31.10.11

Kostum Parti Halloween Heidi Klum Yang Ekstravanga Malatops

U olls semua.  Hari ini 31 Oktober 2011 adalah hari Halloween.  Ampa tau tak apa itu Halloween?  Pesta Halloween orang putih ialah hari sembahyang hantu (Hungry Ghost Festivals) macam orang Cina kat Melesia.  Tapi depa tak sembahyang hantu macam orang Cina,  depa punya perayaan nanti pakai baju beragam,  pastu ukir labu buh depan rumah,  pastu budak-budak yang pakai baju beragam ni akan pi ketuk rumah jiran tetangga semua untuk kutip cokelat depa panggil "trick or treat".  Ala,  u olls mesti tau punya ada banyak dalam movie-movie orang putih.  Depa percaya masa 31 Oktober tu la semua hantu-hantu akan keluar.

Dulu kawan baik akak nama dia Intan,  dia cerita masa dia kecik-kecik dia duduk UK sebab bapak dia duk buat PhD lagi tak habis.  Bila mai hari Halloween depa akan duduk dalam rumah diam-diam.  Depa tak raikan benda ni sebab kita orang Islam. Tapi budak budak mat saleh ni jahat gilaaa.  Depa nanti ketuk rumah kawan akak tu,  pastu depa mintak cokelat.  Bila bapak Intan eksplen kata depa tak selebret Halloween,  teruih budak tu tanya,  "Is that your car?" 

Korang ajak betui....depa nak ugut la.  Kalau tak mau bagi cokelat atau duit,  depa nak bagi rosak kereta bapak Intan.  HUH!  Sesungguhnya budak itu sangat kejam.

Tapi kakak I olls,  si Julie Samsudin tu masa dia stadi kat US akak rasa tiap-tiap tahun dia akan meraikan Halloween dengan kawan-kawan dia.  Mekap zombie je la akak rasa tengok album dia dulu.  Pastu ukir-ukir labu.  Sebab dia duduk dengan bapak angkat we olls,  Pak Dick tu Kristian.  Sah-sahla macam layan jer apa perayaan pun depa sambut. 

Okay,  hari ini akak nak cerita pasai Parti Halloween Heidi Klum yang merupakan parti Halloween yang paling meletops dan paling ditunggu-tunggu di Hollywood.  Banyak kelab-kelab atau restaurants berlumba-lumba untuk menaja party Halloween Heidi Klum ini sebab dia akan jemput all the kawan-kawan selebriti dia and semua media akan mai dan mengpromotkan tempat hang.

Tahun ini 2011 ialah tahun ke 12 untuk Heidi Klum membuat parti Halloweennya itu.  So mari kita tengok 11 kostum-kostum beliau yang sangat meletops.  Sesungguhnya pompuan ini sangat ting tong!


2000
Party pertama bermula tahun 2000.  Masa ini buat pertama kali Heidi Klum tampil dengan baju gaun pendek bertemakan gothic.  Pompuan yang selalu membawa imej gadis-gadis cantek diraja ini tiba-tiba bertukar menjadi wanita misteri yang penuh kehitaman.  Kerlassssssss.


2001

Tahun berikutnya pompuan ini tampil dengan imej Lady Godiva.  Siap dengan rambut blond panjang mengurai dan naik kuda lagi.  NASIB BAIK DIA TAK TELANJANG TERUIH.  Sebab Lady Godiva ikut cerita lajenda dia naik kuda pusing negeri sebab suami dia yang kejam telah menindas orang-orang susah yang menyewa rumah-rumah depa.  Tak tau sangat cerita ni.  Akak pun baca Google.  Ampa bacalah sendiri.  (Beyonce pun naik kuda and rambut panjang macam ni dalam video clip RUN THE WORLD).


2002
Yang ni paling cute sekali.  Untuk tahun 2002,  pompuan ini muncul sebagai watak Betty Boop cartun seksi yang bertubuh mugil,  seksi dan berambut ropol-ropol pendek.  Siap make up tang mata tu la meletops,  bulu mata bawah and eye shadow tu memang  betui betui Betty Boop!



2003
Pada tahun berikutnya,  Puan Klum muncul dengan baju ala-ala futuristik tapi colour gold.  Merletops.  Ini kalau akak pakai kostume ni aiiiyooooo meletops semua gunung-gunung berapi kat Indonesia and Filipina. 

