13.10.11

Kos Sebenar Sebuah Pelamin

Hello u olls semua.  Hari ini akak ingin mengajak u olls semua untuk berbincang and berkongsi pendapat mengenai satu topik yang diminta oleh beberapa rakan akak yang mengusahakan perniagaan 'wedding planner' dan segala maknena persiapan dekorasi perkahwinan yang lain.  They olls memberikan akak beberapa buah fikiran dan meminta agar akak mengolah perkara ini agar u olls diluar sana yakni para pelanggan yang budiman dan bijaksana dapat membuka mata dan hati mengenai perkara ini.

Mereka (rakan-rakan) akak yang membuat perniagaan dekorasi perkahwinan ini sering menghadapi masalah dengan para pelanggan yang suka meminta diskaun dan harga spesyel dalam urusan menetapkan harga pelamin dan kotesyen untuk dekorasi-dekorasi yang lain.  Tidak salah untuk meminta diskaun u olls,  tapi pada masa yang sama,  kita sebagai pelanggan haruslah bersikap bijaksana dan meng-konsider beberapa perkara sebelum u olls secara membabi buta meminta harga yang bukan saja tak munasabah langsung malah mengundang kemarahan di hati si wedding planner.


So hari ini,  akak ingin menceritakan dan berkongsi dengan u olls semua tentang kos dan harga sebenar sebuah pelamin.  Dengan ini akak harap di masa hadapan para pelanggan semua tidak suka - suki meminta diskaun yang tidak munasabah dengan para wedding planner.  Costing yang akak sediakan ini adalah berdasarkan kadar harga standard di Pulau Pinang.  Caj buruh dan kos-kos lain adalah berbeza mengikut negeri-negeri lain ya puan-puan semua.


Contoh mini pelamin by MINI PELAMIN BY CHENTA CONCEPTS.

click read more



Harga-harga pelamin dan mini pelamin di Pulau Pinang setahu akak adalah daripada RM550 - RM1800 dan ke atas mengikut jenis design,  lokasi,  size dan lain-lain lagi.  Kos-kos asas yang terlibat dalam menentukan harga upah dekorasi sesebuah pelamin adalah seperti berikut  :

  1. Pengangkutan (Lori angkat barang and Lori angkat staff) (RM200-RM500)
    Untuk pengetahuan u olls,  kos pengangkutan barangan adalah kos yang paling krusyel dalam sesuatu produksi pelamin.  Bergantung kepada barangan yang digunakan untuk menyediakan satu pelamin,  kebiasaan wedding planner menggunakan khidmat sewa lori dan pemandu untuk mengangkat barang dari stor ke lokasi pelamin. 

    Kebiasaannya wedding planner menggunakan lori 2 tan untuk mengangkut barang-barangan ini kerana barang pelamin semuanya bersaiz gajah ya puan-puan sekalian.  Ikut kadar jarak antara stor dan pelamin u olls,  so harga kos penghantaran adalah bermula dari RM200 - RM500 (dua kali trip).

    Melainkan u olls punya mini pelamin dan barang-barang yang dikaut hanya menggunakan kereta ataupun mini van,  then kos penghantaran adalah lebih sedikit.


  2. Staff yang memasang dan membuka pelamin (Upah and Makan) (RM80 - RM100 per staff)
    Pelamin tak akan siap dengan hanya 1 orang staf!  So hang ingat ini mejik show ka?  Sekurang-kurangnya untuk menyiapkan pelamin kena ada at least 5 orang staff.  Seorang staff dibayar dari RM80 hingga RM100 untuk sekali kerja pasang pelamin yang mengambil masa lebih kurang 2-3 jam.  Kalau nak buka pelamin pula (after kenduri),  staff yang sama diperlukan dan bayaran yang kurang sikit maybe dalam RM50 seorang.  So kat sini u olls boleh tengok sendiri,  berapa kos yang diperlukan untuk bayar staff buat kerja saja.

    RM80+RM50 = RM650

    Kos ini tidak termasuk kos makan minum untuk customer.  Sebagai majikan yang prihatin,  depa tak boleh suka suki mai tengok staff buat kerja melenggang saja okay.  Makan perlu disediakan lepas kerja selesai.  Lazimnya majikan akan bawak all the staff pergi makan di mamak dan sebagainya.  Pastu during kerja air mineral botol and paling lekeh air teh ais bungkus perlu disediakan oleh majikan ya.  Semua tu ONGKOS u olls.  Selain itu,  ada juga wedding planner yang terpaksa menyediakan pengangkutan untuk para pekerja sambilannya ini untuk berangkat dari kedai ke lokasi membuat pelamin.  Sebab tak semua pekerja ada transport sendiri. 


