4.10.11

Undilah by Namewee and Afdlin Shauki

Helllo u olls semua.  Jarang-jarang (atau tak pernah sama sekali) akak bercerita pasai politik.  Sebab itu adalah diluar bidang kepakaran akak. 

Tapi hari ini akak terpanggil untuk berkongsi satu video clip lagu yang akak rasa mesti u olls semua pun dah pernah tengok . Iaitu lagu yang dicipta dan dirap oleh rapper tempatan yang sangat kontroversi sekarang ini iaitu Namewee bertajuk 'Undilah'.

Okay jom layan video ini dahulu.

A Pete Teo PSA Music Video promoting the vote. Features vocals by Afdlin Shauki, Namewee & Tengku Razaleigh Hamzah and many Malaysians including @Aisehman, Baki Zainal, Bront Palarae, Chelsia Ng, Daphne Iking, Jehan Miskin, Johan F. Khairuddin, Karamjit Singh, Lai Ming, Lee Chong Wei, Nurul Izzah Anwar, Rosnah Abd Rashid Shirlin, Rina Omar, Reshmonu, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Reza Salleh, Tengku Azmil Zahruddin, Tony Fernandes, Wardina Safiyyah, Wee Ka Siong, Yasmin Yusuf, Albert Law, A. Kohilan Pillay, Jason Lo, Mohan, Khalid Samad, Aizat Amdan, Tee Hui Ling, Usha Nandhini, Chia Ting Ting, Nur Farina, Sassi Tharan Rajoo, Nik Nazmi, Tony Pua & David Lai.


So apa pendapat u olls?  Coolkan lagu ini?  Tapi macam-macam benda yang diperkatakan sejurus selepas video ini keluar Youtube.  Depa kata it's anti BN la,  anti UMNO lah dan macam-macam lagi.

Tapi mesej yang paling penting kat sini ialah - UNDILAH.  Kalau u olls umur pun dah over 21,  dah tumbuh bulu ari-ari semua,  pergilah daftar kat Pejabat POS.  Pastu tahun depan dah sah-sah boleh mengundi,  jalankanlah tanggungjawab anda.

Macam PRU yang lalu,  semua orang (especially Meleis) kat Penang meruntun sedih dan marah gila apabila keputusan undi berpihak kepada DAP.  Penang jatuh ke tangan pembangkang katanya.  So why u olls semua marah dan rasa terhina u olls?  Sedangkan u olls sendiri tak pergi mengundi.  Rata-rata orang Melayu yang dah layak,  sibuk jadi peraih undi untuk BN and UMNO,  kerja untuk Puteri and Pemuda UMNO.  Tapi tak keluar pi mengundi pun.  Akak masa tu jadi sukarelawan Puteri UMNO.  Akak tau la story u olls.

So kali ini,  tak kisah u olls ni kuat politik atau jenis tak mau amik pusing pasai politik pun,  yang penting jalankan tanggungjawab kita.  Kalu kita tak pi mengundi siapa lagi?  

And for those yang tak suka Namewee,  pada pendapat akak memanglah beliau seorang yang 'kurang hajar' kutuk orang sana sini.  Tapi bagi akak dia seorang budak lelaki yang berani,  talented dan ada pendirian.  Kalau ampa nak kata dia ni anti Melayu ka apa ka.  Itu hak ampa nak kata,  yang penting kalau betui ampa semua tak puas hati kat dia,  akak cabar sapa-sapa rapper Meleis yang berani lawan balik RAP maki-maki and caci dia tu.  Bukankah memang betui style hip hop ni,  kalau orang rap maki ang kena rap maki depa balik.  Battle u olls katanya. 

Sekian,  UNDILAH.  Tak guna kalau sembang deraih tapi apa kerja tak buat. 

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. rose da daftar, da penah experience by-election pun aritu. tggal belum merasa PRU lagi je. hehe..tapi setuju sangat diorang buat video suh mendaftar ni..kalau tak ingatkan memang tak la nak mendaftar pastu mengundi kann.

    kalau bising memang pandai ;p

    ReplyDelete
  3. Memang melayu mudah lupa... awak memalukan.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...