24.10.11

Majlis Perkahwinan Raja Bhutan Yang Penuh Warna Warni

Pertama kali akak membaca tentang artikel-artikel dan juga melihat gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan anak raja Bhutan ini,  barulah akak tau bahawa Nepal,  Bhutan dan Tibet adalah negara-negara dan negeri yang berbeza.  HO HO HO BODOHNYA AKU INI.  (MEMANG PUN).

Nepal ada sebuah negara.  Begitu juga Bhutan.  Tibet pula adalah salah satu daerah besar di negara China.  Tapi lokasi depa ni semua dekat-dekat dengan Banjaran Himalayas di mana terletaknya gunung tertinggi di dunia iaitu gunung Everest.

Hari ini,  akak nak tunjuk gambar-gambar perkahwinan raja Bhutan iaitu Jigme Khesar Namgyel Wangchuck dan wanita pilihan hatinya iaitu Jetsun Pema. 



Perkahwinan diraja ini berlangsung di Punakha and the royal couple pun pergi melawat rakyat jelata dari satu daerah ke satu daerah.  Dan akhirnya,  depa dua diberikan mahkota rasmi sebagai lambang perkahwinan depa dan Jetsun Pema yang hotz ini secara sahnya ditabalkan menjadi permaisuri Bhutan dengan gelaran Druk Gyal-tsuen yang bermaksud Permaisuri Naga.     Fuiiiiiiichiooo.....sebagai wanita yang dilahirkan dalam tahun lembu (1985) akak rasa seriau mendengarnya. 

Sedikit mengenai Raja Bhutan ini,  dia telah memulakan adat baru dalam pemerintahan baginda iaitu dia takmau teruskan cara berpoligami seperti ayahanda and tokanda nya dulu-dulu.  Bukan sebab Ratu Naga ni hotz tapi sebab dia nak buat perubahan budaya dalam kerajaan dia.  Actually Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck ini ada Oxford graduates ya puan-puan sekalian.  Sebab itu dia bawa banyak pembaharuan dalam kerajaan dia sebab dia adalah seorang yang educated.  Antara perkara yang di buat oleh raja berjiwa rakyat ini ialah dia mengharuskan rakyat depa pakai baju kebagsaan tau,  pastu menghadkan jumlah kemasukan pelancong untuk masuk ke Bhutan untuk memelihara dan memulihara kecantikan semulajadi di negara mereka. 



Tengok lagi kat bawah  :)




Kalau ampa nak tau,  Queen Jetsun Pema ini dilahirkan pada tahun 1990.  Ini bermakna,  dia sama umur dengan sebahagian setudent-setudent yang aku duk jaga di School of Social Science USM iaitu berumur 21 tahun.  Fuuiyyooo.  Baru boleh masuk disco secara legal.


King Gesar adalah anak raja lelaki sulong dalam royal family Wangchuck manakala Queen Jetsun memang berdarah bangsawan.  Depa mula-mula bertemu dalam satu royal family picnic.  Pertama kali King Gesar jumpa Queen Jetsun,  dia terus meletut dan kata kat Queen Jetsun "Bila hang dah besar,  dan aku tak kawen lagi,  dan hang tak kawen lagi....aku akan kahwin dengan hang,"  Feeling sangat.  Tapi masa tu King Gesar berumur 17 tahun dan Queen Jetsun berumur 7 tahun.  Sedikit weird tapi mana tau u olls,  benda-benda gurauan menjadi kenyataan. 


Royal public kiss bak Kate and William u olls. 




























Meletops kasut depa.  Ala-ala Alexander McQueen gitu.







ps/  Kalau permaisuri cantek and stylo macam ni,  mesti reputasi negara depa akan cepat naik and dapat bantu banyak hal dalam ekonomi negara depa. 

5 comments:

  1. cantik r kaler baju dia cam ijau2 tuh..

    ReplyDelete
  2. memang cantik kasut permaisuri naga tu... i like... :)

    ReplyDelete
  3. bhutan tu dlm negara mana? kna cari dlm peta :D

    ReplyDelete
  4. Hahhahaha siti hang lagi teruk dari aku!!!!

    ReplyDelete
  5. sumpah lawa... iras iras muka model mati kena letop tuh.. altantuya dair mongolia. jumie.. mongolia adalah satu negara yang lain tau? hahahhaha

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...