9.9.11

Ulasan Video Music Awards 2011

Hello u olls.  Pada 28 Ogos yang lalu katanya berlangsunglah VMA 2011.  Kali ini akak sekali lagi tidak dapat mengepi majlis ini sebab akak masa ni 'darah maneh' yalah lagi beberapa hari nak menikah u olls.  Nak tengok show pun tak boleh u olls.  So akak feeling tengok dalam Youtube sahaja.  So hari ini akak nak share dengan u olls ulasan tentang VMA tahun ini.  Let's baca u olls. 

Persembahan - Persembahan


Lady Gaga as Jo Calderone
Katanya Lady Gaga tak mai.  Dia bawak alter ego dia iaitu seorang lelaki bernama Jo Calderone.  Meletops sangat.  For me,  apa yang Lady Gaga buat adalah sangat genius.  Sebagai seorang penghibur,  dia mengekspresikan seni dia bukan saja kat ciptaan lagu dan nyanyian dia malah fesyen dan penampilan dia.  Ampa tau tak persembahan dia dengan lagu You and I adalah sangat meletops sebab dia betui betui buat diri dia macam lelaki.  Masa diinterview oleh wartawan semua pun dia cakap stail lelaki.  Nampak macam psiko tapi bagi akak,  very jinies!

Jom baca lagi kat bawah!!




Chris Brown Terbang
Kesahnya!  Dalam twitter ramai yang suka tengok aksi Chris Brown terbang-terbang atas stage.  Okay la u olls.  Give him some space.  Lupakanlah kisah dia pukul Rihanna sampai kaki jongkang jongket.  Budak ni memang talented kot.


Mini-mini Britney
Budak-budak kecik yang tampil dengan pelbagai fesyen dan gaya Britney Spears.  Meletops!



Britney Spears Tak Patut Menang
Britney kembali dengan imej yang lebih clean dan sesuai dengan tubuh badan dia (eventhough actually akak masih tidak begitu setuju dengan dress campuk seluar pendek itu).  Katanya this time dia menang dua award.  First dia dapat Michael Jackson Vanguard sebagai menghargai dia di MTV.  Aiyooo MTV sangat mengratukan Britney Spears.  Pastu dia menang pulak Best Pop Video,  tapi akak rasa dia tak patut menang pun.  Video dia tu macam tahi.  Menari tak bersungguh pastu banyak aksi seksi sampah.  Akak rasa Kety Perry (Last Friday Night) patut menang!!



Adele,  Si Pompuan Agam Yang Makin Meletops
MELETOPS U OLLS!  First time akak dengar lagu ni dalam Hitz.FM akak terpikiak "Celaka sapa suara sedap gila membuatkan akak sentap ini!"  Carik punya carik rupa-rupanya beliau adalah 'adik beradik' kita u olls.  DIA PUN AGAM U OLLS!  Pada malam dia buat persembahan kat VMA ni,  katanya sebelum dia nyanyi,  dia mai naik atas pentas saja semua orang bagi STENDING OVASYEN KAT DIA!  Gilaaaaa meletops. 



Nicky Minaj Ganti Lady Gaga
Lady Gaga tak mai pakai baju merapu-rapu,  deni pulak take her place.  Katanya dia menang Best Hip-Hop Video untuk lagu Super Bass. 



SEPUPU AKAK MENGANGUNG!
U olls!  Akak sentap okayyyyyyyy bila tau tau dia mengandung.  Patutlah dia tak boleh fly ke Penang sebab tak boleh travel jauh-jauh u olls.  Sapa tengok persembahan dia dalam Youtube?  Akak tengok dah.  First time akak tengok akak terus menitik air mata.  Memang pompuan ini sangat LUCKY dan apa yang dia plan untuk kejayaan dan hidup dia sangat teratur.  Paling suka part last dia baling microphone,  pastu dia bukak butang jeket dia.,  pastu dia urut perut! Nak buat lah macam ni!!



Kolaberasi Yang Meletops
Dua icon rappers yang sangat meletops Kanye West dan Jay Z.  Memang meletops sangat.  Akak suka lagu ni.  Unik dan best.  Depa punya performance sangat mengingatkan akak zaman hip hop akak bersama Urban Method dan Tha VOS itu. 



RIP Amy Winehouse
Katanya Bruno Mars buat persembahan lagu Valerie khas untuk Amy Winehouse.  Takziah u olls.



Think Out of The Box
Tahniah Kak Kety.  Walaupun hang tak menang Best Pop Video,  nenjiaaaaaaa depa bagi ang menang Best Video terus mengalahkan semua orang dengan lagu "Fireworks".  Siries akak pun suka video itu.  Lagu sedap.  Video bermesej dan unik sangat.  Tetek keluar mercun! Kau mampu?




Lil Wayne Yang Menggelikan
Siriesly wehs akak geli sangat tengok jantan ni.  Dia tak macam orang.  Tatu penuh satu badan.  Tapi dengar dia nyanyi (rapping) siriesly mamat ni suara dia unik.  Cam steam pulak dengar lagu "How to Love".



