8.9.11

Keyakinan Diri Datang Dari Hati Yang Ikhlas


Hi jumie..

1st sekali congrats bakal melangsungkan perkahwinan.


Saya memerlukan pandangan & khidmat nasihat dari Jumie.  Saya mengikuti Belog Jumie.  Saya kagum dengan spirit dan semangat yang Jumie ada.  Boleh share bagaimana caranya menjadi insan yg positif & yakin pada diri sndiri.  Sebabnya : (maaf kalau soalan sy xberkaitan dgn isu kahwin)

  1. Saya seorg yg sgt rendah diri. Sy selalu xyakin pd diri sndri.. (walaupun sy mpy kelulusan yg tinggi) sy seorg yg tdk menonjol.. sy selalu bergantung pd org.. sy tidak berani, malu utk melakukan apa2 seorg diri.
  2. Hidup sy hnya di rumah dgn family. Sy hanya bersosial dgn family dan sy masih blm bekerja. Sudah byk temuduga sy pergi dan semuanya gagal. Sy tau, kegagalan itu berpunca dari diri sendiri yg sentiasa merasakan diri ini tak mampu melakukannya.
  3. Sy tdk ada teman lelaki, umur sy sudah 27 thn. Semuanya berpunca dari mslh yg sama. Kdg2 sy menangis.. apa akan jd dgn masa dpn sy.
Tlg sy jumie...... sy teringin jd spt kamu yg sentiasa happy, high confident, ramai kwn, bakal berkahwin.. u r so lucky..

Ps:klu blh hidden kan email add sy ye.tq

Yang benar,
Rita
Ehsan  :  weheartit.com

Dear Rita,


Terima kasih sebab email ni kat saya.  Saya emel balik kat awak.  Tapi awak tak balas pun.  Tak tau la sama ada emel tu wujud atau tidak.  Tapi hope awak baca artikel ini dalam blog saya. 

Jangalah mengkagumi saya,  siriesly saya cakap saya taklah sebagus mana.  Saya ada banyak kelemahan.  Tambahan pula sebagai maknusia biasa saya tak selalunya doplohpatjam HAPPY and HIGH SPIRIT.  Ada kalanya saya pun bersedih dan takdak mood sebab jeles dengan kejayaan orang lain.

Tapi saya akan cuba menjawab soalan-soalan Rita sebaiknya  :

  1. Sikap manusia dibahagi dalam 3 group yang besar.  Satu jenis extraverts.  Satu lagi introverts.  Satu lagi ambiverts.  Ampa baca penerangan kat bawah ni.
    Extraverts (also spelled extroverts[1]) tend to be gregarious, assertive, and interested in seeking out excitement. Introverts, in contrast, tend to be more reserved, less outgoing, and less sociable. They are not necessarily loners but they tend to have fewer numbers of friends. Introversion does not describe social discomfort but rather social preference: an introvert may not be shy but may merely prefer fewer social activities. Ambiversion is a balance of extrovert and introvert characteristics. Most people (about 68% of the population) are considered to be ambiverts, while extraverts and introverts represent the extremes on the scale, with about 16% representation for each.[2]
    Kami rasa ampa ni adalah seorang yang introvert.  Ampa 360 darjah terbalik dari orang-orang yang extrovert macam kami.  Orang extrovert macam kami ni memang over the tops.  Always nak happy,  nak rebut peluang,  nak volunteer,  nak memimpin dan semua kalau boleh kami nak start dulu! 

    Terbaliknya introvert,  dia adalah pendiam,  always pikir dulu before bertindak,  kurang berkawan (bukan sebab pemalu) tapi memilih kawan-kawan tertentu sahaja.  Kami rasa ampa introvert. 

    Ambivert pula ialah orang-orang yang balance kedua-dua perkara ini.  So dia okay la.

    Ampa jangan bersedih sebab ampa adalah introvert.  BUKAN bermakna ampa cacat.  Sebenarnya di sebalik ciri-ciri seorang introvert itu ada tersembunyi banyak kebaikannya.  Sebagai contoh,  orang introvert ni dia pendiam dan dia akan pikir panjang sebelum buat sesuatu keputusan.  Ini adalah kelebihan dan sangat bagus.  Depa akan sentiasa berhati-hati dengan apa jua tindakan yang depa buat.  Disebabkan depa tak banyak bercakap,  introvert adalah seorang pendengar yang setia.  Beruntung sapa jadi kawan / pasangan yang introvert ni!



    Elizabeth Alexandra Mary
    Ada banyak orang-orang terkenal dan ternama di dunia ini yang mempunyai sikap introvert.  Antaranya Queen Elizabeth II,  Mother Theresa. 

  2. Tentang pergaulan tu,  mai sini kami nak share beberapa tips untuk ampa.  Tak semestinya ampa pemalu ampa tak boleh buat kawan baru?  Betui tak?  Lagipun kan dalam agama kita diajar agar hidup bersosial dan bekerjasama dalam semua benda.

    Kelebihan kita hidup di zaman sekarang ni kita ada banyak cara untuk bersosial tak semestinya kena keluar keluar saja.  Mainlah Facebook,  ampa mesti akan dapat ramai kawan.  Facebook adalah cara terbaik untuk orang orang pemalu untuk memulakan pergaulan dengan cara berkongsi pendapat dan maklumat.  Betui tak?  Rajin-rajinlah berkomen-komen u olls.  Sila add kami kat FB dan rajin la berkomen kat wall kami.  Nanti ramai kawna-kawan kami len duk komen,  ampa pun boleh berkenal dengan kawan baru. 

