7.9.11

Ulasan Fesyen untuk MET Gala 2011

U olls semua.  Ketika saya menulis artikel ini,  ada lagi 8 hari saya nak menikahkan diri.  Perasaan ketika ini ialah biasa saja.  Tak nervous apa-apa langsung sebab semuanya dah pun ready tunggu harinya saja.  Cewah confident bercakap ya.  Tak taula when u guys will get to read this artikel as u olls tau,  semua article ini ditulis dan di AUTO - PUBLISH ke masa kelak.

Hari ini u olls akan membaca ulasan fesyen mengenai retis-retis dan selebs Hollywood yang menghadiri MET Ball. (Ball di sini bukan bola ya...tapi majlis makan malam.  Aku paling hang dengan  bola baru tau!)  Apa itu Met Ball.  MET ialah shortform kepada Metropolitan Museum of Art di New York City.  Depa ada satu institut khas bertajuk Institut Kostum (Bahasa Melayu panggil apa untuk costume?) atau dalam bahasa Orang Putih its The Costume Institute.  So tiap -tiap tahun,  depa akan buat fashion show khas kat dalam musuem ini dan sebagai mengutip dana apa bagai,  depa akan buat majlis makan malam ini.  Harga untuk tempah satu meja depa juai boleh mencapai lebih kurang RM1 juta okay (USD 250 000).


Dalam semua dress akak paling suka dress ini.  Inilah the ultimate favorite dress sekali yang akak pilih.  Sebab dia nampak macam sangat eksotik,  misteri,  seksi,  berani and gaun avant- garde ini dibuat oleh my favorite designer Zac Posen. 
So masa ini la semua fashion designer yang meletops-letops akan sponsor gown and dress meletops punya untuk retis-retis yang nak mai dinner ni! Memang gila okay.

Yang duk pegang tangan pompuan ni,  detu la Zac Posen.  Kalau lah badan aku elok floless aku nak pakai baju cam ni.


So let baca ulasan baju-baju depa pakai masa MET Ball ini.  Review ini adalah untuk event depa untak tahun ini yang berlangsung pada bulan May yang lalu. Ada 104 GAMBAK semuanya!

Sila tekan bawah  :)


White


Ciara In Probal Gurung
Mak ayam Ciara pakai baju meletops ni.  Suka sangat details kat bawah skirt dia melerek macam rambut ubur-ubur. 


Hilary Rhoda In Alexander McQueen
Sempena dengan tema menghargai mendiang Alexander McQueen,  depa memakai dress ni semua McQueen buat.  I love her skirt pendek dia potong macam tu ja.  Nampak sofistikated tapi still rock u olls.




Emma Roberts In Michael Kors
Michael Kors buat kot.  Haruslah meletops.  Simple!
Lauren Santo Domingo in Givenchy.
Meriah and comels.  Skirt tingkat-tingkat dia ni very the Rizman Ruzaimi.  I like it.  

Margherita Missoni In Missoni.
Meletops sangat dress ni.  Bulu-bulu tapi tak nampak over.  Colour dia pun meletops.  Soft u olls.



Elettra Wiedemann
Baju ni meletops.  Dia kata baju ni actually baju lama tok dia,  Ingrid Bergman, tapi di-alter sikit oleh Prabal Gurung for the Met Gala.  Meletops suka sangat.  Lani memang trend tau,  skirt pendek kat depan,  pastu depa buat renda-renda melerek kat belakang.

Amanda Brooks in Giambattista Vall.
Ampa suka ka baju ni?  Akak tak suka.  Tak seksi pastu macam kulit lembu new zealand,  tak potong apa terus letak kat badan dia.  Macam lapik kerusi.


Florence Welch in Yves Saint Laurent.
Baju ni simple actually very simple menggunakan kain satin mewah.  Tapi yang buat baju ni meletops gila ialah bulu-bulu tu. 

Nicole Richie
Boring.  Tak tau sapa buat baju dia ni?


Miranda Kerr in Marchesa.
Comei sangat dia pakai dress ni.  Macam ballerina. 


Naomi Campbell in Alexander McQueen.
Kalau ampa tengok baju ni sure macam rasa merepek.  But wait till ampa tengok mak ayam Noami ketwok dengan kekwatnya dengan dress ni.  Renda kat bawah tu akan terbang macam meletops sangat. 




