21.11.11

Kisah Make Up Artist Wanita Pertama Amerika Michelle Obama

Pernah tak u olls terpikir siapakah pemekap untuk Wanita Pertama Amerika iaitu Puan Michelle Obama? Okay! Hari ini akak nak share dengan u olls mengenai pemekap Puan Michelle Obama yang jugak pemekap Oprah Winfrey. Yaaaaaaaaaaaaaa meletops la pakcik ini. Akak baca mengenai beliau dalam Daily Mail UK. Katanya, satu hari dia boleh dapat sebanyak lebih kurang RM72 000 sehari. FUIIIYOOOOO!!!!!!!!!!! Makan hati sat.

Beliau nampak meletops kan? U olls! Umur dia 50 tahun dah okay!


Mr. Derrick Rutledge dulu memulakan career pemekap secara tidak sengaja. Dulu dia belajar dalam bidang media, and then bila dia kena buat fotoshoot, dia offer untuk make up-kan orang yang di shoot tu. So dari situ baru dia tau yang dia seorang pemekap yang handal secara semulajadi berbakat u olls. So dia bekerjasama dengan ramai models sampailah one day, apabila Miss USA iaitu Kenya Moore dipilih untuk menjadi pengacara untuk satu rancangan dalam BET (Black Entertainment Television), beliau memperkenalkan Mr. Derrick kepada BET. Sejak itu, station BET mengsain kontrek dengan Mr. Derrick sebagai in-house make up artist for BET.


Beliau dan ibu tercinta.


Bestnyaaa tenggok meja mekap dia!!!

So perlahan-lahan dia dapat banyak job dengan para artis seperti Patti LaBelle, Chaka Khan and Mo’Nique. And then satu hari dia dapat call daripada White House Office dan bertanya sama ada dia berminat untuk satu audition untuk menjadi make up artist kepada wanita pertama Amerika. Dia ingatkan ada celaka mana ka nak buat panggilan hangit kat dia, sekali memang betui-betui! So dia pun pi audition dan berjaya dipilih untuk menjadi make up artist untuk Michelle Obama!



Merletopsnya hidup dia u olls. Sejak itu, dia bertanggungjawab untuk menata rias wajah Kak Michelle Obama untuk majlis-majlis besar dan juga photoshoot.


And then one day, Oprah Winfrey terpesona and makan hati dengan make up Kak Michelle untuk majalah TIME. Terus dia dengan sentap mencari siapakah yang make up Kak Michelle itu. Dan sejak itu, kalau Kak Michelle tak memerlukan khidmat make up Mr. Derrick, Kak Oprah yang akan book beliau. Oh meriahnya hidupnya.


Kak Oprah yang sentap pun lani duk mintak dia make up jugak!

Itulah saja saja yang akak boleh share dengan u olls hari ini. Yang lain u olls baca sendiri dalam Daily Mail UK. Akak suka baca website ini.

Website beliau : Derrickrutledge.com

ps/ Kalau kita kerja dengan ikhlas dan jujur, insya allah satu hari kita akan berjaya. Jangan malas and suka carik peluang nak dapatkan comfort zone dengan cepat.

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...