18.10.11

Kaum Maknyah Dikritik di TV3

Hello u olls.  Baru-baru ini akak ter'sentuh' apabila beberapa anak-anak ayam akak menyuarakan rasa tidak puas hati tentang satu perbincangan dalam rancangan Wanita Hari Ini di TV3.  Katanya apabila mendengar tajuknya saja,  hati akak mulai dup dap dup dap.  "Pondan,  ancaman wanita?" 

WAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.  Hati mana tak dup dap u olls.  Seperti yang u olls tahu,  sebagai wanita yang telah dipondankan sejak tahun 2009 akak terasa seperti cubit paha kanan,  paha kiri sampai ke faraj terasa. 

Akak dimaklumkan mengenai perkara ini dalam satu perbincangan terbuka di Facebook. Anak-anak ayam akak meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan menghemburkan komen-komen yang mampu mengeluarkan darah di telinga tapi masih feeling-feeling akademik.  Akak tak berani menambah seberang komentar kerana akak tidak tahu.  Akak tidak tengok rancangan itu.  Akak tidak mahu tersilap kata dan takut menambah luka di hati yang telah berdarah.

Namun,  selepas seorang rakan berkongsi link ini.  Akak nak share dengan u olls dan memberi sedikit komentar bersama u olls semua.  Komentar akak ini atas dasar akak sebagai seorang insan yang teramat sensitip dengan isu-isu pondan. 


  1. Sah-sah mereka semua especially the pengacara tidak PAHAM apa itu pondan.  Depa cakap tak pikir perasaan orang lain.  Depa tak paham apa itu transgender dan apa itu transexual.  Dan sebenarnya,  setiap kali depa sebut pondan dalam rancangan ini hati akak sedikit terguris.  Perkataan pondan adalah sangat keji dan kasar.  Kami lebih 'senang' kalau dipanggil maknyah rather dan PONDAN. 


  2. Seperti yang akak baca dalam MalaysiaKini,  Dr.  Chan itu bukanlah seorang ahli psikologi yang diiktiraf dan berdaftar dengan Malaysian Society of Clinical Psychology.  Senang-senang saja TV3 ni jemput dia.  Penerbit rancangan ni pun bodo tak dak ka satu usaha nak pi siasat dulu Dr.  Chan ni sapa?  Ingat yang tengok TV3 ni semua orang-orang kampung bodo tak tau apa pun. 


  3. Point-point yang dibangkitkan dalam perbincangan ini adalah sangat rapuh.  Setiap hujah yang disampaikan oleh panel jemputan yang umpama boneka ini bagaikan anjing laut dalam pertunjukan sarkas.  Setiap kata-kata mereka telahpun diskripkan,  dan selepas skrip itu dihujahkan dengan lancar,  si anjing-anjing laut ini pun diberi habuan berupa ikan-ikan mentah.  Feeling tak metafora akak?  Sebenarnya,  akak sedang cuba menghalang diri akak dari menghebor kata-kata carut yang tidak munasabah kepada mereka ini.


  4. Perbincangan ini menenengahkan hujah bahawa pondan menjadi ancaman wanita kerana banyak lelaki yang curang dalam perhubungan kerana pondan,  pondan memanupulasikan bidang kerjaya seperti make up artist dan wedding planner,  kat universiti dah banyak pondan dan maknyah dan macam-macam lagi hujah yang sangat berat sebelah.

    Pondan adalah penyebab suami / pasangan lelaki curang.  HELOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!  Why blame the pondan?  Sapa yang curang kat sini?  Pondan atau laki ampa?  Betapa ceteknya pengetahuan kita orang Melesia tentang orientasi seks.  Kita tidak faham lagi tentang kehendak,  keperluan dan keinginan seks yang pelbagai.  Setiap insan yang diciptakan mempunyai 'taste' yang berbeza.  Macam makan,  ada yang suka makan nasik,  ada yang suka makan mee,  ada yang suka makan sayur.  So,  tak semua jantan yang perwatakan jantan sepenuhnya suka pada poen perempuan.  ADA YANG SUKA JANTAN.  ADA YANG SUKA MAKNYAH.  ADA YANG SUKA PEREMPUAN.  ADA YANG SUKA PEREMPUAN DAN MAKNYAH!

    Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........itu semua kita kena paham okay.  Tapi tak perlu kita salahkan sapa-sapa kat sini.  Ikut dada tanya selera.  Jangan sebab tak dapat tanduk,  telinga dipulas ya.  Hampa kecewa sebab tak dapat puaskan nafsu laki ampa yang macam binatang itu,  then ampa salahkan kami?  Sedangkan laki ampa yang songsang sampai lani tak dapat carik jalan penyelesaian untuk muhasabah dirinya sendiri!  Mintak simpang malaikat empat puluh empat.

    Pondan memanupulasikan bidang kerjaya mekap artist. HELLLLLLLLLOOOO!  Hang duduk era mana?  Sekarang ni make up artist perempuan tumbuh bak cendawan kat Melesia ni.  Hang kenal tak nama-nama gah make up artist Melesia seperti Khairunnisa,  Anna Sha dan yang paling meletops -- JUMIE SAMSUDIN!  Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......Semua meletops dan very the profesional okay.  So statement itu langsung tidak boleh digunapakai.  Dalam milenium baru ini,  kecenderungan gender dalam sesuatu bidang kerjaya bukan lagi sesuatu ancaman.  Sosio politik kita semakin berubah.  Lelaki,  perempuan mahupun pondan boleh jadi apa saja yang kita mahu selagi kita ada keinginan,  keazaman dan usaha.  So hujah ini adalah sangat kampung sekali.

    Kat universiti ada banyak pondan.  Tak setuju.  Sejak dulu pun golongan nyah dah banyak.  Cuma sekarang we olls lebih menonjol sebab society kita lebih terbuka untuk menerima kita dengan 'apa yang kita boleh buat' bukan 'apa orientasi seksual hidup kita'.  Adakah ini satu ancaman?


  5. Fatin Sarjat.  Penampilan dia sangat karen (up to date).  Rambut berwarna dan berpakaian very the class.  Tapi bila dia bercakap dia sangat 43 tahun keterbelakang sekali.  I donch care pun if betui or not dia tu pelajar universiti kerana sebenarnya apa yang dikatakan oleh Fatin Sarjat memang mewakili almost 90 persen wanita di Melesia yang sebenarnya masih tak paham tentang dunia 'kami'.  Dia sendiri confuse apabila tengok seorang lelaki yang gagah perkasa tiba-tiba menjadi pondan didepan dia.  Sebenarnya u olls,  memang u olls akan terkejut kalau tengok macam itu.  Tapi bagi 'kami'  ini adalah biasa. 

    Hanya jauhari mengenal manikam,  kami kakak-kakak ni boleh tahu adik-adik yang coverina.  So kami tak terkejut bila tengok dia menunjukkan diri sebenar.  Tapi untuk sebahagian 90 peratus wanita Melesia seperti Fatin,  they olls akan terkejut.  Dan sebenarnya dunia transgender and transeksual ini adalah sangat misteri.  Kami sendiri pun tak faham.  Akak sampai lani confuse transgender and transeksual.  Berapa kali pun Mama Gina duk eksplain,  tapi akak masih tak boleh cerna teori itu. 

    Tapi apa yang akak faham ialah dalam dunia kami ada dua iaitu satu - dia nyah yang memang feeling woman in and out sampai memang sanggup nak buat pembedahan SRS and satu lagi ialah they olls yang lembut macam pompuan tapi tidak mempunyai keinginan untuk buang organ 'lelaki' mereka.  Depa ni la yang kadang-kadang feeling nak dress macam woman,  kadang-kadang dresap biasa dan kadang-kadang depa mix up terus (depa pakai pompuan tapi bela misai).  Memang ada okay.....mama i pernah cerita.

    Kita wanita Melesia hanya kenal dan sayang diri sendiri,  handbag and suami tercinta.  We donch care about-about benda-benda lain.  Entah bila kita akan 'wake up'.


  6. Why in the world nak menjemput Azwan Ali yang kononnya terperangkap dalam dunia pondan dan mengdeclare untuk SELAMAT JALAN KEPADA DUNIA PONDAN tapi kalau ampa baca setiap ayat dalam twitter dia..................ADALAH SATU PERTUNJUKAN SEORANG PONDAN TUA YANG TAK HAPPY DENGAN HIDUP NYA SENDIRI.  Ampa pernah follow dia kat Twitter?  Dulu akak duk 'layan' dia.  Tapi lama-lama tak tahan wehssssssssssssss.  Twitter dia penuh dengan carut yang tak berasas.  Semua orang dia nak HANJINGkan.  Maybe dia feeling "PEREZ HILTON" versi Melesia tapi...(terlalu sedih akak nak sambung ayat ini).

