Sumbangan untuk Anak Anak Rohingya






Assalamualaikum u olls semua,

Semuanya bermula apabila Prof Zam menjemput aku menjadi pengacara majlis merangkap penyanyi selingan untuk Konsert Perdamaian USM pada September 2013 yang lalu. Datuk Ramli Sarip, bapa ROCK MALAYSIA dijemput sebagai penyanyi utama. Konsert yang diadakan di Dewan Budaya USM ini terbuka kepada orang ramai dan tiket adalah percuma. Terdapat pelbagai pengisian sepanjang konsert itu yang merupakan sebahagian daripada Peace Week USM. Aku sangat bertuah kerana pada malam itu juga, aku berpeluang untuk berduet dengan Datuk Ramli Sarip secara akustik. YEHA! Read here : THE USM Peace Week 2013 dengan tema "Peace is Our Culture" : Pengalaman Menyanyi Dengan Ramli Sarip

Okay, dah tersasar sikit daripada cerita utama. Pada malam konsert itu juga, pihak penganjur turut menjemput beberapa anak pelarian Rohingya untuk membuat persembahan nasyid. So, Kak Ina (pembantu Prof. Zam) menyerahkan budak-budak ni kat aku masa di back stage.

”Jumie, hang tolongla depa suruh prektis nyanyi dulu sebelum naik pentas. And bagitau and ajak depa satgi nak buat macam mana”

5 orang anak Rohingya join aku di bilik persalinan. Depa berpakaian biasa, sedikit lusuh. Yang lelaki pakai seluar dengan T shirt atau baju kemeja dan bersongkok, manakala yang perempuan berbaju kurung dan bertudung. Kalau anak-anak kita, pakat nak naik pentas, mesti dah berbling-bling baju kan?

Depa mudah mesra dengan aku. Selepas depa dah faham apa nak kena buat bila aku jemput depa naik pentas nanti, aku pun melayan kerenah depa. Si Jamaluddin yang paling heboh sekali. Dia sibuk suruh aku amik gambar dia menggunakan camera telefon. Posing mengalahkan guru silat, silang panggung atas kerusi. Dia seronok tengok gambar dia sendiri dalam camera phone aku. Yang perempuan, bernama Sabikanur turut ambil kesempatan. Dia posing 1 Malaysia, sambil jari telunjuk di tuju ke atas. Aku duk terbayang kenangan dengan depa lagi.

Itu setahun yang lalu, tahun ini sekitar Julai 2014, Kak Ina jemput aku untuk menghadiri majlis perasmian Sekolah Damai. Sekolah yang ditubuhkan atas inisiatif kemanusiaan oleh Unit Penyelidikan dan Pendidikan untuk Perdamaian (REPUSM a.k.a Peace Unit USM) dengan kerjasama dari Kelab Perdamaian Universiti Sains Malaysia (KeDAMAI-USM) dan Rohingya Society Malaysia (RSM) bagi membantu anak-anak pelarian terutamanya Rohingya bagi mendapatkan asas pendidikan.

“Kak Ina....sorry. I busy tak boleh nak singgah pi kat program U,” majlis perasmian diadakan pada waktu kerja. So I tak sempat la nak pi.

“Takpa Kak Ina, nanti Jumie cari masa, Jumie pi sendiri sekolah tu. Bawak makanan ka apa apa la. Nanti Jumie buat review bubuh dalam blog. Kita boleh warwarkan kepada orang awam,” kata aku lagi.

Ting tong tiang. Cepat masa berlalu, nenjia pada 10 Disember 2014 yang lalu barulah aku berkesempatan untuk melawat Sekolah Damai. Pada hari istimewa itu, aku bawak Kak Eder (my mother) untuk bersama melawat Sekolah Damai.

Sekolah ini telah didaftarkan dibawah UNHCR (United Nation High Commissioner for Refugees), bahagian pendidikan. Pelajar-pelajar ini juga telah didaftarkan di bawah UNHCR di Kuala Lumpur. Bermula dengan sekolah hujung minggu dengan dibantu oleh pelajar-pelajar kelab Perdamaian USM (KeDAMAI-USM), kini sekolah tersebut telah dibuka sebagai sekolah harian dari Isnin hingga Jumaat dengan menempatkan seramai 60 orang pelajar dengan dibantu oleh 3 orang guru sepenuh masa. Atas permintaan, jumlah pelajar akan ditambah sehingga 120 orang pada tahun hadapan. Buat masa ini, operasi sekolah ini dibiayai sepenuhnya oleh rakan-rakan dan orang luar yang bermurah hati membantu dalam aktiviti kemasyarakatan ini.

Kami tiba lebih kurang 10 pagi, ditemani oleh Faiz and Naim, rakan pelajar USM yang rapat dengan aku. Depa yang tunjuk jalan. Setibanya kami di Sekolah Damai, kami disambut oleh beberapa pelajar dari KeDAMAI-USM.