Liv Tyler in Givenchy Couture.
This is one of my favorite.  Walaupun putih and simple tapi dia play-play dengan tone kuning kat bawah.  Sangat meletops. 

Freida Pinto In Chanel Couture
I dinch like baju ni.  Sebab macam tak siap.  Tema tak sesuai dengan MET GALA.  Baju ni nampak macam baju untuk penjaga kubur wanita. 




Serena Williams In Oscar de la Renta.
I like this dress.  Tapi siriesly tak suka head gear dia pakai dengan baju ni.  Kalau dia tak pakai mesti dah nampak meletops.  Aiiiyooo u ollls!  Minggu Kate Middleton kawen dah habis la.



Chanel Iman in Dolce & Gabbana.
Ni sepupu I ni.  Katanya lepas akak bersara jadi model Victoria Secret dia la sambung kegemilangan akak.  GITUUUUUUUUUUUUUUUU!  I really love this dress.  Seksi okay renda dia nampak sangat sofistikated.

Daphne Guinness in Alexander McQueen.
Ini versi baju angsa Bjork yang versi elok punya.  :)


Madonna in Stella McCartney.
Sangat suka dress ni.  Sangat kena dengan mak ayam Madonna DIVA besar Amerika.  Dengan corak bintang-bintang kat belakang dress ni.  Bahagian atas dress ini simple dan tidak seksi membuatkan mak ayam kita nampak sangat sofistikated. 

Eva Mendes In Stella McCartney.
Satu lagi karya Stella McCartney.  Very the meletops.  Warna macam dress i for my wedding. 

Isla Fisher in Tory Burch.
Boring. 

Maggie Gyllenhaal in Stella McCartney.
Simple tapi sangat glamorous.  Sesuai dengan malam MET yang glemeres itu. 


Carolyn Murphy In Tom Ford
Baju perempuan ni nampak MORRRRRR sangat.
(*Morr tu murah la u olls).  Ingat ya,  tak semestinya baju itu mahal u olls akan nampak class ya.


Dylan Lauren in Ralph Lauren Collection.
 Baju ni simple sangat.  Nampak macam nak pi kenduri kenduri kawen orang Putih.

Jinnfer Goodwin snubbed designer labels for Topshop Unique.
Meletops sangat dress ni.  Akak rasa dia sorang yang try funky-funky untuk majlis ni.  Paling suka ialah rantai dia dia bagi sama kaler dengan eye shadow dia.  :)

Kalau sapa-sapa tak tau ni la Vera Wang.  Baju ni cantek.  Tapi akak sangat terganggu dengan kekurusan pompuan ni.  Awat duk makin kuruih ni? 

Zoë Saldana in Calvin Klein Collection.
BORING.


Jennifer Lopez in Gucci. 
MAKAN ATIIIIIIIIIIIIIIIIIII tengok mak janz ni.  Akak rasa akak dah lama tak tengok dia pakai baju kaler terang-terang.  Pompuan latino macam ni (MACAM AKAK) kalau pakai baju terang-terang memang naik and meletops. 



Christian Louboutin
Ampa pasan tak paknik ni pakai songkok hitam? Meletopsss kan?
Doutzen Kroes in Giambattista Valli.
Walaupun baju ni simple takdak finishing apa pun akan nampak meletops kalau dah colour merah lagu ni. 

Gisele Bündchen in Alexander McQueen.
SEPUPU I JUGAK NI.  Makan ati okay dia pun pakai dress colour merah.  Tapi ampa pasan tak depa ni pandai pilih colour merah yang sesuai dengan kulit depa yang tan-tan gitu.  Love!


Rosey Huntington in Burberry.
Orang elokkkkkkkkkkkkkk pakai dress satin shining macam ni terus nampak meletops.  Cuba kalau bagi pakai baju ni kat Abby Abadi.  Menangeh mak tengok. 


Bee Shaffer In Balenciaga.
Simple tapi macam nak pi kenduri kawen kat gereja saja. 

Evan Rachel Wood In Gucci.
Colour ni macam colour orang-orang tua.  Tapi cantek kat orang putih serlah macam ni. 


Hamish Bowles In Alexander McQueen.
 Makan ati tengok mak ayam ni punya dressap!