    Akak tak faham pasaipa dia nak kata dia menjadi mangsa dan terjerumus dalam dunia pondan.  Pasaipa nak salahkan pondan lain?  Kalau hang cukup jantan,  hang just be a man about it la bro.  Sendiri buat sendiri tanggung.  Tepuk dada tanya sendiri.  Hanya orang yang feeling pondan puaka saja yang akan menghanjing rata dan menyalahkan orang lain atas kesilapan yang dibuat sendiri.  Memang antara ciri-ciri tegar pondan ialah those yang suka play-play victim ni.  BENCILAH.

    Sudahkan pakcik Azwan,  sedihlah.  Dan please janganlah duk bangga - bangga dengan status 'pergi umrah dua kali'.  Itu antara u olls and Tuhan u olls. 
Akak rasa itu saja hujah yang akak nak sampaikan.  Jadilah insan yang lebih dinamik.  Hentilah untuk menunding jari ke sana ke sini,  mencari kelemahan dan membangkitkan rasa benci yang tidak ada jalan penyelesaiannya.  Bagi akak,  kita just focus kepada pencapaian diri sendiri kita.  Adakah kita spisyis orang yang mementingkan usaha untuk menjadi diri kita yang lebih baik untuk hari esok? Atau kita terus menjadi orang yang hanya mementingkan kelemahan dan kejatuhan orang lain sehingga diri kita sendiri tidak ke mana-mana?

Kepada u olls semua yang feeling-feeling Tuhan,  please janganlah nak tambah komen-komen mencaci akak kerana menyokong PONDAN.  Janganlah hina kami dan kata kami ahli neraka.  Semua itu kerja Tuhan.

Akak amik kata-kata bernas dari Mama Regina, "Mama tidak mahu berkata banyak.  Tunggulah sampai suatu hari apabila anak lelaki kamu sendiri lahir dengan naluri dan hati seperti mama."

Sekian. 

Jumie Samsudin - wanita yang telah dipondankan dan telahpun berkahwin.  KAU MAMPU!

    16 comments:

    1. pepagi masuk opis mengonline belog cik jumie sungguh merangsang minda untuk bekerja dengan penuh dedikasi, gayteewww teruskan perjuangan okeh, gud morning :)

      ReplyDelete
    2. U ollss dah lama tidak memberi komen di blog akak. Hope u can share my blog around today.

      ReplyDelete
    3. kami tengok rancangan tu dengan laki kami.
      walaupun kami tak punya ramai kawan nyah, tapi kami rasa sangat meluat dengan statement budak universiti itu.

      bercakap ikut suka hati macamlah dia tu baik sangat, ptuih!

      blog kak jumie banyak bukak mati kami pasai golongan nyah ni,
      sekian terima kasih.

      p/s : kena suruh depa pi layan cerita sutun.

      ReplyDelete
    4. jumie,akak setuju dgn pendapat anda.akak pun pelik pasai pa azwan ali tu tak nak bebaskan dirinya,keluar dari perangai yang keji itu.akak ada tengok gaya dia cakap di melodi,galaksi...macam dibuat2 cara cakapnya..akak pun ada rakan pak andam/maknyah di sekitar muar ni tapi diorang takdelah bermulut puaka begitu...hope kita boleh kupas lagi cite ni akan datang okeh...panjang beno aku tulis ni..kakmasyp

      ReplyDelete
    5. CP Hafiza : saya gembira sbb penulisan saya mmbuka minda u and suami. Hope dpt mulakan dalam keluarga CP Hafiza, didik anak2 supaya respect golongan cam 'kami'. Pondan juga manusia. Bukan semata-mata simbol seks and perampas. Laki orang.


      Kak mas : sabarr sabarrr.... Raya tahun depan mai la rumah mak mentua kami naaa :)

      ReplyDelete
    6. betoi..kami sokong!!!depa2 ni shuld bercampur dgn golongan2 'ahkak' ni then baru leh cakap.tak smua ahkak2 ni perampas laki org kot.sgt2 fakta bodoh!!!
      last word dari kami, DEPA2 NI KENA P TONTON FILEM KANCHANA TU!!! BARU DEPA TAU SUSAH CAMNA AHKAK2 NI NAK BANGUN KAN DIRI DEPA.BKN SMUA NAK CEKCUR JUAL 'CIKBUNGA' KAT JANTAN2 SONGSANG JA..
      hormat la sesama manusia.even depa TS ka apa ka,smua tu Hamba Allah gak..

