3.10.11

Detik-detik Pernikahan Jumie Samsudin dan Kamarulhafiz Omar

Heloo u olls semua. How are u olls?  Selepas akak gigih menulis dan update dengan u olls semua mengenai segala butiran persiapan dekorasi,  busana pengantin dan segala mak-ne-na lain mengenai wedding akak.  Akak harap u olls semua puas hati dengan segala butiran yang akak persembahkan kepada u olls semua.  Apa-apa idea menarik of coz silalah amik,  akak tak kisah u olls.  Seharusnya benda baik ini kita harus perkembangkan.

And akak juga berharap kepada u olls-uolls yang ada blog meletops-letops,  sila-silalah share page blog akak ini kepada rakan-rakan u olls semua.  Bukan apa,  akak nak u olls jugak tolong promot business kawan-kawan akak yang telah bertungkus lumus menyediakan wedding akak hari itu.  Tampa they olls semua yang membuat kerja dengan meletops,  takdak lah wedding we olls the VAS itu.

So,  hari ini akak akan menceritakan mengenai kisah-kisah behind the scene sekitar majlis majlis besar akak dan En.  Khafi pulak. Memang ada banyak suka dan duka (TAPI SUKAAAAAAAA YANG LEBIH BANYAK).  At the end of the day,  memang kami lani rasa lega sangat-sangat sebab semuanya dah selesai.  So hari ini akak nak share sikit sebanyak mengenai pengalaman akak di hari berbahagia akak ini.  Diharapkan apa yang elok dan tak elok itu bolehlah u olls gunakan sebagai panduan.

Perasaan Masa Bersiap Nak Nikah
Sepanjang-panjang (taklah panjang sangat) penglibatan akak dalam dunia permekapan pengantin ini,  rata-rata pengantin adalah super nervous gila di hari pernikahan mereka.  Ada yang tak boleh nak bercakap,  ada yang very feeling sayu,  ada yang darah nak terkeluar kat telinga dan macam-macam lagi.

Pada hari pernikahan akak yang berlangsung pada hari Jumaat jam 8.30 malam,  kalau u olls nak tau akak tak berapa nak nervous sangat.  Akak very the relaks and rasa macam hayaiiiiiiiiiiiii semacam.  Yang akak tau,  malam sebelumnya we olls pasang inai and esoknya akak terus bersiap nak ke Puspahome.  Along the way nak cerita mai kat ampa,  akak ni ASYIKKKKKKKKKK NAIK ANGIN!!



Semua benda yang tak betul akak nak naik angin and akak nak marah.  Masa hari Jumaat yang tercinta itu,  akak duk naik angin kat En.  Khafi.  Pagi-pagi Jumaat lagi bila call dia kat mana semua dia dah bagi akak bara!! Lahanat sungguh perasaan itu.  Akak pun mesej dia maki-maki.  Dia pun walaupun tak maki akak balik (sebab dia suci) dia saja bagi akak bara dengan tidak melayan akak langsung. 

Akak pun tak ingat apa issuenya,  tapi boleh kata semua bendaaaaaaaaaaaaaaaa tak kena.  Sampaikan apabila akak tiba di Puspahome,  SEMUA BERADIK- BERADIK akak tidak berani menegur akak.  Bilik pengantin yang indah purnama itu bak lubuk puaka untuk semua BERADIK- BERADIK akak.  Depa tak berani nak tegur apatah lagi nak melangkah masuk.  Kalau silap tegur akak akan keriau dan maki mereka begitu sahaja. 

Nak dijadikan cerita,  menjelang petang apabila kawan-kawan baik akak dari KL telah datang barulah akak pun sedikit cool.  Depa mai gelak-gelak and gembirakan hati akak.  Akceli orang pemarah macam akak ni senang saja nak deal dengan kami. 


U olls kalau tengok api,  janganlah tuang lagi api sampai naik semarak terbakar hatinya yang sepi semua.  U olls dah tau akak marah,  jangan la duk mai "Ala...relaks la.  Tok sah duk marah-marah.  Hang ni suka duk marah-marah.  Mau bersabar sikit nak kawen dah,"  MANA TAK HANGIN AKAK DENGAR MACAM TU.  DAH KALAU SEMUA ORANG BUAT KERJA DENGAN BETUL AKU TAKDAK LAH PENING KEPALA MACAM NI.



Kan??????????????  Sudahlah kalau cerita pasai amarah akak ni sampai tahun depan tak habis.  Yang pentingnya amarah akak ini sentiasa valid (bersebab u olls).  Takdak maknanya akak ni SUKA NAIK ANGIN TAK TENTU PASAI.  Istilah itu sebenarnya direka-reka oleh orang yang bersalah dan membuatkan kami marah sebab depa tak mau mengaku kesalahan sendiri.

Disebabkan oleh itu,  semua BERADIK- BERADIK akak memanggil akak ENGRI BIRD!! Sebab akak duk marah saja kat depa.



Perasaan Di Atas Pelamin Nikah
Semasa sesi make up berlangsung,  lebih ramai teman-teman rapat akak yang tiba.  Depa semua menggembirakan akak.  Depa membuatkan akak lupa tentang apa semua masalah mak ne na yang berlaku di luar sana.  Thank you u olls semua.

Pastu katanya rombongan pihak lelaki sampai at 7 pm and they olls semua pun berjemaah dengan family akak di Puspahome itu.  So lepas itu depa pun relaks-relaks and rehat semua and tunggu Tok Kadi yang katanya mai pukul 8.30pm.