PARA PEMESYEN VMA 2011

Yang Akak Suka



Meletops sepupu akak mengemai red carpet dengan feeling sari-sari gitu.  I love it.  Very the wanita. 



Mula-mula nak letak baju ni dalam kategeri tak suka.  Tapi actually baju ini sangat creative dan memang imej Kety Perry.  So im gonna say i suka :)



Yes.  Suka jugak yang ni.  Walaupun ampa nak kata merapu pun,  tapi merapu dia mengena.  Atau dalam erti kata lain,  sangat FESYEN STETMEN!!



Comels!! :) Walaupun dress ini ala-ala belerina gitu,  tapi tetap fun u olls.



Simple sangat pompuan latinos ni.  Paling suka ialah kasut dia,  ada sedikit fun iaitu warna pink.



Cool dan meriah.  Sesuai.



Simple.  I love it.  Satu saja yang menganggu pandangan akak terhadap jantan elok ini "Awat tengkok dia makin tebai?"  En.  Khafi kata masa work out dia suka teran kat tengkuk.  So tengkuk dia jadi besak lagu tu. 



Suka sangat.  Kali ini dress yang sangat woman ini mengena pada Mylie Cyrus.  Kalau ampa tengok belakang dress ini sangat the seksi.  Suka warna biru ini macam nak turqoise tapi fadding effect.  Love it. 



Demi Lavato.  Okay la.  Typical seksi.



Deni pun darah maneh jugak ni.  Berseri pengantinwati u olls.  First time Kim K mai VMA.  Meletops sangat. 



Kerlas sepupu kita..................rambu ramba u olls.  Love this dress.  Seksi and fun.  (ps/  WEHSSSSS HITAMNYA KAK KELLLY)



MENANGEH TENGOK DENI!! BENCILAHHHHHHHHHHHHHHHH!




Simple sesuai dengan perempuan agam.  :)



Tak kenai sapa mak ayam ni.  Tapi dress ni meletops.  Dan suka jugak kasut dia yang unik itu.



Dress yang unik dan fun walaupun warna hitam. 



Deni nak tiru Beyonce.  Pakai bikini semua.  Tapi dia terpele'ot masa menari teruih patah kaki.  Jessie J jadi penyanyi selingan masa show ni.  Gila suara dia sangat gempak.  Walaupun patah kaki.



Yang Akak Tak Suka
Sorry adik.  Akak tak suka baju ini.  Sebab Selena selalunya penampilan dia very the chicky,  cute dan sweet.  Warna-warna yang cerita.  Maklumlah dia kan remeja gitu.  Tapi kali ni maybe dia nak feeling-feeling 'aunty' so dia pun pakai hitam.  Siriesly cam tak sesuai.  Baju ni pun cutting dia macam tak menarik. 



Nenjia ni boifren dia.  Tak suka this whole look.  Macam selekeh.  Semua gabungan tak kena.



Deni kira macam nak kata dia Amy Winehouse campuk Lady Gaga la? 




Dress ni cantek.  Fun.  Tapi tak sesuai dengan warna kulit dia and plus kasut tu sangat 2001.



Deni macam tok tok la dressing.  Kesian.  Make up pun macam orang tua.



Gila dress ni tak elok nampak dia lagi kuruih. 



Tak mau kata apa.



Imej ini lebih manis dan sesuai dengan tubuh badan dia.  Tak terlalu seksi.  Tapi still akak tak suka sebab dress + seluak pendek ini sangat aunty-aunty u olls.  Pastu apakah jadah boots dia terkeluak ibu jari tu.  Nampak cheapo sangat.



Nenjiaaaaaaaaaaaaa...deni kalau bubuh bunga rose kat badan dia sikit teruis dia nanti nampak sama macam hantaran En.  Khafi bagi kat aku masa menikah. (Hantaran En.  Khafi bagi ialah dulang tembaga dengan bunga rose).   KAH KAH KAH.



Ada jugak yang tak sempat beli dress baru.  Stail tarik kain langsiak hotel buat dress.  #matilah



Sapa suka tengok AFC?  Ada kan rancangan Taste of New Zealand,  ampa mesti perasan host rancangan tu nama dia Peta Mathias.  Dia rambut oren pastu tiba-tiba ada uban sikit kat depan.  Suka pakai baju gila-gila warna terang-terang.  HAAAAAAAAAAAAAAAAA!  Aku tengok perempuan ni terus aku teringat kat Aunty Peta Mathias.  Tengok sini  : Peta Mathias


Tak tau pasaipa tapi aku tengok perempuan ni macam kuda.  Tinggi sungguh imajinasi Kak Merr ini.


Satu ja aku suka dengan penampilan perempuan ni - LIPSTICK JIA!

Sekian saja ulasan untuk hari ini.  Sabar ya,  minggu-minggu depan baru kita stori pasai wedding ya.  :)

Gambar Ehsan  :  MTV.com

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...