2004
Tahun 2004,  dia jadi POMPUAN SIHIR MERAH.  Siap dengan penyapu dan tengkorak duk kok-koh kat belakang dia. 


2005
Tahun 2005 Heidi tampil dengan tema baju "Pengantin Pompuan Frankenstein,"  Ampa rasa kalau cicak jatuh dalam rambut dia tu boleh tak carik jalan keluar?  Sadis ok.


2006
Masa ni pompuan ni tengah sarat mengandung.  Tapi dia tetap feeling nak ver-ver walaupun mengandung,  so dia cipta kostume bagi dia jadi bentuk apel yang sedang di gigit oleh ulat.  HAHAHAHA.....


2007
Untuk tahun 2007,  pompuan gila ini kembali hotness lepas setel beranak-beranak semua dengan mengposing dengan kostum "SEKSI KET".  Deni sajaaaa nak menunjuk body dia yang hot.  Kat rantai leher dia,  dia tulis "Kalau kucing ini hilang,  sila bagi kat Seal,"  Seal tu nama laki dia.  Cute kan deni?


2008
Ini antara kostum yang paling kontroversi.  Beliau menjadi memakai kostum yang tiru tuhan rupa bentuk tuhan untuk agama Hindu iaitu Kali.  Mai tengok the real God Kali kat sini : Goddess Kali.    Memang ramai wakil-wakil persatuan Agama Hindu kat Amerika berang dengan pompuan tingtong ni.  Yalah,  suka suka hati dia dressap macam ni untuk upacara suka suki sedangkan figura ini adalah sangat suci untuk penganut agama Hindu.  Sabar jer la u olls.  Depa ni memang lagu ni,  dah maju sangat sampai dah tak tau perbezaan bahawa benda yang remeh bagi diri kita maybe tidak remeh untuk orang lain.  Begitu juga sebaliknya. 
2009
Tahun 2009 Heidi and Seal yang tingtong ini tampil dengan tema "PASANGAN GAGAK HITAM."  Mangkarrr betui.


2010
Tahun 2010,  Kak Heidi muncul dengan baju ala-ala robot pelik warna merah dan ungu.  Pelik akak tengok sangat.  Pastu siap letak ekstensyen kat kaki dia supaya dia nampak tinggi luar biasa.



Untuk tahun 2011,  kita tak tau la apa pompuan ni nak pakai.  Yang penting melalui Google sana sini,  akak dapat sneak preview untuk Halloween costume pompuan gila ni.  Dari gambar di bawah nampaknya macam dia nak jadi monyet. 

MEMANG ELLLLLOOOKK SANGATTT LAAAAA JADI LAGU NI!!

28.10.11

9 Karakter Disney yang telah di Realkan

Herlooo u ols.  Hari ni akak nak share dengan u olls hasil kerja editing seorang student reka bentuk grafik dari Arts University College di Bournemouth UK yang telah memanipulasikan beberapa karakter kartun Disney hingga mendapat bentuk rupa bentuk muka dan badan yang macam real u ollls. 

Dia dah buat 9 bentuk muka dari 9 karakter kartun Disney.  Jom tengok yang mana paling akak suka sampai yang paling kurang akak suka.  Kalau ampa bukan spisyis suka berangan dengan cerita-cerita kartun Disney so ampa maybe tak akan paham apa yang akak nak cerita ni.

Princess Aurora atau Briar Rose

Ini Princess Aurora atau Briar Rose karakter penting dalam cerita Sleeping Beauty.  Memang siriesss dalam semua cerita-cerita princess Disney akak paling suka Sleeping Beauty sebab akak suka feeling-feeling dia ada 3 pari-pari bela dia.  Feeling macam akak ada saka dua orang dalam badan akak kan.  Kerlasssss!  Akak tak suka Senderela sebab akak bara dengan kakak-kakak tiri dia,  setiap kali tengok akak akan emosi.  So akak lagi suka Sleeping Beauty. 

Tapi memang Mr.  Jirka berjaya mengrealkan karakter ini.  Memang betui kena dengan karakter dia pompuan Scandinavian rambut blond yang keemas-emasan dan meletops dengan chick bone yang meletops. 

Ariel

Ariel ialah anak bongsu King Triton raja ikan duung yang tinggal dalam laut.  Ariel adalah anak yang paling nakal dan sangat obses dengan dunia manusia di atas darat.  Dia ada kawan baik nama Flounder dan Sebastian.  Akak suka semua lagu dalam cerita ini and of course akak hafal.  HAHAHAHAHAH. 

