28.9.11

Dekorasi Pelamin 'Tahajjud Cinta' untuk Majlis Pernikahan Jumie dan Khafi by THO Red Gincu

Hello u olls semua. Hari ini dah 26 hari akak telah menjadi isteri orang u olls. Kerlas sangat perasaannya. Hari ini akak tidak mahu bercerita tentang hidup berumah tangga. Hari ini akak nak tunaikan janji akak untuk menceritakan semua details-details rasmi tentang majlis pernikahan akak yang penuh feeling bangsawan ini bersama suami akak yang sangat kendu iaitu Kamarulhafiz Omar. Akak cuba akan memberikan segala informasi mengenai wedding akak ini agar u olls semua boleh lah feeling untuk diri u olls sendiri pula.

Tema dan Dekorasi Majlis Nikah

Seperti biasa u olls.  Kalau ampa tanya akak,  tema apa?  Akak akan kata "Simple-simple u olls,"  Pastu mesti u olls akan kata "Propalah mak ayam nak buat simple!"

Ya rabbi....siriesly memang akak very the simple u olls.  Akak cakap kat Cakcing,  akak nak semua serba off white.  Ada bunga-bunga sikit.  The rest terpulang pada Cakcing.

Cakcing ialah nama timangan yang akak berikan kepada adik akak iaitu lebih dikenali di Penang ini sebagai Surianie Samsudin.  Ya.....Surianie Samsudin yang owner The House of Red Gincu itu ialah adik akak.  And yess!  Akak akui akak lebih cantek dari dia. 


Beruntungnya akak kan?  So mesti u olls rasa dah mentang ada adik yang own sebuah bridal house mesti akak nak mintak over over dengan dia kan?

Akceli akak ni mempunyai hati yang mulia seperti Sendralela okay.  Akak mintak something simple for my hari nikah kami.

Tapi dalam duk kata simple,  sekali nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaa Cakcing buat pelamin nikah style meletops punya u olls.  Kalau ampa tengok dalam gambar nampak macam biasa saja bunga-bunga tapi ekceli kalau ampa berada di dalam Puspahome pada ketika hari pernikahan itu ampa rasa macam anak Tan Sri Nasa yang menikah u olls.

Merletops tak pelamin nikah akak by THO Red Gincu?



Pelamin ini very the letops sebab ianya ekceli colour off white pastu main dengan lighting warna kuning-kuning siap ada LED ligthing semua.  Hope nanti boleh ditunjuk kepada u olls semua dalam video kahwin :)


Untuk membuat tempahan pelamin nikah macam ini,  sila hubungi :  http://thehouseofredgincu.blogspot.com/

3 comments:

  1. Santekkkkkkk la pelamin nikah uols! Kelesssssssssssss!

    ReplyDelete
  2. woww....meletopssss pelamin nikah jumie. service THO Red Gincu kat penang ja ka?

    ReplyDelete
  3. ku terpikat sudah dengan sentuhan Cakcing..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...