Wendi Murdoch in Alexander McQueen.
Baju ni ala-ala baju Gishele Bunchen kan?  Cantek.
Emily Browning in Marc Jacobs.
Bintang filem Sucker Punch.  Deni dressap tak pernah nak impress akak lagi.  Suka dressap macam tok-tok.  Sapa stylist hang?  Sila pecat okay!  Mintak penasihatan Emma Watson sat. 
Lara Stone in Calvin Klein Collection.
Deni pun pemalaih nak dressap teruk macam Zoe Saldana.  BORING.

Lea Michele in silk Escada.
Akak sentap awat deni dressap punya simple.  BORING.  Dia selalu nanti over kepuk-kepuk semua.


Daisy Lowe
BORING.  (kita kat Melesia buat dress macam ini sebagai inner bawah jubah saja kan?)

Kristen Stewart In Proenza Schouler.
Apa pendapat ampa dengan baju ini.  Akak rasa baju ni kalau potong tang lehak semua,  ampa boleh buat table runner untuk perhiasan rumah tema ORIENTAL.  Tapi sesuaila dengan deni kan selalu dressap macam nak rock tak rock.


Mary-Kate Olsen in Givenchy Haute Couture.
Deni dengan kembak dia dah memang dikenali sebagai suka memakai dress size JUMIE SAMSUDIN.  Style besak punya. 


Dee Hilfiger in Tommy Hilfiger and Tommy Hilfiger in Tommy Hilfiger.
Tommy Hilfiger punya dress selalunya takdak ver-ver macam ni.  Dia selalu simple and modest.  Tapi mebi sebab malam ni depa memperingati McQueen,  so dia pun buatlah baju untuk bini dia very the meriah u olls.


Stella Tennant in Chanel.
Tengok colour and design pun akak tau ni mesti Chanel. 



Jessica Alba in Ralph Lauren Collection.
Baju ini langsung tidak mengkomplimen perut beliau itu. 


Kate Hudson in Stella McCartney.
I love this dress.  Macam baju Jessica Alba tapi lebih sofistikated and seksi.  Suka sangat. 




Sandra Lee in Carmen Marc Valvo.
Deni ingat dia Jackie Kennedy ka?  Tak cantek la.  Baju ni tak compliment badan dia yang lurus panjang ini.

 Fergie in Marchesa.
Meletops Fergie dengan laki dia Josh Duhamel.  Bukan selalu kita nak tengok Fergie pakai dress labuh lagu ni.  Dia kan suka verver pakai skirt pendek semua.  Of cozlahhh,  dia kan BEP u olls.  Anyway,  baju ni memang cantek dan sarat dengan finishing renda di bahagian atas.  Ampa tengok depa dorang ni,  kalau bagi Fergie bunga tangan teruih feeling macam wedding artist-artist kat Melesia ni kan?

Jennifer Hudson in Vera Wang.
Orang dah kuruih elok lani.  Pakai apa pun meletopssssssss.  Bencilah.................(dengki)

Taylor Swift in J. Mendel.
Pompuan ni memang red carpet darlings.  Dia selalu tau apa dia nak pakai mengikut event yang dia nak attend.  Untuk majlis grand macam ni of coz dia pakai yang feeling diva punya.  Menghelit manja di dada dan paling penting skirt dengan ekok melerek kat belakang.  Suka la......

Alicia Keys in Givenchy Haute Couture.
I wish dia tak pakai jacket kulit itu.  :(
Caroline Trentini in Michael Kors.
Menangehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh tengok dress ni cantek.  Sangat taste I!


Miranda Brooks in Alexander McQueen.
Baju ni simple.  Tapi orang yang pakai ni macam tak vouge saja mak tengok.  Cuba bagi kita pakai nyah....mesti meletops. 



Jessica Stam in Tommy Hilfiger.
Comels sangat dress ni.  Simple dan comels tapi stilll grand.  Sesuai dengan pompuan ni.
Blake Lively in Chanel.
Aiiiyooo very the meletops u ollls.  Feeling-feeling saree kan?
Livia Giuggioli in Stella McCartney and Colin Firth in Tom Ford
Kalau ampa nak tau,  lani memang dah trend okay dress ada poket macam perempuan ni pakai.  Tak kisah untuk dress casual atau dress couture macam ni,  poket menjadi satu eksesori yang meletops. 
Anyway,  mak suka kasut dia.