Memang akak setuju dengan penggambaran yang Jirka ni buat sebab memang nampak sangat muka Arial dalam gambar ni sangat the budak-budak yang tak matang lagi tapi sangat eager nak explore macam-macam.


Belle - Sleeping and Beauty

Belle dalam cerita Beauty and The Beast adalah gadis yang berkarisma,  bijak and mempunyai pendirian sendiri.  Akak nampak karakter itu dalam gambar ini.  Tahniah Jirka.


Mulan

Siriesss! Siriesssslyyyyyy memang comels sangatttt.  Tapi muka Mulan ni more kepada karakter anak jepun daripada anak Cina.  Tapi tetap cute sangat and very the real.


Princess Jasmine

Makannnnnnn atiii laaaaaaaaaaaaaaaaaa depa badan elok boleh tunjuk perut lagu tu.  Kalau akak pakai lagu ni,  En.  Khafi akan hantar aduan kat Majlis Amanah Rakyat sat.  (Boleh???? Sentap dengan katun???)


La Esmeralda
La Esmeralda ialah pompuan gipsi dalam cerita The Hunchback of Notre-Dame.  Cantek dan eksotik sangat.  Kulit tanned,  rambut kepok-kepok,  Esmeralda persis wajah akak kan u olls?  (MATULAHH!)



Pocahontas
Body and rambut tu dah ada.  Tapi tang muka tu still sharp and tak nampak orang sangat.  Still look cartun.


Megara

Masa Hercules keluar panggung,  akak dah darjah enam.  So akak tak feeling sanagt tengok kartun.  So akak tak dapat hayati sangat karakter ni.  But not bad la.


Ursula

Akak tak akan lupakan Ursula pompuan sihir laut campur dengan sotong.  Dia last sekali mati sebab perut dia kena robek dengan kapal.  Akak pilih gambar ni last sebab still nampak ke-katunan kat gambar ini.

Sekian sahaja dulu.  Semoga Jirka Väätäinen akan terus berkarya.  Akak harap pasni dia buat lagi katun-katun seperti Mak Tiri Sinderela and Ahli Sihir dalam cerita Sleeping Beauty.  Akak rasa mak tiri Sinderalla tu adalah keturunan Ahli Sihir tu sebab muka dia nak dekat sama.  

Please go check out hasil kerja Jirka Väätäinen sini sini : Facebook Page for Jirka Väätäinen Design

27.10.11

Gambar Anak-anak Sepupu Akak, Mariah Carey - Baby Monroe and Morrocon

Herllo u olls semua.  Katanya akak baru dapat gambar-gambar ini daripada sepupu akak yang dah kertu baru nak kawen dan dapat pulak laki ala-ala fish son gitu,  tak lain tak bukan Kak Mariah Carey.  Memang semua orang terkejut apabila dia bagitau kata dia bertunang dengan Nick Cannon yang sangat adik-adik.  Ohhh dunia percintaan ini sangat misteri u olls.  Apapun,  depa lani dah almost 3 tahun berkahwin.  And now depa dah dapat baby. 

Tahniah untuk sepupu akak yang bersuara powerful ini dan juga lakinya yang ala-ala fish son itu.
Inilah anak Mariah Carey and Nick Cannon.  Depa kembak.  Sorang laki,  sorang pompuan.  Comels tak depa u olls? 


Yang pompuan nama Monroe Cannon sempena nama primadona Marylin Monroe.   Disebabkan Mariah Carey takdak middle name,  so anak pompuan dia pun takdak middle name. 


And yang lelaki pulak nama dia Moroccan sebab masa Nick Canon proposed nak kawen dengan Mariah Carey,  dia proposed dalam bilik yang berdesign - ala-ala Moroccan gitu.  Akak terpikir kalau lah Nick melamar sepupu akak dalam bilik yang berhias design ala-ala Jepun ka, Zimbabwe ka...apa la depa nak bubuh nama anak depa?  Tapi memang retis Amerika suka bubuh nama anak pelik-pelik.

JOM TENGOK LAGI KAT BAWAH :)

Nenjiaaa kecik-kecik depa ajak dah anak depa jadi penghibur.  Siap bagi maikrofon dah....




Aiyyooo kecik-kecik mak dia dah ajak dressap macam DIVA dah ni. 