      ReplyDelete
    7. Suka kata2 last mama tuh.
      Urm mende nih taboo dah, tiada kesudahan lebih2 lagi kalau orang keep on blaming without trying not to understand..
      penatlah.!
      yup yang si sajat whoever tuh, nampak uptodate tak sangka dia masih jumud kan di era cyber.. kesiann!
      yang AA (geli nak mention nama dia), perasan tak, dia actually dok tayang buku dia sebab nak promote buku dia tah hape2 tuh!

      Tahlah Jumie, penatlah nak mengadap mende2 nih.. U jer yang masih kuat nak bersuara, lain2 semua tak larat dah deknon!!!
      Tahniah Jumie membuka mata semua orang!

      ReplyDelete
    8. i mmg dari sekolah2 sampai dah kerja ni di kelilingi oleh mereka2 ini..mak ok jer..jgn kau caras laki aku..awasss

      ReplyDelete
    9. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete
    10. i watched that program. haha

      1- penampilan ahli psiko tu sgt tak menyedapkan mata memandang. 1st word from me . "ERGHH... APSAL DIA MCM PSIKO?"

      2- pengacara mcm dok berborak kat kantin makan. point kosong.

      3- budak pompuan tu, pergh.. KENYAKINAN TAHAP 800%. tp ble nk wt kesimpulan, dia bg pendapat yg contra dgn ape dia cakp mase awal pbincangan.

      4- azwan ali tu nk promote buku dia je. same2 la doakan dia mendapat hidayah dari Allah.

      5- tetamu khas, whi wt dia mcm patong- nk jawab soalan pn mcm susah sbb pengacara tanya soalan yg kurang jelas. aku dengar soalan pon tak paham. soalan pengacara mcm soalan borak kat kantin. main2. tak serius.

      6- selalunya hal2 gini,msti ade pakar motivasi yg ade background islamic. tp kali ni berbeza.

      7- PROGRAM APA KATA WANITA , zamzarina tv1 pn ade klua gak topik ni, tp meletops u ol..... diorang siap bg chance mak nyah joget miming lagu BEYONVE KAU!! haha cat walk kot. mase tu tetamu dia ngo sape ntah name dia. uish..muka dia garang. aku suka ar cara dia explain wlopn ade gak point ak xstuju. cara penyampaian beliau sgt menyakinkan n betol2 back up mak nyah. dia pagkat internasional.... tak la mcm azwan ali tu. xphm. hoho

      8- whi da kering idea kot. ngarot2 je. huhu tp aku ske klo diorang jempot ismail thamby. hahah

      ok tu je. hehe terkejut berok sbb PANJANG GILE ESEI ALAF 22 KAK JUMIE KALI NI.HAHA

      ReplyDelete
    11. hai kak.. terbace blog akak nie.. rase terdetik nk komen skali.. for me golongan pondan or mak nyah ni bukan ancaman.. tapi satu cabaran.. cabaran untuk same2 hebat seperti mereka.. masing2 ade kreativiti [merujuk pada mua] yang tersendiri.. maz pun akui seni yang dihasilkan tak sama dengan yang kaum wanita dapat beri.. tapi tak payahlah kondem gitu.. sama2 carik rezeki.. maz still boleyh terima if kawan2 maz ade yg berhati n perilaku lembut.. its not a big matter.. coz kawan dengan diorang ni lagi best dari kawan dengan perempuan hati busuk.. opppssss..!! terlebih pulak.. hihihi

      ReplyDelete
    12. kan.. mek sentap nok baca statement fatin si cikki tak perlu ittew.. faraj mek tertutup rapat2 sangat masa dengar si fatin feeling ustazah meroyan tak tentu pasal...koser.

      anyway, feel free to visit my blog kat SINI

      ReplyDelete
    13. kami adik2 ade hati dan perasaan.. jgn lakukan hal sedemikian hingga mbuat hati kami terguris dgn kata2 yang tidak beradab..

      ReplyDelete
    14. Betul Jumie, sebelum hari pembalasan pun manusia dok sebok nak menghukum manusia lain masuk neraka.

      ReplyDelete

    Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...