31.10.11

Kostum Parti Halloween Heidi Klum Yang Ekstravanga Malatops

U olls semua.  Hari ini 31 Oktober 2011 adalah hari Halloween.  Ampa tau tak apa itu Halloween?  Pesta Halloween orang putih ialah hari sembahyang hantu (Hungry Ghost Festivals) macam orang Cina kat Melesia.  Tapi depa tak sembahyang hantu macam orang Cina,  depa punya perayaan nanti pakai baju beragam,  pastu ukir labu buh depan rumah,  pastu budak-budak yang pakai baju beragam ni akan pi ketuk rumah jiran tetangga semua untuk kutip cokelat depa panggil "trick or treat".  Ala,  u olls mesti tau punya ada banyak dalam movie-movie orang putih.  Depa percaya masa 31 Oktober tu la semua hantu-hantu akan keluar.

Dulu kawan baik akak nama dia Intan,  dia cerita masa dia kecik-kecik dia duduk UK sebab bapak dia duk buat PhD lagi tak habis.  Bila mai hari Halloween depa akan duduk dalam rumah diam-diam.  Depa tak raikan benda ni sebab kita orang Islam. Tapi budak budak mat saleh ni jahat gilaaa.  Depa nanti ketuk rumah kawan akak tu,  pastu depa mintak cokelat.  Bila bapak Intan eksplen kata depa tak selebret Halloween,  teruih budak tu tanya,  "Is that your car?" 

Korang ajak betui....depa nak ugut la.  Kalau tak mau bagi cokelat atau duit,  depa nak bagi rosak kereta bapak Intan.  HUH!  Sesungguhnya budak itu sangat kejam.

Tapi kakak I olls,  si Julie Samsudin tu masa dia stadi kat US akak rasa tiap-tiap tahun dia akan meraikan Halloween dengan kawan-kawan dia.  Mekap zombie je la akak rasa tengok album dia dulu.  Pastu ukir-ukir labu.  Sebab dia duduk dengan bapak angkat we olls,  Pak Dick tu Kristian.  Sah-sahla macam layan jer apa perayaan pun depa sambut. 

Okay,  hari ini akak nak cerita pasai Parti Halloween Heidi Klum yang merupakan parti Halloween yang paling meletops dan paling ditunggu-tunggu di Hollywood.  Banyak kelab-kelab atau restaurants berlumba-lumba untuk menaja party Halloween Heidi Klum ini sebab dia akan jemput all the kawan-kawan selebriti dia and semua media akan mai dan mengpromotkan tempat hang.

Tahun ini 2011 ialah tahun ke 12 untuk Heidi Klum membuat parti Halloweennya itu.  So mari kita tengok 11 kostum-kostum beliau yang sangat meletops.  Sesungguhnya pompuan ini sangat ting tong!


2000
Party pertama bermula tahun 2000.  Masa ini buat pertama kali Heidi Klum tampil dengan baju gaun pendek bertemakan gothic.  Pompuan yang selalu membawa imej gadis-gadis cantek diraja ini tiba-tiba bertukar menjadi wanita misteri yang penuh kehitaman.  Kerlassssssss.


2001

Tahun berikutnya pompuan ini tampil dengan imej Lady Godiva.  Siap dengan rambut blond panjang mengurai dan naik kuda lagi.  NASIB BAIK DIA TAK TELANJANG TERUIH.  Sebab Lady Godiva ikut cerita lajenda dia naik kuda pusing negeri sebab suami dia yang kejam telah menindas orang-orang susah yang menyewa rumah-rumah depa.  Tak tau sangat cerita ni.  Akak pun baca Google.  Ampa bacalah sendiri.  (Beyonce pun naik kuda and rambut panjang macam ni dalam video clip RUN THE WORLD).


2002
Yang ni paling cute sekali.  Untuk tahun 2002,  pompuan ini muncul sebagai watak Betty Boop cartun seksi yang bertubuh mugil,  seksi dan berambut ropol-ropol pendek.  Siap make up tang mata tu la meletops,  bulu mata bawah and eye shadow tu memang  betui betui Betty Boop!