    Lagi agam sesuatu pelamin itu,  lebih ramailah pekerja yang diperlukan.  Oleh itu,  kalau u olls feeling anak Tan Sri Nasa tapi hakikat tidak mampu untuk mem'bayar',  better takpayah u olls.  Lagipun tak baik membazir.  Pelamin by - Hassan Abu Bakar Wedding Couture


  3. Maintainace (Kain-kain and backdrop perlu di iron dan dicuci) RM200-RM300
    Bergantung kepada size pelamin u olls,  setiap kain yang dipakai untuk membuat pelamin tu akan dibasuh selepas dipakai.  Kita hantar dobi u olls.  Yelah,  kita kena cuci bersih semua bekas-bekas kasut pijak-pihak and also kesan air mawar semuanya.  Tak termasuk lagi ada yang bagi tumpah air sirap dan lain-lain lagi. 

    Selain itu,  ampa pasan tak?  Kedai-kedai pengantin yang menitik beratkan kualiti barangan depa,  depa akan balut dengan pelastik setiap kali mereka habis pakai barang dan sebelum dimasukkan ke dalam  stor.  Ini bagi mengelakkan kecalaran semasa proses angkat-angkat barang.  Ampa ingat plastik wrapper tu semua dapat percuma ka?  Haa tu semua pakai duit yaaaaa!

  1. Bunga (artificial atau fresh) (Anggaran dari RM400-RM600)
    SEMUA PELAMINNNNNNNNNNN NAK PAKAI BUNGA.  Kalau bunga-bunga yang u olls request tu memang ada dalam koleksi wedding planner takpa.  Kalau u olls nak ambik bunga baru (artificial) mestilah melibatkan caj tambahan 40-50% daripada harga sebenar bunga itu.  Bunga tipu pun bukan murah-murah u olls.

    Kalau u olls nak bunga hidup lagilah mahallll

    Bunga artificial pun tidak boleh dipakai lama-lama.  Sampai certain period,  wedding planner kena beli baru dan tukar koleksi bunganya agar tidak kelihatan old fesyen and yang paling penting bunga itu nampak 'baru' olwesssssssssss!


  2. Extra Details(tambahan perkara mengikut situasi seperti lokasi,  design baru dan sebagainya)
    Yang ini bergantung kepada u olls.  Sekarang ni kan u olls feeling-feeling nak pelamin macam-macam design,  ala-ala arab la,  ala-ala mahligai Shah Jahan dan macam-macam lagi.  So details dan butiran seperti sangkar burung,  tiang roman,  kerusi Dr.  Cendawan dan macam-macam details lain memerlukan rujukan kos tambahan.  Of cozlah,  si wedding planner tak akan caj u 100% dari harga sebenar,  tapi sebab u olls orang pertama and dia nak kena tempah baru apa bagai,  so at least mesti dia caj 40% tambahan ke quotation asal u olls itu.
Details seperti bantal-bantal macam ini tidak turun dari langit ya puan-puan bakal pengantin sekalian,  semua ini haruslah dibeli.  Semua ini adalah mengikut keperluan jenis tema pelamin yang ingin digubah.


CONTOH BUTIRAN KOS PELAMIN



    Lokasi pelamin  :  Dewan Sri Pinang,  Penang
    Lokasi stor  :  Jalan Penang,  Penang

    + Kos pengangkutan lori (lori 2 tan dan dua orang pekerja ) = RM300
    + upah pasang dan buka pelamin (8 orang pekerja) RM80 + RM50 = (RM1040)
    + maintainance = RM300
    + extra details = RM 200

    Kos terlibat  =  RM1840

    U olls.  Ini tidak termasuk caj untung yang disediakan oleh akak berdasarkan rujukan kepada beberapa rakan wedding planner yang akak kenali di Penang ya.  Ini saja sudah mencapai RM1840.  Of coz,  wedding planner akan masukkan caj tambahan sebegai untung antara 30% ke 40% bergantung kepada wedding planner.  Sebab dia pun nak kena pikir balik,  kot mana pun dia kena make sure semua untung dia bulan yang berkenaan dapat melepaskan semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kos-kos maintainances kedai-kedai,  butik yang dibawah pengurusan beliau termasuk bil api dan air,  bayar gaji pekerja tetap dan lain-lain perkara lagi.  U olls juga kena tau,  selain menjaga kedai itu,  depa juga ada bil telefon,  hutang kereta dan membeli berus gigi dan shampu setiap bulan ya.  Itu semua kos-kos hakiki beliau setiap bulan.

