4.10.11

Spesyel Key Chain by Nadicraft

Hello u olls semua.  Sapa kat sini suka kicen-kicen?  Sapa kat sini tak tau nak bagi doorgift apa kat kawan-kawan bila buat birthday party ka,  kenduri kawen ka atau apa-apa gathering yang meriah u olls.  So  hari ini akak nak mempromo kepada u olls satu business meletops daripada anak ayam akak yang bertajuk "NADICRAFT". 

Nadicraft diusahakan oleh Nadira Salim,  seorang bekas stud Soc Sc USM merangkap anak ayam akak yang meletops.  Memang sejak dulu,  Nadira sangat creative dan suka dengan benda-benda macam kicen dan seni menghias pensil boks dan lain-lain lagi.  Memang meriah kalau tengok pensil boks dia.  Dah lah warna warni pastu kemas dan nampak kejab.  Semuanya beliau buat dan jahit sendiri.

Tulah akak pesan kat dia,  hobi yang bagus kalau kita pandai boleh menjana pendapatan yang meletops.  Oleh itu,  Nadira kini menjalankan perniagaan online secara kecil-kecilan iaitu mengambil tempahan membuat kicen,  pensil boks,  bantal,  sarung henfon atau apa-apa saja yang dikastemaiz khas mengikut permintaan pelanggan.

Sempena hari perkahwinan akak aritu akak telah menempah kicen bentuk love pastu tulis nama Jumie dan Khafi.  Kami bagi kat closed friends.  :)








Nenjiaaaaaaaaaaaa...ampa mai tengok semua gambar-gambar dia dulu bagi ampa syiok dan geram tengok.  Ada macam-macam lagi.


Kalau u olls berminat nak tempah macam ni semua jugak untuk wedding ka,  besde ka,  kenduri anak menakan ka,  gathering sekolah ka,  atau farewell Dekan ka...apa-apa pun la.  U olls boleh tempah kat dia.  Tak kisah u olls kat mana pun,  dia akan buat and post semua kat ampa. 

For more info,  sila hubungi Nadira seperti berikut  :

No tel  :  sms only ~ 014-7763217
Emel  :  nadiella86@yahoo.com

2 comments:

  1. mekaseh akak buat entry promo untok nadicraft..
    terharu sangat3 nih..
    jasamu dikenang kak jumie :)

    ReplyDelete
  2. Apa la sangat setakat menulis dalam blog ciput ini. Yang penting hang kena selalu usaha untuk buat the best. Buat benda yang kita minat bukan semata-mata duit ni lain rasanya adik :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...