para tetamu tersayang pun sudah.  Kini masanya I olls berkongsi tentang kenduri sambut tetamu (bertandang) yang diadakan dua minggu selepas majlis pernikahan kami di Penang.  Majlis kenduri sambut tetamu ini diadakan dengan penuh meriahnya di kampung halaman En.  Khafi iaitu di Serom 5,  Tangkak Johor.

Sebagai menghormati ibu mertua akak yang meletops itu,   kami bersetuju dengan pilihan warna yang Kak Juma buat iaitu purple u olls.  Setelah berfeeling modern gitu gini di Penang,  akak plan nak pakai persalinan songket warna purple untuk majlis disini.


Busana pengantin akak untuk majlis bertandang ini disediakan oleh The House of Red Gincu.  Akak tetap pilih Cakcing untuk menyediakan busana ini kerana bagi akak senanglah akak nak buat fitting dan tengok-tengok baju ini apabila siap kelak. 


Untuk membuat tempahan / sewaan baju nikah seperti ini,  sila hubungi :  http://thehouseofredgincu.blogspot.com/
Bunga tangan yang disediakan oleh The House of Red Gincu.

Make up akak by Razzi Musa. 

Akak menghadapi beberapa masalah untuk make up di Johor. Pertama sekali akak telah mengalami rengsangan mata setelah memakai contact lense. So selepas make up siap separuh jalan, air mata akak telah merusakkan segala-galanya. Masa yang suntuh menyebabkan akak buat last minute fix. Selain itu, cuaca di sana adalah sangat panas dan berkuap. So akak jadi berpeluh macam gila dan make up akak jadi bercapuk teruk. Tapi apa pun akak suka hasil smokey eyes by Razzi Musa ini. You have done your best. Yang penting, make up atau tidak....akak tetap CHANTEK!


Ekcelikan u olls. Akak telah menambah berat badan selepas dua minggu bernikah. KAU MAMPU!!! U olls boleh nampak baju ini menjadi sendat sedikit. Tapi walaupun begitu, akak tetap feeling ratu dan berketwok penuh gaya.




Untuk membuat tempahan / sewaan baju nikah seperti ini,  sila hubungi :  http://thehouseofredgincu.blogspot.com/

3 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM.

    Kak Jumie!!!
    KENA BASOH PERIOK TAK? hahaha

    +lawa gile pelamin

    ReplyDelete
  2. sampai ke johor pon masih bole sewa baju dari penang ke kak jue? menarik tertarik.

    ReplyDelete
  3. Wasalam, secret!! Haruslah akak basuh. Nanti akak akan cita minggu depan. Behind the scene u olls.

    Chinta, we olls dua org duduk penang. Susah amik baju kat johor. Hang tak baca habis ka lojiknya why akak amik baju kat Penang?

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...