    Pastu kalau ada jemputan dari kawan-kawan yang kawen,  birthday anak kawan,  kenduri jiran ka apa -apa la yang ada ramai-ramai orang ni.  Kalau boleh jangan mai saja.  Mai awai,  pastu tolong depa buat kerja.  SIRIES !!! Bila kita menolong orang buat kerja otomatik kita akan bercakap!! Dan dari situ kita akan mula rasa rapat dengan orang disekeliling kita.  Takpayahlah nak kena tolong teruk-teruk,  tolong basuh periuk apa semua bagai!  Tolong angkat-angkat antaran pun why not u ols? 



    Dan siriesly saya bagitau,  kenduri kendara ni la tempat paling senang untuk bertemu jodoh uollls!!  Macam saya dan En.  Khafi :)

    Berkenaan dengan temuduga tu,  pada pendapat saya.  Bukan soal awak ni tak cukup pandai ke apa sampai gagal dalam temuduga.  Rezeki belum ada lagi.  Sementara awak tak dak kerja lagi ni.  Mulakan inisiatif untuk try apply kerja yang lebih rendah dari status awak.  Maybe kerja jadi pembantu kedai sebab kerja -kerja macam ni walaupun tak banyak gaji tapi PENGALAMAN TU!!! Saya dulu memulakan kerjaya sebagai pembantu kedai pengantin sebelum sambung belajar diploma.  Meletops u olls! 
  3. Siriesly!  Perempuan akan cepat rasa down bila dah mai umur 24 dan ke atas dan kita takdak BOIFREN.  Dia akan rasa macam LOSER sangat!  Sapa yang betul -betul kuat imannya tak kisah pun.  Actually soal jodoh maut rezeki semua ni di tangan tuhan.  Kita tak tau nak buat macam mana.  Tapi sebagai maknusia kita kena sentiasa berusaha.  Kalau kita ni duk malu saja macam mana kita nak carik marka?  Istilah perigi carik timba ni bukan lagi sindiran dalam masyarakat kita,  actually RAMAI DAH WANITA yang kena bersaing dan cepat bertindak sebab kaum lelaki yang 'boleh pakai' dah makin berkurangan kat dunia yang fana ini. 

    Tak semestinya u olls kena cantek,  lawa,  bergaya,  pandai bergaul saja baru boleh cepat dapat jodoh ya!! Be yourself.  Tak perlu nak ubah-ubah imej bagai semata-mata untuk mencari pasangan hidup.  Usaha dan tawakal.  Kalau u olls malu,  boleh minta tolong sahabat dan kaum keluarga terdekat.  Pastu selalulah berdoa.  Ada yang pernah mengajar akak untuk amalkan surah-surah Yussuf.  Tapi tak tau ayat mana.  U olls sila siasat sendiri. 


Sekian saja perjawapan yang saya sudi lampirkan di sini.  Kelesss tak jawapan I?  Feeling wanita dah sekarang.  No more carut-carut ya.  Kepada Rita,  saya ucapkan selamat maju jaya.  Pernah saya menyebut dalam blog saya ini (tapi duk carik balik artikel tu tak jumpa),  KITA NI HIDUP JANGAN SELALU NAK BANDINGKAN DIRI DENGAN ORANG LAIN.  KITA AKAN MATI.  TAPI KITA BANDINGKAN DIRI KITA SEMALAM DENGAN HARI INI.  ADAKAH MAKIN BAGUS ATAU MAKIN KEJI?

Love u,
Jumie Samsudin



4 comments:

  1. aku stujukkkkk suma jwpan jumi 1000000%

    (aku dulu tuntut ilmu dari jumi laaaa smp skrg ni pangai segan nyegan sume ilang..kan jumi kan??wakakakak)

    neway..samat mantin baruuuu..hehehe

    ReplyDelete
  2. saya pun sokong jawapan jumie...
    jodoh maut semua tu di tangan Tuhan... saya ni dah 29 tapi belum ada boifren... tapi tidaklah terasa loser sangat... (adakah saya ni beriman...sangat???) haha :)
    yang penting, kikis sikap rendah diri yang keterlaluan tu secara perlahan2... dan try berkawan dengan orang positif (contohnya jumie ni) then, lama2 sedikit sebanyak, kita akan jadi positif juga, insyaAllah.
    buka minda, melalui internet pun boleh cari kerja, contohnya try jual clothes secara online... itu pun kalau minat berniagalah.. lama2 kalau kita sentiasa berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang ramai, even melalui online, insyaAllah nanti lama2 kita akan berani untuk berhadapan dengan orang ramai secara bukan online...
    yang penting, percayalah dengan kebolehan diri kita sendiri... :)

    ReplyDelete
  3. Nadia : Terima kasih na. Tulah dulu semua orang kata hang sombong. Tapi sebenarnya hang tak sombong pun.

    Cacah : Aiyoo u ollls...kalau boleh bertahan dengan pendirian dan pendapat sendiri tu maknanya kuat iman u olls ni. Terima kasih na.... :)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...