Leelee Sobieski in Vionnet.
Lama aku tak tengok perempuan ni.  Dulu kalau dia berlakon mesti dia akan jadi perempuan ala-ala nerd.  Dan sejak dulu dia mempunyai badan yang langsing dan panjang.  Dress ini sangat mengkomplimen badan dia.  Seksi and sofistikated. 
Salma Hayek in Alexander McQueen.
Menangeh okay tengok sepupu kita dress macamni.  Ingatkan ni Marchesa ke,  Chanel ke,  sebab very the light-light tapi grand u olls.  Tapi rupa-rupanya McQueen punya.  Meletops sangat. 

Gywneth Paltrow in Stella McCartney.
Of coz la mak ayam ni akan pakai Stella McCartney punya dress jugak sebab dia mesti ikut bestfren dia Madonna.  Pompuan badan kuruih dan meletops selalu akan pilih dress yang simple dan very the seksi macam ni.  Tapi this time very the suka.  Boleh tak kita nak buat kebaya tebelah macam ni?


Elizabeth Banks in Tommy Hilfiger.
Awat muka deni macam monyok? Mesti sebab dia sentap banyak orang punya dress lagi meletops dari dia. 


Bar Refaeli
Suka sangat dress ni.  Very the bini Firauan.  Siapa yang buat dress ni tak tau?  Meletopskan dia pakai dress emas macam ni and dia match dengan subang striking macam ni.
Iman in Stella McCartney.
Makcik,  ini bukan MTV awards ya nak pakai seluar!  Feeling la....
Kristen Bell in Tory Burch.
BORING.


Naomi Watts In Stella McCartney
Another creation by Stella McCartney.  Macam pernah tengok dress ni tapi tak ingat. 
Diane Kruger in Jason Wu
Gila meletops.  Aku memang suka perempuan ni.  Inilah orang panggil sofistikated seksi. 
Dakota Fanning in Valentino
Pandai dia dressap.  Haute couture tapi tetap comels sesuai dengan usia remajanya.  Fun u olls.

Karen Elson in Alexander McQueen
Kain baju ini sangat unik.  At first akak nak kutuk dress ni.  HAHAHA.  Akak macam nak kata baju tembaga tak abih gosok dengan Otosso.  HAHAHA.  Tapi bila tau sapa buat....akak diam sat :)

Renée Zellweger in Carolina Herrera
Simple and eleganza.  Love.
  Sapa badan penuh jerawat kat belakang tak boleh pakai baju lagu ni.

Sarah Burton in Alexander McQueen
Dress ini ala-ala kaftan :)

Sarah Jessica Parker in Alexander McQueen
Kak Sarah pun tak ketinggalan memakai dress dari A.McQueen.  Kerlesss kakak.

Ashley Greene In Donna Karan
Gorjess sangat dress ni. 

Beyoncé Knowles in Emilio Pucci
U olls!  Inilah dress yang menjadi controversi.  Katanya baju ini punyalah ketat sampai Beyonce tak boleh nak naik tangga sendiri.  Lebih menyayat hati katanya semua wartawan kat situ BOOO kat Beyonce.  Celaka ampa semua.  Kalau aku tau sapa yang BOO kat sepupu aku ni,  aku cabai ampa semua!!  Tapi memang tak dinafikan baju ini ketat gila.  Camna la dia nak kencing?

Janelle Monáe In Chanel
Yang ini memang imej perempuan ni.  Tak boleh nak komen.

Diane von Fürstenberg
Pandai orang tua ni play with colour and print.  Hampa tengok tang kasut dia tu.  Gila seksii.
Stella McCartney
Kalau ampa nak tau,  inilah Stella McCartney.  And of course dia pakai baju sendiri. 

Lucy Liu In Vionnet
Baju ni tak sesuai dengan perempuan ni.  Nampak dia macam tok tok sikit.  Nampak keras.  Tak seksi.

Demi Moore In Prabal Gurung
I love this dress.  Gila berbulu sebadan.  Tapi tak suka kat head gear dia.  Tak perlula...

Lisa Airan in Alexander McQueen
Meleps. 

Amber Valletta In Stella McCartney
SUKA DRESS ni!!!!!!!!!!



Milla Jovovich In Marni
Tak cantek. 


