6.10.11

Kim Kardashian Wedding - Sembah Ratu 14 Step kat Marhayam Kita

Hello u olls semua. Seperti yang dijanjikan, akhirnya akak membuat jugak review untuk majlis perkahwinan Kim Kardashian. Bukan kekwat u olls, tapi sebenarnya akak menunggu sampai mendapat gambar-gambar yang betul-betul meletops dan jelas untuk tatapan u olls semua. Baru seronok nak membuat review u olls.

Dan akhirnya,  Daily Mail UK telah pun mengeluarkan gambar-gambar letops itu bersama all the details.  So haruslah akak nak share dengan u olls semua.  And seperti biasa,  u olls semua mesti nak tau akak pergi ke tak wedding tu.  Haruslah akak tak sempat pi u olls.  Masa tu kan bulan puasa.  Nak dekat malam tujuh likur gitu.  Depa kawen aidu-aidu pada 20 Ogos 2011.

So,  jom kita tengok all the pictures with all the komentari by Kak Merr. 


Kim K sedang bersiap.  Kalau dulu kakak dia Chloe pakai dress ala-ala duyung gitu,  so Kim K memilih dress kawen kembang ala-ala Senderela gitu.  Cantek.


Beberapa hari sebelum hari perkahwinan depa,  laki dia Kris Humphries telah membuat kejutan dengan memberikan satu rantai tangan bertatahkan berlian dengan dua bijik huruf K sempena nama depa dorang.  Harga dia mesti menangehhhhhhhhhhhh.



Ini ialah kasut-kasut Kim K yang dicipta khas oleh Giuseppe Zannoti.  Ada tiga pasang semuanya.  Setiap satu dipasangkan untuk setiap dress dan gaun yang diciptakan oleh Vera Wang untuk Kim K.  Menangeh okay.  Kita kawen pakai Vinsi dan Aldo saja.  Kalau ampa nak tengok details lagi bukak kat sini  :  http://kimkardashian.com/


Meletopskan make up depa.  Walaupun nampak floles.  Tapi ekceli mekap ni tebal tau u olls.  Nanti ampa tengok dalam gambar lain bila dia punya flash tak berapa banyak,  ampa akan nampak muka Kim K very the putih semacam.  Tapi takpa,  yang penting depa cantek sangat. 



Akak tak pasti berapa labuh dan berapa panjang veil and train untuk wedding dress Kim K ini.  Tapi yang penting,  Kim K telah menyediakan team bodyguard khas untuk menjaga kelestarian wedding dress nya itu.  Depa takut terkoyak ka apa semua.  KAU MAMPU????


Subang saja 5 juta USD.  Headpiece 10 juta USD. 



Aku tak tau la Kim K ni mandi bunga kat mana.  Celaka punya cantek dan berseri dia ni.  Nanti akak nak call dia tanya dia pi jumpa mak esah mana. 


Wedding dress yang menjadi bualan ramai by Vera Wang.  Memang I olls suka sangat.  Tang lace veil tu,  sangat nice.  Kalau dapat kat kita orang Melesia mesti dah gigih nak jahit manik sampai penuh kan! 



Adik Kim K,  Kourtney bersama suami dan anak depa.  Cantek sangat. 



Bapak tiri Kim K iaitu Bruce Jenner telah mengiringi beliau ke aisle.  Bapak kandung Kim K meninggal dunia pada tahun 2003 akibat kanser. 



Awat Bruce Jenner kuruih macam ni?  Nampak dia macam Sang Kancil. 



Seronok Kak Kim masa ni.  Haruslahhhh!  Yang penting dia very the berseri dan control ayu.  Pose-pose macam ni sangatlah Jumie Samsudin kan?  Tetap nak bok masuk nama aku. 




Tahu kah ampa iaitu Kim K berusia 31 tahun dan laki dia berusia 26 tahun iaitu sama umur dengan akak.  Sentappppppppppppppp dapat anak ikan muda.




Tahukah anda ketinggian Kris ialah 6 kaki 9 inchi. 



Beradik-beradik yang kelihatan cantek dan sedondon. 



Kris Jenner bersama-sama dengan anak-anak  pompuan dia yang dah besak iaitu Kylie and Kendall.  Menangeh tengok reben besar kat dada mak depa.


Kim K memang sengaja memastikan semua bridesmaid memakai dress kembang guyung yang sama.  Takpalah elok u olls.  Cuma akak tak berapa suka bila kakak ipar Kim K pakai,  dia yang paling kanan dan paling agam sekali.  Tak sesuai la.  Tapi yang penting kakak dia walaupun agam tapi cantek ya. 





Kesimpulannya,  wedding ini memang cantek dan meletops.  Sangatlah KIM KARDASHIAN.  Sangatlah seperti yang dijangkakan,  meletops sana sini tapi tetap sofistikated dan class.  Tahniah untuk ampa berdua.  nanti kita lawan sapa mengandung dulu.  Boleh?

Semua gambar adalah ehsan :  Dailymail.co.uk

12 comments:

  1. thks jumie sebab publish artikel pasai kim kardashian nye fairytale wedding :)....cantik sgt!
    bdw, Kourtney bukan adik kim tapi kakak sulung kim n khloe ialah adik kim....:))

    ReplyDelete
  2. Hai intan yang lani pakai iphone so kita jarang bbm :) HAHAHAHA.....thanks. Satgi kami buat pembetulan.

    Kami memang duk tunggu depa keluarkan gambar yang jelas untuk buat review :)

    ReplyDelete
  3. thanx jumie for publish review yg paling the vass.. suka sgt kt adik beradik depa nie..

    ReplyDelete
  4. yess..dress vera wang yg sgt2 cantik meletopsss dan yg pasti kevavooommm!!!!err..bkn ada penantin mesia yg pakai dress vera wang jugak keh?muahahaahha..tettttt..!! #matilah

    ReplyDelete
  5. tunggu selasa minggu depan...712 tunjuk pkahwinan kim k n kris dlm keeping up with the kardashian...

    ReplyDelete
  6. ampa semua meletops naa....aku cerita pasai kawen kawen gossip semua merembu mai komen. semalam cerita pasai keldai keldai ampa semua sengap!

    ReplyDelete
  7. ohh teruja tengok headpiece dengan gelang diamond dengan K charms tu..pengsannn. lace veil pun best habis.

    ReplyDelete
  8. hahaha.patutla baju vera wang yg smpi kat memey sgt pendek..abis suma ken depa buat baju kim rupanya!! :D

    ReplyDelete
  9. Adik2 Kim yang pompuan tu hotness siot!

    ReplyDelete
  10. HAH!! Baju memey singkat kaaaa????? Feeling la dia tu.

    Tapi apa pun statements Mrs Ariff sangat meletops. HAHAHA

    ReplyDelete
  11. Oh no!!! I just knew that jumie d vas adalah sebaya dgn i olls.. Kita sebaya & my hubby pun sebaya laki Kim K..kira anak ikan jugak~

    ReplyDelete
  12. memangehhh makan hati yerrr!!!
    inilah namanya majlis kawen yang grand!! tak perlu propah lebih yg penting cantik
    dari 12juta tapi hado baik tak payah!!

    P/S: Jumie kanan dengan kiri dah tak kenal lagi ek? popuan agak tuh bukan duk kat kiri ker Jumie?

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...