29.9.11

Make up and busana Majlis Persandingan Jumie Samsudin daripada Kerawang Klasik Bridal

Okay u olls semua.  Hari ini akak akan mencerita pula tentang butiran mengenai hari persandingan akak and En.  Khafi di Pulau Pinang.  Seperti yang u olls tau,  untuk wedding di Penang akak dan En.  Khafi nak tampil modern.  Kami telah memilih warna biru royal sebagai tema di hari persandingan ini.  Warna biru royal adalah warna yang jarang-jarang digunakan dalam musim kawen sejak 2 3 tahun ini,  warna biru jugak warna kegemaran akak dan yang paling penting warna ini amat sesuai untuk tuboh badan we olls pengantin agam di samping ianya sesuai dengan warna kulit kami dorang.

And for those yang dah tengok semua pictures akak letak di Facebook,  mesti u olls dah tau rupa bentuk baju wedding akak ni kan?  So hari ini akak nak cerita dengan lebih details kepada u olls tentang baju wedding akak ini.

Design dan Bentuk

Design baju ini actually telah digarapkan oleh anak ayam akak yang kini menuntut di Fakulti Seni Reka Fesyen UiTM, Shah Alam iaitu Chanel Harun.  Kami berbincang mengenai tema,  warna,  materials dan butiran lain di bawah pengawasan mak ayam kami iaitu Zarina Abdul Rahman selaku orang yang akan mengsponsor busana perkahwinan akak ini.

Permintaan akak kepada Chanel dan Kak Baby adalah seperti berikut  :
  1. Nak nampak kurus.
  2. Tak mau banyak-banyak manik and labuci semua.
  3. Saya boleh lompat-lompat masa pakai baju itu.
Selepas perbincangan dibuat,  maka Chanel pun mengeluarkan beberapa reka bentuk design baju.  And ini adalah gambar skeching yang Chanel berikan kepada akak.


Akak jatuh cinta dengan sketching yang diberikan ini so kami semua bersetuju dengan design ini.  Tetapi disebabkan Chanel tidak confident untuk menyempurkan jahitan baju akak ini,  maka we olls terpaksa hantar kepada tailor lain. 

Untuk baju En.  Khafi pulak,  kami memilih untuk membuat suit warna hitam dengan shirt warna biru sedondon dengan dress akak.  Actually Kak Baby cadangkan En.  Khafi pakai suit and kemeja ini dengan bow,  tetapi akak tau laki akak ni suka berpeluh tahap kronik dan dia akan kelihatan macam 'kena paksa kawen' so akak kata kat Kak Baby biarlah dia pakai shirt itu saja dengan butang terbuka agar dia nampak sempoi and bersahaja.  Lagipun wedding kami kan siang.

Dan alhamdulillah,  selepas membuat fitting semua bagai we olls sangat happy dengan baju ini. 

Akak sedang posing dalam baju yang baju siap masa ni.  No finishing lagi.  Manik apa pun takdak lagi.  Kat dalam gambar ini ialah Chanel Harun (yang tengah duduk) and Kak Baby Zarina (yang duk pose manja kat belakang tu)


Ini gambar we olls berdua masa first time fitting baju ini.  Masa ni bulan Jun 2011.

So apa pendapat u olls semua tentang baju akak ini?  CANTEK KAN?  Head gear disediakan oleh Chanel Harun.  Ada glove untuk baju ini,  tapi tau tak akak boleh terlupa nak pakai sebab kalut dah.  But its okay,  nanti masa we olls nak buat photoshoot getisan akak akan pakai semua.

This is our final look pada hari persandingan.


Ada yang cakap kat akak,  "Jumie,  i nampak baju u macam nak pi anugerah.  Memang tak nampak macam baju kawen-kawen,"  YESZAAAAAAAAAAA!  Det's ekzekli wat i wan u ollls!

Ini gambar posing verr-verr dalam bilik pengantin. Macam boss boss MLM saja.
 
U olls berminat nak menyewa busana ini?  Untuk keterangan lanjut, Sila buat temujanji anda dengan Zarina Abd Rahman, Perancang Perkahwinan untuk Kerawang Klasik Bridal dengan menghubungi saya di : zarinavega@yahoo.com, no tel : 012-5542658 / 017-4830445. http://kerawangklasik.blogspot.com/


 
Make Up
Okay,  now akak nak cerita pasai make up for hari persandingan pulak.  Disebabkan akak sudah feeling drag meraban pada hari pernikahan,  so akak feeling nak make up yang matte dan simple untuk majlis perkahwinan akak.  Yelah u olls,  dah pasti-pasti akan panas gila dan akak pula akan menjadi very the tumpuan peluk cium segala maknusia yang datang.  Tapi satu saja permintaan akak dengan Kak Baby selaku make up artist terhormat untuk majlis persandingan akak ini iaitu "Jumie nak smokey eyes macam Kim Kardashian,"  Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dan inilah hasilnya.

Akak memang sangat suka dengan make up ini sebab Kak Baby menggunakan semua product yang sesuai untuk wajah berpeluh and berminyak macam I olls.  Sampai petang pun muka masih elokkkkkkkk sekali.



Bunga tangan yang meletops ini adalah daripada Kerawang Klasik Bridal jugak.  Akak memilih untuk memakai bunga tangan fresh warna-warna ceria dengan susunan classic yang membujur ke bawah.  Dah lama pengantin tak pakai bunga bentuk macam ni kan?



Pengapit akak yang meletops dan berwibawa iaitu Haleesa Mustapha sedang gigih membantu akak.
Sekian dulu,  nanti akak akan cerita lebih panjang pasai dekorasi untuk hari persandingan akak. 

7 comments:

  1. memang cantik yer i loike, memang cam pergi anugerah, kalau pakai dengan glove sure lagi mabeles!

    ReplyDelete
  2. i do love this dress akak..sy percaya, u will be the trend-setter after this.. bride nowadays dh byk option.. traditional to modern.. lagipun tema wedding skrg pun dh mcm2.. so the idea of wedding dress also must follow the trend..

    ReplyDelete
  3. cantek dress tu,,,suke tgk kak jumie pkai..kaler biru tu menawan ngat...

    ReplyDelete
  4. pic yg ampa bediri tegak sambil dongak mcm nyanyi lagu negaraku and encik khafi duduk tu kan, 2 word ja kami nak cakap : "AMPA SLIM!!!"

    ReplyDelete
  5. pelamin, baju n mekap sumenyer cantek...beautiful...

    ReplyDelete
  6. meletops ah baju akak ni... serius cantik giler!!!!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...