Comels nya depa tidok.  :)


Yang ni mesti Monroe sebab dia pakai bunga kat kepala :)



Mandi time...................Tak tau mana satu Monroe mana satu Moroccan. 




Ini gambar-gambar Mariah Carey masa dalam pantang and time duk jaga anak dia.  So sweet. 



Nenjiaaa rambut Mariah kalau tak blow....grekk greek u olls.


Tetappp pose meletopsss.  Ala-ala album Butterfly.


Nick Cannon and sapa tu??????Monroe atau Morrocan?


Baju Haloween depa yang sangat cute :)


Pasangan ini juga buat pertama kalinya memaparkan anak depa kepada para peminat semua dalam satu show khas rancangan View bersama Barbara Walters,  tok kekwat yang kertu itu.  Marilah kita mentengok beberapa gambar yang dishot dari rancangan itu sendiri. 


Baby Monroe and Moroccan dressap dengan penuh sopan untuk penampilan tv pertama.  Cute sangat :)
Masa ni Nick Cannon tunjuk macam mana dia melamar bini dia :)
Tak sah kalau pi rumah diva and tak singgah bilik baju dia.  Kannnnnnnnnnnnnn...................
Bilik music and ruang tamu depa.  Meletops.

Sekian saja,   untunglaa depa dah ada anak semua.  Semoga happy happy selamanyaaa.

Gambar ehsan  :  Life.com and Daily Mail

Paranormal Activity 3

U olls!  Akak ialah penakut untuk tengok cerita hantu rangking 41 di dunia ini dan kat Penang akak rasa akak no 9.  Not bad kan rekod akak?  Rekod ini akak yang buat sendiri.  So u olls boleh percaya.  Tapi walau sepenakut mana pun akak ini,  AKAK ADALAH SUKA TENGOK CERITA HANTU! 

So akak tak sabar nak tengok cerita ini. Paranormal 3. 

Dah keluak ka kat Melesia?



25.10.11

Deepavali Vatekel

Selamat menyambut Hari Deepavali to all my Indian readers.  I know i a number of Indian friends love to read my blog.  HEHEHE..   Thanks u olls semua.  

Semoga dirahmati selalu.  Terimalah lagu dari filem Padaiyappa bertajuk Minsara Poove.  Saya tujukan lagu ini dan tarian Nilambari Aunty ini kepada u olls semua. Untuk pengetahuan u olls,  inilah my favorite Tamil song :)  I hafal okay!


Ulasan Filem : Soldier's Girl

Hello u olls semua.  Especially to all the nyah-nyah and adik-adik yang baru nak naik.  Hari ini akak nak share dengan u olls satu cerita filem kisah cinta yang menyayat hati yang bertajuk Soldier's Girl.  Kakak-kakak senior dah banyak suruh akak tengok this movie,  tapi taktau nak pi carik kat mana.  Sampailah satu hari ada satu anak ayam akak telah gigih mendonlod dan mengeshare filem ini dengan akak.


And akak tengok kat office time - time lunch break hari Jumaat yang panjang nestapa.  Katanya feeling menangis + tersentap + tersentuh dan ter macam macam lagi. 

So hari ini akak nak share dengan u olls review yang dibuat oleh seorang anak ayam akak yang bernama Eiyzall Eizhann Azami beliau dengan gigihnya telah menulis artikel ini dan tagged akak semua.  Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal,  akak teruja sangat u olls.  So dengan izin sembah,  beliau mengizinkan agar akak sharekan artikel ini untuk tatapan u olls semua.

Jom baca kat bawah ni :)

Movie Review ~ Soldier's Girl
by Eiyzhall Eizhann Azami

This is my first time buat review on movie. Selalunya just post short summary kat wall after tengok wayang. Review kali ini bukanlah tentang filem yang sedang hangat ditayangkan di panggung. But cerita yang tersimpan di dalam external aku setelah sekian lama. Kali ini aku memilih cerita ‘Soldier’s Girl’ as my first movie review. Asalnya aku tak tahu menahu tentang cerita ini. Pada satu ketika, Abg Rudy memberitahu mengenai perihal bagusnya filem ini. Tak beberapa lama kemudian, aku mendapat tahu yang kak kashmar mempunyai salinan filem ini. Terus aku copy and save elok-elok dalam simpanan aku. Sudah beberapa kali aku melihat cerita ini. Pada mulanya aku melihat watak ‘Calpernia Addams’ ini adalah semulajadinya wanita jadian yang sudah fully-constructed. Telahan aku telah disangkal oleh abg Rudy, menurut Abg Rudy, lakonan watak mak nyah itu adalah dari seorang lelaki yang lelaki. Dun worry, I will provide some pictures so you guys will understand what I am talking about. Aku telah membuat sedikit research untuk review kali ini.

