25.10.11

Ulasan Filem : Soldier's Girl

Hello u olls semua.  Especially to all the nyah-nyah and adik-adik yang baru nak naik.  Hari ini akak nak share dengan u olls satu cerita filem kisah cinta yang menyayat hati yang bertajuk Soldier's Girl.  Kakak-kakak senior dah banyak suruh akak tengok this movie,  tapi taktau nak pi carik kat mana.  Sampailah satu hari ada satu anak ayam akak telah gigih mendonlod dan mengeshare filem ini dengan akak.


And akak tengok kat office time - time lunch break hari Jumaat yang panjang nestapa.  Katanya feeling menangis + tersentap + tersentuh dan ter macam macam lagi. 

So hari ini akak nak share dengan u olls review yang dibuat oleh seorang anak ayam akak yang bernama Eiyzall Eizhann Azami beliau dengan gigihnya telah menulis artikel ini dan tagged akak semua.  Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal,  akak teruja sangat u olls.  So dengan izin sembah,  beliau mengizinkan agar akak sharekan artikel ini untuk tatapan u olls semua.

Jom baca kat bawah ni :)

Movie Review ~ Soldier's Girl
by Eiyzhall Eizhann Azami

This is my first time buat review on movie. Selalunya just post short summary kat wall after tengok wayang. Review kali ini bukanlah tentang filem yang sedang hangat ditayangkan di panggung. But cerita yang tersimpan di dalam external aku setelah sekian lama. Kali ini aku memilih cerita ‘Soldier’s Girl’ as my first movie review. Asalnya aku tak tahu menahu tentang cerita ini. Pada satu ketika, Abg Rudy memberitahu mengenai perihal bagusnya filem ini. Tak beberapa lama kemudian, aku mendapat tahu yang kak kashmar mempunyai salinan filem ini. Terus aku copy and save elok-elok dalam simpanan aku. Sudah beberapa kali aku melihat cerita ini. Pada mulanya aku melihat watak ‘Calpernia Addams’ ini adalah semulajadinya wanita jadian yang sudah fully-constructed. Telahan aku telah disangkal oleh abg Rudy, menurut Abg Rudy, lakonan watak mak nyah itu adalah dari seorang lelaki yang lelaki. Dun worry, I will provide some pictures so you guys will understand what I am talking about. Aku telah membuat sedikit research untuk review kali ini.

Soldier's Girl

Soldier's Girl is a 2003 drama film produced by Showtime. It is based on a true story: the relationship between Barry Winchell and Calpernia Addams and the events that led up to Barry's murder by fellow soldiers. It was written by Ron Nyswaner and directed by Frank R. Pierson, with Barclay Hope starring as Howard Paxton, Troy Garity starring as Barry, and Lee Pace starring as Calpernia. Filem ini telah menerima beberapa pencalonan dan memenangi beberapa anugerah di Emmy, Golden Globe dan beberapa anugerah utama. Filem ini menerima anugerah Outstanding Movie, Miniseries or Special di Television Critics Association Awards.




Calpernia Addams dan Barry Winchell
Baiklah, we start with the story.Setelah ditelaah beberapa kali, ‘Soldier’s Girl’ adalah sebuah kisah percintaan antara dua figura, Calpernia Addams dan Barry Winchell. Calpernia adalah seorang showgirl dan Barry is a soldier. Kisah ini mengangkat tema cinta antara lelaki dan lelaki berdasarkan kisah benar. Konflik yang timbul adalah golongan gay tidak dibenarkan berada dalam institusi ketenteraan. Selain itu,ia mengetengahkan isu bagaimana barry hendak menyesuaikan diri dengan persekitaran ketenteraan dan kecelaruan identiti yang baru tercetus. Disaat cinta antara Barry dan Calpernia sedang mekar berbunga, Barry dibunuh oleh teman tenteranya.

Quoted from one of film critics, “The way the movie introduces negativity in a military atmosphere, “Hits the nail on the head”, for a lack of better words; it looks at how groups of straight men criticize, gay men simply because they like the same sex and they exist in smaller quantities.”

“Soldier’s Girl uses topics such as homosexual identity, gays in the military, and normal and transsexual love to convey to its audience that, when it comes to matters of the heart, love knows no stipulations.”




“Nonetheless, Soldiers Girl is the perfect “4 Star” movie to please those looking for a different understanding of romance and an ever-existing battle with sexual and personal identity.”
Back to the story, there are few points yang membuatkan cerita ini bagus pada pandangan saya sebagai penonton. Firstly, cerita yang berdasarkan kisah benar ini mengangkat tema biasa iaitu cinta tapi dalam dimensi yang berlainan. Kisah cinta seorang showgirl dengan seorang tentera yang baru mengetahui orientasi seksualnya. Dibebani dengan tekanan sebagai seorang showgirl yang sebenarnya milik orang ramai dan para peminat dan ditambah pula tekanan sebagai seorang tentera lelaki yang terpaksa memendam nafsu batin kepada seorang lelaki lain disebabkan polisi ketenteraan.


Barry Winchell with his murderer.


