21.10.11

Wanita-Wanita Agam yang Akak Kagumi

Hari ini akak nak menyuntik (lagi) semangat kepada wanita-wanita agam di Melesia ini yang membaca blog akak dengan memperkenalkan kepada u olls semua barisan wanita agam yang akak kagumi.  Walaupun depa ni semua adalah wanita-wanita yang merangkumi bidang dunia glamer iaitu penyanyi + pengacara + pelakon,  tapi u olls mereka sebenarnya lebih dari itu.  Mereka adalah wanita yang berpendirian dan yakin dengan reka bentuk diri mereka yang agam itu dan mereka focus kepada apa yang mereka boleh buat dan tidak sekali-kali jatuh dalam kancah kecantikan stereotype yang diwar-warkan oleh media cetak dan media elektronik selama ini. 

Akak harap semangat yang mereka pikul ini haruslah menjadi tunjang kepada kita-kita semua wanita di Melesia ini yang harus focus pada apa yang kita mampu buat dan jangan sekali-kali jatuh apabila ke-agam-an tubuh kita ini dipersendakan begitu sahaja.  Jangalah kerana tubuh badan kita yang agam ini,  kita menjadi tidak yakin dengan diri sendiri dan kita menjadi orang yang 'mati' dalam pentas kehidupan yang sungguh kejam nestapa ini.  AIYOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO FEELINGNYA AKU!

Sebelum akak terkoner lebih jauh,  marilah kita bekenal-kenalan dengan barisan wanita agam yang akak kagumi.
  1. Adele
    Adele ialah seorang wanita agam yang sedikit ketot tetapi mempunyai muka dan suara yang sangat cantek.  First time akak dengar lagu Rolling in The Deep dalam radio,  akak terus makan ati dan berkata "Nakharon betui sapa perempuan yang mempunyai suara yang sangat sedap nestapa ini!".  Maka akak pun mengsiasatkan diri akak sehingga akak tau bahawa pompuan ini sebenarnya ialah artis baru yang kini tengah hot kat negara Amerika.  Dan rupa-rupanya dia adalah seorang wanita agam seperti akak.  Baru-baru ini untuk Video Music Awards 2011,  Adele tampil dengan single barunya yang bertajuk 'Someone Like You'.  Katanya,  belum pun sempat dia nyanyi dia baru jejak kaki atas pentas semua orang dah bagi dia stending ovasyen.  KAU MAMPU!! 

    Video Music Awards 2011,  Adele tampil dengan single barunya yang bertajuk 'Someone Like You'.  Katanya,  belum pun sempat dia nyanyi dia baru jejak kaki atas pentas semua orang dah bagi dia stending ovasyen.  

    U olls harus tengok baca beliau sebagai Curve Icon dalam Vouge Italian - Vouge Curvy


  2. Beth Ditto
    Beth Ditto ialah seorang penyanyi 'underground' kat Amerika.  Dia tak masuk mainstream lagi.  Tapi nama dia dah signifikan sebab dia ada imej tersendiri yang sangat provokatif.  Ampa boleh search banyak video performance dia dalam Youtube.  Suara dia adalah mantop and tak dinafikan the crowd loves her so much.  Akak kagum dengan dia sebab walaupun dia sangat agam dan mempunyai bentuk agam yang unik iaitu kepada and badan dia semua bulat-bulat (deni bukan curve dah dia bulat teruih),  tapi dia tetap feeling untuk berfesyen dengan tegarnya.  Terbaru dalam Wikipedia Beth Ditto,  dia muncul sebagai model fashion show Jean Paul Gaultier untuk pertunjukan koleksi Musim Bunga 2011.  Wanita saiz 28 ini menggegarkan pentas runway yang dipenuhi model-model size 0.  KAU MAMPU!!!



  3. Queen Latifah
    Akak kagum dengan pompuan ini.  Dia agam tapi dia punya bentuk badan ialah jenih etlit.  Memang kalau bubuh dia jadi bouncer kat Hardrock memang gerun jugak wooo.  Tapi walaupun dia adalah nampak tough tapi dia adalah stylo.  Suka sangat tengok cara dia dressap bila dia berlakon.  Dan paling meletops sekali,  CoverGirl siap ada buat koleksi make up untuk wanita kulit gelap khas untuk dia berjudul CoverGirl Queen Collection.  KAU MAMPU?

