14.10.11

Inspirasi Laman Web Fesyen Wanita-Wanita Agam

Hello u olls semua wanita-wanita agam Melesia?  Adakah kamu masih lagi teragak-agak dan berasa tidak konfiden untuk mengekspresikan kreativiti seni kamu dalam berfesyen?  Kalu u olls masih teragak-agak dan masih terikat dengan stigma "KITA NI GEMOK SO PAKAI APA PUN TAK ELOK" maka u olls bukanlah wanita agam sejati milenium ini.  GITUUUUUUUUUU.  Akak feeling bersemangat.


Katanya,  sejak dua menjak akak sibuk dengan segala persiapan berkahwin akak sudah tidak begitu ghairah untuk berfesyen.  OTAK SERABUTTTTTT NYAHHHHHHHHHHH!  Nak fesyen apanya.  Mekap pun tidak.  Tapi sekarang,  semuanya dah setel,  mood dan emosi akak semakin terkawal.  (Sekarang ni takdak panas-panas baran dah,  dah 'kawen' katanya").  Akak hope akak akan kembali berfesyen sana sini dan menggegarkan industri fesyen tanah air! (HAKTUIH!)


Baru-baru ini akak jumpa satu artikel dalam website fesyen Orang Puteh yang akak suka iaitu Refinery29.com,  depa ada buat satu artikel bertajuk Our Plus-Size Fashion Resource! di mana mereka berkongsi dengan kita beberapa laman website/weblog milik wanita-wanita agam yang depa duk update tentang pilihan fesyen depa.

Akak terkesima okay!!! So,  akak nak share dengan u olls semua laman-laman web wanita agam dalam artikel itu dengan u olls semua.  Semoga kita semua lebih bersemangat untuk berfesyen walau apa juga bentuk badan kita.

Lescekit out!




First time akak tengok pompuan ni,  akak terus kata "WOWWW.....ala-ala Latinos macam akak,".  Akak suka sebab dia menggunakan elemen-elemen fesyen retro dan yang paling penting semua kasut pilihan dia ialah 4 inchi ke atas.  KAU MAMPU!  Sofistikated and very the lady like u olls.  Akak suka.

Nama dia meletops.  GABI.  (nama akak guna zaman cekcur dulu) HAHAHAHA.  Nak haron betui.  Okay,  pompuan ni very the agam.  Kalau ampa tengok fesyen dia terbelakang,  dia very the feling Rihanna.  With all the rambut funky,  eyeliner stail cam kucing punya and printing bulu binatang,  Tapi now,  maybe sebab dia dah mengertukan diri dia,  so now dia dah macam sofistikated sikit tapi still funky. 


Pompuan ni nama dia Sakina from Paris.  Kalau ampa bukak weblog dia,  dia tulis bahasa Ferancis.  Meletops okay.  Akak feelings la,  pompuan ni mesti Muslim.  Anyway,  i like her fashion,  lebih practical untuk kita jadikan panduan berbanding website kat atas semua very the high end fashion sikit. 




Ashley Falcon ni ialah fashion stylist okay.  Dia adalah penulis untuk majalah Marie Claire untuk bahagian Big Girl in a Skinny dan selain itu dia juga bertanggungjawab untuk mengstylistkan models-models kerding untuk fashion spread dalam megezin mereka.  Aiiiiyooooooooooooooooooooo sembah ratu 50984548 steps kat pompuan durjana ini.  Lebih membuatkan akak makan ati ialah perempuan selalu dijemput untuk show Tyra Banks,  Rachel Rays dan ..................(SILA MAKAN ATI) OPRAH!!  Menangehhhhh


Pompuan ni nama dia Tanisha Awasthi.  Dia mix macam-macam etniksiti Jamaican, Cuban, Creole and American Indian,  Spanish, and Portuguese.  Yang meletopsnya semua gambar dalam blog dia ini diambil oleh suami beliau.  YES,  dia plus size models yang dah kawen.  Fashion dia pada pendapat akak sangat 'anak-anak royals'. 

Sekian,  itulah yang akak nak share dengan u olls.  SALAM BERFESYEN.  Mulai saat ini,  akak nak feeling suruh En.  Khafi amik gambar akak banyak-banyak untuk upload fesyen agam by Jumie Samsudin pulak.

6 comments:

  1. Cik rangers a.k.a Dya! Kalau ada blogger Melesia yang agam and tunjuk baju2 and fesyen agam cam ni, pls share dengan we olls ok.

    ReplyDelete
  2. Terbaik! Suka.. kalau nak model.. kita boleh tolong.. hahahaha..

    ReplyDelete
  3. dalam banyak-banyak wanita agam, aku paling terkesima tengok Ashley Falcon, kelass uolss!! confident! Thanks sebab publish banyak fesyen utk wanita agam (perasan wanita katenyer) ahakss

    ReplyDelete
  4. Ini komen i olls kat facebook untuk kawan nama Kak Shaz,

    Idea jumie ialah create satu album kat facebook yang set untuk public. apa saja baju kita pakai pi mana-mana post dalam album tu and cerita u beli kat mana and apa inspirasi style tu...cewahhh...kami semangat nak buat cam tu :) --- start blogging fesyen agam kita sendiri

    ReplyDelete
  5. ada jugak model and stylish badan besar.. semangat nak berfesyen!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...