Selain itu, filem ini dicorakkan dengan lakonan yang sangat mantap, terutamanya watak Calpernia Addams yang mempunyai emosi perempuan yang tulen. Bagi saya, ia adalah kekuatan utama dalam filem ini. Lakonan yang sangat in-character!! pergerakan, suara, emosi dan lain-lain dikawal dan dibawa secara semulajadi oleh Lee Pace. Kita dapat merasakan kehendak dan keinginan seorang trans-gender/ trans- sexual di dalam kehidupan mereka melalui cerita ini. Betapa Calpernia Addams mendambakan sisi kehidupan yang normal seperti insan lain. Pergerakan atau perjalanan cinta mereka tidak begitu susah,namun dalamnya cinta antara mereka terpancar hanya dengan pandangan mata antara Barry Winchell dan Calpernia Addams. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, saya pada mulanya percaya bahawa watak Calpernia Addams dibawa oleh seorang yang betul-betul maknyah, seorang lelaki yang benar-benar mempunyai naluri seorang perempuan. Kita tolak ketepi penampilan fizikal ( payu-dara yang sangat real), watak ini sangat berkesan dalam menunjukkan perasaan sebenar seorang maknyah. Watak ini dibawa oleh seorang pelakon lelaki yang lelaki. Lakonan beliau sebagai Calpernia Addams adalah sangat menakjubkan.


Sesi menjadikan Lee Pace as Calpernia Addams


This is Lee Pace. (Inilah Lee Pace sebenar tanpa mekap.  Dia straight okay!)


This is Calpernia Addams as showgirl


Calpernia Addams as her true self


Memang selayaknya dia merangkul beberapa anugerah atas lakonan mantap beliau, antara anugerah tersebut ialah Best Male Lead di Independent Spirit Awards, Best Performance by an Actor in a Miniseries or a Motion Picture Made for Television di Satellite Award, dan Best Performance by an Actor in a Supporting Role in a Series, Mini-Series or Motion Picture Made for Television di Golden Globe.
Cara pembawaan tema dalam filem ini juga merupakan salah satu kekuatan dalam Soldier's Girl.Mungkin setengah orang akan beranggapan,  kisah cinta adalah kisah paling senang untuk digarap dan paling ringan. Bagi saya, cinta adalah bahan biasa, tapi bagaimana sesebuah cerita itu dapat menyentuh hati penonton sebenarnya lebih penting dari tema. Kisah cinta yang sangat stereotype ; kisah cinta antara dua insan kaya & miskin. Dah macam nak termuntah bila kita dengar cerita yang bertemakan sebegitu.Bermula dari kecil,kita disogokkan cerita-cerita sebegitu. Contoh mudah, Cinderella, Bawang Putih & Bawang Merah, dan beberapa lagi. Tapi bagi saya sebenarnya, cara pencorakkan sesebuah cerita itu yang penting. Kita ambil contoh kisah Titanic, percintaan antara Jack an Rose juga membawa tema cinta golongan bangsawan dengan si miskin. Tetapi mengapa kesan dari cinta mereka mampu menyentuh hati kita. Begitu juga di dalam filem hebat ' Memoirs of Geisha', kisahnya mengenai gadis pelayan yang jatuh cinta pandang pertama pada seorang bangsawan. Sekali lagi tema yang sama.Benar bukan? Tapi bagaimana kisah cinta si gadis pelayan ini begitu memberi kesan kepada penonton. Sehingga ada yang sanggup ke kedai buku mencari cerita ini dalam bentuk tulisan supaya dapat merasa cinta gadis pelayan yang bernama Sayuri itu. Ini sebenarnya yang kita patut lihat dalam menghasilkan sesuatu karya. Kelainan sesuatu corak cerita itu yang membuatkan sesuatu karya itu agung.
Saya rasa hal ini yang membuatkan saya berasa mual dan loya dengan filem-filem tempatan yang tidak pernah mempunyai nilai untuk diangkat sebagai sebuah karya. Saya tidak berharap yang kita menpunyai berpuluh orang pengarah sehebat Yasmin Ahmad, tapi janganlah demi mengaut untung berganda, mengejar nilai berjuta-juta dari pungutan tiket panggung, kita sanggup menayangkan sampah di layar perak pada masyarakat. Melalui layar perak kita mendidik masyarakat menghargai seni, tapi andai tiada nilai seni dalam cerita yang disogokkan pada penonton adalah lebih baik kita sedekahkan wang bagi produksi sesebuah filem itu pada badan-badan yang memerlukan..
Last but not least, sebenarnya masih banyak yang boleh diperincikan dalam cerita ini, namun apalah erti penulisan ini kalau anda tidak merasa sendiri pengalaman cinta Calpernia Addams dan Barry Winchell. Keserasian, keintiman, kesusahan dan kehilangan adalah antara elemen yang menjadikan cerita ini patut ditonton. It moves you, it captivates your emotion and it lets you feel something deep in your heart.
Here, presenting you.. Lee Pace as Calpernia Addams
Sekian...
Selamat membaca....


ps/   Terima kasih Eiyzall Eizhann Azami sebab share this dengan kami.  Akak harap u olls teruskan usaha and kalau u olls tak kisah,  sudi-sudikanlah share artikel dengan kami lagi.  Sebagai penutup akak nak tambah satu jer,  pendek jer......"Nampak tak masa dia duk posing atas boat cam tu depan laki dia.  Untung dia na....Kalau akak duk posing lagu tu atas boat,  laki akak mesti nanti maki seketoi dan kata AWAT ANG INGAT ANG ELOK DUDUK MACAM TU?"  Okay thanks bye.

1 comment:

  1. Lee Pace bakal berlakon dalam filem The Twilight Saga: Breaking Dawn sebagai vampire nomad yg bernama Garret. Beliau merupakan vampire yg hisap darah tp baik kepada Bella dan Edward sekeluarga dan sempat mengajar Bella cara2 berlawan. Lee Pace juga pelakon utama dalam siri drama fantasi Pushing Daisy..pernah ditayangkan di 8TV.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...