Soldier's Girl

Soldier's Girl is a 2003 drama film produced by Showtime. It is based on a true story: the relationship between Barry Winchell and Calpernia Addams and the events that led up to Barry's murder by fellow soldiers. It was written by Ron Nyswaner and directed by Frank R. Pierson, with Barclay Hope starring as Howard Paxton, Troy Garity starring as Barry, and Lee Pace starring as Calpernia. Filem ini telah menerima beberapa pencalonan dan memenangi beberapa anugerah di Emmy, Golden Globe dan beberapa anugerah utama. Filem ini menerima anugerah Outstanding Movie, Miniseries or Special di Television Critics Association Awards.




Calpernia Addams dan Barry Winchell
Baiklah, we start with the story.Setelah ditelaah beberapa kali, ‘Soldier’s Girl’ adalah sebuah kisah percintaan antara dua figura, Calpernia Addams dan Barry Winchell. Calpernia adalah seorang showgirl dan Barry is a soldier. Kisah ini mengangkat tema cinta antara lelaki dan lelaki berdasarkan kisah benar. Konflik yang timbul adalah golongan gay tidak dibenarkan berada dalam institusi ketenteraan. Selain itu,ia mengetengahkan isu bagaimana barry hendak menyesuaikan diri dengan persekitaran ketenteraan dan kecelaruan identiti yang baru tercetus. Disaat cinta antara Barry dan Calpernia sedang mekar berbunga, Barry dibunuh oleh teman tenteranya.

Quoted from one of film critics, “The way the movie introduces negativity in a military atmosphere, “Hits the nail on the head”, for a lack of better words; it looks at how groups of straight men criticize, gay men simply because they like the same sex and they exist in smaller quantities.”

“Soldier’s Girl uses topics such as homosexual identity, gays in the military, and normal and transsexual love to convey to its audience that, when it comes to matters of the heart, love knows no stipulations.”




“Nonetheless, Soldiers Girl is the perfect “4 Star” movie to please those looking for a different understanding of romance and an ever-existing battle with sexual and personal identity.”
Back to the story, there are few points yang membuatkan cerita ini bagus pada pandangan saya sebagai penonton. Firstly, cerita yang berdasarkan kisah benar ini mengangkat tema biasa iaitu cinta tapi dalam dimensi yang berlainan. Kisah cinta seorang showgirl dengan seorang tentera yang baru mengetahui orientasi seksualnya. Dibebani dengan tekanan sebagai seorang showgirl yang sebenarnya milik orang ramai dan para peminat dan ditambah pula tekanan sebagai seorang tentera lelaki yang terpaksa memendam nafsu batin kepada seorang lelaki lain disebabkan polisi ketenteraan.


Barry Winchell with his murderer.


Selain itu, filem ini dicorakkan dengan lakonan yang sangat mantap, terutamanya watak Calpernia Addams yang mempunyai emosi perempuan yang tulen. Bagi saya, ia adalah kekuatan utama dalam filem ini. Lakonan yang sangat in-character!! pergerakan, suara, emosi dan lain-lain dikawal dan dibawa secara semulajadi oleh Lee Pace. Kita dapat merasakan kehendak dan keinginan seorang trans-gender/ trans- sexual di dalam kehidupan mereka melalui cerita ini. Betapa Calpernia Addams mendambakan sisi kehidupan yang normal seperti insan lain. Pergerakan atau perjalanan cinta mereka tidak begitu susah,namun dalamnya cinta antara mereka terpancar hanya dengan pandangan mata antara Barry Winchell dan Calpernia Addams. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, saya pada mulanya percaya bahawa watak Calpernia Addams dibawa oleh seorang yang betul-betul maknyah, seorang lelaki yang benar-benar mempunyai naluri seorang perempuan. Kita tolak ketepi penampilan fizikal ( payu-dara yang sangat real), watak ini sangat berkesan dalam menunjukkan perasaan sebenar seorang maknyah. Watak ini dibawa oleh seorang pelakon lelaki yang lelaki. Lakonan beliau sebagai Calpernia Addams adalah sangat menakjubkan.