2003
Pada tahun berikutnya,  Puan Klum muncul dengan baju ala-ala futuristik tapi colour gold.  Merletops.  Ini kalau akak pakai kostume ni aiiiyooooo meletops semua gunung-gunung berapi kat Indonesia and Filipina. 

2004
Tahun 2004,  dia jadi POMPUAN SIHIR MERAH.  Siap dengan penyapu dan tengkorak duk kok-koh kat belakang dia. 


2005
Tahun 2005 Heidi tampil dengan tema baju "Pengantin Pompuan Frankenstein,"  Ampa rasa kalau cicak jatuh dalam rambut dia tu boleh tak carik jalan keluar?  Sadis ok.


2006
Masa ni pompuan ni tengah sarat mengandung.  Tapi dia tetap feeling nak ver-ver walaupun mengandung,  so dia cipta kostume bagi dia jadi bentuk apel yang sedang di gigit oleh ulat.  HAHAHAHA.....


2007
Untuk tahun 2007,  pompuan gila ini kembali hotness lepas setel beranak-beranak semua dengan mengposing dengan kostum "SEKSI KET".  Deni sajaaaa nak menunjuk body dia yang hot.  Kat rantai leher dia,  dia tulis "Kalau kucing ini hilang,  sila bagi kat Seal,"  Seal tu nama laki dia.  Cute kan deni?


2008
Ini antara kostum yang paling kontroversi.  Beliau menjadi memakai kostum yang tiru tuhan rupa bentuk tuhan untuk agama Hindu iaitu Kali.  Mai tengok the real God Kali kat sini : Goddess Kali.    Memang ramai wakil-wakil persatuan Agama Hindu kat Amerika berang dengan pompuan tingtong ni.  Yalah,  suka suka hati dia dressap macam ni untuk upacara suka suki sedangkan figura ini adalah sangat suci untuk penganut agama Hindu.  Sabar jer la u olls.  Depa ni memang lagu ni,  dah maju sangat sampai dah tak tau perbezaan bahawa benda yang remeh bagi diri kita maybe tidak remeh untuk orang lain.  Begitu juga sebaliknya. 
2009
Tahun 2009 Heidi and Seal yang tingtong ini tampil dengan tema "PASANGAN GAGAK HITAM."  Mangkarrr betui.


2010
Tahun 2010,  Kak Heidi muncul dengan baju ala-ala robot pelik warna merah dan ungu.  Pelik akak tengok sangat.  Pastu siap letak ekstensyen kat kaki dia supaya dia nampak tinggi luar biasa.



Untuk tahun 2011,  kita tak tau la apa pompuan ni nak pakai.  Yang penting melalui Google sana sini,  akak dapat sneak preview untuk Halloween costume pompuan gila ni.  Dari gambar di bawah nampaknya macam dia nak jadi monyet. 

MEMANG ELLLLLOOOKK SANGATTT LAAAAA JADI LAGU NI!!

4 comments:

  1. Heidi Klum ni kalau bab costume HAlloween mmg verver sangat! Tapi sukaaa. Hehe.

    Jumie, kalau hampa nak pakai costume HAllowwen, hampa nak jadi apa?

    ReplyDelete
  2. tahun nih die [akai yang nih.. http://blogserius.blogspot.com/2011/10/serius-kreatif-kostum-halloween-heidi.html

    ReplyDelete
  3. Thanks u olls. Minggu depan kami akan publish artikel baju baju holloween yang gila semua kami kutip dari tweet tweet orang satu dunia.

    Then kami nak buat artikel baju halloween artis holiwood.

    and kalau kami meraikan halloween, kami nak pakai.....BAJU BEYONCE MENGANDUNG MASA VMA2011!

    hahahaha

    ReplyDelete
  4. pompuan nih giler tapi dia memang creative dan think out of box, Lady Gaga pun kalah kan! tapi Betty Boops tuh paling buruk sebab cam pondan drag!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...