Sibuk kami mengangkat makanan dan hadiah masuk ke dalam sekolah yang merupakan sebuah rumah 2 tingkat, si anak-anak pelajar yang tadi belajar tiba-tiba jadi eksaited. Mereka berlari-lari, menjerit-jerit dan melompat-lompat. Cikgu-cikgu terpaksa mengawal pergerakan anak-anak ini semua. Kak Ina pula dah macam cikgu besaq, dia yang paling garang sekali.


”Jumie...sorryla depa bising sikit. Selalu depa behave. Maybe hari ni sebab ampa mai kot. Depa eksaited lebih,”


Semua pelajar diminta berkumpul dan membuat bulatan, aku memang tak ada apa-apa perancangan pun. Ikut jer apa yang Kak Ina nak buat.


”Murid-murid, hari ini kita ada tetamu iaitu Aunty Jumie and Nenek Eder, depa bawak makanan untuk kita semua dan juga hadiah. Cikgu tengok cupcakes pun ada. Baiklah, sebelum kita semua makan, cikgu nak jemput Nenek Eder untuk bagi sepatah dua kata,” tiba-tiba Kak Ina suruh mak I bagi ucapan.


Cupcake yang sedap dari Rina's Bake With Love





Mak I terkedu, pastu dia kalih kat aku “Jumie....Mak tak boleh cakap...satgi mak nak nangeh,” bahagian atas mulut mak aku mula nak jadi panjang sebab tahan menangis. Apala punya turr. So I pun bercakaplah.


”Assalamualaikum murid-murid semua. Terima kasih semua kerana sudi menjemput kami ke sekolah kamu semua hari ini. Bersempena dengan itu, Aunty ada berita gembira untuk semua, Aunty bawak nasik dengan ayam masak kurma. Kawan Aunty masak...sedappp....” aku nampak muka budak budak tu duk eksaited. Ada yang duk goncang badan kawan depa kat sebelah sebab seronok.


”Aunty juga bawak hadiah untuk semua, ada alatulis, pencil box dan buku. Bila kamu semua dah dapat hadiah, Aunty nak kamu semua belajar rajin-rajin dan dengar cakap cikgu. Tadi Aunty tengok semua orang tak tau duduk diam. Tak dengar cakap cikgu. Lepas ni, kalau kamu nakal, cikgu-cikgu kamu akan report kat Aunty...lepas ni Aunty tak mau datang sini dah,” gituuu akak membuat ucapan ala-ala Cikgu Sekolah Rendah di hadapan perhimpunan. Suasana riuh dalam kalangan pelajar-pelajar semua. Ada yang buat muka-muka macam takut reaksi kepada peringatan garang I. Comels sungguh depa ni.


Sesi memberi ucapan ala-ala cikgu sekolah.







Selepas beratur, kami pun mengagihkan hadiah-hadiah kepada para pelajar. Setiap pelajar yang nak ambil hadiah, aku tanya “Nak pencil box colour apa?” sajalah bagi depa seronok boleh pilih. Hati aku tersentuh bila seorang tu kata kat aku “Cikgu...cikgu...terima kasih!! Saya punya pensel memang sudah pendek,” dia tunjuk ukuran penselnya menggunakan jari. Aku macam nak menangis. Tapi aku sambung buat lawak kat dia “Haa...kamu dapat pensel baru jangan duk gerumit (sharpen) banyak-banyak. Nanti pendek lagi cikgu tak bagi dah,” budak itu tersengeh dan berlalu.

Berpeluh-peluh I olls dan Faiz duk membagi hadiah. Habis dah semua rambut blow kepok-kepok semua. LOL



Masa makan menjadi riuh. Depa seronok makan nasi putih, ayam masak kurma dan sayur ubi yang kawan I olls masak khas untuk depa. Depa duk pi kat mak I, “Nenek...nenek....sedap......” Mak aku duk mai nak sebak dah. Tapi syukur mak tak menangis. Ish tak maula nangis depan depa kan. Kita kena happy happy.


Thanks Nizal sebab sponsor kami makan meletops. U olls semua boleh tempah catering for mesyuarat, kenduri dan lain-lain dengan Nizal di Barak's Best. Specialty MURTABAK and NASIK TOMATO!! Sila layari : Barak's Best





Usai makan, tanpa kami suruh dan bagi arahan, semua pelajar cuci pinggan mereka sendiri dan pulangkan kepada meja kami. Masa rehat yang terluang ini, depa juga ambil kesempatan untuk bersembang dengan aku.

Jamaluddin, yang dulu menyanyi nasyid dengan aku adalah yang paling eksaited.

”Cikgu dulu menyanyi USM kan....haa...saya ingat,”

Aku gelak sambil menggosok-gosok kepala dia. Gigi arnab dia tersembul keluar sebab senyuman dia tak berenti.

”Cikgu...nanti saya mau pi US,”

”Hang nak pi US? US apa?” tanya I lagi.

”Saya sudah dapat card. Saya satu family semua dapat pi USA. Nanti saya duduk sana la cikgu...” WOHHHOO! USA bak hiang.

Untuk pengetahuan kalian, RePUSM bekerja rapat dengan United Nation dan mereka membantu untuk mengenalpasti pelajar-pelajar yang berpotensi untuk dihantar ke Amerika Syarikat sekaligus mendapat kerakyatan.

Satu usaha yang sangat bagus, sekurang-kurangnya kita tau masa depan depa ni terjamin. UN dah target ada 2-3 family untuk dihantar ke Amerika Syarikat pada awal tahun hadapan. Malaysia tidak mempunyai kuata untuk menerima kerakyatan daripada pelarian perang. Tapi, negara kita melalui NGO dan juga badan kerajaan tertentu bekerja untuk memastikan kebajikan pelarian perang di Malaysia terjaga.

“Haa.......bestlah hang pi Amerika. Nanti mesti hang akan kawen Negro...HAHAHA,” usik aku pada Jamaluddin.

”Takdak la cikgu....hahahaha....” kami gelak seronok.

Sesi membeli hadiah dengan kawan-kawan. Suhaila, Yana, Kak Shuk and Faridza. Kami nak bawak Nurul tapi kereta I besak sangat so tak cukup untuk dia.





Lebih kurang 1130 pagi, sesi kelas bermula. Buat masa ini, mereka mempunyai dua kelas utama iaitu kelas asas yang mengajar membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, asas matematik seperti tambah dan tolak, kiraan masa dan wang dan pada setiap Jumaat, kumpulan pelajar PRO M USM datang ke Sekolah Damai untuk memberikan pelajaran agama Islam.

Sekolah mereka dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari. Mereka tidak ada sukatan pelajaran khas. Tapi pihak Sekolah Damai ingin wujudkan silibus pembelajaran oleh itu mereka mengalu-alukan pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini untuk berkongsi pengalaman dan memberi maklumbalas agar sistem pembelajaran yang anak-anak ini lebih teratur. Target jangka panjang, depa nak pastikan agar pelajar ini dapat menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM sebagai calon persendirian. Insya Allah.

Namun, buat masa ini tenaga pengajar tidak lupa untuk menfokuskan kepada pembelajaran agama dan akhlak selain pendidikan asas iaitu kebolehan tulis, baca, kira dan faham Bahasa Melayu dan Inggeris. Pihak Sekolah Damai juga membuat lawatan ke rumah keluarga pelajar selain untuk mendapatkan maklumbalas depa juga nak tau kebajikan para pelajar. Yalah, takut satgi kat rumah ada masalah apa ka. Satu mesyuarat PIBG antara ibubapa dan pengurusan sekolah juga akan diadakan pada 28 Disember 2014 ini. Kak Ina kata, satu dia puji dengan sikap ibu bapa pelajar ini, depa memberikan kerjasama yang sangat baik kepada pihak sekolah. Depa tau, sekolah ini atas ehsan kemanusiaan. Depa ikut sahaja apa yang terbaik.

Sekolah tamat jam 1 tengahari. Sebelum semua balik, kami memberikan cupcakes seorang satu. Ya Allah bukan main eksaited depa semua dapat cupcakes yang comels berperisa cokelat. Masa tu, aku rasa sangat KECIK DI DUNIA YANG FANA INI. Hari hari kita komplen dengan kehidupan kita, tidak tahu bersyukur. Depa ni dapat cupcake sebijik pun rasa macam dapat jongkong emas.


Sopi yang tengah, Jamaluddin yang kanan sekali. Yang pak gemok comei ni tak ingat pulak nama dia.


Semua pun berjalan berpimpin tangan untuk menuju ke stesyen bas. Pelajar-pelajar ini semuanya datang dari rumah keluarga mereka yang terdapat di sekitar Pulau Pinang. Ada yang duduk di Jelutong, Bayan Baru, Bukit Gedong dan Bayan Lepas. Depa naik Bus Rapid setiap hari untuk datang ke sekolah. Duit bas adalah atas belanja pelajar sendiri. Ada juga yang tinggal berdekatan Taman Tun Sardon. Depa ni mai la jalan kaki sahaja.

Sopi dan Jamaluddin tidak terus bergegas balik. Depa macam syiok melayan aku dan Nenek. Depa tolong kami kemas barang makanan.

”Nenek sorrylah sudah cuci tapi sabun takdak...takdak bersih,” jelas Sopi kepada mak aku. Kami tak suruh pun depa cuci. Tapi depa sendiri yang cuci. Depa pun tolong kami angkat pinggan and tray masuk dalam kereta. Depa tau, orang dah memberi, depa tau nak layan balik dengan elok. Tahniah pihak pengurusan Sekolah Damai, ampa didik depa jadi manusia.

Ish baguihlah depa ni. Aku macam nak hantar depa balik tapi masalahnya aku kan pakai POLO SPORT (EHKK HEMMMM....) soo seat belakang and bonet dah penuh barang. Depa takdak tempat nak duduk.

”Okay bye bye Jamaluddin, minggu depan-depan kita jumpa lagi. Cikgu bawak kawan Cikgu. Kita belajar tarian Hindustan,” Pada Januari 2015 nanti, Jamaluddin dan 5 orang rakan pelajar Sekolah Damai akan menyertai pertandingan tarian anjuran UNHCR untuk wakil sekolah-sekolah pelarian di Malaysia. Pertandingan ini melibatkan 120 buah sekolah.


Kak Ina kata kat aku masa bincang tentang pertandingan tarian, “Kami bukan nak menang pun Jumie....tapi kami nak bagi exposure kepada pelajar ni and at least biar orang nampak, kami buat aktiviti macam-macam untuk pelajar,”

“Cikgu....tak mau la itu lagu Boley Chudiya....saya mau itu lagu Chamiya Chamiya....” celah Sopi. Dia pun duk menari step patah pinggang ala-ala Salman Khan depan aku. Memang dari tadi, dia tak puas hati bila aku kata aku cadang nak menari lagu Boley Chudiya.

“Hang nak pi KL dak? Kalau mau...kena ikut cakap cikgu,” hahah aku saja buat garang. Depa ni memang macam nakal sikit. Budak-budak biasalah.

Dari dalam kereta, aku nampak Sopi dan Jamaluddin berjalan bersaing. Depa galas beg sekolah dan beg plastik berisi makanan kami yang ada belen tadi. Balik rumah satgi, si Sopi akan tolong mengemas surau dirumahnya. Nanti ada la sikit upah dari kariah masjid. Duit upah tu untuk bantu keluarganya. Jamaluddin pulak, bila balik rumah nanti dia akan tolong bapak dia yang bekerja di kedai menjual nasi di Bukit Gedong.

Sama macam anak-anak Rohingya yang lain dalam Sekolah Damai. Ada juga yang bekerja menjual sirih.

Aku teringat kata-kata Kak Ina tadi, “Jumie...harap sangat lepas orang baca blog Jumie...orang ramai bagi derma kat kami. Sebab terus terang Kak Ina cakap. Lani duit dana belanja sekolah ni tinggal untuk cover sampai Februari 2015 sahaja. Kalau lepas ni kami takdak dana dah. Kami terpaksa katop sekolah ni Jumie. Dan budak-budak ni nanti takdakla aktiviti depa kat rumah kenalah tolong bapak depa bekerja. Jaga surau, kerja kedai, jual sirih....tapi Kak Ina paling tak mau....depa buat balik aktiviti lama depa sebelum mai sekolah dulu....MINTAK SEDEKAH,”

Aku tutup cerita aku hari ini. Dibawah, aku share beberapa maklumat lagi tentang Sekolah Damai. Aku menggesa orang ramai untuk membuat sumbangan kepada pihak Sekolah Damai. Kalau nak bagi sumbangan selain kewangan, ampa boleh contact pihak pengurusan sekolah. No problem. Depa ni kira macam kecik tapak tangan, talam masjid depa tadahkan.

Salam terima kasih buat keluarga dan sahabat handai ku yang bersama memberikan sumbangan kewangan, tenaga dan juga masa untuk kita menjayakan lawatan mesra ini :

Encik Nizal Ashrif, Barak’ Best atas sumbangan jamuan tengahari
Puan Noreena Rosdi, sumbangan manisan
Kak Julie
Kak Ita
Abang Budie
Surianie
Mak Edeh and Pak Manap
Kak Ara a.k.a Kak Nab
Lenny Zaini
Ezal
Kak Shuk
Faridza
Suhaila and Yana
Faiz and Naim
Dewi Karina and friends

Trivia Sekolah Damai

  • Sekolah ini merupakan sekolah pertama yang diwujudkan di bahagian Pulau dalam membantu anak-anak pelarian. Terdapat 3 buah sekolah seumpama ini di bahagian Seberang, Penang.

  • Sekolah Damai dalam proses mendapatkan status sekolah NGO berdaftar. Masih dalam perbincangan dengan pihak peguam dan mungkin mengambil sedikit masa.

  • Terdapat NGO yang datang untuk memberikan perkhidmatan seperti klinik bergerak percuma pada setiap Ahad minggu pertama untuk keluarga pelajar sekolah ini.

  • Mengalu-alukan pihak media, orang persendirian, persatuan, kelab, NGO untuk datang ke Sekolah Damai untuk melihat sendiri pengurusan sekolah, mengadakan sebarang aktiviti yang membawa faedah kepada para pelajar disamping membangkitkan kesedaran masyarakat umum supaya lebih peka akan permasalahan dialami masyarakat pelarian supaya turut sama membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka.

  • Sekolah Damai telah dapat kelulusan bagi pemberian fidyah dari Pusat Urus Zakat Selangor.



Jumlah Murid dan Agihan Kelas

Jumlah keseluruhan murid adalah seramai 60 orang

Linkungan usia murid: 5 tahun sehingga 16 tahun

Kelas Tahap Satu: 20 orang.

Kelas Tahap Dua : 25 orang.

Kelas Tahap Tiga : 15 orang


Perbelanjaan Bulanan

Sewa premis (sekolah) RM1,850.00 sebulan

Gaji tenaga pengajar RM3,000.00 (untuk tiga orang guru)

Bil air dan elektrik RM300.00

Perbelanjaan lain (alatan dan perkakas persekolahan) RM300.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 5,450.00 sebulan


Sekolah Damai turut memerlukan kos-kos lain seperti perjalanan sara hidup dimana guru-guru dan wakil dari pihak sekolah perlu menghadiri latihan yang disediakan oleh pihak UNHCR bertempat di Kuala Lumpur. Selain itu, kos pengangkutan barang-barang, komunikasi, bahan-bahan mentah seperti pembaikan, buku-buku bagi aktiviti pembelajaran dan lain-lain peralatan mengajar.


Contact Info

Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah terus menghubungi wakil SEKOLAH DAMAI seperti berikut :

Puan Norazrina Md Jabrullah / Ina : 012-551 6891/ 04-6532123

Prof. Kamarulzaman Askandar : 012-423 5327

Cikgu Ratna : 017-827 3643

Alamat Sekolah

Sekolah Damai-School of Peace
No 56, Cangkat Minden Jalan 12
11700 Gelugor
Pulau Pinang

Google Maps : Sekolah Damai Minden

Gambar Sekolah Damai. Yang biru tu la POLO SPORT I. HAHA


Facebook Sekolah Damai
Sekolah Damai Minden

Maklumat Akaun

Nama Bank : Bank Islam Cawangan Butterworth
Nama pemegang akaun : NORAZRINA MD JABARULLAH
No akaun : 07016020737991


Nama Bank : CIMB
Nama pemegang akaun : NORAZRINA MD JABARULLAH
No akaun : 7604388289

Catatan : Buat masa ini Sekolah Damai terpaksa menggunakan akaun peribadi untuk urusan pengumpulan dana. Akaun menggunakan daftar NGO masih dalam proses. Resit akan dikeluarkan kepada penderma.


Jom tengok gambar-gambar









Jamaluddin yang paling depan dalam gambar ni, memakai jersey QATAR.









Perhatian dan kerjasama kalian semua untuk share link ini saya dahului dengan ucapan terima kasih.

RM1 mungkin kecik di dunia, tapi besaq di akhirat.

Be kind to one another.

#SekolahDamai

7.10.11

Panduan untuk Dress Up to Dinner Function For Pompuan Agam

U olls semua! U olls semua excited tak kalau office kita buat dinner? Tak kisahlah u olls kerja kerajaan atau swasta, sekali sekala mesti ada office u olls organize satu celebration dinner untuk u olls kan? Kalau u olls kerja kilang, bank and syarikat korporat lagi meriah u olls. Tiap-tiap tahun mesti they olls organize annual dinner siap panggil artist bagai untuk perform kat u olls.  And sometimes, kawan -kawan u olls buat wedding di hotel. Of coz u olls nak kena grand-grand sikit kan? 

Bila mai bab-bab dressing ni, akak rasa u olls yang mempunyai BMI yang ideal tidak akan mempunyai masalah untuk memilih pakaian dan dressing up. Yang menjadi masalah dan issue selalunya - wanita-wanita agam.

Sebelum i olls mengulas panjang, akak nak bagi sedikit intro. Dressing up yourself tidak hanya terletak pada sehelai baju yang meletops ya.  Tetapi ianya merangkumi semua perkara dari make up, rambut, tudung (kalau u olls bertudung), baju, handbag, kasut, make up dan eksesori lain. I olls akan berikan tips-tips nya okay.  

  1. Pilihlah dress yang sesuai dengan tema dan majlis.  Selalunya dekat kad jemputan mesti depa nanti tulis tema apa dia.  Kalau dinner jabatan kerajaan mesti tema-tema yang sopan seperti batik dan pakaian tradisional.  Pastu kalau dinner syarikat swasta ni,  tema dinner they olls more gila-gila sikit seperti "Hollywood Super Heroes" atau "1001 Arabian Nights".  Memang kelessss kan?  Ada juga yang membuat tema warna seperti hitam,  merah atau emas.Its very important u olls membuat research tentang fashion yang sesuai mengikut tema.  Walaupun hakikat u olls tidak begitu suka dan minat berfesyen tapi at least tunjuklah sikit effort sebagai tanda menunjukkan u olls menghomarti majlis itu. 

    Tema flora atau tema pantai u olls.  Meriahkan?  Yang penting,  jangan buat kita ni pompuan agam semata-mata simbol seks.  With the right dress kita akan nampak terserlah tapi lebih cantek.

  2. Mintak pendapat kawan-kawan Cik Gayah.  Bab-bab ini u olls adalah sangat bertuah kalau mempunyai kawan-kawan yang PLU dan 'kakak-kakak'.  Depa sangat alert tentang fashion style yang sesuai mengikut tema okay.  Nasihat dari mereka adalah sangat berharga.  Tapi pesan kat depa "Jangan pondankan aku sangat okay!  Badan aku ni 'KECIKKK'"!

    Tema retro u olls.  Meriah kan??


  3. Pilih design dress yang sesuai dengan bentuk badan.  Sebagai seorang wanita agam,  tidak semestinya keagaman tubuh kita ini menjadi kekurangan pada diri.  NO NO NO.  Actually,  keagaman ini adalah aset pada diri kita okay.  Jangan terlalu mengikut trend yang kebanyakannya hanya sesuai untuk pompuan kurus ciknon.  Potongan dress dan pilihan kain perlulah mengikut kesesuaian bentuk badan kita.  Dress yang ada sedikit potongan akan membuatkan badan kita nampak lebih voluptous.  Kat sini,  untuk menghire fashion designer and tailor yang baik adalah sangat penting sekali.  Tapi u olls kena ingat,  less is more okay!  Jangan terlalu banyak detailing kat dress u olls itu.
    Actually apa pun jenis fesyen yang ada kalau digunakan dengan cara yang betul semua bentuk size badan boleh menjadi. 


  4. Kasut tinggi  yang selesa.  Untuk dinner of coz u olls kena pakai kasut tinggi.  Baru nampak meletops dan 'terangkat' sikit.  Tak perlulah sampai 5 inchi u olls.  Seharusnya,  kena carik kasut yang selesa dan dapat menampung berat badan kita.  Elakkan kasut warna putih dan terbuka (tali-tali) halus sebab ianya akan membuatkan kaki u olls nampak lebih gajah.  Tapi kalau kaki u olls walaupun besar tapi dia ada bentuk 'perempuan' takpa,  macam akak dilahirkan dengan kaki yang tak berapa cantek.  So tak boleh nak ver-ver sangat.  Pilihlah kasut dengan rona gelap,  kalau boleh yang bertutup dan runching di depan.  Cara ini kaki u olls akan nampak lebih slim.


    Ini contoh kasut tinggi yang sesuai untuk wanita agam.  Kasut ini bukan saja gelap tapi bentuk yang depan itu akan meruncingkan size 'gajah' kaki kamu itu.  Yang penting,  detailing 'avant-garde' pada kasut ini akan membuatkan semua orang yang mai dinner makan ati dengan u olls. 


  5. Hitam itu menawan.  Pilih warna-warna yang sesuai dengan warna tema,  kulit kita dan tubuh kita.  Of coz,  hitam adalah penyelamat kita semua.  Lagipun memang warna hitam sangat sesuai untuk majlis makan malam.

    Sapa cakap pompuan agam tak boleh pakai maxy?  Boleh ja u ollls!  Cantek kan pompuan dalam gambar ni. 

  6. Belajar untuk ada 'taste'.  Apabila kita hendak memilih pakaian dan segala maknena lain untuk pergi ke dinner,  seharusnya kita nak pilih something yang nampak ekslusif dan meletops.  And masa inilah kita semua nak amik kesempatan nak tayang pakai baju,  hembek and kasut brand-brand u olls.  Kalau boleh nak TYPE perkataan LV kat dahi u olls itu supaya orang tau yang taste u olls semua very the high end.  Tapi u olls,  apa guna kalau pakai LV sebadan tapi kalau u olls takdak taste?  Bagi akak,  akak tak mementingkan BRAND sebab akak tau akak ni jenis kedekut and suka simpan duit.  So,  daripada beli hembek mahal-mahal baik akak amik duit itu masuk ASB. 

    Satu tips yang akak nak ajar u olls tentang taste ialah setiap kali u olls nak membuat pilihan tanya pada diri u olls "Baju ni nampak mahai atau nampak cheapo?".  Apa guna kalau barang tu BRAND semua tapi nampak macam murah and boleh dapat kat pasar malam.  Its a combination of bentuk,  rasa,  warna dan lain-lain yang boleh membuatkan satu pakaian itu nampak mahal dan eksklusif walaupun hakikat baju itu u olls beli kat bundle!  So faham?  Next time u buying something,  ask your self "Baju ni nampak mahal ka nampak morah?"

    Something from Reena (life is a big canvas) :  You can buy fashion but not style".  Harga/jenama bukan tunjang untuk kelihatan cantik. Yang penting kena gaya. Kalau tak kena gaya, baju puluh ribu-riban or juta-juta pun boleh nampak murah. Tak gitu? -- Thanks Reena.


  7. Korset yang bagus!  Make sure u olls memiliki satu set korset yang berkualiti dan bagus seperti Premium Beautiful.  Inilah akak pakai setiap kali nak dress up ke majlis-majlis rasmi macam ni.  Walau macam mana pun cantek baju kita,  adalah amat penting untuk memakai pakaian dalam yang bagus dan berkualiti agar semua aset-aset kita berada di kedudukan yang betul sepanjang tempoh majlis itu.

    Meletopskan kalau pakai korset and pants atau dress macam ni?


  8. Elakkan memakai dress yang super pendek dan hampir menampakkan faraj.  Kalau u olls ingin mencuba dress pendek,  cukuplah u olls buat bawah dari lutut dan tengah-tengah betis tu.  Elakkan juga design seksi lain yang boleh menampakkan lagi keagaman di badan kita seperti sleeveless,   nampak perut dan menampakkan lain-lain lagi.  Badan kita memang dah betul-betul simbol seks okay!  Kita 'ada' lebih dari pompuan kurus lain ada.  So tak perlu nak buktikan apa-apa.  Bak kata En.  Khafi,  kalau nak tengok perempuan tu tetek besar ke tak,  tengok dia time dia pakai baju kurung.  #matilah!!

    U olls wanna know more about skirts yang suitable untuk wanita agam?  Baca kat sini  :  Stylish Skirts for All Body Shapes


  9. Kalau boleh, pakailah ikut size. Kalau size 12, pakailah baju size 12. Jangan pi pakai baju size 8 konon nak feeling kurus. Tak dak maknanya. Love your body, love yourself. Embrace the 'agamness' (or the 'kedingness'). Pendapat ni untuk orang kurus jugak. Sebab antara kesilapan yang biasa kita lakukan ialah pakai salah size.  Thanks Reena (life is a big canvas)

  10. Elakkan pakai stripes melintang atau imej bulat-bulat besar!  Janganlah feeling diri itu bola pingpong kalau hakikat diri kita ini ialah bola boling.  Actually u olls boleh pakai baju dengan imej-imej abstrak seperti garisan melintang dan imej bola besar.  TAPI KALAU U OLLS DO NOT KNOW HOW TO WEAR THOSE STYLE,  BAIK TAK PAYAH.  Less is more darling.

    Kalau hang feeling Beth Ditto cam dia ni,  okay! Pakailah apa pun.  Orang tak berani nak kutuk.

  11. Kalau u olls nak pakai baju takdak lengan juga,   make sure lengan atas u olls tidak flabby.  Kalau flabby seperti akak,  lupakan saja.  And if u ada bentuk lengan yang firm tidak free from stretch mark,  make sure u pilih jenis sleeveless yang cantek.  Elakkan pakai dress strap tali halus.  Nanti nampak u olls lebih agam.

    Tapi kalau u olls kondifen tahap Beth Dito.  SILAKAN!


  12. Elakkan memakai eksesori yang banyak!  Yang ni bukan saja untuk pompuan agam,  mana-mana pompuan pun kena ikut tips ini.  Lagi banyak u olls pakai kat badan,  lagilah u olls akan menepati ciri-ciri pohon krismas.  Pilih eksori yang bold dan sangat fashion statement.  Contoh pendant yang besar dengan rantai yang labuh akan membuatkan eleher u olls nampak panjang.  Rantai tangan yang sesuai dengan bentuk pergelangan lengan kita adalah size sederhana dan flat.  Jangan pilih yang timbul-timbol dan jangan kecik-kecik. 

    Queen Latifah adalah salah seorang icon wanita agam yang akak sanjungi. 

  13. Bertudung biar kena gaya.  Untuk u olls yang bertudung juga,  memang diakui bahawa sekiranya u olls bertudung maka penghasilan idea-idea untuk berfesyen mengikut tema adalah sedikit terhad.  Walau bagaimana pun,  kalau u olls jenis yang banyak idea pasti ada pelbagai cara u olls boleh buat.  But,  pastikan pilihan jenis kain dan jenis lilitan tudung tidak meng-agamkan u olls dengan lebih dahsyat.  Akak dah pernah ulas perkara ini dalam artikel akak yang berjudul Trend Tudung dari Pandangan Akak .  Yang penting u olls kalau dah sah-sah bertudung,  berfesyenlah mengikut adapnya.  Akak tak mau ulas panjang disini. 

    Pompuan dalam gambar ini ialah Fathiah Kamal.  Dia icon wanita agam yang akak sayangi juga sebab dia very the yaking dan berani.  Dia juga berangan untuk menjadi isteri kedua En.  Khafi.  KAU MAMPU!!

  14. Please hire profesional make up artist.  Kalau u olls boleh make up sendiri tak apa,  tapi if u olls tak tau langsung macam mana nak make up,  better amik make up artist untuk cantekkan muka u olls dan menata rias muka u olls mengikut tema yang sesuai.  Make sure dia pandai shading dan mengecikkan muka kita. 

I think itu sahaja tips-tips ringkas yang boleh akak share dengan u olls semua.  Sebagai wanita agam,  kita jugak mampu untuk kelihatan VAVAVUM seperti perempuan kurus dan kecik yang lain.  Tapi siriesly akak cakap,  kalau perempuan tu agam dan pandai dressing semua,  dia punya aura lagi meletops okay!!  Kunci kecantikan u olls yang paling utama ialah keyakinan. 

Sekian dahulu.  Selamat mencuba. 

    15 comments:

    1. Thank you jumie! part amik mekap artist tu mmg setuju sgt! sbb tu every year aku tanya hang mai kl dak utk mekapkan aku. haha.

      ReplyDelete
    2. "You can buy fashion but not style".

      Harga/jenama bukan tunjang untuk kelihatan cantik. Yang penting kena gaya. Kalau tak kena gaya, baju puluh ribu-riban or juta-juta pun boleh nampak murah. Tak gitu?

      Lagi satu Jumie, nak bagi pendapat skit. Kalau boleh, pakailah ikut size. Kalau size 12, pakailah baju size 12. Jangan pi pakai baju size 8 konon nak feeling kurus. Tak dak maknanya. Love your body, love yourself. Embrace the 'agamness' (or the 'kedingness'). Pendapat ni untuk orang kurus jugak. Sebab antara kesilapan yang biasa kita lakukan ialah pakai salah size.

      ReplyDelete
    3. Thanks Kak Farah. And thanks Reena. Kami dah add in dalam artikel ini :)

      ReplyDelete
    4. suka sangat!! kami suka style pompuan yg pakai maxi tu..heheehe
      ampa patut boh 1 pic ampa yg vavavom sebagai salah 1 contoh dlm ni tau..

      ReplyDelete
    5. Sorry u olls...kami lani memang kekurangan gambar. Tak tau pasai pa....nanti kami amik gambar kami sendiri banyak banyak k. And mintak en khafi agar lebih rajin amik gambar kami.

      ReplyDelete
    6. bagus entry nie jumie...tips mcm nie la yg membuatkan org2 chubby mcm sy nie rase semangat nk berfesyen...hehehe

      ReplyDelete
    7. Memanglah. Saya duk plan nak buat more article about fashion for big woman macam kita. Sekarang ni industry fashion for plus size kat barat memang dah pesat u olls. Kat Melesia, setahu saya pelajar fesyen ambilan tahun 2010/2011 ni baru sahaja ditekankan tentang plus size fashion. Itu sesuatu yang positive :)

      ReplyDelete
    8. yup...betul tuu...sbb tuu suke bace blog jumie sbb slalu update tips2 yg menarik utk dibaca...hehehe

      ReplyDelete
    9. Jumie!! U r my icon! Setiap kata2 kamu membuatkan aku feeling wanita agam jap! Hahah. Wish ada lelaki agam yg sehebat uols melontarkan tips2 berguna untuk insan2 agam cam kita..

      LOVE YOU JUMIE!

      ReplyDelete
    10. "Perasaan" nak print entri ni, boh dalam file kitab wanita agam.heheh

      :D thanx kak jumie.

      ReplyDelete
    11. terbaik lah tips akak! suka baca blog kak jumieeeee :)

      ReplyDelete
    12. suke sgt artikel nie, memang setuju ngan pendapat kau, harga tak melambangkan style. Mak aku pun slalu nasihat mcm tu, hehehe, wlwpn dia xde anak pompuan katenyer.

      Tapi untuk bab lelaki agam, mungkin tang seluar tu sukar untuk dicari nak-nak yang ikut trend sebab kebanyakkan untuk lelaki2 ramping katenyer, tapi takpe, mix and match memang cara terbaik untuk berfasyen sebenarnyer..walaupun terkadang over atau tak kena, tapi belajar dari pengalaman. (^__^)

      GO AGAM!! hehehe

      ReplyDelete
    13. hi jumie

      menarik sangat entry awak...thanks so much

      ReplyDelete

    Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com