Ni lagi la akak pening,  yang akak tau dia pesan akak sungguh-sungguh suruh we olls semua standby pukul 8pm.  Ini dah 8.15 dia tak sampai lagi.  Feeling tau Ustaz ni.  Hari tu bukan mai interview akak semua.  And pesan akak suruh semua standby 8pm.  Dia kata dia nak mai -mai terus nikah jalan.

Pastu bila Cakcing called dia ustaz tu jawab "Ustaz saja suruh kata siap 8pm.  Tapi memang ustaz mai 8.30 sebab ustaz nak semua ready.  Tak mau tunggu-tunggu,'  FEELINGLAH USTAZ NI!!


So tunggu punya tunggu akhirnya dia mai.  Then akak pun di suruh untuk turun ke bawah.  Masa itu akak macam nervous sikit.  Actually bukan nervous apa.  Akak dah cakap kat Surianie yang akak tak mau duduk bersimpuh kat pelamin.  Nanti akak nampak macam tembikai susu.  Tapi nak buat macam mana,  takkan masa En.  Khafi dengan Ustaz duk bernikah kat lantai akak feeling macam Mariamah Tijo duduk atas kerusi di atas pelamin.  So akak kena la duduk kat bawah jugak.



Dan apabila akak turun ke bawah FUIYOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO RAMAINYA BERADIK-BERADIK AKAK DAN BERADIK-BERADIK EN.  KHAFI!!  Akak ingatkan sikit saja.  Tapi nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa punya ramai u olls.  Tapi takpa akak pun terus duduk kat atas pelamin. 



Sekali Lafaz

En.  Khafi telah membagitau kawan baik akak iaitu Kak Nonie Suliaman bahawa esok masa hari nikah dia akan membuat gimik iaitu saja nak buat buat silap lafaz sampai 10 kali.  Overrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!! Masa tok kadi tu duk kutbah En.  Khafi punya perpeluhan berlaku dengan sungguh kronik.  Dia duk bukak and pakai balik songkok dia sampai 100 kali setiap dua minit.

Pastu ustaz ni pula duk bagi kutbah punya panjang dan lama.  Ustaz ni pun feeling.  Tapi takpalah akak bagi chance kat dia.


Pastu ustaz tu ada tanya kat En.  Khafi,  suruh dia ucap dua kalimah syadah dan berikan maksudnya.  Masa tu En.  Khafi pun membaca lafaz and dituruti dengan maksud sekali akak tak ingat macam mana ayat tu tapi ayat En.  Khafi sangat sempoi dengan nada dia macam Personaliti Nona.  Kira macam smart tau suara dia semua.  Akak macam senyum lebakkkkkkkkkkkk masa tu.  Bangga u ollls.

Akhirnya lepas sekali practice,  En.  Khafi pun meng-akad nikah dengan sekali lafaz.  ALHAMDULILLAH.

Akak Tak Nanges
U OLLSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!  Akak takut jugak kalau-kalau akak menangis ka apa ka apa ka masa akak nikah.  Tapi actually akak tak nanges pun.  Siriesly akak happy tapi tak happy sampai jadi hiba.  Maybe masa tu akak lebih kepada rasa ALHAMDULILLAH SYUKUR LEGA. 

Yang pentingnya ada seorang hamba Allah ni nama dia Asmak Aljuned,  dia nangeh paling teruk sekali sampai muka dia merah macam buah jambu ayak.  Akak terharu sebab tengok kawan baik akak menangeh teruk.  Tangisan itu sebagai membuktikan bahawa mereka pun turut rasa bersyukur dan gembira dengan pernikahan kami mengenangkan segala susah payah yang akak lalui selama ini.  Thanks u olls.

Akak tak nanges.  Yang akak duk sibuk tanya kat pengapit ialah "Wehss aku tak payah kena baca apa-apa ka taklik ka apa ka macam Nurul Syuhada TV nikah tu?" FEELING TAK AKAK?

Batal Air Sembahyang
Selepas setel semua pernikahan,  menjadi budaya kita orang Melayu iaitu 'Batai Ayak Semayang".  So masa inilah En.  Khafi dengan rasminya menyerahkan wang mas kahwin kepada akak yang digubah menjadi bunga tangan.  Lepas tu En.  Khafi menyarungkan satu cincin emas kosong dan seutas gelang tangan emas kepada akak.  Dan untuk En.  Khafi,  akak sarungkan dia sebentuk cincin suasa dengan kilauan emas sebagai tanda pernikahan kami.  Lepas tu barulah sesi cium tangan dan cium dahi lama-lama.  FELINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!

Gambar bagi maskahwin,  sarung cincin and cium dahi.





Sekian saja cerita akak di hari pernikahan akak itu.  Alhamdulillah walaupun ada banyak masalah yang terjadi tapi takdak lah perkara yang sampai membatalkan hari besar itu.  Akhirnya kami selamat bernikah juga.  Terima kasih kepada keluarga saya yang bertungkus lumus untuk menyediakan segala persiapan.  Mohon maaf juga kepada pihak keluarga En.  Khafi yang terpaksa menunggu lama dan harap dimaafkan segala kekurangan dan ketidak selesaan yang berlaku.

4 comments:

  1. kak jue, cincin suasa tu nak tempah katne? nk jgakla.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Suasa is emas + perak. Memang haram untuk lelaki pakai. Terpulang kepada individu.

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...