6.10.11

Program Sukaneka Anak Yatim Bersama Puspanita / Badan Korporat / NGO / Orang Awam

Assalamualaikum u olls semua. Hari ini I olls mendapat satu emel jemputan daripada Datin Noraini Jaafar, Pengurus Puspahome Persatuan Puspanita Pulau Pinang yang ingin meminta bantuan kita semua. Let check it out!!

Salam Jumie,

Puspanita di bawah Biro Ahli Seumur Hidup Cawangan Negeri Pulau Pinang ingin menjemput Jumie dan rakan -rakan di sekitar  Pulau Pinang untuk sama-sama menyertai program yang akan kami anjurkan seperti ketetapan berikut :

Tarikh      :        12 November 2011 ( SABTU)
Masa       :        8.00 pg - 1.30 tgh
Tempat    :        Rumah Puspanita @ PUSPAHOME

 Puspanita telah menjemput anak-anak yatim dari 5 buah Rumah Perlindungan untuk menyertai sukaneka  dan menyaksikan beberapa demo untuk menceriakan anak-anak berkenaan di samping menjemput penceramah motivasi khas untuk kaum wanita di dalam rumah PUSPANITA. 

Saya memerlukan kehadiran yang agak ramai bersama keluarga untuk memeriahkan suasana. Kehadiran adalah secara percuma. Makanan, minuman, cenderahati  adalah disediakan. Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan T-Baton team USM, Pasukan Lompat Tali P.P , Kelab Motor Kuasa Tinggi  akan juga memeriahkan majlis dengan membuat demo pada acara tersebut. Semua acara berjalan serentak dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur.

Acara ini  untuk mendekatkan masyarakat dengan kanak-kanak berkenaan dan sebagai satu langkah untuk memantapkan rasa perihatin dan sikap ambil berat di kalangan masyarakat terhadap kalangan yang memerlukan. Acara ini juga dapat memberi kesedaran tentang erti kualiti kekeluargaan dan menambahkan ilmu tentang menjaga keselamatan diri serta keluarga di kala menghadapi situasi kecemasan.

Saya berharap Jumie dapat mewar-warkan program ini dan membantu saya mendapatkan pengunjung pada hari tersebut. Harap dapat beri saya maklumbalas sewajarnya. Aturcara seperti attachment.

Terima Kasih
Datin Noraini

Disertakan aturcara program  (click on the  picture for larger view) :

1 comment:

  1. salam. saya ingin membuat sebuah program dan kami ingin berkerjasama dengan puspanita pulau pinang.
    sekiranya tak keberatan, boleh saya dapatkan email datin haslinda?
    saya ingin email kan kertas kerja kepada belia. terima kasih.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...