Sesi menjadikan Lee Pace as Calpernia Addams


This is Lee Pace. (Inilah Lee Pace sebenar tanpa mekap.  Dia straight okay!)


This is Calpernia Addams as showgirl


Calpernia Addams as her true self


Memang selayaknya dia merangkul beberapa anugerah atas lakonan mantap beliau, antara anugerah tersebut ialah Best Male Lead di Independent Spirit Awards, Best Performance by an Actor in a Miniseries or a Motion Picture Made for Television di Satellite Award, dan Best Performance by an Actor in a Supporting Role in a Series, Mini-Series or Motion Picture Made for Television di Golden Globe.
Cara pembawaan tema dalam filem ini juga merupakan salah satu kekuatan dalam Soldier's Girl.Mungkin setengah orang akan beranggapan,  kisah cinta adalah kisah paling senang untuk digarap dan paling ringan. Bagi saya, cinta adalah bahan biasa, tapi bagaimana sesebuah cerita itu dapat menyentuh hati penonton sebenarnya lebih penting dari tema. Kisah cinta yang sangat stereotype ; kisah cinta antara dua insan kaya & miskin. Dah macam nak termuntah bila kita dengar cerita yang bertemakan sebegitu.Bermula dari kecil,kita disogokkan cerita-cerita sebegitu. Contoh mudah, Cinderella, Bawang Putih & Bawang Merah, dan beberapa lagi. Tapi bagi saya sebenarnya, cara pencorakkan sesebuah cerita itu yang penting. Kita ambil contoh kisah Titanic, percintaan antara Jack an Rose juga membawa tema cinta golongan bangsawan dengan si miskin. Tetapi mengapa kesan dari cinta mereka mampu menyentuh hati kita. Begitu juga di dalam filem hebat ' Memoirs of Geisha', kisahnya mengenai gadis pelayan yang jatuh cinta pandang pertama pada seorang bangsawan. Sekali lagi tema yang sama.Benar bukan? Tapi bagaimana kisah cinta si gadis pelayan ini begitu memberi kesan kepada penonton. Sehingga ada yang sanggup ke kedai buku mencari cerita ini dalam bentuk tulisan supaya dapat merasa cinta gadis pelayan yang bernama Sayuri itu. Ini sebenarnya yang kita patut lihat dalam menghasilkan sesuatu karya. Kelainan sesuatu corak cerita itu yang membuatkan sesuatu karya itu agung.
Saya rasa hal ini yang membuatkan saya berasa mual dan loya dengan filem-filem tempatan yang tidak pernah mempunyai nilai untuk diangkat sebagai sebuah karya. Saya tidak berharap yang kita menpunyai berpuluh orang pengarah sehebat Yasmin Ahmad, tapi janganlah demi mengaut untung berganda, mengejar nilai berjuta-juta dari pungutan tiket panggung, kita sanggup menayangkan sampah di layar perak pada masyarakat. Melalui layar perak kita mendidik masyarakat menghargai seni, tapi andai tiada nilai seni dalam cerita yang disogokkan pada penonton adalah lebih baik kita sedekahkan wang bagi produksi sesebuah filem itu pada badan-badan yang memerlukan..
Last but not least, sebenarnya masih banyak yang boleh diperincikan dalam cerita ini, namun apalah erti penulisan ini kalau anda tidak merasa sendiri pengalaman cinta Calpernia Addams dan Barry Winchell. Keserasian, keintiman, kesusahan dan kehilangan adalah antara elemen yang menjadikan cerita ini patut ditonton. It moves you, it captivates your emotion and it lets you feel something deep in your heart.
Here, presenting you.. Lee Pace as Calpernia Addams
Sekian...
Selamat membaca....


ps/   Terima kasih Eiyzall Eizhann Azami sebab share this dengan kami.  Akak harap u olls teruskan usaha and kalau u olls tak kisah,  sudi-sudikanlah share artikel dengan kami lagi.  Sebagai penutup akak nak tambah satu jer,  pendek jer......"Nampak tak masa dia duk posing atas boat cam tu depan laki dia.  Untung dia na....Kalau akak duk posing lagu tu atas boat,  laki akak mesti nanti maki seketoi dan kata AWAT ANG INGAT ANG ELOK DUDUK MACAM TU?"  Okay thanks bye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE