7.11.11

Kim Kardashian Bercerai Lepas 72 Hari

Hello u olls semua.  Kisahnyaaaaa.........baru rasanya akak membuat artikel bertajuk Kim Kardashian Wedding - Sembah Ratu 14 Step kat Marhayam Kita kat blog I olls.  Tapi after 72 hari  they olls berkahwin,  kita digemparkan dengan berita penceraian mereka berdua ini.  Kim Kardashian secara rasminya telah mengfailkan tuntutan cerai kepada lakinya yang renjong iaitu Kris Humphries.

Ada seseorang bertanya kepada akak di Twitter.  "Apa pendapat Kak Jumie tentang penceraian Kim K and Kris H?"


Akak yang feeling cinta kuat di alam fantasi (inai pun masih merah di jari) membalas Tweet itu dengan pantas "Akak berasa sedih dan juga terkejut dengan penceraian itu,"

Tapi apabila kawan akak yang bernama Amsak Altungka membaca Tweet akak itu,  dia terus meraban kan mencarutkan akak di Tweet.  Dia mengeluarkan fakta-fakta penceraian Kim K dari perspektif beliau yang akhirnya membuka mata akak untuk terus membaca dan menilai kes penceraian ini mengikut perspektif lain.  (KERLASS TAK AYAT AKAK?)

Antara kata-kata Amsak Altungka yang membuatkan akak terfikir semula ialah  seperti berikut  :
  • @jumiejumie sedih pa?untung juta2 kot.mcm la kat holiwud stetes janda ada apa2.lagi malatop ada.

  • @jumiejumie retis lein,cr rezeki-buat elbum br,blakon muvie br,buat konsert.KimK cr duit-cr jantan,buat laki,pastu cerai.gila kool!

  • @jumiejumie tak kot.dia mesti dpt habuan jugak.takdak sapa badut dlm cerita depa.yg badut ni kita2 yg dok folow story depa.hahaha
Betui tak kata-kata kawan akak itu??


So akak pun godek-godek laman website Gossip yang akak gemari iaitu Daily Mail UK dan akak pun membaca beberapa artikel yang membuatkan akak BUKAK MATA pasai kes ini.

  • Kardashian family memang tiada bakat (dalam dunia seni).  Depa tak reti menyanyi dan belakon.  Cumanya depa adalah orang business yang berjaya.  Mereka memanipulasikan kehidupan seharian mereka yang merupakan kawan rapat dengan ramai big big stars kat Hollywood itu untuk menjana kewangan.  Depa always makes head lines kat tabloid semua (Paling meletops masa first time terkeluak video seks Kim K and bf lama dia) and nama family Kardashian dah melonjak naik.

  • Selepas itu depa pun buat macam-macam atas "populariti" itu.  Starts dengan rancangan Keeping Up With The Kardashian (Akak tak suka tengok sebab boriam pun.  Tak ada mesej apa-apa.  Cuma tengok depa bergaduh).  Pastu from there depa pun buat macam-macam la seperti lancarkan depa punya perfume,  pastu depa selalu dijemput untuk majlis-majlis fesyen,  dan macam-macam lagilah.  Semua tu media gunakan untuk tumpang populariti depa.  Tapi mau tak mau,  walaupun depa antara selebriti yang paling dikecam oleh semua orang kat dunia ini still depa antara yang paling popular.

  • Tahun lepas (2010) saja family Kardashian untung almost USD 65 juta hanya melalui rancangan depa.
     
  • Perkahwinan Kris and Kim menelan belanja sebanyak USD 10 juta.  Pastu katanya,  they olls juai gambar kahwin ekslusif kat majalah-majalah dan TV  malah endorsement untuk produck and barang depa pakai for wedding semua pastu depa untung balik untuk wedding itu sampai USD20 juta.  So dalam tempoh 72 hari perkahwinan depa itu,  depa untung USD277000 ribu sehari.  KAU MAMPU!!


  • Kita nak kawen,  sendirila plan dengan kawan-kawan untuk buat "party bujang bujing" kan?  Hen's atau bachelorette party katanya. Tapi lain untuk Kim K ya,  sebab dia DIVA,  restaurant TAO di  Las Vegas bayar dia USD 500 000 just untuk dia attend bachelorette party dia! KAU MAMPU!

  • Dalam perjanjian perkahwinan depa,  (prenup) depa dah tulih siap siap semua pembahagian harta.  Bukan harta apa u olls,  pembahagian untung depa dapat for this wedding la.  Even dalam perjanjian tu dah tulis siap siap,  dua dua orang kena bayar lawyer fees sendiri.  Erm......lain macam kan? 

  • Kris Humphrey dulu sapa pun tak kenai dia.  Tapi lepas dia bersama Kim K bayaran untuk dia main satu game (bola keranjang) mencecah dari USD 40 ribu satu game kepada USD 250 000 satu game.  Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...memang betui lah kawan akak kata Amsak tu,  Kris pun mesti dapat habuan dia jugak!!

  • Seminggu sebelum Kim K mengfailkan penceraian dia,  mak Kim K iaitu Kris Jenner telah menerbitkan buku yang bertajuk "Kris Jenner…and All Things Kardashian".  So lani memang syiok la mak dia semua rancangan TV nak jemput la mak dia untuk promot buku dia itu.

  • Pada hari Kim K failkan penceraian itu,  dia fly pi Ostolia untuk promot business fesyen dia dengan kakak dia di sana.  AIIIYOOO bukankah itu semua publisiti u olls.  And plus depa baru saja membuka satu butik pakaian depa yang dipanggil "Kardashian Khaos".  And tak lama lagi,  siri baru untuk Keeping Up with the Kardashian" akan ke udara u oll.  Untunglah depa semua u ollsss!


Itulah saja yang akak nak share dengan u olls hari ini.  Pendek kata,  memang betul apa yang dikatakan oleh kawan akak itu.  Kitalah monyet di dunia ini sebab terhegeh-hegeh nak tau pasai artist artist mat saleh yang bercerai berai ini.  Maybe memang sikap semulajadi kita yang suka bila tengok orang lain jadi sedih dan merana,  supaya terdetik sedikit rasa riak dan happy dengan kehidupan kita yang rasanya lebih bagus. 

Sedangkan artist mat saleh macam ni lah sebenarnya hidup bertuhankan duit.  Kita kadang-kadang yang terlalu obses membaca pasai depa sampai jadi lupa yang depa ni kadang-kadang nilai mereka terlalu "bukan manusia" untuk dicerna dalam kehidupan kita. 

Yang penting sapa ada laki,  ada bini,  ada keluarga,  jagalah elok elok.  Carilah rezeki yang halal.  Kalu tak dapat kat sini,  maybe kita akan dapat di 'sana' nanti.

Fikir-fikirkanlah u olls.  

Gambar-gambar dalam artikel ini semua ialah Nick Lachey dan Kelly Ripa yang pakai baju macam Kim K and Kris H Wedding.  Celaka depa ni badutkan wedding orang.  Gambar ehsan :  Daily Mail UK.

4 comments:

  1. Btol tu Jumie, kalu tgk dr 1st episod reality show dia org, dah nampak dah si Kris Jenner tu memang suka jual anak2 dia kat media but then she is the back bone of their bisnes kan..so anak2 ni harus la blaja dr mak dia org nak dpt duit and publisiti and nak berdrama bagai sedih la apa la, padahal dlm keadaan mcm tu they generate millions of money..hurm, if i dgr je did bercerai ada aku kisah coz i know, no matter what she will gain millions by divorcing...

    ReplyDelete
  2. sedih bila baca benda2 mcm ni. perkahwinan pun dibuat main2. apala nak jd bangsa depa ni. duit penting lg, maruah tergadai xpa.

    ReplyDelete
  3. yessss...betui sangkaan kami yang depa ni kawen contract!!!!!

    ReplyDelete
  4. alahhh depa nih melakukan diri buat mende2 publisiti murahan nih la.. ehh tapi kaya jugak..
    kita pun boleh cuma kita tak lakulah nanti. kene hentam adalahh haha
    bosan ah! suka Kim K sebab dia cantik n kaya that's all.. life2 celebrity sana just for fun, sex, money jer. uselesss
    kita pun duk tengok nak jadik cam depa!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...