    Itu sahaja yang dapat akak ulas mengenai perkara ini.  Akak harap dengan adanya artikel ini,  u olls semua dapat educate rakan-rakan dan saudara -mara u olls agar bersikap wajar ketika membuat urusan tetap harga sesuatu pelamin atau apa-apa dekorasi pelamin.


    Kos hidup memang semakin tinggi.  Kereta dan lori yang menggerakkan segala barang bukan menggunakan tongkat Heri Potter ya puan-puan semua.  Malah upah pekerja yang buat pelamin tu,  u olls kena pikir la takkan kerja berat susah-susah u olls ekpeks bayar RM10-RM15 saja kat setiap pekerja itu?  Depa pun ada maruah u olls.  Lagipun kerja pelamin -pelamin ni memang memenatkan.

    Hope lepas ini tiada lagi yang feeling "Kami nak pelamin macam Jumie Samsudin tapi bajet kami RM500 saja,"  SILA BUAT PELAMIN SENDIRI.

    12 comments:

    1. betoi2...cik jumie..saya setuju dengan apa yang cik jumie utarakan....semua nak klass..tapi bila nak bayaq...nak murah2...im iefa

      ReplyDelete
    2. yup betol.
      apapon pelamin ang mmg meletop!

      ReplyDelete
    3. Ohhh baru kami tau gini kosnya. Kami dok ingat, depa charge upah lori & untung ja sebab ingat benda2 deko tu dah sedia ada & pekerja tak yah bayar upah sebab dah masuk dalam gaji bulan2.

      Tapi bagi kami la kan, yang wedding planner pun jangan la tanya bajet berapa. Sebab kalau tanya camtu, mesti yang mintak kotesyen bagi harga semurah habis. Sebab orang2 macam kami ni mana la reti kira kos2, bahan2 ni semua, tak reti nak bajet. Kan senang kalau depa bagitau direct harga pelamin berdasarkan gambar yang customer bagi tu berapa harga. Pastu terpulang kat customer nak engage vendor tu ke tak. Kalau tanya bajet berapa, payah skit la sebab rasanya ramai ada pelamin impian tapi masalahnya tak tahu macam mana nak bajet & perkiraan kos vendor.

      Err..paham tak ni akmi tulis?

      ReplyDelete
    4. Its okay, hope ampa now lebih faham. Pekerja tetap maybe dalam 1-2 orang saja yang jaga kedai. Selalunya budak-budak buat pelamin ni depa source out amik orang biasa yang minat dan ada kemahiran teknikal yang berkenaan.

      Kami faham apa ampa maksudkan. Tapi tujuan kami tulis artikel ni sebab setengah orang tak faham and depa sesuka hati mintak bajet yang kurang tapi nak pelamin yang BEDEVASSSSSSSSSS :)

      Jadilah pengguna yang bijak betui tak?

      ReplyDelete
    5. panjang nya kak. xlarat nak baca. but kena baca. so sy save dlu dan nk copy n share yek? thanks

      ReplyDelete
    6. i agree dear...simple answer from me CT D@amor....ermmm boleh klu nak yg grand n mletopss dgn nilai
      1k tapi mao tau laaa nak bayaq no RM..RM but DOLAR mariii ...so baru korang tau nilai sebenar kan.....senang kan bodo sombong namanya.. mampu klu buat.. bukan klass sgt pn....ingat pe klu rasa teringin hat grand tp x mamupu pi cari seponsorr klu rasa keless la....



      bak kata raja farah dlm iklan beras dlm tv..sebutir beras ibarat setitik peluh petani

      setitik peluh wedding planner bak sepenuh hati mengideakan ilham u know....


      sekian..

      ReplyDelete
    7. yeahhh, sy juga setuju dengan artikel ni ...

      ReplyDelete
    8. hehe...sgt setuju dgn artikel ni...
      ai loikeeeeee ;)
      mohon share ye :)

      ReplyDelete
    9. MOHON SHARE!!! BARU AMPA SEMUA TAU...MINI PELAMIN AMPA MINTA RN450 TP AMPA NAK BUNGA BARU KELILING, TEMA ALA ARAB BAGAI..LOCATION PLAK NUN JAUH DI HUJUNG DUNIA...WAHHHHHHHHHHH KELESS U OLS MINTA REPEK2..:) NK FEELING2 IRMA...TP BUDGET CIPUT MCM NE NAK TOLONG??

      ReplyDelete

    Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...