28.9.11

Gubahan Hantaran by Dinie Elias Bridal, Penang


Gubahan Hantaran

Selalunya para pengantin akan menghabiskan beribu-ribu malah berbelas ribu pun ada untuk segala kelengkapan hantaran.  Macam akak dan En.  Khafi very the berjimat u olls.  Memang pun hakikat kita tak mampu.  Buat apa akak nak propa.

Tapi alhamdulillah,  rezeki nak kawen tu tetap ada.  Ramai kawan-kawan we olls membantu we olls dalam membeli barang-barang hantaran especially hadiah untuk akak.  So gantilah they olls tak payah nak beli hadiah wedding dah.

So terpulang kepada u olls semua nanti kalau u olls nak kawen.  Ada yang beli barang sendiri,  si lelaki beli barang dia,  si perempuan beli barang perempuan,  pastu agih-agihkan untuk dijadikan hantaran.

Tapi ikut adat resam dulu memang si lelaki beli untuk perempuan,  yang perempuan beli untuk lelaki.  Ikut adat sangat mati la u olls semua ya.  At the end of the day,  tok kadi tanya "Mas kahwin berapa?"

Untuk segala persiapan gubahan hantaran,  we olls telah melantik Nur Dinie dari Dinies_Dinielias Bridals,  Jelutong Penang.  Fompuan ni pun bukan orang jauh dengan akak.  We olls adalah sahabat sejak zaman anak dara sunti lagi.  Memang beruntung jadi Jumie Samsudin bila u olls nak kawen :)




Sekiranya u olls berminat nak menempah gubahan hantaran daripada Dini Elias,  please bukak page Facebook beliau  :  http://www.facebook.com/Dinies_Dinielias

Hantaran Pihak Lelaki kepada Pihak Perempuan


We olls telah mengrikues untuk mendapatkan gubahan hantaran serba kilauan dulang tembaga klasik dan ros merah yang montel-montel untuk gubahan pihak lelaki kepada pihak perempuan.  



Please click on the picture for larger view.
Hantaran kain telekong untuk pengantin perempuan. Akceli hadiah dari kakak saya Julie Samsudin. Dia selalu pesan "Ampa dorang jangan tinggai solat!"

 
Saya tak mau hembek besak. Saya nak clutch saja. Oleh itu kawan baik saya telah memberikan kami hadiah ini kepada saya. Kerlas tak u olls?
Kasut tinggi ini adalah hadiah meletops daripada Kak Sha Patel pemilik patung-patung eksotik yang pernah I olls ceritakan dalam blog I olls tempoh hari. Dalam gambar nampak kasut ini very the simple u olls, tapi hakikat ianya berupa kasut setinggi 5 inchi! Kau mampu!! Thanks Kak Sha :)

Perfume dari pihak lelaki iaitu perfume Lanvin bertajuk Marry Me. Thanks Asmaa and Kimi sebab tolong belikan.
Jam meletops daripada kawan baik saya. Depa kata "Jumie ang kira meletops sebab Anjelina Jolie pun beli jam sama jenama dengan ni tau!" :) Kerlasss u olls.

Sireh junjung bertatahkan mawar merah yang montels dan segak seperti akak.

Hantaran Pihak Perempuan kepada Pihak Lelaki

Manakala,  sebagai balasan akak nak Dinie hias hantaran serba suci dan fresh untuk pihak lelaki.  That's why Dinie guna warna-warna seperti light purple and light hijau untuk gubahan hantaran akak kepada En.  Khafi.   

Please click on the picture for larger view.
Terjemahan Al Quran ini adalah hadiah dua orang sahabat kami Ikin and John kepada kami dorang. Depa lani tak lama lagi nak dapat baby. Dan depa tak sabak nak tunggu kami dapat anak jugak. #OKAYTHANKSBYE!

En. Khafi dia over. Dia nak dua perfume. So beli dua kat dia.
Buah-buahan segar.
Ini manisan yang I olls beli for En. Khafi. Actually we olls tak mau guna kek. Common sangat orang buat kek atau muffins ni. Manisan ini actually bernama palkoa. Diperbuat daripada susu. Ampa boleh beli kat kedai makanan India.
Kasut untuk En. Khafi. Yang ni kami dorang beli sendiri. Most of barang for pengantin lelaki, I ols dan En Khafi beli sendiri. Barangan perempuan saja ramai disponsor. Alhamdulillah. :)
Untuk hantaran pihak perempuan kepada pihak lelaki, i olls spefikli bagitau kat Nur Dini Elias agar beliau menggubah hantaran menggunakan warna-warna fresh dan lembut. Tanda kesucian diri i olls seorang wanita yang bakal berkahwin dengan beliau #MATILAH
Baju and tie untuk En. Khafi. Yang ni dia pilih and beli sendiri. :)
Sirih junjung dari pihak perempuan kepada pihak lelaki. Warna-warna suci u olls.

Terima kasih yang tidak terhingga untuk Miss Dinie Elias yang telah bertungkus lumus untuk menyiapkan semua dulang-dulang hantaran ini.  Thank you sebab memudahkan urusan kami dua keluarga tak perlu bersusah payah.  Siap semua on time and seperti yang aku impikan.  Love u Dinie :)


5 comments:

  1. kelasss jumie... hantaran hg lg cantik dari hantaran retiss yg kawen juta2 tu.. heheh

    ReplyDelete
  2. kak Jumie..clutch tu cantik laa. mengidam ;)

    ReplyDelete
  3. letopsss hantaran hakak. suka kaler hantaran suci tanda kesucian (ha ha) akak kpd pihak lelaki. very the soft kale nya. paling suka sirih junjung ittew!

    ReplyDelete
  4. Mak pon nak komen jugak... Hantaran uollss lagi meletop dari hantaran kawen memey okeh.... Clust uollss!!

    ReplyDelete
  5. salam perkenalan,

    suka tgk hantaran dr khafi msh menggunakan pahar tembaga. zmn skrg ssh nk tgk pengantin guna pahar tembaga, mungkin ssh nk dpt agaknya. both hantaran simple tetapi sgt cantik. hantaran jumie plg best sbb ramai yg sponsor. bertuah badan =)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...