    CoverGirl Queen Collection.  Its about real women,  katanya.

    Rocking the Oscar 2010 red carpet.  Kak Latifah menyerlah gila selepas dia membuat pembedahan mengecilkan tetek beliau. 

  4. Adibah Noor
    Banyak sangat perkenalkan wanita-wanita daripada benua kelahiran akak iaitu Amerika,  now kita balik ke Melesia.  Siapa lagi kalau bukan ADIBAH NOOR.  Akak sangat kagum dengan beliau.  Walaupun actually dia cuba muncul dalam arena seni tanah air sejak tahun 90-an tapi pada ketika itu,  wanita agam macam dia tidak boleh diterima oleh semua pengusaha seni tanah air.  Walaupun suara dia sedap gila and dia yakin dia mampu untuk buat macam-macam lagi dalam dunia seni Melesia,  tapi depa tak bagi chance dia langsung.  Penerbit tak mau amik dia jadi recording artist hanya dengan syarat dia kena kuruskan badan.  NO WAY for Kak Dibah.  Dia teruskan perjuangan seninya walaupun tak dapat buat album.  Akak ingat lagi masa akhir abad ke 20,  Utusan pernah buat satu artikel temuramah penuh bersama Adibah Noor.  Dia cerita semua tentang kesusahan dan kepayahan yang dia hadapi.  Tapi dia tak berenti di situ.  Akhirnya tahun 2006,  Adibah Noor berjaya mengeluarkan satu album sendiri pada tahun 2005 dengan tajuk TERLALU ISTIMEWA.  Memang terlalu istimewa sampai menang Juara Lagu 2006 teruih. 

    Lani,  sapa berani kacau tapak Adibah Noor.  Dari teater ke persada filem,  dari kolaborasi lagu pop hingga ke lagu iklan,  sampailah ke iklan-iklan sabun mesin basuh dan pasaraya kat Melesia ni semua nak pakai muka Adibah Noor.  KAU MAMPU?


  5. Oprah
    PERLUKAH AKAK ULANG BENDA INI.  Seharusnya ampa semua pun tau kan,  akak memang amat-amat kagum dengan wanita kulit hitam dan agam ini.  Wanita yang amat terpengaruh di Amerika. Apa saja dia kata dan buat pasti boleh bawa impak.  Rancangan TV dia bukan sampah.  Bakat termurah dia bersahaja tapi membuatkan minda kita tersentap dan berputar-putar untuk mencari pendirian kita sendiri. 

    Oprah pernah gemok pernah kurus and lani gemok balik.  Dia kata dia dah tak kisah sangat dengan bera

    Dan setiap tindakan filontropisnya membuatkan kita terkesima dan menangis seketika.  Yes,  akak menangisssssssssssssssssss setiap kali tengok dia buat sekmen-sekmen sepert bagi hadiah kat ibu tunggal and family susah dan kadang-kadang itu buat make up yang sangat makan ati!!  OPRAH telah memberi inspirasi besar kepada lapisan wanita abad ke 20 dan 21.  Icon dua abad ini tiada tolok bandingnya u olls.  
Riyo Mori (Miss Universe 2007) pakai gaun sama macam Oprah from Gucci.  Sapa lebih hot u olls??????

7 comments:

  1. yihaaaaa..entry yg mengINjek semangat lebih ni...
    psst2...makyam,leh ka wat operate kecikkan tetet???hahhahhaa..kami xtau la plak..

    ReplyDelete
  2. awat dina malaysian idol tarak? she's my idol..

    ReplyDelete
  3. wah suka2 kesemuanya...Kak Dibah memang should be on the list..Love her..

    ReplyDelete
  4. jawapan untuk soalan last:

    i lagi suka cara Oprah pakai dress tu... nice sangat! :)

    ReplyDelete
  5. lama x komen entry

    saya sgt heart entry ni.
    btw i nk tnye jumie tgk tak Brooke Elliot - pelakon drop dead diva?

    dia ni agam, diva & fashionable

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...