Natalia Vodianova in Valentino
Nak ikut dress ni macam merepek.  Tapi sebab pompuan ni model badan dia memang tips top so baju ni nampak elok terletak kat badan dia. 

L'Wren Scott in her own design
SUKA dress ni.  Akak rasa kain hitam and motif terang dan besar dengan colour menyerlah seperti ini akan IN menjelang 2012!  We will see!



Aimee Mullins
I dunno sapa buat dress ni.  Erm macam unik sebab jarang orang amik kain macam ni buat dress. 
Elle Fanning in Valentino
Dress ni merepek la!
Mia Wasikowska in Thakoon
Tetap feeling Alice In The Wonderland.  Dress kembang tapi bagi nampak kaki. 


Christina Hendricks In Carolina Herrera
Ingat tak dak sapa sapa nak pakai dress agak-agak kemenyan.  Tapi ada jugak rupanya.



Franca Sozzani in Valentino
Ramai yang bara kat Orlando Bloom sebab duk buat sembang deraih dengan Aunty Franca sampai photographer susah nak amik gambar full shot baju perempuan ni.  Tapi dari belakang nampak meletops untuk perempuan kertu macam ni. 



Sofia Vergara In Carolina Herrera
Lama tak tengok kakak ni di medan red carpet.  I love this dress tapi akak rasa Kak Sofia lebih jelita kalau mengenakan warna-warna terang seperti MERAH!


Kristen Dunst in Chanel
Siriesly aku tak suka semua baju Chanel buat untuk MET 2011 ni.  Yang ini satu lagi bukti pasaipa aku tak suka.


Anna Wintour In Chanel Couture
Ni  PUN CHANEL BUAT!!


Michelle Williams in  Miu Miu
Kan akak kata?  Ampa tengok la lepas ni materials bermotifkan corak-corak besar dan bold akan menjadi ikutan.

Ashley Olsen in Vintage Christian Dior Haute Couture
Satu ja perkataan - klasik! Tapi tetap terlalu besar untuk size badan dia.  Ampa tengok tang kasut!
  Ada lebih kan?


Karolina Kurkova in Jean Paul Gaultier
Kaki deni panjang macam kuda.  Tapi siries baju ni adalah sangat smart!!!!!!!!!!!!!! I love it.

Penelope Cruz in Oscar de la Renta
Simple saja kakak kita ni.  Love.

Emma Stone in Lanvin
I love this dress.  Simple tapi printing bunga roih tu buat naik.


Amanda Harlech in Chanel
Another disaster by Chanel.


Alexa Chung in Christopher Kane
Macam tak sesuai kan?

Rihanna In Stella McCartney
Actually dress ni simple and elegen sangat.  Trademark Stella McCartney.  Tapi tang rambut tu membuatkan dia nampak macam lain gila dan sangat berani.  AKAK SUKA!

Inilah fashion review paling panjang akak buat.  Thank you to Vouge Italy and European Vouge serta Daily Mail UK for all the pictures :)

4 comments:

  1. Wah Jumie sempat nih buat post, x haneymoon ker ? huhuhuhu...

    Btw the dresses that i love are:

    1. Christina Ricci in Zac Posen.
    2. Daphne Guinness in Alexander McQueen.
    3. Very Wang
    4. Jennifer Hudson in Vera Wang.
    5. Taylor Swift in J. Mendel.
    6. Beyoncé Knowles in Emilio Pucci.
    7. Dr. Lisa Airan in Alexander McQueen. Wah doktor kulit ni pun famous skrg..
    8. Amber Valletta In Stella McCartney.
    9. Karolina Kurkova in Jean Paul Gaultier

    and yg paling suka ialah

    Anna Wintour in Chanel Couture...So stunning, btol la xtau chanel ada mcm gini..huhuhu

    Pasal Naomi Campbell tuh, awat rambut mcm gitu !


    8.

    ReplyDelete
  2. kulit lembu new zealand? lapik kerusi?

    ouccchhh..!!!

    paling suka dress yg diane kruger pakai. sexayyy

    ReplyDelete
  3. hakak jumie yang dok standby nak ke malam pertama, sila ke blog adikmu ini, ada info yang tersangat penting untuk dihayati bersama sang arjuna di malam bahagia, tudiaahhhhh *senyum simpul malu malu*

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...