14.11.11

Dear Kak Merr - Kenapa cara penulisan akak sekarang kurang menyengat?

Kak Jumie,

1st of all,  akak jangan boh email saya ye.  Saya dah ikut Belog Jumie ni bertahun dah.  Memang peminat paling setia lerr.  Suka sangat cara penulisan akak.  Kadang-kadang bila sedih,  baca belog akak jadi happy balik.

Tapi,
Cara penulisan akak sekarang mcm kurang menyegat (maaf atas komen ni ye..peace) akak sekarang tulis dah suci-suci gitu.  Saya rasa kekok pula, hehe.  Pastu topik akak banyak fakta-fakta je sekarang. Kadang-kadang rindu juga nak baca cite-cite santai hasil tulisan akak.

Akhir kata. nak belog jumie yg dulu. :)
Yang benar,
Cik Leha

Herrrllllooo u olllsss!!! 

First of olls,  thank you so much sebab sudi mengemel kepada akak.  Dah lama akak tidak mendapat surat-surat daripada para pembaca.  Kalau dapat pun akak yang duk menyimpan emel-emel tu tak jawab-jawab pun (Ramai yang tanya pasai kawen kawen ni.  Akak duk tak habis buat risec lagi.  Sorryla u olls).  Tapi soalan yang dinyatakan oleh u olls ini amatlah menarik minat akak untuk menjawab dengan sepantas kirlat!!

Happy that u olls terhibur dengan penulisan akak.  Tapi sejujurnya akak cakap,  penulisan yang tercatat dalam blog akak ini lahir dari hati akak yang luhur suci ini.  Gituuuuuuuuu!  Takdak feeling-feeling pretending jadi benda lain.  Sebab itu ampa boleh rasa macam tulang pepet (ada tulang ka?) segala emosi yang di sampaikan dalam penulisan akak.  Adakah akak happy,  adakah akak benci,  adakah akak manis,  adakah akak cantek dan sebagainya....semuanya ampa dapat rasa kan?

Kalau dulu u olls happy mendengar segala carutan hina yang terpancul dari penulisan akak,  semua itu kerana masa itu akak tingtong.  Masa tu akak baru menjanda.  Akak penuh dengan kebencian.  Kebencian kepada insan-insan yang menghancurkan hati akak.  Daripada hati yang hancur itu,  akak pun ''lahirkan' satu jiwa yang amat berani macam mana ka,  and hanya pikiak nak maki dan carut orang sahaja.  Memang ampa rasa happy and tergelak dan suka membaca orang yang berani mencarut orang sana sini.  NAMUNNNNNNNNNNNNNNNN!!  Balasannya ampa tak tau bagai mana yang akak tanggung.

Akak juga secara otomatik tidak mencarut-carut orang secara membabi buta di Facebook dan Twitter.  Ikhlasnya perubahan ini telah membawa sejuta perubahan dan kebaikan dalam hidup akak.  Akak lebih tenang sekarang :)


Setiap perkara yang Allah cipta kat dunia ini dah ada pasangannya.  Seperti mana yang dijanjikan,  setiap benda yang kita buat (kebaikan atau keburukan) walaupun sekecik-kecik zarah,  kita akan mendapat pembalasannya setimpal dengan tindakan itu.  Kalau ada baik ada yang jahat.  Kalau ada pemaki,  pastinya ada pencarut yang lain.  Hukum karma u olls.

Setiap kali keluar artikel-artikel mencarut,  seharusnya akak akan dicarut balik oleh para pengkomen takdak telur iaitu Anonymous-Anonymous yang mengguris hati akak dengan lebih celaka kerana akak tak tau depa sapa.  Macam orang mai baling taik kat rumah ang tapi ang tak tau sapa balik.  Tau tau ada taik saja kat pintu. 

Akak tidak mahu melalui perkara itu lagi.  Akak rasa akak lebih tenang macam ni.  Lagipun now akak pun dah ada laki yang amat elok ala-ala Fahrin Ahmad (MATILAHHHHHHHHHHHHH!) oleh itu haruslah hidup akak sangat penuh dengan bunga-bunga suci u olls.  So cakap pun teruih otomatik jadi macam mana punya baik ka tak tau.  HAHAHAHAHA

TETAPI,  tidak bermakna apabila akak telah menjadi 'wanita fakta' akak sudah tidak boleh menjadi 'wanita pemaki' seperti dahulu.  Pedang pedas ini harus digunakan sekali sekala.  Takut nanti terus tumpul dan tidak boleh digunakan lagi.

Sebagai manusia kita kena selalu berubah.  Memang itu fitrah yang dikurniakan oleh Allah.  Doa akak agar akak menjadi insan yang lebih baik.  Tidak bercita cita untuk ubah dunia,  cukup akak ubah dunia akak sendiri.  Hope u olls di sana begitu jugak.

Kepada Cik Leha,  jangan sebab akak lani bukan wanita pemaki dah,    janganla hang pun berenti baca blog akak teruihhhhhhhhh!
Sekian saja daripada akak.  Blog ini tidak pernah berubah darling.  Cuma ada sedikit 'kelainan'.  U olls layanz jerla.  Kita tak tau apa nak jadi esok lusa.  Tapi kita doalah yang terbaik semuanya dari yang maha esa.

Jangan cari pasai kalau takdak pasai,
Jumie Samsudin

5 comments:

  1. setuju dengan kata2 cik leha tuh..
    tapi setuju juga dengan jumie..
    yela kita makin dewasa makn matang.. takkan kita nak dok maki hamun period everyday kan..
    kalau itu Azwan Ali punya type la!
    orang pun maki kita berbakul2, takmaulah!

    ReplyDelete
  2. SIRIESSSLY!! Apa Pojie kata tu betul. Tak mau jadi macam Azwan Ali.

    ReplyDelete
  3. akak, maaf kalau email saya tu xbest ye. tq sbb akak sudi menjwb email saya tu. saya fhm yg kdg2 hidup ni bkn nak maki2 je. hihi. cuma saya suka penulisan akak yg santai ala2 kak merr..

    mcm mana pun saya ttp support BELOG JUMIE 4ever sbb belog akak la yg saya cari bila sedih. mesti semua mslh terbang terus. hihi.. tq so much. teruskan menulis sbb tulisan akak dah buat ramai org happy

    CIK LEHA

    ReplyDelete
  4. Thanks Cik Leha.......will always write to people like u olls!! Terima kasih kerana sudi membaca blog kami! :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...